Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
143,276
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
4 - 3

KAK FIDAH, ketua pembantu tadbir itu tercengang tatkala berhadapandengan Elis.

            “Mana Kak Leen?”Sambil mata Elis diliarkan ke sana sini untuk mencari Kak Leen.

            “Dia ke kantin.Siapa cik ni ya?” soal Kak Fidah.

            “Saya Elis, PTbaru.” Terlupa pula Elis hendak berkenalan dengan staf itu.

            “Oh. Akak KakFidah, CC.”

Kak Fidah mengukir senyuman, begitu juga denganElis.

            “Kak, GB memintatolong akak daftarkan data Elis di dalam Sistem Kehadiran Staf. Err… bolehkahakak tolong Elis?” Elis segera menyampaikan pesanan khidmat masyarakat Safwantadi.

            Lekas Kak Fidahbangun lalu duduk di hadapan komputer.

            “Pergilah ambilsatu lagi kerusi dan duduk di sebelah akak,” arah Kak Fidah.

            Elis meletakkerusi di sebelah wanita itu. Punggungnya dilabuhkan.

            “GB ada beriapa-apa taklimat pada Elis?” tanya Kak Fidah.

            Elis menceritakansatu per satu perkara yang berlaku sewaktu berada di dalam bilik Guru Besarmuda itu.

            “Okey, selepas niakak mahu Elis bersiap sedia dengan bemacam-macam ayat untuk buat GB percayapada Elis. Jika Elis tidak berjaya yakinkan dia, maka dia akan bermain denganberibu-ribu jenis soalan untuk membuat kita mengalah. Kenapa, mengapa, untukapa, dan sebagainya,” cerita Kak Fidah.

            “Sikap dia memangbegitu ke, kak?” Hee… buruk bebenor perangai GB aku ni, kutuk hati Elis.

            Kak Fidah jongketbahu.

            Perut Elistiba-tiba sahaja berbunyi. Tanda lapar. Baru dia sedar, dia belum menjamahapa-apa daripada pagi tadi. Mujur dia membawa bekalan untuk sarapan. Dia segerabangun untuk bergerak ke pantry. Mahu menikmati bekal makanan yang dimasak darirumah.

            “Kemanakah Elisingin pergi?” tegur Kak Fidah.

            “Elis nak makan.Jomlah, Elis ada bawa lebih ni,” ajak Elis bersungguh-sungguh.

            “Tak…”

            “Awalnya makan. Sekarangbaru sahaja pukul 8.30 pagi. Kenapa tak jenguk tempat kerja awak dahulu?” Satusuara mencelah dari belakang.

            Kak Fidah yangperasan kelibat Safwan itu serta-merta meluru ke tempatnya semula.

            “Kak Fidah nampakhantu ke?” sindir Safwan.

            Kak Fidahtertunduk.

Elis memusingkan tubuhnya ke arah Safwan.

“Saya tak boleh lewat makan, cikgu. Saya adapenyakit gastrik.” Elis masih ingat ketika bekerja di Terengganu dahulu. Diakerap terlupa waktu makan. Kealpaannya itu membuat penyakit gastriknyamenyerang. Akibatnya, dia terpaksa bermalam di hospital selama satu hari.Tragedi itu menjadi pengajarannya sehingga kini.

“Itu hanya satu alasan,” perli Safwan.

“Saya bukanlah seorang staf yang suka menipu,cikgu. Oleh itu, cikgu tidak mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman tanpa soalsiasat terlebih dahulu. Bagaimana jika saya jatuh sakit? Apakah tindakan yangbakal cikgu ambil nanti? Adakah cikgu mahu menanggung akibatnya?” Elismelemparkan berdas-das soalan kepada Safwan. Baginya, isu kesihatan dirimerupakan prioriti yang paling penting, serta harus dijagai dengan baik. Bukansekadar sambil lewa sahaja.

Kak Fidah berasa terkejut kerana Elis beranimembidas kata-kata Safwan. Namun dia tidak berani mencelah kerana bimbang akandimarahi oleh Guru Besar muda itu.

Safwan terkedu. Inilah kali pertama stafmelawannya. Staf baru pula.

“Awak…”

“Kak Fidah, mana pantri?” potong Elis.

“Belakang,” balas Kak Fidah dengan nada suaraterketar-ketar.

“Saya pergi makan dulu ya, cikgu?” Elis terusberedar ke belakang.

Safwan genggam buku lima. Tercalit kemarahan diwajah kacak itu.

Kak Fidah mengerling ke arah Safwan. Gulp, diameneguk liur. Dia dapat merasakan bahang kemarahan Safwan. Gilalah Elis! Inilahnamanya mencari bala!

Previous: 4 - 2
Next: 5 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.