Home Novel Komedi/Romantik Komedi SANDIWARA CINTA
SANDIWARA CINTA
pitteriah abdullah
16/12/2013 10:09:53
230,524
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 11

“Awak rapat yer dengan dia?” ucap Ezzat Iskandar apabila Zarul bangun untuk membasuh tangannya.

“Rapat juga lah!” jawab Iman Amani. Nak cerita kat awak pun dah tak ada makna lagi kan. Jadi, tak payah cerita kut.

“Mak pun rapat dengan dia!” ujar Ezzat Iskandar lagi. Dia hanya memesan nasi goreng, dan Iman Amani tetap tidak memesan apa-apa. Macam nak jawab, mesti lah mak rapat, sebab itu calon menantu pilihan mak.

Zarul datang semula sambil membawa nasi ayam kepada Iman Amani. Lalu diletakkan di hadapan Iman Amani. Dia tahu kesukaan Iman Amani. Nasi ayam!

“Makan lah, Iman banyak lagi nak kena urus nanti!” pesannya sebelum melangkah pergi. Terharu sekali dengan layanan Zarul.

“Nanti Iman makan!”

“Abang cari Eija dan Ika, suruh dia orang datang ke sini. Untuk mak, abang dah belikan nasi. Iman makan lah dengan Ezzat!” katanya sebelum melangkah pergi. Nampak di tangannya ada bungkusan nasi dan sebotal air mineral yang besar untuk mak. Kenapa lah Zarul buat macam ni, baik sangat lah. Iman tak sampai hati tengok Zarul.

“Tak makan lagi dari tadi?” soal Ezzat Iskandar pula. Apa lah punya suami, isteri sendiri belum makan pun tak tahu.

“Baru nak makan? Mana mama dan papa?” soal Iman Amani.

“Cari hotel, nak balik rehat dan mandi dulu katanya!”

“Ooo..,” dia mengunyahnya perlahan-lahan nasi ayam pemberian Zarul tanda dia menghargainya. Kalau bukan kerana Zarul yang berikan tentu dia tak sudi, tak ada selera.

Menatap wajah Iman Amani di hadapannya, hati Ezzat Iskandar diragut rasa pilu. Apa salah Iman Amani kepadaku sehinggakan aku tega menyeksa dia? Kenapa lah aku turut kehendak Badrol yang tak guna itu? Kalau tak kerana peristiwa Badrol menganggu Iman Amani terakam di dalam cctv yang papa letakkan di dalam ofis, mungkin sampai sekarang dia tidak tahu perangai sebenar si Badrol. Duit 50 ribu pun sudah diserahkan kembali kepada Badrol, tetapi makan penumbuk juga lah Badrol sebab menipu dia.

Rupanya Badrol mahu membalas dendam disebabkan cintanya yang ditolak itu semuanya lakonan Badrol. Dia yang cari pasal sehingga perkahwinannya dengan Iman Amani terpaksa di batalkan apabila pihak Iman Amani meminta diputuskan tali pertunangan antara mereka berdua. Kata Badrol lagi, Iman Amani ini seorang gadis yang hanya mahu mempermainkan cinta saja, gila harta dan kaki lelaki. Jadi, badrol mencabarnya untuk mempermainkan hati Iman Amani walaupun dia sudah ada kekasih hati. Jadi, sebagai lelaki yang ego tentulah dia menyahut cabaran itu.

Semua yang badrol katakan tak benar sama sekali. Iman Amani bukan lah gadis seperti itu. Dia saja yang bodoh.

“Awak, balik lah berehat dulu, kesian kat awak!” kata Iman Amani. Ezzat Iskandar bukan siapa-siapa lagi dalam hidupnya. Aku pun tak nak lah, kalau orang tak sudi. Hati aku dah retak sejuta. Tak boleh nak cantum lagi. Aku akan ingat sampai mati perbuatannya kat aku. Sakit sangat! Tak boleh nak ubat dengan segala penawar.

“Jom lah balik sekali. Saya cari hotel dulu, awak pun tak rehat sejak semalam lagi,” ujar Ezzat Iskandar.

“Saya okey lah, lagi pun mak dan adik-adik saya perlukan saya di sini!” tolaknya perlahan. Nampak sangat hati Iman Amani dah beku kepadanya. Dengan Zarul tadi boleh senyum, boleh gelak-gelak lagi, dengan dia sekarang dah tak macam dulu. Nampak sangat hati Iman Amani terluka dengan perbuatannya.

“Maaf..., tak sempat habiskan kerana Iman Amani lebih pantas menghalangnya.

“Sudah lah, kita bina hidup baru. Call lah Tiara tentu dia susah hati mencari awak sekarang!” Awak tetap milik Tiara. Seperti mana saya tak boleh memaksa hati saya untuk menerima Zarul dulu, seperti itu lah saya tak boleh merenggangkan hubungan cinta awak dengan Tiara. Lagi pun saya faham istilah peritnya putus cinta. Jadi saya tak nak pisahkan awak dengan kekasih awak.

Dia bangun tinggalkan Ezzat Iskandar terkulat-kulat di situ. Aku tak nak jadi perempuan yang lemah kerana seorang lelaki. Apa pun terjadi, hidup ini perlu diteruskan. Ezzat Iskandar mengejarnya dan menariknya mengadap ke arahnya.

“Kita masih suami isteri yang sah!” ucap Ezzat Iskandar. Iman Amani mengelengkan kepalanya.

“Awak, saya tak nak serabut lah dengan persoalan kita ni, ayah saya masih tak sedarkan diri lagi. Yang penting sekarang adalah ayah saya..,” ucapnya. Iman Amani kau tetap menjadi milik ku sampai bila-bila.

Ezzat Iskandar setia menunggu Iman Amani di hospital. Mandi di hospital dan solat di hospital, sehingga lah ayah sedar, dan orang pertama yang ayah cari selepas mak adalah Ezzat Iskandar. Percaya sungguh ayah terhadap Ezzat Iskandar yer.

Dua minggu di hospital, Ezzat Iskandar lah yang banyak menjaga ayah. Kebetulan ayah tak ada anak lelaki, jadi hanya kepada Ezzat Iskandar saja lah yang ayah sandarkan. Rupanya lelaki bernama Ezzat Iskandar tidak kisah untuk menjaga orang tua yang sedang sakit seperti ayah. Mandikan ayah, jaga makan minum ayah, malah berak kencing ayah, Ezzat Iskandar yang menguruskan.

“Buat semua ini untuk menagih simpati ke apa ni?” soal Iman Amani. Kita kawan sahaja, tidak lebih dari itu.

“Ikhlas dan sebuah kewajipan serta tanggungjawab!” jawab Ezzat Iskandar.

“Sayangnya semuanya sudah terlambat. Mungkin untuk pikat hati ayah, awak berjaya, tetapi..

“Tetapi apa?”

“Kita hanya teman biasa. Tak lebih dari itu!” pesan Iman Amani ketika sampai di hadapan rumah Tan Sri Hisham. Ada sebab kenapa Ezzat Iskandar mahu menetap di sini, sebab mahu mengikat kaki Iman Amani. Di sini ada mama dan papa, jadi Iman Amani tidak boleh lari darinya.

“Awak dah tak suka kat saya?”

“Buat apa suka kat awak? Buang masa saya saja lah!”

“Ooo, sebab awak ada Zarul?” Dua minggu di hospital, Zarul datang setiap hari, dan isterinya ini bahagia sekali bersama si Zarul. Mujur ada tali pengikat kalau tidak sudah terlepas di tangan Zarul barangkali.

“Apa salahnya beri peluang kepada orang yang benar-benar sayangkan kita? Betul tak? Dari mengharapkan hati orang yang tidak sudi??” ujar Iman Amani. Kasih aku memang telah hilang terhadap Ezzat Iskandar, Cuma sekarang terikat dengan orang tua saja. Kalau tidak kerana orang tua, sudah lama aku angkat kaki. Memang aku miskin, tetapi aku juga ada harga diri, dan harga diri awak tidak boleh dipermainkan begitu saja.

“Ooo,, begitu?” rupanya hati Iman Amani sudah kembali keras dan tertutup rapat untuknya.

“Awak dah campak hati saya merata-rata, jadi peluang untuk awak memang dah zero!”

“Sampai hati awak buat saya macam tu!”

Sebuah kereta BMW berwarna merah berhenti di hadapan pintu pagar rumah.

“Tu, buah hati kesayangan awak dah sampai!” kata Iman Amani sambil menunjukkan ke arah Tiara yang sedang berjalan menuju ke arah mereka berdua.

Selamat bercanda lah, aku nak masuk dalam rumah, berehat dalam rumah lagi baik.

Previous: BAB 10
Next: BAB 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.