Home Novel Komedi/Romantik Komedi Perangkap Cinta
Bab 33

HARIS berpeluk tubuh. Sejak dari lima belas minit yang lalu, dia setia mengekori Dara dari belakang. Sesekali dia nampak Dara masih gigih menahan beberapa buah teksi yang lalu lalang. 


Haris berani jamin, tiada kereta yang berani berhenti kalau dia yang lengkap dengan ves polis mengekori rapat. Silap haribulan, mereka semua beranggapan Dara itu penjenayah yang sedang diintip.

 

Bahkan, Haris turut diperdengarkan mulut Dara yang riuhnya tidak tentu arah. Dia tidak tahu apa yang disebut-sebutkan Dara, apa yang dia tahu Dara masih marah. Marahkan dia. Setelah puas membebel, Dara akan berhenti melangkah. Begitu juga dia. 

 

Perhatian Haris terganggu bila merasakan ada getaran pada poket seluarnya. Tanpa berlengah, dia menyeluk seluar jean. Sepasang matanya melihat nama si pemanggil, kemudian dia perhatikan Dara yang berdiri tegak didepannya. Lama. Barulah dia meleretkan skrin telefon.

 

“Haris!” Panggil Dara sebaik saja panggilan dia bersahut.

 

Apa lelaki itu tergamak menggunakan keretanya? Dan dia pula dibiarkan berjalan kaki untuk pulang ke rumah? Sebab itu, Dara memang pangkah awal-awal kalau ada yang melabelkan Haris lelaki budiman.

 

“Mana awak bawa lari kereta saya?” Tanpa menunggu sahutan Haris, Dara menyerang lagi. 


Tadi, memang Haris yang masuk ke dalam kereta Dara. Boleh jadi, lelaki itu sudah sampai ke rumah agaknya, dan sedang bersenang-lenang. Sedangkan dia, bersusah payah mengheret langkahnya. Apa tergamak Haris membiarkan dia di sini sendirian?

 

“Saya tak bawa lari kereta awak.”

 

Dara ketawa lepas. Tidak percaya bila Haris itu menafikan. Selepas kejadian tadi, kepercayaan dia terhadap Haris merosot teruk.

 

“Awak tak payah nak pura-pura, Haris. Cakap je sebenarnya, memang awak ada niat nak bawa kereta saya lari. Lepas tu, sengaja nak menyusahkan hidup saya.”

 

“Saya susahkan hidup awak?” Sebut Haris perlahan.  

 

“Yes! Sejak awak muncul, hidup saya semuanya serba tak kena. Bukan setakat hidup, saya rugi berpuluh-puluh ribu! Itupun, awak yang sengaja nak perangkap saya. Awak sengaja nak atur jalan hidup saya, kemudian awak campak saya tepi jalan macam kucing jalanan." Dara tak kisah kalau Haris mahu terasa hati sekali pun. Tapi, lelaki itu mana ada hati. Oh, pembetulan! Haris mana ada jiwa. Haris kalis dengan semua serangan emosi. 

 

Dara hela nafas bila Haris tidak bersuara. Apa yang dia dengar hanya suara kereta lalu lalang yang memenuhi corong telefon. Kebisuan Haris itu, seolah-olah mengeyakan tuduhan dia. Bohonglah dia tidak merasa kecewa walaupun dia tidak tahu pokok pangkalnya cerita selagi Haris tak buka mulut. Keinginan dia itu membuak-buak, nak sangat tahu apa sebenarnya yang terjadi. Namun, marahnya pada Haris itu membataskan segala-galanya.

 

“Sorry…” Pinta Dara. Dia tahu, dia bersikap kebudak-budakkan. Tak sepatutnya dia menyalahkan Haris saja. Dia juga salah. Salah kerana terlalu naif. Tanpa sedar, orang sekeliling mula mengambil kesempatan.

 

Nafas ditarik dalam-dalam. Dia rasa, dia perlu menoktahkan semuanya. Dia tidak akan sesekali memandang ke belakang lagi. Dia juga tidak perlukan penjelasan sesiapa. Cukuplah kebodohan dia sampai di sini.

 

“Awak ambillah kereta saya tu sebagai ganti untuk langsaikan hutang saya pada awak.” Biarpun berat, Dara terpaksa. Dia tidak mahu ada kena mengena lagi dengan Haris.  

 

“Did you need explanations, madam to be?”

 

Pergi mati dengan ‘madam to be’ Haris tu. Dalam keadaan begini, Haris masih mahu menjunjung niatnya itu?

 

“Penjelasan saya mungkin tak laku sekarang...Tapi awak masih perlukan penjelasan saya."

 

Sepi di pihak Dara. Dia sikit pun tak hairan. Haris itu sudah pakar membaca isi hatinya.

 

“Awak nak buang saya dari hidup awak? Tak setakat penjelasan, tapi awak perlukan saya juga. For sure...Hidup awak tak akan indah tanpa saya…Little Virgin…”

 

“What?" Mengetap sepasang bibir Dara. Dia tidak suka nada meleret Haris. Dia sangat tidak suka gelaran diberi lelaki ini. Kedengaran sangat sensual. Lebih kepada cerita dalam kelambu.

 

“Back to our story…”

 

Sikit lagi rahang Dara ingin jatuh. Haris itu sukar diramal. Penceritaannya tidak teratur. Dan sejak bila mereka ada cerita? Antara mereka tidak pernah ada cerita. Apa lagi cerita-cerita yang indah. Jauh sekali ada.

 

“Awak masih nak larikan diri dari saya?”

 

Soalan Haris yang ini, Dara akan jawab.

 

“Ya! Kalau saya ada magis...Saya akan ambil pemadam dan padam sampai bersih cerita kita. Saya nak hapuskan nama awak yang pernah muncul dalam hidup saya. Biar padam selama-lamanya." Tadi elok emosi hampir stabil, Haris sengaja membakar semula emosi Dara gara-gara ‘Little Virgin'.

 

“Sure?” Haris inginkan kepastian. Malah, dia menapak selangkah demi selangkah. Dia ingin dengar dan melihat sendiri pengakuan wanita ini dengan mata kepalanya.

 

“Anggap kita tak pernah kenal. Saya dengan hidup saya, awak dengan hidup awak. Kita tutup cerita.” Putus Dara.

 

Naik tinggi dada Haris, sebelum nafasnya dilepas perlahan-lahan. Dia cuba menerapkan kesabaran demi membeli jiwa Dara semula. Dia akan lepaskan kalau itu mahu Dara.

 

“Sorry.”

 

“Tak semudah tu, Haris.”

 

“I know...Awak layak untuk marah.” Haris mengalah.

 

Dara menunggu apa kata Haris seterusnya. Dan ayat Haris selepas itu pasti ada penawaran. Haris bakal membuat tawaran apa patut lelaki itu lakukan demi meraih kemaafan darinya.

 

“Again…Awak masih dengan niat nak lari dari saya?”

 

Haris ini memang pekak agaknya.

 

“Yes!” Sengaja Dara menjerit sedikit.

 

“Then…you should run now, Dara.” Haris semakin hampir. Dara masih belum menyedari kehadirannya.

 

Haris tak perlu beritahu pun, awal-awal lagi Dara memang berniat begitu. Sejak dia mengetahui rupanya Haris itu masih berbaik dengan bekas tunangnya dan ramai yang berkomplot menjayakan rancangan Haris. Hanya dia yang rasa dibelot.

 

“Now, Dara…Kalau tak, awak tak akan ada peluang lagi.”

 

Dara ketawa lagi. Haris fikir dia takut? Cara percakapan Haris tu, macamlah lelaki itu ada berhampiran dengannya sekarang dan mengejar dia.

 

“Saya pernah menyandang gelaran pengejar terbaik. Larian saya lebih daripada mampu untuk mengejar awak, Dara…”

 

Peduli apa dengan semua anugerah yang Haris pernah sandang. Malah, Haris itu layak bergelar lelaki licik yang penuh dengan perangkap. Dia tidak gentar langsung. Malah, dia mampu tersenyum sinis mengenangkan segala rancangan Haris.

 

“Catch me if you can…” Cabar Dara. Beg dibahu hampir melorot dibetulkan. Kuda-kuda dipasang. Pura-pura ingin melarikan diri. Konon-kononnya Haris itu ada di depan matanya.

 

Bibir Haris melorek senyuman. Dia suka bila Dara mencabarnya. Dia suka bila Dara bermain tarik tali dengannya. Langkah Haris semakin besar. Dia tidak perlu berlari kerana Dara hanya beberapa meter saja daripadanya. Sempat dia membuat pengiraan. Ada dalam lima langkah lagi, dia yakin, dia mampu mengejar.

 

“Run…Dara.”

 

“As you wish.” Sahut Dara dengan bibir menyenget. Dia terlebih dahulu memutuskan talian. Siap saja menyimpan telefonnya, langkah kanan dibuka.

 

Belum cukup selangkah, dia sudah terdorong ke belakang dengan sekali tarik. Lekas Dara menoleh. Dia diperlihatkan senyuman Haris buat pertama kalinya. Haris yang menyambar tali beg tangannya. Sipi-sipi dia jatuh ke dada Haris kalau dia tidak segera mengimbangi badannya.

 

“I got you…love!”

 

Mata Dara tidak pandai mengerdip lagi. Dia tidak pernah nampak sepasang bibir itu tersenyum. Apa yang dia tahu, senyuman Haris yang sukar dilihat itu sebenarnya indah dimatanya. Lebih menarik, ada kawah dalam yang menghiasi ke dua belah pipinya.

 

“Puas? Atau tak cukup lagi tenung?”

 

Kelip-kelip Dara pandang Haris. Tolong boleh? Jangan cakap ayat tanpa permulaan dan pengakhiran. Tahu-tahu saja Haris itu menyebut pertengahan cerita. Otak Dara selalu mengalami masalah untuk memproses ayat-ayat Haris.

 

“Senyuman saya ini mahal, Dara. Special for someone. Saya tahu, awak tak akan puas nak pandang.”

 

Dara belajar satu perkara baru tentang Haris. Lelaki ini mempunyai tahap perasan yang sangat tinggi. Bangga dengan killer smile yang lelaki ini ada.

 

“Tak nak tanya senyuman saya untuk siapa?” Pancing Haris.

 

Nope! Tak penting pun.

 

Tapi itulah. Tubuh dan otak Dara tidak sepakat. Bahananya, dia menoleh semula pada Haris sambil berkata.

 

“Siapa?” Tadi bukan main dia kata tak penting, sekarang Dara belot pada egonya sendiri walaupun dia tahu jawapannya.

 

“It’s you…Future wife.”

 

Sebelum pipi Dara merah padam, dia terlebih dahulu angkat kaki. Ajaibnya, kaki Dara tak pandai nak melangkah. Dia hanya mampu pusing-pusingkan tubuhnya di depan Haris. Dia menunjuk gelisahnya.

 

“Sebab tu saya tak nak kita bercinta. Awak akan jadi macam ni. Tak keruan. Hilang arah. Malu-malu."

 

Siapa yang tak hilang arah kalau Haris sekejap kecil, kemudiannya besarkan matanya? Diberi pula senyuman yang menampakkan lekuk dalam pada ke dua belah pipinya. Malah Haris terang-terang membuat percubaan untuk menggodanya pula. Inikah Haris panggil cara untuk memujuknya?

 

“Jom, balik!”

 

Tadi Dara baru rasa diawang-awangan, Haris merentap rasa yang baru bertandang dengan layanan dingin semula.

 

Habis tu, bagaimana dengan amarahnya? Bagaimana dengan penjelasan yang dia perlukan untuk meleraikan semua salah fahamnya? Biarpun marah bersisa, Dara mengekori juga langkah Haris dari belakang. Tanpa sedar, rupa-rupanya dia berjaya menyaingi langkah besar Haris.

 

Ves berwarna hijau terang menyapa pandangannya. Dia mencari Haris disebelah. Kemudian memandang huluran Haris yang masih belum bersambut.

 

Haris melirik sebelah. Dara itu pura-pura tidak nampak. Langkahnya diteruskan tanpa suara. Hulurannya juga dibiarkan sepi.

 

“Saya nampak handbag awak ada banyak ruang lagi.” Haris menjeling beg tangan Dara yang tersangkut pada bahu kirinya.

 

“Beg saya tak terima benda asing.” Dara sengaja membawa begnya ke dalam pelukan. Dia tidak mahu menumpangkan ves milik lelaki ini. Begnya masih suci daripada semua barang-barang milik lelaki. Jadi, jangan harap dia ingin menumpangkan barang Haris.

 

“Okey…” Haris menyarung kembali vesnya.

 

Langkah Dara terhenti bila tiada bayang-bayang di sebelah. Dia menoleh belakang, dan menemukan Haris yang selesai menyarung ves hijau terangnya. Lelaki itu berjalan terus tanpa pedulikannya lagi.

 

“Kalau macam tu, awak tunggu saya habis kerja. Emergency...Gantikan partner saya sekejap." Sempat Haris berkata sebelum lelaki itu membuka langkah besar.

 

Dara mencebik. Kenapa dia perlu menunggu Haris habis kerja? Lebih baik dia terus pulang ke rumah. Itu jauh lebih baik. Biarpun belum wujudnya sebarang perbincangan antara dia dan Haris sebentar tadi, marah dia kian surut bila Haris memanggil dia ‘love’. Dirinya terpujuk dengan satu perkataan. 


Rasa itu hanya bertahan sebentar bila Haris tanpa belas melepaskan tali begnya mendadak ketika dia hanyut dengan renungan lelaki itu. Bahananya, dia jatuh terduduk umpama nangka busuk. Itulah kejadiannya sepuluh minit yang lalu.

 

Perlahan-lahan Dara mengekori langkah Haris dari belakang. Barulah Dara sedar, dia terlalu layankan marahnya sehingga tidak sedar dia berjalan terlalu jauh dari tempat letak keretanya. Dan barulah kaki dia merasa kebas kerana berjalan tanpa rehat bila marahnya meraja.

 

Dara picing mata. Mereka bukan menuju ke ruangan parkir kereta. Tetapi langkah Haris itu menuju ke jalan besar. Tidak jauh dari sini, dia nampak ada beberapa orang manusia yang berada di tengah-tengah jalan. Ada kon polis yang berjaya memperlahankan kenderaan yang bertali arus.

 

Dia jadi teragak untuk mendekat bila beberapa anggota polis sedang menjalankan tugas untuk menahan kenderaan untuk diperiksa. Cuma dia masih belum menemukan kelibat Haris dimana-mana. Dia lalai, sekelip mata kelibat Haris itu bukan main laju menghilang.

 

Ini ke kerja yang dimaksudkan Haris? Dia perlu menyertai anggota lain untuk membuat sekatan jalan raya? Tapi, ke mana menghilangkan Haris. Sepatutnya Haris itu berada di dalam kelompok mereka.

 

“Hai…love.”

 

Haris sengaja ingin menguji hatinya. Dia tidak mahu hanyut. Dia menelefon lelaki bersebab. Bukan sebab ingin mendengar madah-helahnya.

 

“Haris, mana awak?” Tanya Dara yang pura-pura tidak dengar apa yang disebut lelaki itu.

 

“I’m hiding.”

 

“Tak kelakar, Haris.”

 

Sepi.

 

Kesepian itu yang menajamkan pendengaran Dara. Dia mendengar bunyi-bunyi enjin kereta bertali arus di hujung talian. Itu tandanya, Haris masih ada berdekatan.

 

“Saya tak buat lawak…love.”

 

“Stop calling me, love!”

 

“Little virgin…”

 

“Haris?! Awak memang sengaja nak jemput rasa marah saya? Berhenti panggil saya…” Mulut Dara tiba-tiba lumpuh nak menyebut dua gelaran tersebut.

 

“Mana lebih baik…Love or little virgin?”

 

Dua-dua tak baik bagi Dara!

 

“Virgin equal to Dara? Sama…Apa yang lainnya?”

 

Ada ketawa perlahan yang Haris titipkan buatnya. Tak tahu lah ketawa itu mengejek ataupun senang hati dengan gurauan tahap tidak kelakar Haris tu.

 

“Keluar cepat…Saya nak balik. Kunci kereta saya mana? Biar saya balik sendiri.” Dara tidak mahu melayani kegilaan Haris. Nanti penyakit gila itu bakal berjangkit padanya.

 

“I’m still hiding.”

 

Tak habis-habis dengan ‘hiding’ dia.

 

“Dan saya sedang bekerja, Dara…Saya dah beritahu tadi kan?”

 

“Kerja apanya? Main sorok-sorok itu dikira kerja? Jadi…Saya pun perlu sorokkan diri juga?” Hujung ayat Dara ketawa. Ketawa dibuat-buat.

 

“Kalau awak bagi saya tumpang ves tadi, kan senang…Sebaik ves dah tersarung semula pada tubuh saya, tandanya saya perlu bekerja.”

 

Betullah mama Haris katakan. Haris itu gila kerja. Bukankah tadi dia baru selesai menangkap Emir. Sekarang Haris perlu kerja lagi? Secepat ini?

 

“Please, Haris…”

 

“Saya bukan budak kecil yang awak nak ajak main sorok-sorok.” Dara sudah penat berdiri. Senja pun hampir berlabuh. Dia perlukan rehat dari segala masalah yang melanda hari ini.

 

“Saya boleh nampak awak dari sini…”

 

“Tapi saya tak nampak awak.” Dara pusing-pusing mencari Haris. Lelaki ini benar-benar mengajak dia bermain hide and seek.

 

“Sini…on your left…ada pokok besar. Saya di situ. Sedang perhatikan pemandu mana yang sedang lakukan kesalahan. Tak pakai seatbelt. Main phone masa drive. Langgar lampu isyarat.”

 

Dari jauh, Dara dapat melihat senyuman yang Haris titipkan sesaat untuknya.

 

Kenapa Haris tak cakap awal-awal? Mati-matian dia fikir Haris sedang bermain sorok-sorok dengannya. Rupanya, sorok Haris itu ingin menyampai surat cinta berbayar pada pengguna jalan raya.

 

“Awak sedar sesuatu?”

 

“Tak…” jawab Dara acuh tak acuh. Dia sedikit bengang kerana sering salah faham.

 

“Perempuan lebih cantik kalau marah. Tak nampak plastik.”

 

“Just like you…Love.”


Dara, jangan hanyut. Haris punya perangkap bahaya. 

 

“Sebab tu juga saya suka buat awak marah.”


Maaf! Marah Dara itu mahal harganya. Tak semua mampu menjemput kemarahannya.

 

“So, forgive me?”

 

Akan Dara pertimbangkan permohonan maaf Haris. Tapi bukan sekarang.


“I will explain everything.”

 

Dara kira, Haris terlalu banyak bercakap pula kali ini. Percakapan lelaki itu pula lebih kepada ingin membeli jiwanya yang merajukkan Haris perihal tadi.

 

“Cukup…Rasanya ramai dah dapat surat cinta. Jom, balik…Love."

 

Dara putuskan talian. Dia tak sanggup lagi dengar love…love…dan love lagi.

Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.