Baru seminit
berpelukan dan dia sudah merasakan tidak enak. Tidak selesa kerana memeluk
lelaki yang telah melukai hatinya. Segera Iman Amani melepaskan pelukan dan
mengesatkan air mata yang berjuraian.
“saya okey
lah,” kata Iman Amani sambil kembali tersenyum. Aku tak nak menagih simpati
kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa perasaan kepadaku.
“Ha, ah!”
rasa bersalah datang lagi. Saat pertama kali Ezzat Iskandar melihat air mata
isterinya, hatinya tersentuh sangat. Malah rasa bersalah dan menyesal kala itu.
Sekarang semua itu datang lagi mengetuk pintu hatinya berkali-kali.
Iman Amani
yang duduk di atas bangku segera bangun, rasa malu pula dengan sikapnya sekejap
tadi. Memang dia perlukan seseorang untuk berkongsi rasa sakit ini, tetapi
orang itu bukan lah Ezzat Iskandar.
Eija
sampai ditemani oleh mak. Sebelah mak ada seorang lelaki yang sedang tersenyum
kepadanya.
“Mujur ada
Zarul tadi, Along. Zarul yang bawa ayah ke hospital!” cerita mak. Angah di
sebelah mengangguk saja.
“Kenapa
dengan ayah sebenarnya mak?”soalnya, ingin tahu. Kalau ayah tidak susah hati,
tidak berfikir yang bukan-bukan, tentu tak jadi begini. Tentu ada sesuatu yang
merunsingkan fikiran ayah.
“Terkejut
dengan Ika lah, Along. Ika kemalangan di kampusnya. Patah kaki!” jawab Angah.
Ya ALLAH, Ika kemalangan. Patut lah ayah susah hati. Angah ni pandai yer
berahsia dengan along, tak cakap pun semua tu kat Along tadi. “Ezzat, buat
susahkan kamu saja, kena bawa Along datang sini,” balas mak. Ezzat Iskandar
mengangguk saja. Nampak Tan Sri Hisham dan Puan Sri Nazimah sedang berjalan ke
arah mereka. Ezzat segera dapatkan ke dua orang tuanya. Mak turut ikut Ezzat
Iskandar untuk menyambut besannya yang datang dari jauh.
“Abang,
terima kasih yer!” ucap Iman Amani. Ini calon menantu pilihan mak sebenarnya.
Mak memang berkenan dan sukakan Zarul sejak dari dulu lagi. Malah mak memang
nak sangat kami dijodohkan. Kebetulan Zarul memang datang melamarnya, tetapi
dia yang menolak kerana cintakan Ezzat Iskandar. Sekarang apa dah jadi? Kalau
lah Zarul tahu apa yang berlaku, macam mana yer.
“Tak ada
apa tu, kebetulan abang ada di situ waktu kejadian berlaku. Nanti, masuk jumpa
ayah, cakap kat telinga ayah yer, ayah boleh dengar suara Iman cuma dia tak sedar
saja!” ucap Zarul. Ini cinta hatinya,
sudah lama Zarul menyimpan perasaannya terhadap Iman Amani, sayangnya cinta
Iman Amani milik Ezzat Iskandar.
“Along,
kita orang nak pergi ambil Ika di JB. Along temankan ayah yer!” celah Eija
pula. Eloknya bawa Ika pulang ke Perlis saja. Perlis dan JB tu jauh lah. Kalau
sesuatu berlaku kat ayah macam mana? Kebimbangan mula terbayang di ruang
matanya.
“Jangan
fikir yang tak elok lah, ayah tu tak apa-apa pun. Lagipun kita orang pergi
dengan kapal terbang, kalau semuanya berjalan lancar, kita orang akan balik
secepat mungkin!”seakan tahu apa yang ada di dalam hati orang yang dipujanya.
“Abang
buat semua ini kerana Iman ke?” soalnya lagi. Aku tahu Zarul memang ada hati
kepada ku, tetapi waktu itu, cinta Ezzat yang buat aku buta hati untuk
menilainya. Tadi, hantar ayah ke hospital, sekarang teman Angah pergi jemput
Ika di JB pula. Apa semua ni? Sebab aku ke?
“Tengok,
suka fikir yang bukan-bukan. Abang pergi dulu, jangan lah terlalu ikutkan
sangat perasaan Iman tu!” kata Zarul lalu menepuk bahu Iman Amani.
Kalau lah
aku ikut kehendak mak, tentu lah tak jadi begini. Sah-sah memang Zarul baik
sejak dari dulu lagi. Inilah akibatnya bila kita sudah mengecewakan hati
seorang ibu yang menglahirkan dan membesarkan kita. Bergaduh kecil dengan mak
kerana mahu mempertahankan Ezzat Iskandar dan mak pula mempertahankan Zarul.
Sampai ke detik ini, aku rasa menyesal, kerana perkahwinan ku tidak bahagia
pun, malah cinta pun hanya sekadar permainan kosong saja.
Ezzat
Iskandar datang ke arahnya bersama Tan Sri Hisham dan Puan Sri Nazimah. Mak pun
ikut sekali. Puan Sri Nazimah memeluk menantunya dengan erat.
“Mama,
papa, sebenarnya kita orang dah kahwin dua bulan yang lalu, Ezzat yang sengaja
merahsiakan semua ini dari mama dan papa..,” kata-kata itu mengejutkan Iman
Amani. Kenapa pula ni? Aku akan pikul tanggungjawab aku sebagai seorang suami
kepada Iman Amani.
“Dah lah,
mama dan papa dah tahu sebenarnya, yang penting sekarang adalah kesihatan ayah
kamu tu, Ezzat!” lafaz Tan Sri Hisham. Hari ini mengaku jugak. Mak pandang
wajah Iman Amani, tetapi Iman Amani pura-pura tidak melihatnya.
“Betul tu
Ezzat, sekarang Iman nie perlukan kamu lah!” celah Puan Sri Nazimah. Mesti
Ezzat Iskandar berlakon lagi. Ataupun kerana simpati kepada ku? Tak percaya lah
kalau Ezzat Iskandar berubah sekelip mata. Dia kan pelakon hebat.
Bila
doktor beritahu ada darah beku di kepala ayah dan perlu dibedah segera, sekali
lagi air matanya mahu mengalir keluar sebab melihat mak menangis. Adik-adik
masih belum sampai ke sini, tetapi se awal pagi, ayah akan dibedah secepat
mungkin. Tan Sri Hisham sudah mencari doktor pakar yang paling terkenal untuk
merawat ayah yang didatangkan khas ke Hospital Perlis.
Mereka
dibenarkan berjumpa dengan ayah, tetapi hanya Iman Amani dan Ezzat Iskandar
saja masuk melihat ayah. Nanti mak akan masuk pula.
“Ayah,
Along datang ni!” bisik Iman Amani sambil memegang tangan kanan ayahnya. Ayah,
jangan tinggalkan kita orang yer. Ayah kena kuat!
“Ayah,
jangan lah risau, Ika tu hanya cedera sikit saja lah. Kejap lagi dia sampai!”
sambung Iman Amani cuba menenangkan hati ayahnya.
“Ayah,
Ezzat ni..,” ujar Ezzat Iskandar pula. Terdengar saja suara Ezzat, tangan kanan
ayah sedikit bergerak.
“Percayalah,
Ezzat tak akan persiakan Iman, Ezzat akan beri segala-galanya untuk Iman, ayah!”
itu janji ku mulai malam ini. Aku mahu berubah, demi Iman Amani. Iman Amani
merenung ke arah suaminya, cuba mencari sebuah kebenaran, namun kebenaran itu
tidak pun muncul. Macam mana lah aku nak percayakan kau, setelah apa yang kau
lakukan terhadapku.
“Ayah,
kuat semangat yer!” sampuk Iman Amani pula. Sekarang giliran mak pula mahu
masuk berjumpa dengan ayah.
Malam itu
kami semua buat solat hajat untuk ayah yang diketuai oleh Tan Sri Hisham.
Semuga pembedahan esok berjalan dengan lancar. Amin. Itu saja yang ada di dalam
hatinya kala ini.
Tan Sri
Hisham dan Puan Sri Nazimah turut menemani mereka di hospital sehingga selesai
pembedahan. Zarul dan adik-adiknya sampai selepas tamat pembedahan. Sekali lagi
mak menangis apabila melihat Ika pulang dengan selamat. Hanya kaki saja yang
patah, dan tangan tu luka sedikit saja.
“Terima
kasih Zarul, buat susah kan kamu saja!” ucap mak. Hati dia telah dilukai,
tetapi dia masih mahu membantu dan menolong.
“Tak
mengapa, mak cik. Kecil saja ni!” ucapnya sambil tersenyum. Doktor Azwan datang dengan wajah yang tenang
sekali.
“Alhamdulillah,
semuanya berjalan dengan lancar,” beritahu Doktor Azwan. Syukur Alhamdulillah,
terima kasih kepada ALLAH yang telah menyelamatkan dan memanjangkan usia ayah.
Amin.
Lega sikit
hati, tadi cemas sangat. Sekarang baru boleh meneguk air. Nampak Zarul sedang
makan seorang diri, tentu dia keletihan.
“Terima
kasih sekali lagi..,” ucapnya sambil meletakkan air milo panas di hadapanya.
Tak lalu nak makan memikirkan ayah dan adik-adik, walaupun ayah dan Ika sudah
selamat.
“Berapa
banyak kasih nak beri kat abang nih?” gurau Zarul sambil mengenyitkan matanya.
Hmm, sayang semuanya sudah terlambat lah, Abang. Iman silap menilai orang!
“He he he,
budi abang hanya ALLAH saja yang mampu membalasnya.
“Abang tak
minta pun Iman balas budi abang. Anggap saja ini pahala yang abang dapat kerana
menolong Iman, boleh gitu?” Lafaz Zarul seikhlas hati.
“he he
he..,” tersenyum tetapi hati terlalu terharu. Hatinya telah aku lukai dan
wajarlah hati aku juga dilukai oleh orang lain kerana aku telah melukai hati
insan yang sebaik ini.
“Nie
kenapa tak makan? Banyak lagi Iman nak kena buat selepas ini, jadi jangan
bahayakan diri..,” tegur Zarul apabila melihat Iman Amani hanya minum air milo
saja.
“Nanti nak
makan lah, tunggu Ika dan Eija,” jawabnya.
“Encik
Suami tu entah dah makan atau belum?” suara Zarul apabila terpandang wajah
Ezzat Iskandar sedang melihat ke arah mereka dua. Terus Zarul lambaikan tangan.
“Belum
makan barangkali!”
“Ajak
dialah sekali, abang belanja!” ucap
Zarul,
Abang
sentiasa mendoakan Iman, semuga Iman bahagia di dunia dan di akhirat. Itu doa
abang untuk Iman.