RUTIN biasa Dara jadi luar biasa hari ini. Dia datang kerja seperti biasa. Dan arahan pertama yang diterima, Atiya meminta dia selesaikan dahulu urusan yang tergendala di antara dia dan Haris. Selagi urusan mereka belum selesai, Haris itu akan membuat onar. Bukan setakat semua pekerja di pejabat terlibat, boleh jadi seluruh keluarganya juga terkena tempias lelaki itu. Jadi, dia menurut demi keamanan semua pihak.
Tahu tak, punyalah penat-lelah Dara bersiap pagi ini bersama jiwa baharu, kesudahannya dia diusir Atiya kerana Haris itu sedang menunggu di luar pejabat. Nak tak nak, terpaksa juga dia turuti. Sebaik kaki kanan cecah pintu luar, benda pertama yang dia nampak adalah Ford Ranger Haris. Automatik langkahnya terbata. Adalah dalam lima minit Dara menjadi pengawal keselamatan tidak berbayar di situ.
Minit seterusnya, Dara berjaya membuatkan Haris mengalah. Perlahan-lahan cermin kereta lelaki itu turun lalu menampakkan sisi santainya. Biarpun Haris itu tidak melemparkan senyuman, entah kenapa Dara dapat merasakan ada senyuman yang terukir disebalik cermin mata hitam itu.
Jari telunjuk lelaki itu lurus terhala padanya, kemudian Haris bengkokkan dua ke tiga kali.
Sangat jelas bahasa isyarat lelaki itu menyuruh Dara masuk ke dalam keretanya. Timbul rasa menyesal bila Dira itu berkali-kali merayu ingin menggunakan keretanya. Kalau tidak, dia lebih sanggup menggunakan keretanya sendiri daripada berdua-duaan dengan Haris.
Dara mendekatkan diri. Dia berdiri diluar pintu sebelah pemandu. Terpaksalah dia mendongak sedikit untuk menyamai kedudukan Haris yang sememang tinggi dengan kereta tingginya tu.
“Kita kan dah jumpa semalam.” Kata Dara perlahan.
Tiada keperluan untuk mereka berjumpa hari-hari. Tak manis. Tak sihat juga.
“Tapi awak masih salah faham.” Balas Haris. Buktinya, selepas menghantar Dara pulang semalam. Dara sengaja tidak menjawab panggilannya. Pagi ini juga Dara mengulangi kejadian yang sama.
“Jangan beri alasan awak tak check phone. Pagi tadi saya nampak awak dengan phone awak tu macam husband and wife. Langsung tak hiraukan keadaan sekeliling. Nampak macam phone tu lebih penting dari saya.”
Apa Haris intip dia? Memang turun saja dari kereta pagi tadi, dia menerima mesej berjela panjangnya daripada emak. Mimpi apa emak memberi nasihat di pagi hari. Nasihatnya pula menjerumus kepada pemilihan calon suami. Suami seperti apa yang layaknya disisi dia. Dan semestinya pujian melangit itu jatuh pada lelaki yang sedang bercakap dengannya sekarang ni. Itu yang menghairankan hingga dia alpa dengan keadaan sekeliling.
“Awak patut beri saya ruang, Haris…Bagi saya masa untuk bertenang. Bagi saya faham apa yang baru berlaku. Ini tak, awak muncul…Dan muncul lagi tanpa menghilangkan diri seperti selalu. Ini bukan Haris yang saya kenal." Berdiplomasi langkah terbaik berdamai dengan Haris.
“Please…” Kalau perlu merayu, Dara rela. Dia perlukan masa untuk menenangkan jiwanya. Rasa terkejut dia masih belum lenyap sepenuhnya.
“Sound like you are begging to me…Love.”
Dara pandang sekeliling. Dia benci sisi baru Haris. Lelaki ini tanpa rasa bersalah menyangkut dagunya pada pintu. Sengaja mahu dia menatap wajah lelaki itu dekat-dekat. Sengaja nak dirinya menjadi tumpuan semua.
“Tapi kenapa saya rasa, awak langsung tak mampu tenangkan hati awak malam tadi? Awak nampak lebih tenang kalau berjumpa dengan saya.”
Siapa cakap? Ini yang Dara rasa nak cabut sepatu, lekatkan pada dahi Haris. Biar berlubang.
“It’s okay kalau awak tak nak mengaku. Saya dah cukup faham dengan hati bakal isteri saya.”
Baru Dara tahu. Haris itu boleh tahan perasan orangnya. Pandai-pandai saja mengaku tahu membaca isi hatinya.
“Don’t be mad…Get in. Ramai dah yang tengah tengok drama kita yang tak berapa nak jadi. I promise! Hari ni, saya tak akan marah. Giliran saya pula dengar arahan awak.”
Taburan janji Haris itu sedikit sebanyak berjaya membuat Dara ingin tersenyum. Namun, dia berdehem. Menutup rasa gembiranya bila Haris pula memberi kerjasama yang agak luar biasa.
“Tapi…”
Ya!
Kalau tak ada perkataan tapi, bukan Haris lah orangnya. Haris sememangnya suka meranapkan semua kegembiraan dia yang baru tumbuh.
“Just for today!”
Dara tak tunggu lama untuk mengatur langkah. Sekelip mata dia sudah duduk di sisi Haris dengan muka yang sesiapa pun dapat membaca. Wajahnya sarat dengan cahaya biarpun bibirnya masih keras untuk mengukir senyuman. Dia sedang sembunyikan gembiranya di mata Haris.
“Kita nak pergi mana?” Tanya Dara tidak sabar. Dia tak sabar nak mencari jawapan untuk semua soalannya. Hanya Haris yang ada jawapan untuk semua soalannya yang masih lompong.
“Dating…”
Jawapan ringkas Haris membuatkan Dara menoleh.
“Kita berdating macam pasangan bercinta yang lain.”
“Saya ingat kayu keras tak pandai bercinta. Rupanya, kalau ribut datang. Bukan main lemah gelamai dia bergoyang.”
Sindiran Dara itu mengundang ketawa perlahan Haris. Ketawa yang senang dengan gurau kasarnya.
“That’s why I choose you…Love.”
Tak larat Dara nak tegah Haris menyebut ‘love’. Makin ditegah, makin banyak perkataan tersebut keluar dari mulut lelaki ini. Itu lebih baik daripada Haris memanggil dia ‘Little Virgin’.
Dara melirik Haris. Lelaki itu sengaja tayang lesung pipitnya sejak Dara masuk ke dalam kereta. Daripada senyuman tipis, senyuman Haris itu kian melebar sampai tiada penghujung lagi. Macam dunia ini milik lelaki disebelah.
“Hari ini, saya benarkan awak lihat senyuman saya sepuas-puasnya. Hanya untuk awak, bukan orang lain.”
Cepat-cepat Dara buang pandangan ke depan bila lelaki itu tiba-tiba menoleh. Dara tertangkap. Dan perlahan-lahan kereta Haris mula meninggalkan perkarangan pejabat. Barulah dia dapat menghirup udara semula bila Haris sudah fokus pada pemanduannya. Masa inilah dia perlu tenangkan diri yang mula berombak gara-gara dipertontonkan sisi baharu Haris.
“Tell me…Apa aktiviti orang berdating?”
Ketenangan Dara diragut dengan soalan kurang bijak Haris. Dia mencari sisi wajah orang sebelah. Dia silap besar. Haris itu juga melakukan hal sama dengannya. Haris boleh memandu dengan tenang, boleh juga curi-curi pandang padanya dalam waktu yang sama. Dia lupa lelaki ini serba boleh berbanding dirinya yang serba boleh ke Lautan Hindi. Tenggelam dan tak akan timbul lagi.
“Senaraikan…Saya akan cuba realisasikan setakat yang mampu dalam masa satu hari ini.”
Sebelum tu, Dara ada soalan yang sangat penting sebelum mereka berdating.
“Awak tak kisah kalau semua nampak kita bersama?”
Lagi.
Haris suka tayang kawah di pipinya. Dalam-dalam pula tu. Sangat elok kejadiannya. Serba tak kena Dara bila Haris itu masih belum berhenti melirik. Sama sepertinya. Bila pandangan mereka bertaut, Dara terlebih dahulu larikan sepasang matanya.
Dan ketika itu, Dara mendengar jawapan ringkas daripada Haris.
“Saya bukan Emir. Saya Hilman Haris. Nama yang berbeza. Manusia juga. Namun berbeza personaliti.”
Itu jawapan budak kecil. Sesiapa pun boleh jawab.
“You are holding my heart. No one has the key to open my heart. Because the key is you, Dara. All people in the world should know I'm belong to you.”
Dara sesak nafas. Diam itu lebih baik sementara dia mencari ruang untuk bernafas. Kalau tak, jangan ditanya nanti kenapa kereta Haris melencong ke hospital.
“Jadi, berikan sebab kenapa saya tak nak mereka semua nampak saya bersama awak? Saya bercinta dengan Cik Ponti ke? Yang hanya muncul waktu malam.”
Dalam menyoal, Haris itu sempat bergurau dengannya. Boleh tahan kasar gurauan mamat ni. Perkara baharu Dara kenal pasti lagi, Haris itu pandai loyar buruk rupanya. Jelingan dia singgah bila dirinya digelar Cik Ponti. Jelingan dia hanya dibalas ketawa Haris.
Maka Dara lancarkan serangan silent treatment demi kesihatan emosi.
Tentatif pertama, Haris membawa Dara makan terlebih dahulu barulah ke perkara lain. Kata Haris, dia belum bersarapan. Jadi tak elok dibiarkan perut kosong terlalu lama.
Berdasarkan keprihatinan lelaki ini, Dara syak sesuatu. Siapa lagi kalau bukan emak yang menjadi mata-mata Haris dan menyampaikan laporan bahawa dia tak sempat nak makan masakan emak pagi tadi.
“Boleh tak kalau awak makan dulu? Makanan itu jauh lebih menarik berbanding saya.” Dara naik rimas bila santapan dia terganggu kerana dia menjadi tumpuan lelaki di depannya.
“Why? Ini lah masanya saya nak pandang awak puas-puas. Awak pun boleh buat perkara yang sama.”
Haris menyuap makanannya. Masa inilah Dara juga makan. Kalau tidak, pergerakkan tangan dia kaku bila semua gerak geri menjadi perhatian sepasang mata Haris. Perutnya yang kosong juga tidak akan dapat di isi nanti.
“Masih marah pada saya?”
Anak mata Dara mencari wajah Haris yang menanti jawapannya.
“Sikit.”
“Good.”
Good? Marah yang berbaki sedikit itulah yang akan merebak. Dan menjadi lebih besar kalau Haris salah tingkah. Pantang Dara, kalau ada kesalahan kecil yang dilakukan Haris sebentar lagi, dia tidak akan melepaskan peluang. Dia akan besar-besarkan dan kesudahannya, marah yang sedikit itu terus menjadi banyak.
“Saya akan usaha lagi untuk hapuskan terus marah yang sikit tu.”
Dara mencebik. Haris itu terlalu yakin. Setakat nak bawa dia jalan-jalan di shopping mall, berkayak, jalan di tepi tasik dan seangkatan dengannya tidak akan berjaya menghakis marahnya yang berbaki sedikit itu.
“Bila marah awak dah reda, baru saya boleh cerita A to Z. Kalau tak, sia-sia semua penerangan saya. Awak akan lebih marah.”
Haris ini bukan sahaja polis. Tapi juga doktor tidak bertauliah yang sedang memberi rawatan psikologi secara tidak langsung padanya.
“Makan cepat. Kita tak banyak masa.” Haris menghabiskan saki baki makanannya. Ada perkara lain yang perlu dia lakukan bersama Dara selepas ini.
“Kita nak buat apa?” Tanya Dara polos. Pinggan yang masih bersisa ditolak ke tepi.
“Adalah!”
Mahal benar senyuman lelaki bernama Hilman Haris bila di khalayak umum. Bibirnya mendatar, namun sepasang matanya itu sudah warna-warni. Ada pelangi yang terbentuk di dalam matanya sehingga Dara dapat rasai senyumannya.
Sepuluh minit kemudian, Dara hampir melopong. Dia pandang Haris dengan pandangan tidak percaya. Sempat dia nampak Haris hilang ke dalam rumah, dan muncul semula dengan baju tanpa lengan menampakkan otot-otot lengannya.
“Masuklah…” Pelawa Haris.
Pelawaan Haris itu mengusarkan dirinya. Berdua-duaan begini bakal menimbulkan fitnah. Apatah lagi mereka belum ada apa-apa ikatan yang halal lagi.
“Jangan risau, saya dah angkut Mak Iti sekali.”
Barulah ada kelegaan terpancar pada wajahnya. Namun Dara sedikit teranggak untuk masuk. Lantainya masih elok biarpun berhabuk sedikit.
“Saya belum cuci ruangan ini lagi. Lepas siap cat, baru saya akan upah orang cuci semua.”
Haris masuk ke dalam dengan memakai kasut lalu menghampiri beberapa tong cat yang ada tidak jauh dari sini. Dara sekadar mengekori lelaki itu dari belakang. Sempat dia panjangkan leher mencari kelibat Mak Iti.
“Mak Iti ada dekat belakang.”
Haris macam tahu-tahu apa yang dicari Dara.
Apa yang menarik perhatian Dara, sekeping kertas yang Haris keluarkan dari poket seluar. Lelaki itu tersenyum sambil menjelingnya.
“Merah, sexy...Biru, peace...Kuning, happy...Hijau, positive...Hitam, strong.”
Ayat yang meluncur dari mulut Haris itu macam pernah Dara dengar. Gigih dia mengingatkan semula di mana dia menemukan ayat sebegitu.
“Bakal suami dambaan…”
No!
Dara geleng kepala. Itu rahsianya ketika dia baru memasuki alam sekolah menengah!
“Yang seksi, yang tenang mata memandang, yang sentiasa gembirakan hati, yang berfikiran positif dan paling penting...Kuat dan mampu melindungi kaum Hawa.” Haris menghulurkan kertas yang hampir lusuh warnanya setelah selesai membongkar satu rahsia Dara.
Merah-merah muka Dara merampas kertas tersebut.
“Mana awak dapat?”
“Saya tanya mak awak, warna apa yang awak suka. Dia bagi saya itu.”
Emak memang sengaja ingin memalukan dia di depan Haris. Tapi, ada yang membuatkan Dara tertanya-tanya. Untuk apa Haris bertanya warna kesukaannya?
Niat dia ingin bertanya, tinggal sekerat jalan bila Haris mengeluarkan peralatan mengecat lalu dihulurkan sebatang roller padanya.
“Saya ada impian yang sangat besar, Dara...Saya nak beli rumah untuk hidup bersama bakal isteri dan anak saya nanti.”
Ya! Sangat besar impian Haris. Malah, itu merupakan impian semua orang bergelar bakal suami.
“Dan saya berjaya beli rumah ni.”
Dara tumpang kagum dengan Haris yang berjaya menyediakan tempat untuk bakal isterinya.
“Impian ke dua saya juga bakal menjadi nyata dalam masa beberapa minit lagi.”
Berlapis-lapis dahi Dara.
“Saya nak car rumah kita dengan awak, Dara. Pilihan warna dalam rumah ni, saya serahkan pada awak sebelum kita sama-sama tinggal di sini.”
Dara rasa sebentar lagi mata dia bakal dihurung habuk. Pandangan dia mula berkaca. Dara mencari-cari mana marahnya yang berbaki tadi? Tiba-tiba marahnya yang sedikit itu lesap entah ke mana. Yang ada, rasa diawang-awangannya.
“Childish!”
Dara perasan pucuk hidungnya sudah merah. Di tangan Haris ada berus yang warnanya sama dengan warna yang tercalit di hidungnya.
“Haris?!” Jeritan Dara itu sudah bergema.
“Syhhh!” Jari telunjuk melekat dibibirnya.
“Apa lagi Haris...Pujuk mama cepatkan tarikh nikah kau orang berdua.” Suara asing mula mencelah.
Kuat Dara gigit bibir. Dia lupa Mak Iti ada bersama. Dia sempat melihat Haris yang telah memulakan kerja. Dara singsing sedikit lengan baju untuk membantu. Bantuan dia berjaya mengganggu kerja-kerja lelaki ini.
“Sorry! Saya hanya pandai cat badan orang, bukan dinding.” Dara pura-pura innocent bila Haris pandang bahu kirinya yang terdedah telah terpalit warna yang sama dengan hidung Dara.
“Apa ni?” Dara mula pandang bajunya yang ada titisan cat yang melekat.
“Sama. Saya pun pandai cat badan orang. Luar dalam pun boleh!”
Haris dah masuh frasa merepek!
Mak Iti geleng kepala melihat pasangan yang sedang bercanda tidak ingat dunia. Perhatian Mak Iti teralih bila poket baju kurungnya bergetar. Peluh reniknya mula tumbuh. Dia lupa seketika arahan yang dia terima semalam.
“Hel…lo…” Gugup Mak Iti menjawab panggilan tersebut.
“Belum…Mak Iti tak berani!” Bisik Mak Iti yang sesekali mengerling ke ruang tamu. Langkah di panjangkan ke pintu dapur. Dan dia sudah berada di luar.
“Kalau Haris tahu, mati Mak Iti!” Itu yang dia takutkan sepanjang malam tadi sebaik menerima arahan tersebut.
Mengeluh panjang Mak Iti bila si pemanggil tetap juga mahu dia menyelesaikan tugasan diberi dengan apa cara sekali pun.
“Nantilah…Mak Iti cuba pujuk Haris.” Lemah suaranya sebelum talian diputuskan.