Home Novel Komedi/Romantik Komedi SANDIWARA CINTA
SANDIWARA CINTA
pitteriah abdullah
16/12/2013 10:09:53
229,177
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 2

“Ayah rehat lah, nanti abang datang lah tu,” pujuk Iman Amani. Dia nak datang buat apa lagi, ayah. Dia sebenarnya dah tipu anak ayah lah.

“Betul kata Iman, tu, nanti menantu abang tu datang lah!” sokong Mak pulak. Hajah Murni memandang wajah anak sulongnya. Tentu ada sesuatu yang sudah berlaku di antara anak dan menantu, kalau tidak masakan tidak datang bersama. Sedangkan mereka baru saja berkahwin. Baru tiga hari.

Dua hari Haji Ali masuk ke hospital, hari ketiga, barulah masuk bilik bedah. Mujurlah Ayah tidak sebut lagi nama menantunya itu. Kalau tidak, apa lagi jawapan yang harus Iman Amani berikan kepada ayahnya. Cukuplah ayah, Iman tak nak tipu ayah lagi.

“Along, kalau apa-apa jadi kat ayah, along jaga adik-adik dan mak yer!” pesan Haji Ali sebelum masuk bilik bedah. Sayu saja pandangan mata ayah. Mak menangis, Ieja dan Ika pun menangis juga. Hanya Iman Amani saja pura-pura kuat.

“Apa ayah cakap ni? Insha ALLAH, ayah akan selamat lah, tak ada apa-apa lah ayah!” yakin Iman Amani. Jantung aku sendiri pun berdebar kencang tak terhingga saat sekarang, apa tah lagi ayah, mak dan adik-adik. Ayah mengangguk, tapi ayah pegang tangan Iman Amani kemas-kemas. Sejak dari dulu sampai lah sekarang, segala harapan dan semangatnya datangnya dari Iman Amani. Iman Amani, anak sulong yang boleh diharapkan.

“Jangan lah macam ni, kita berdoa kepada ALLAH, supaya ayah selamat yer. Mak, Ika, Ieja, dah lah tu, jangan menangis!” pujuk Iman Amani sambil mengenggam tangan mak.

Sejak tahu Ezzat Iskandar hanya menipu cintanya, dia tidak lagi memikirkan tentang suaminya itu. Kesihatan ayah yang diutamakan. Mungkin disebabkan perkara ini, dia terlupa tentang Ezzat Iskandar. Entah lah, lagi pun buat apalah dikenang-kenangkan kepada orang yang tidak sudi menerima dirinya ini. Selama ini semua ini hanya lakonan dan permainan dari Ezzat Iskandar saja.

Tiga hari tiga malam tanpa menatap wajah Iman Amani, membuatkan Ezzat Iskandar separuh gila. Di rumah tiada, di pejabat pun tiada. Telefon pun tidak boleh dihubungi. Ke mana menghilang? Hendak kata berhenti kerja, tak ada pun surat berhenti. Pergi ke mana sebenarnya? Sakit sangat ke putus cinta sampai tak datang kerja? Bukankah selama ini Iman Amani yang dikenalinya adalah perempuan yang kuat semangat, dan tidak kisah sangat hal-hal cinta cintun ini?

“Tahu tak Iman pergi bercuti ke mana?” soal Tan Sri Hisham ketika berjalan menuju ke bilik Iman Amani. Ezzat Iskandar hanya mendengar soalan dari papanya. Nora diam, tidak ada jawapan.

“As, tahu tak Iman pergi mana?” soal Ezzat Iskandar pula apabila terpandang wajah rakan baik Iman Amani.

“Ler, bos tak tahu ke? Ayah Iman masuk hospital lah, sakit jantung. Hari ini kena bedah,” jawab Asma tanpa berahsia.

“Apa??” serentak soalan itu dari datang anak dan bapak. Terkejut sangat!

“Sebab itu lah Iman ambil cuti panjang, sebab nak jaga ayah dia kat hospital!” jelas Asma lagi.

“Awak call dia, cakap kat dia, kita semua nak datang melawat ayah dia petang nanti,” arah Tan Sri Hisham. Ezzat Iskandar berfikir panjang. Kenapa lah Iman tak cakap, bapa mentuanya masuk hospital.

“Baik, Tan Sri!” jawab Asma.

“As, Iman tak cakap pun kat saya semua ni,” kata Ezzat Iskandar selepas papanya masuk ke dalam bilik.

“Bos ni kenapa? Dah bergaduh dengan Iman ke? Tengok semacam saja sekarang? Dulu, kawan baik, ingatkan dah bercinta, sekarang kenapa?” soal Asma. Nampak perang dingin sedang berlaku nih.

“Tak ada apa-apa lah!”

“Jangan-jangan bos ada buat apa-apa kat Iman kut!” serkap jarang Asma terkena batang hidung Ezzat Iskandar. Buat lah benda tak baik, kat Iman, takut menyesal seumur hidup saja lah, bos.

Alhamdulillah, ayah telah pun selamat dibedah, sekarang tengah berehat kat dalam bilik ditemani oleh mak. Adik-adik balik ke hotel untuk berehat seketika sebab semalaman tidak dapat tidur kerana fikirkan tentang ayah.

“Kami dah sampai, kau kat mana?” beritahu Asma di talian.

“Depan bilik ayah aku lah, siapa datang lagi?”

“Tan Sri dan Puan Sri, kawan-kawan kita dan bos lah!”

“Bos?? Siapa??”

“Ezzat Iskandar..”

“Apa???” Kenapa dia datang juga ni, nanti ayah tahu lah dia ada hubungan dengan Tan Sri Hisham dan Puan Sri Nazimah. Aduhai, kenapa lah datang jugak. Nak tunjuk baik lah tu? Aku dah tak layan lah. Cukuplah sekali kau melukakan hatiku.

“Kenapa?”

“Tak apa lah!” terus dimatikan telefon, dan dia terpaksa menghubungi nombor telefon suaminya. Bunyi sekali saja deringan terus diangkat oleh Ezzat Iskandar.

“Kenapa sayang?” soal Ezzat Iskandar. Sengaja mahu menyakiti hati Iman Amani.

“Sayang kepala hotak awak lah tu.. saya nak jumpa awak lah sebelum awak masuk bilik ayah saya!” terang Iman Amani.

“Tak ada masa nak jumpa awak..,”

“Awak oleh buat apa saja kat saya, tetapi bukan ayah saya..” kata Iman Amani. Ayah tak tahu Ezzat anak bos di syarikatnya bekerja. Memang ayah dan mak pernah dengar nama Tan Sri Hisham dan Puan Sri Nazimah, tetapi mereka tidak tahu Ezzat Iskandar adalah anak kepada mereka berdua.

“Oo, takut lah pulak.. aku memang nak buat kau terseksa lah, Iman!” kan itu rancangan jahatnya dengan Badrol. Leganya hati boleh dengar suara Iman Amani hari ini.

“Terseksa??? Kau jangan mimpi lah!” ucap Iman Amani.

Ezzat Iskandar tidak menyertai lawatan papa dan mamanya. Dia tinggal bersendirian. Hanya kawan-kawan dan kedua orang ibu bapanya saja masuk melawat Haji Ali ketika waktu melawat. Itu pun hanya 5 minit saja, kerana doktor tidak mahu Haji Ali diganggu.

“Terima kasih Tan Sri, Puan Sri kerana sudi melawat ayah saya!” ucap Iman Amani ketika mengiringi Tan Sri Hisham dan Puan Sri Nazimah berjalan keluar dari bilik ayahnya.

“Sama-sama. Awak, Inilah budak Iman yang saya cakap tu, Iman, kenalkan isteri saya!” ini kali pertama Iman Amani berjumpa dengan Puan Sri Nazimah. Sewaktu bersalaman, tak sangka Puan Sri Nazimah memeluknya dan mencium dahinya. Nampak wajah Iman Amani seperti aruah anak bongsunya yang meninggal ketika berusia 6 tahun dulu. Dia ada 3 orang anak lelaki dan seorang perempuan, sayangnya yang perempuan sudah pergi meninggalkan dirinya untuk selama-lamanya.

“Kita orang dulu ada anak perempuan sebaya dengan Iman, Puan Sri kamu ini rindukan dia lah tu!” terang Tan Sri Hisham. Iman Amani kehilangan kata-kata.

“Nanti, bila lapang-lapang, jemput datang ke rumah mak cik yer!” pelawa Puan Sri Nazimah. Iman Amani tidak menjawab. Buat apa lah datang ke sana, setakat nak jumpa dengan mangkuk ayun itu adalah.

Hilang satu masalah, nie masalah kedua sudah ada di hadapan mata.

“Buat apa datang kat sini? Duduk lah elok-elok, atau pergi bercuti ke dengan duit 50 ribu tu..” sindir Iman Amani sebaik saja Ezzat Iskandar muncul di hadapan matanya.

“rasa macam 50 ribu tu tak cukup lah, Badrol cakap kalau boleh tidur dengan awak, bagi awak mengandung ke, apa ke, pastu tinggal, boleh dapat duit banyak lagi kut!”ujar Ezzat Iskandar sambil tersenyum. Lapang hati boleh tengok muka dia lagi. Ada hikmah juga pak mentua sakit. Iman Amani hanya mengelengkan kepalanya kerana waktu itu Hajah Murni datang ke arah mereka berdua.

“Assalamualaikum, mak!” kata Ezzat Iskandar sambil bersalaman tangan dengan ibu mentuanya. Iman Amani mencebikkan bibirnya. Berlakon lagi lah tu.

“Waalaikummussalam, Ezzat!” kata Hajah Murni. Tengok muka budak ini ceria saja, macam tak ada masalah pun. Begitu juga dengan Iman Amani, anaknya. Aku ni selalu fikir yang bukan-bukan saja lah.

“Abang pergi lah jumpa ayah dulu!” kata Iman Amani. Dia berlakon, aku pun terpaksa berlakon lah juga. Ezzat Iskandar patuh, terus masuk untuk menjengguk keadaan bapa mentuanya.

“Mak nak solat lah, along tengokkan ayah, boleh??” kata mak. Asar dah lama berlalu, solatnya belum lagi.

“Pergi lah, mak. Along tengok kat ayah nanti!” jawabnya. Mak terus menuju ke surau yang disediakan di sini.

Ketika Iman Amani sampai, ayah telah pun sedar.Nampak ayah dan Ezzat Iskandar sedang bercakap-cakap. Dia hanya melihat dari jauh saja. Lama juga mereka berbual. Iman Amani hanya jadi pemerhati. Tidak mahu membabitkan diri dalam hal ini. Maafkan Iman, kerana mencari menantu yang salah untuk ayah.

“Tinggal di mana?” soal Ezzat Iskandar ketika datang berjumpa dengan Iman Amani. Dia tahu selama ini Iman Amani menyewa bersama dengan Asma.

“Tak perlu tahu boleh tak?” balas Iman Amani. Cepat lah balik, sebelum mak dan adik-adik muncul semula.

“Saya tanya ni, tinggal di mana?” soal Ezzat Iskandar ingin tahu sebenarnya.

“Kan saya dah jawab, awak tak perlu tahu!” tegas Iman Amani.

“Awak jangan tunjuk sombong dengan saya lah, awak tu sebenarnya dah jatuh ke tangan saya..,” ujar Ezzat Iskandar. Siapa sombong nie, dia atau aku?

“Ikatan kita akan terputus tak lama lagi lah, Ezzat. Saya hanya menunggu ayah saya kembali pulih saja, selepas itu kita bawa haluan masing-masing!” jelas Iman Amani. Aku nie bersabar sebab ayah aku saja lah.

“Ezzat, kamu dah makan ke?” celah mak yang datang tiba-tiba. Ambil berat juga kat menantunya ini. Aku kah yang tidak sedar diri?

“Dah, mak!” jawab Ezzat Iskandar.

“Adik-adik mana, along?” soal mak yang tidak tahu tentang adik-adik Iman Amani yang sudah pulang ke hotel berdekatan.

“Kat hotel, mak!” jawab Iman Amani. Oo.. tinggal di hotel rupanya.

“Mak masuk tengok ayah kamu kat dalam lah!” kata mak. Along ini aku pesan suruh tengokkan ayahnya, boleh dia tinggal di luar bersama suaminya pulak. Hish, budak-budak nih..,

“Saya nak bawak mak dan adik-adik tinggal dengan saya buat sementara waktu. Rumah saya tu dekat sangat dengan hospital nih!” beritahu Ezzat Iskandar, tadi dia sudah meminta kebenaran dari bapa mentuanya.

“Tak payah tunjuk baik boleh tak? Saya tak suka lah!” tolak Iman Amani mahu melangkah masuk ke dalam bilik ayahnya.

“Saya lelaki lah Iman, saya boleh lakukan apa saja, tali perkahwinan ini adalah hukuman untuk awak,”

“Saya rasa awak pun tak kenal kut siapa Iman Amani...,”

Hah, suka tengok kau Iman Amani. Apa kah ini namanya sebenarnya aku sudah jatuh cinta kat kau?

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.