Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
310,627
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 19

Fatimah Al-Khattab yakin sungguh-sungguh bahawa Tuhan tentu tidak memungkirkan janji-Nya. Kiranya dia benar-benar menyerah diri kepada Allah dengan penuh yakin bahawa Allah sahaja yang boleh menyelesaikannya. Tuhan yang Maha Penyayang,Maha Pengasih,Maha Mengetahui, Maha Mendengar lagi Maha Agung tentu mendengar rayuannya setiap hari dan pasti akan menunaikan permintaannya. Pada suatu malam,Fatimah dan suaminya Said bin Zaid membuka kembali lembaran - lembaran kalam Allah yang telah diajarkan oleh Rasulullah. Fatimah melagukan ayat-ayat itu dengan alunan irama yang indah,air matanya melimpah keluar ketika menghayati maksud dari ayat-ayat tersebut. Suaminya yang memerhati dan menyemak segala bacaannya turut terharu. Ayat-ayat yang dibaca oleh Fatimah menusuk kedalam jantungnya ,tenggelam dalam hatinya dan terus bertebaran ke dalam urat sarafnya.

Sedang masing - masing khusyuk menghayati maksud ayat Al-Quran itu,tanpa disedari ada sepasang mata yang sedang mengintip dan memasang telinga mendengar ayat yang dibaca. Mata itu memandang dengan pandangan sinis tanpa berkelip - kelip,merah menyala menahan marah. Walaupun kalimah yang dibaca itu agak kurang jelas namun dia yakin bahawa kedua suami isteri itu kini telah Islam sebagaimana kata seorang pemuda yang ditemuinya sebentar tadi. Dengan suara lantang,Umar menjerkah mereka. Fatimah tersentak lalu cepat-cepat dia menyimpan lembaran itu.

“Kalimah apa yang aku dengar tadi??” Mereka berpura-pura menggeleng-gelengkan kepala menandakan tidak tahu.

“Aku mendengar kamu berdua telah mengikut agama Muhammad?Benarkah begitu?” jeritnya bagaikan halilintar. “Apa pendapatmu sekiranya agama selain agamamu itu adalah benar?” jawab adik iparnya Said. Mendengar itu Umar melompat ke arah iparnya itu,terjadilah pergelutan. Umar menarik janggut Said. Said terlentang,lalu diduduki oleh Umar di atas dadanya,sehingga tidak bergerak.Melihat kejadian itu Fatimah menolak badan Umar untuk membela suaminya. Spontan Umar berdiri lalu menempeleng muka adiknya. Fatimah terjatuh,dan darah merah mengalir keluar dari hidung dan mulutnya.

Fatimah bangkit dari tempat jatuhnya,tiba-tiba seakan-akan ada satu seruan yang menggesanya supaya mengatakan sesuatu kerana masa itulah saat yang paling sesuai untuk diterangkan mengenai Islam. Tanpa menghiraukan darah yang berhamburan itu Fatimah berkata dengan penuh keyakinan: “Wahai musuh Allah,engkau pukul kami kerana kami mengEsa kan Allah. Engkau boleh buat sesuka hatimu. Sekalipun engkau bunuh kami,kami tetap mengaku bahawa tidak ada Tuhan selain Allah,dan bahawa Muhammad s.a.w itu adalah Rasul Allah,yang akan membersihkan dunia ini dari sebarang kezaliman dan penindasan.

”Darah yang mengalir keluar dari hidung dan mulut Fatimah serta jawapannya yang begitu berani,membawa kesan yang mendalam pada jiwa Umar. Dengan tiba-tiba dia rasa menyesal dan sedih atas tindakannya yang melulu itu. Dia merasa bersalah kerana memukul adik kandungnya sendiri.

Dengan suara merendah,Umar berkata: “Berikan aku apa yang kamu baca tadi.”

Fatimah agak keberatan memberi kan lembaran itu tetapi melihatkan kesungguhan abangnya yang ingin mengetahui akhirnya Fatimah mengeluarkan lembaran ayat Al-Quran itu dan diberikan kepada Umar. Ayat tersebut berbunyi: “Kami tidak menurunkan Al-Quran itu kepadamu agar kamu mendapat kesusahan,tetapi sebagai peringatan bagi orang-orang yang takut (kepada Allah). Diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi (iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah yang bersemayam di atas arasy.” [Surah Thaha: 1-5]

Berkata Sayidina Umar Al-Khattab: "Aku mengamati semua sahabat,dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua jenis pakaian,tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada taqwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik,namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki,tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar. Umar berpaling pada Fatimah seraya berkata “Alangkah baik dan indahnya kalimah-kalimahini.”

Mendengar jawapan tersebut keluar dari bibir Umar,Fatimah terasa seakan - akan bermimpi tapi bila sedar kembali itulah sebenarnya kenyataan. Fatimah berkata sambil menyebut kata-kata Rasulullah: “Ya Allah,kuatkanlah Islam dengan Umar bin Hisyam atau Umar bin Al Khattab.Maka Allah telah memilih Umar,saudaraku sendiri.” Tiga kali Fatimah menyebut nama Allah kerana terlalu berterima kasih pada Tuhan yang telah memperkenankan doa Rasulullah s.a.w dan rintihan hatinya selama ini. Jiwa Umar kini telah berubah,jiwanya kini telah disinari dengan cahaya iman dan hidayah.

Asyiknya ayah bercerita tentang pengislaman Umar Al Khatab kepada Alvin dan papa sehingga tidak sedar sudah sampai ke waktu tengah hari. Cerita sejarah islam ini memang indah sekali. Khusyuk sangat si Alvin di buatnya. Pandai ayah menceritakan kisah ini kepada Alvin. Harap jiwa Alvin kembali kepada islam semula. Itu doa Liya.

Papa tak jadi balik ke KL. Alvin pun. Hanya kami berdua bersama-sama anak-anak saja yang akan pulang petang nanti. Jawabnya aku kena ke ofis semula lah, sebab papa dan Alvin tinggal di kampung untuk beberapa hari lagi.

‘Husna tahu Alvin kat sini?” soal Aleeya setelah Alvin memberitahu dia tidak jadi pulang hari ini.

“Tak, kak!”

“Mana boleh macam tu, apa pun Husna tetap isteri Alvin, dan dia perlu tahu keadaan Alvin. Tentu dia bimbangkan Alvin sekarang,” tegur Aleeya. Semua isteri akan ada perasaan bimbangkan suami mereka. Ke mana pergi? Ada di mana sekarang? Buat apa? Semua itu sudah ada di dalam kotak fikiran seorang isteri.

“Macam mana ayah didik akak dulu yer? Saya tengok akak pun hairan!” ucap Alvin. Aleeya memandang wajah Rayyan di sebelahnya. Tanpa suami di sisi, dia tidak akan berbual dengan Alvin. Itu prinsipnya. Walaupun Alvin sudah dianggap seperti adik kandung sendiri tetapi dia tetap perlukan Rayyan di sisi.

“Kenapa?’

“Akak tak pandang pun duit ringgit Abang Ryan...,

“Kasih sayang abang kau melebihi segala kemewahan yang dia miliki. Jadi akak tak perlukan kemewahan melainkan kasih sayang seorang suami yang ikhlas kat akak,” luah Aleeya. Awak kena belajar erti kasih sayang kat abang awak, sebab kasih sayang abang awak mengatasi segala-galanya.

“eleh, akak tu tak pandang duit ringgit sama lah. Tak macam orang lain!”

“Tak lah, akak dah cakap akak tak nak hidup susah kat abang kau dulu, jadi akak memang anggap wang ringgit tu penting lah!”

Alvin, akak pun manusia biasa saja lah. Perlukan wang ringgit untuk menjalani kehidupan tetapi yang penting adalah kasih sayang. Itu paling penting.

“Rayyan, ingat pesan mak yer!” pesan mak sebelum mereka berdua bertolak pulang. Rayyan tersenyum saja membuatkan Aleeya tidak puas hati.

“Mak pesan apa kat abang?” bisik Aleeya ketika berada di perut kapal terbang.

“Rahsia lah. Liya tak perlu tahu!” bisik Rayyan kembali sambil merenung Aleeya dari atas sampai ke bawah. Hai, pandang lain macam saja nih?

“Apa abang ni?”marah Aleeya. Jangan cari pasal boleh tak?

“Hahaha..,” ketawa Rayyan sehingga mengejutkan Adam yang sedang terlena. Apa lagi melalak lah si Adam itu. Ambik papa, pandai sangat kan tadi. Tapi sekejap saja menangis, kena pujukan papanya terus diam.

“Anak abang katakan!”

“Mesti lah,”

“Abang, ada benda lah Liya nak cakap sebenarnya!’ aku pun ada rahsia juga nih. Perlu cakap juga perkara ini.

“Apa?”

“Sampai kat rumah nanti Liya beritahu abang..,’

“Kat sini tak boleh ke sayang?”

“Orang dengar lah nanti,”

“Okey lah!”

Sebenarnya masalah dah datang semula. Tadi ketika sedang berbual dengan mak, sebelum beranngkat pulang, Akma telefon. Akma yang sudah menjadi pegawai kewangan di syarikat suaminya.

“Aku nak cakap satu benda lah kat kau. Aku dah try call cek abang kau, tapi tak jawab. Kat kau pun dah berpuluh kali aku call, ni baru kau angkat!” leter Akma di hujung talian.

“Kenapa?”

“Ada sekeping cek atas nama Alvin cuba ditunaikan oleh Husna di bank tadi. Jumlahnya seratus ribu ringgit. Cek ni Rayyan dan Alvin yang sign, nak lulus atau tak?” soal Akma. Banyak tu? Selalunya Rayyan tak pernah keluarkan kat cek atas nama sesiapa pun. Jadi keadaan ini nampak pelik lah sikit.

“Jangan lulus lagi, sebab aku nak tanya cek abang aku, boleh?”

“Bank yg call aku tadi, bagi tau kat aku, sebab cik abang kau tak pernah keluarkan cek macam ni, jadi org bank nampak pelik benda ni,’ cemasnya suara Akma kedengaran. Mujurlah org bank bagi tau, kalau tidak macam mana yer.

“Okey, aku dah nak balik ni, nanti aku call kau balik yer!”

“Okey!”

Aku bimbangkan perkara ini tetapi cik abang aku ada benda lain kut nak fikir.Asyik senyum saja sejak dari tadi. Pelik, pelik.

Sampai kat rumah, setelah melihat Rayyan senang hati, baru lah Aleeya menceritakan apa yang berlaku di ofis sewaktu mereka balik ke kampung. Tenang saja Rayyan mendengarnya. Tidak melatah atau pun terkejut dengan semua itu.

“Abang tak pernah keluar cek tu. Liya cakap dengan Akma, jangan sampai Alvin tahu yer, nanti mengamuk pula Alvin tu. Biarlah antara kita bertiga saja yang tahu perkara ini,” ujar Rayyan. Tak mahu Alvin susah hati lagi dengan hal-hal perbuatan Husna dan ahli keluarganya.

“Nanti Liya beritahu Akma hal ni,” balas Aleeya. Kena call Akma lah nanti.

“Terima kasih, sayang!” ucap Rayyan. Aleeya tersenyum. Mujurlah Akma cepat bertindak tadi, kalau tidak hilang lah seratus ribu duit syarikat.

Lama berbual dengan Akma, biasa lah kalau dengan Akma atau Puteri Shima, macam-macam yang hendak dibualkan.

“Abang tak susah hati pun Liya tengok,” tegur Aleeya. Memang. Rayyan macam tak kisah pun dengan hal tadi.

“Itu perkara biasa lah, sayang. Bukan perkara luar biasa pun!” balas Rayyan. Manusia kalau sudah menganggap duit ringgit lebih dari segala-galanya, akan jadi begini lah, sanggup menipu dan melakukan apa saja semata-mata kerana hendak dapatkan wang ringgit.

“Maksub abang, Liya tak faham lah. Husna nak kebas duit syarikat abang pun abang tak kisah ke?’ soal Aleeya. Rayyan mengelengkan kepalanya.

“Duit boleh cari lah, tapi isteri abang ni yang susah nak cari..,” kata Rayyan sambil mencuit hidung Aleeya.

“Liya cakap benda lain lah..,’

“Tak payah fikir lah hal Husna tu, buat pening kepala kita saja lah!”

Pulak??

“Abang..,”

“Dulu abang marah Liya, kerana kes Husna dan Alvin. Kerana Mama dan julia yang hilang entah ke mana. Wal hal, Liya tak buat salah pun kat abang. Abang tak nak lagi rumah tangga kita terganggu kerana hal-hal dia orang!” luah Rayyan, separuh menyesal. Mujurlah Aleeya tahan sabar, kalau tidak tentu rumah tangga aku yang hancur dan musnah.

“Liya tak kisah lah, sebab perangai abang memang macam tu pun!” ujar Aleeya. Tangan Rayyan dipegangnya. Dilentukkan kepalanya di bahu Rayyan.

“Apa Liya cakap?? Perangai abang memang macam tu?” soal Rayyan. Pura-pura tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Aleeya. Aleeya tersenggih.

“Ha lah, abang kan suka marah, suka naik angin, jadi Liya dah tak kisah benda tu,” jawab Aleeya seikhlas hati. Kalau kita sudah suka dan menyayangi seseorang, kita akan terima segala kelemahan dan kekurangan yang dia miliki.

“Tarik telinga baru tau, ada ke patut cakap abang mcm tu?” kata Rayyan sambil mahu mencubit telinga Aleeya tetapi Aleeya menepisnya.

“Ha, ah. Betul apa abang mcm tu..,”

“Tak lah. Abang ni baik kut!” Terima kasih sayang kerana sudi jadi isteri abang dan menyayangi abang dengan sepenuh hati. Abang bahagia dapat kahwin dengan Liya.

Abang memang baik, sebab sudi terima Liya seadanya. Liya bahagia dapat jadi isteri dan ibu kepada anak-anak abang.

Terima kasih, abang!

Previous: BAB 18
Next: BAB 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.