Home Novel Komedi/Romantik Komedi SANDIWARA CINTA
SANDIWARA CINTA
pitteriah abdullah
16/12/2013 10:09:53
229,163
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 16

SANDIWARA CINTA (BAB 16)

Aik, cek abang tertinggal handset dan laptop atas katil macam tu saja. Teringin lah nak tengok ada apa dalam “buah hati kesayangan” dia tu. Dia kan tak pernah lekang dari handset, dari laptopnya itu. Mula-mula capai handset dulu lah, tengok banyak folder yang ada, terus dibuka satu persatu. Semuanya mesej sewaktu mereka sedang asyik bercinta dulu. Aku pun tak pernah simpan mesej-mesej ini tetapi kenapa dia menyimpannya? Pelik ni?

Kali ini Iman Amani membuka pula laptop kepunyaan suaminya. Di depan skrin ada gambarnya. Bila masa dia ambil gambar aku letak kat dalam laptop dia? Gambar nie sahih gambar curi, sebab tengok macam aku tak ready saja. Dan dalam tu ada banyak lagi gambar kami, termasuk gambar kahwin kami.

Iman Amani

“I LOVE YOU... Cinta abang untuk selamanya”

Kuala Perlis, 1 Oktober 2012 ..

Iman Amani terbaca dalam nota kalendar. Entah macam mana dia tertekan tarikh ini, sebab ada tanda biru di situ. Itu kan tarikh kami bertunang sebelum berkahwin. Dia cinta aku ke? Bukan Sandiwara cinta ke? Lagi pelik ni?

Bunyi enjin kereta Ezzat Iskandar mengejutkan Iman Amani. Terus ditutupnya laptop, dan dia segera keluar dari biliknya. Terserempak dengan Ezzat Iskandar di hadapan anak tangga. Dia hanya melemparkan senyuman menahan debaran di dalam hati.

“Nampak handset abang tak?”

“Tak nampak pun!”

“Betul ni?” aik, mcm tahu saja aku dah geledah handset dia tu?

“Betul lah!” ujar Iman Amani.

“Sentuh handset abang, siap!”

“Kenapa? Ada benda rahsia ke kat dalam tu?”

“Ada mesej buah hati abang lah!” nampak macam cemas sangat tu. Ezzat Iskandar terus berlari masuk ke dalam bilik mereka. Ha ha ha.. aku dah baca lah tadi.

Tinggal di rumah mentua, dia dapat layanan istimewa dari mama. Ezzat Iskandar hendak marah pun tak berani, sebab mama menyebelahinya. Mama siap beri amaran lagi, jadi kalau nak marah, kena marah dalam bilik saja lah. Tetapi tak pernah lagi lah kena marah. Takut Iman Amani lari kut.

“Iman!” panggil Ezzat Iskandar dari bilik atas. Ini rumah dia, boleh lah dia jerit-jerit panggil nama aku, aku tak kan nak sahut macam tu jugak. Nanti mama terkejut pula dengar suara menantunya yang merdu ini.

“Iman!” loor.. dia jerit sekali lagi. Mama terus memandang ke arah Iman Amani yang sibuk menolongnya memasak. Basuh bunga kobis, cabai dan bawang merah. Mama ni rajin memasak sebenarnya, kalah menantunya ini.

“Kenapa abang kamu tu?” soal Puan Sri Nazimah kepadanya.

“Tak tahu.,”

“Pergilah tengok!” suruh Papa yang turut menolong mama di dapur. Iman Amani tidak peduli. Dia tahu kerja aku tadi? Kalau tahu, kenapa? Nak marah ke?

“Iman, mari lah kejap!” sudah ada di sebelah pintu di ruang dapur pun ambil melambai tangan kepadanya.

“Ha lah!” jawab Iman Amani. Terus basuh tangan dan menuju ke arah suaminya.

“Cepat lah!” gesa Ezzat Iskandar. Tak sempat-sempat nie kenapa? Iman Amani mempercepatkan langkahnya.

“I LOVE U” bisiknya perlahan.

“Iman tak ada LOVE, LOVE tu..,”

“Lerr, sampainya hati..,” getus Ezzat Iskandar. Nampak kecewa sangat. Nak cakap pasal© saja yang panggil tu. Ingat kan dia dah tahu kerja jahat aku tadi.

“He he he..,” Iman Amani ketawa kecil saja. Aku ni separuh nyawa takut dia marah. Cuma nak cakap soal hati saja.

“Iman..,”

“Lerr, apa lagi?” Tak sempat nak menjawab kerana tetamu yang tidak diundang datang secara tiba-tiba.

“Aik, Badrol!” sebut Ezzat Iskandar.

“Ezzat ni hanya nak mainkan kau lah, dia tak cinta pun kat kau!” tak beri salam pun, terus serang orang.

“Tahu!” jawab Iman Amani sambil memegang tangan Ezzat Iskandar.

“Aku upah dia untuk mengoda kau, sampai kau orang kahwin!” sambung Badrol masih tidak berpuas hati. Tan Sri Hisham dan Puan Sri Nazimah datang di sisi anak dan menantunya apabila mendengar suara kuat dari Badrol. Mujur lah Ezzat Iskandar sudah membuat pengakuan sebelum ini kepada papa dan mama. Begitu juga dengan ayah dan mak di kampung. Dari kami terus berahsia baik berterus terang saja.

“Aku upah diri aku sendiri lah, untuk mengorat dia..,” jawapan nakal itu membuatkan Iman Amani mahu ketawa saja. Ada ke macam tu.

“Kau lelaki penipu macam ni pun nak? Kalau kau nak tahu, dia ni perangai lagi teruk dari aku lah,” terus Badrol lagi.

“Aku tahu lah!” jawab Iman Amani lagi menaikkan kemarahan Badrol. Ezzat Iskandar memeluk pinggang isterinya dengan erat. Mujurlah Iman Amani menyokongnya sekarang.

“Pergi balik lah Badrol. Pak long dah tahu kau pernah ganggu Iman di ofis dulu. Pak long lepaskan kau sebab abah kau tu, adik pak long. Kalau fikirkan maruah dan harga diri Iman, pak long nak kau merengkok dalam penjara saja!” kata Tan Sri Hisham. Rakaman CCTV itu masih tersimpan di dalam laci pejabatnya. Masih belum dilupuskan lagi. Muka Badrol merah padam. Marah!

“Pergi lah balik, sebelum mak long panggil polis, boleh tak?” perlahan saja suara Puan Sri Nazimah, penuh keibuan. Tan Sri Hisham memegang bahu anak saudaranya lalu menghantar ke pintu rumah. Ada lah lagi yang Tan Sri Hisham cakapkan tetapi mereka tidak mendengarnya.

“Itulah buat tindakan tak fikir, tak berbincang dulu, ini lah akibatnya!” kata Puan Sri Nazimah sambil memulas telinga Ezzat Iskandar. Geram sangat. Kalau boleh nak ambil rotan pukul, tetapi dah jadi suami orang pun.

“Aduh, sakit lah, mama!” pura-pura sakit saja lah. Iman Amani tersenyum geli hati.

“Kau dah nak jadi ayah pun, perangai tu masih nakal lagi. Ingat duit boleh buat apa saja ke? Mujurlah cek tu dah kau pulangkan pada Badrol tu,” sambung mama lagi.

“Tak ada lagi lah kat dalam perut tu!” jawab Ezzat Iskandar penuh yakin.

“Mana kau tahu?” soal Puan Sri Nazimah lagi.

“Sayang, tolong jawab kejap kat mama!” arahnya. Mama hanya mengelengkan kepala. Kau memang nakal yer, Ezzat. Mujurlah dapat isteri yang penyabar.

“Jaga-jaga sikit dengan Badrol tu, papa tengok pelik sangat perangai dia!” pesan Tan Sri Hisham.

Aku memang takut pun, sebab dia pernah buat semua benda tak elok kat aku. Kalau dia ulang sekali lagi, macam mana? Takut sangat dekat Si Badrol sampai termimpi-mimpi Badrol datang mahu menganggunya, dia menjerit meminta pertolongan.

“Iman!” kejut Ezzat Iskandar. Terus dibuka matanya. Dan dia tertolak badan Ezzat Iskandar yang disangkakan Badrol.

“Abang lah, sayang!” beritahu Ezzat Iskandar sambil memeluk erat isterinya. Sentuh sehelai rambut pun aku tak benarkan.

“Iman takut..,” ucapnya sebak!

“Abang adalah, sayang!” aku akan melindungi Iman Amani dengan nyawaku sendiri.

Previous: BAB 15
Next: BAB 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.