"NAK ambil gambar apa ni? Dah banyak
aku snap.” Fauzi memandang Jeffry, kemudian membelek semula
gambar-gambar yang sudah diambil tadi di kamera DSLR. Sudah berpuluh-puluh.
Jenuh dia nak mencari sudut fokus terbaik.
“Ambillah lagi banyak-banyak. Prof. Majid nak sekurang-kurangnya sepuluh shot
untuk projek ni. Dia tu dahlah kaki reject! Kalau dia reject
sepuluh-sepuluh gambar kau, kau ada lagi back up.” Jeffry mengingatkan.
SubjekPhoto Journalism ni payah sikit. Kena ambil gambar yang ada nilai artistik
dan tak mengenepikan konsep utamanya iaitu kewartawanan. Tajuk yang Prof. Majid
bagi pula Cabaran Mahasiswa Mendepani Era Globalisasi. Amboi... tak nak susah lagi
tajuknya?
Jeffry menghalakan lensa kameranya ke arah sekumpulan pelajar yang sedang
mengadakan perbincangan berkumpulan. Yalah tu ‘study group’. Macam duduk
berborak aje! Sempat lagi dia buruk sangka.
Mujur dia menggunakan lensa zoom yang boleh memfokus walau dari
jarak jauh. Apa taknya. Dia guna Stigma 70-300mm DG OS. Power tak powerlah!
Cabaran globalisasi kononnya.
Tapi inilah jiwanya. Dia suka merakamkan apa saja detik-detik yang terjadi
di sekelilingnya. Dan inilah yang membuatkan dia gembira dan hidupnya tak
berasa kosong.
“Dah banyak gila aku shoot. Jomlah... lighting dah tak
cantik ni.” Atang yang entah ke mana tadi muncul semula.
“Okey lagilah. Kau kenalah main-main aperture tu.” Jeffry tak
menoleh pada Atang pun. Masih fokus pada subjek utama dalam gambar sambil
tangan kiri memusing lensa mencari jarak yang sesuai. Seketika, jari telunjuk
kanannya menekan butang snap. Dia kalau dah pegang kamera, boleh khayal
dibuatnya.
“Wah... pandai kau cari angle eh?” sapa Burn yang baru tiba di
situ. Siapa sangka Jeffry boleh ambil gambar dari sudut bawah, menampakkan sisi
yang berbeza pelajar-pelajar sedang berbincang. Kagum, kagum!
“Ini ‘makanan’ dialah,” akui Atang. Dia tak hairan langsung kalau tugasan
Jeffry dapat A.
Jeffry menurunkan kameranya. Dia memandang Atang, Burn dan seketika kemudian
Fauzi pula datang ke arah mereka.
“Ni apa hal semua datang tempat aku ni? Pergilah cari angle
masing-masing.”
“Aku dah penatlah, Jeff. Dah banyak gambar yang kita ambil. Jomlah. Kita
pekena teh tarik dulu sebelum kita orang balik kolej.” Burn melepaskan lelah
selepas duduk di tepi Jeffry. Dia dan Fauzi saja yang duduk kolej. Tak macam
Atang dan Jeffry yang duduk rumah sendiri.
“Entah kau ni. Tak reti penat ke?”
“Yalah, yalah... jomlah.” Jeffry mengalah. Dia menyimpan kameranya dalam
beg.
“Dah lama Shahrul tak join kita. Sibuk sangat ke dia tu?” Soalan
Atang itu tiba-tiba, membuatkan yang lain-lain tak bersedia nak menjawab. Semua
diam.
“Kau orang tak rasa lain macam ke?” tanya Atang lagi. “Dalam kelas dia
duduk jauh dari kita. Habis kelas dia bergegas entah ke mana. Ajak keluar ada
aje alasan dia.”
Jeffry melempar pandangan jauh ke arah beberapa orang pelajar yang sedang
ketawa. Ada riak bosan pada wajahnya.
“Dah dua minggu tau dia macam ni. Aku rasa macam tak bestlah. Kita
ni dah lama kawan. Tiba-tiba dia berubah. Kita ada buat salah kat dia ke?”
Atang masih mahu menyuarakan apa yang dia rasa. Selama ini mereka diam saja.
Tapi takkan nak terus diam. Kenalah fikirkan puncanya demi persahabatan.
“Aku pun rasa macam yang kau rasa jugak.” Suara Fauzi pulak. “Mula-mula
aku ingat dia sibuk. Tapi lama-lama makin nampak dia macam mengelak daripada
kita. Nampak sangat, beb!”
“Apa kena dengan dia tu? Aku tengok dia sekarang semacamdowh. Aku senyum kat dia, dia boleh buat dek. Bengkak hati weh. Bengkak!” Burn
pula yang bersuara.
“Tahu pun kau orang. Tapi apasal masing-masing diam?” Atang sedikit
terkilan.
“Jangan nak menyibuk pasal dialah!” Jeffry bangun.
Melihat muka Jeffry yang serius itu membuatkan Atang, Fauzi dan Burn
saling terdiam berpandangan. Kemudian masing-masing angkat bahu.
“Menyibuk nak ambil tahu pasal Shah buat apa? Lantak dialah!” rungut
Jeffry. “Kalau Shah tak ada... kenapa? Tak boleh hidup? Boleh koma ke? Dia tak
ada pun tak apalah. Ingat aku ni ‘hadap’ sangat kat dia? Blahlah!” Dia naik
angin. Masam mencuka wajahnya.
Terdiam Atang, Fauzi dan Burn. Jeffry dengan Shahrul bergaduh ke?
Sampaikan Shahrul berubah menjauhkan diri? Masing-masing tak tahu cerita
sebenarnya. Macam-macam persepsi mula timbul di fikiran mereka.
“Baik aku kacau budak-budak perempuan ni. Ada jugak faedahnya.” Jeffry
cuba menjauhkan perasaan sakit hatinya jauh-jauh. Dan mengacau orang salah satu
cara untuk dia melupakan masalah. Dia menghampiri sekumpulan gadis itu.
“Assalamualaikum...” sapa Jeffry, tiba-tiba mesra. Padahal tadi hangat
hatinya.
Sekumpulan pelajar perempuan yang entah apa yang dibualkan sampai
terkekeh-kekeh ketawa, terus terdiam.
“Maaf... saya ni nak buat assignment pasal student U.
Biasalah... saya ni student foto. Assignment ambil gambar ajelah.
Kalau awak semua tak keberatan, kalau sudilah... saya tak paksa. Hmm... boleh
saya ambil gambar awak semua?” Bukan main berbudi bahasa si Jeffry ni.
Gadis-gadis itu terdiam sambil berpandangan sesama sendiri.
“Betul ke awak nak buat assignment? Bukan nak mengacau kita orang?”
Sinis pertanyaan seorang gadis sambil mencebik. Apatah lagi dilihat Atang,
Fauzi dan Burn datang ke arah mereka. Geng Mat Ngek ni bukan boleh percaya.
“Kalau saya nak kacau, saya tak bagi salam. Nampak kamera saya ni? Okey,
saya nak ambil gambar yang nampak macam student U ni happy sangat
belajar kat sini. Bahagia gitu. Jadi, masing-masing tunjuk wajah bahagia
walaupun sebenarnya rasa nak koma buat assignment yang berlambak. Okey?Candid aje. Nampak lagineutral. Lagipun awak semua
cantik-cantik. Sebab tu saya datang ke sini.” Jeffry masih bermulut manis.
Senyuman kacak dipamerkan.
“Okeylah. Tapi ambil gambar kita orang cantik-cantik tau. Lepas tu setiap
kawan-kawan saya ni awak kena bagi semua gambar yang awak ambil. Amacam?
Boleh?” usul gadis yang bersuara mula-mula tadi, membuatkan kawan-kawannya
bersorak. Mereka pelajar mass com, memang suka jadi perhatian.
“Kenapa awak tak ambil gambar Julie aje? Dia kan pernah jadi model assignment
awak. Kita orang ni manalah awak pandang,” provok salah seorang gadis itu.
“Eh, mana awak tahu pasal Julie ni?”
“Alah... siapa tak kenal Julie? Pasal benda kecik pun dia boleh heboh,
inikan pulak pasal dia jadi model,” cebik salah seorang daripada mereka.
“Oh, ya ke? Tapi takkanlah saya asyik nak ambil dia aje jadi model.
Bosanlah... Sebenarnya dah lama saya perhatikan awak semua. Okey, okey... tak
ada masalah. Saya akan ambil gambar awak semua yang paling cantik,” janji
Jeffry sambil menunjukkan isyarat ‘okey’. Dia sempat mengerling ke arah gengnya
dengan sebuah pandangan yang hanya mereka tahu maksudnya.
Atang, Fauzi dan Burn tersenyum dalam hati.
Jeffry terus mencari sudut terbaik untuk difokuskan. Gadis-gadis itu buat
apa yang disuruh Jeffry.
Jeffry apa lagi, terus saja merakamkan gambar sebaik mungkin. Dengan mood
gembira, gadis-gadis itu tak kekok kerana Jeffry bijak mengambil hati mereka.
Setelah selesai beberapa shootyang dia puas hati, dia bersuara. “Okay,
done!Memang cunlah semua. Tak pernah saya ambil secantik ni. Cantik
sangat. Tak payah edit kat Photoshop. Dah memang cantik. Terima kasih
banyak-banyak, semua. Kita jumpa lagi nanti.” Dia melambai-lambai mereka
sebelum berlalu pergi.
Gadis-gadis itu apabila dipuji bukan main kembang lagi. Mereka membalas
lambaian Jeffry dengan gembira.
Setelah Jeffry jauh sedikit, Fauzi dan Burn sudah bersedia. Sebelum
berlalu dari situ, sambil Atang cover line, Fauzi dan Burn mengeluarkan
sesuatu dari beg mereka.
Dengan kiraan 1, 2, 3... serentak mereka berdua membaling sesuatu ke arah
gadis-gadis tadi. Akibatnya, benda itu melekat di atas rambut seorang gadis.
Apa lagi, terjerit-jerit mereka apabila ternampak seekor cicak di atas
kepala kawannya. Gadis yang rambutnya ada cicak itu sudah mula menangis apabila
kawan-kawannya memberitahu ada cicak di atas kepalanya. Seekor cicak lagi jatuh
di atas lantai. Semua gadis itu menjauhkan diri dari situ meninggalkan beg
sampai terjerit-jerit. Kecoh jadinya!
“Mak! Mak...” Muka gadis itu sudah mahu menangis. “You all...
tolonglah buang cicak ni. Cepatlah!” Tergeleng-geleng gadis itu, takut cicak
tersebut masuk ke dalam bajunya pula. Dia teresak-esak ketakutan.
Atang, Fauzi, Burn dan ketua yang merancang semua itu... siapa lagi kalau
bukan Jeffry ketawa mengekek-ngekek mentertawakan gadis-gadis itu. Mereka
berbalas-balas ‘high five’.
“Dengan cicak getah pun takut. Kelakar betullah!” Atang memegang perutnya
kerana terlalu banyak ketawa.
“Perempuan...” ejek Burn. Dalam beg dia ni entah ada apa lagi binatang
mainan getah yang dibawa.
Mereka ketawa lagi. Tanpa mereka sedar, ada beberapa pasang mata
memerhatikan mereka.
“Kau tengok tu. Menyampahnya aku tengok Geng Mat Ngek tu! Meluat!” Mala
mencebik.
“Entah! Tak ada kerja. Asyik nak mengacau orang aje kerjanya. Kalau aku,
dah lama aku patah-patahkan tengkuk dia orang.” Eja menjeling Geng Mat Ngek,
seolah-olah dia berada di hadapan lelaki-lelaki itu dan mereka nampak jelingan
mautnya itu.
Ayu pun rasa menyampah. Apa punya perangailah Geng Mat Ngek tu. Hidup
kalau tak menyusahkan orang lain, tak sah! Memang patutlah Shahrul tak nak
kawan dengan dia orang lagi. Perangai macam anak setan!
Bibirnya menguntum senyuman. Shahrul mahu berjumpa dengannya malam ni.
Malam ni! Ya ALLAH... seronoknya. Hatinya melonjak riang.