Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
143,310
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
1 - 1

Memorisilam mematangkan pemikiran.

Mengajaragar tabah melalui rintangan.

 

SATU per satu nota pemberian seoranglelaki misteri yang seringkali meninggalkan signature‘Ariq’ itu dibaca.

 

Selepaskesusahan itu pasti kegembiraan.

Percayalah

‘Ariq’

 

Menyimpansedih terlalu lama hanya akan

meninggalkansegaris luka yang takkan

pernahhabis.

‘Ariq’

 

Adakalanyakita jatuh terduduk. Tetapi

sebenarnyakita sedang diajar cara

untukbangkit semula.

‘Ariq’

 

            Elis Nou’rell melepaskan sebuahkeluhan. Kini dia sudah mampu tersenyum untuk melawan kesedihan yang pernahdicalitkan oleh Farish. Setiap nota itu terselit sebuah kata semangat agar Elistidak kalah untuk menempuhi dugaan. Nota itu merupakan pencetus kekuatandirinya.

            “Farish, aku bodoh kerana pernahcintakan kau. Oleh disebabkan cinta, mata pintu hati aku telah dibutakan. Akukesal kerana telah menyerahkan maruah diri kepada kau. Tapi aku bersyukur sebabkau dah ajar aku erti sesebuah kekecewaan. Aku takkan biarkan diri aku hidup didalam situasi itu lagi!” tekad Elis.

            Senyuman perlahan-lahan digaritkanke bibir bila menatap nota-nota itu.

            “Walau siapapun awak, saya tetapberterima kasih. Tanpa awak, saya mungkin tidak akan bangkit daripada kejatuhanini, Ariq!” ucap Elis.

            Kotak yang menyimpan semua kenanganbersama dengan Farish di atas meja ditarik ke hadapan. Dibuka penutupnya. Sekepinggambar diambil. Ditarik nafas sedalam yang boleh agar hatinya lebih tenang.Memori pahit itu haruslah dibuang! Cukuplah. Perit apabila meratapi perbuataninsan yang tidak pernah menghargai kewujudannya itu.

            Elis bangun. Kaki dibawa ayun kedapur. Tiba di sana, dia mendekati rak yang menyimpan peralatan memasak.Tangannya mencapai sebuah pemetik api. Dia meninggalkan dapur lalu memasukiruang tamu semula. Foto di dalam kotak itu diambil. Hujung mata pemetik apidihalakan ke arah foto itu. Ditekan picu untuk menghidupkan api. Perlahan-lahanapi mula menjamah bahagian sisi hujung gambar itu. Api yang sedang memamahgambar itu ditenung tanpa rasa.

            “Selamat tinggal kedukaan!” ucapElis.

Next: 1 - 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.