Home Novel Komedi/Romantik Komedi OREO dan CHIPS MORE
OREO dan CHIPS MORE
Illya Abdullah
22/6/2015 19:17:22
40,428
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 6

NUHA melolos keluar dari perut kereta. Cuaca hari ini panas membahang. Bermanik-manik peluh di dahi. Nasib baik dia jumpa lokasi pengambaraan Harraz. Itu pun setelah puas dia memujuk P.A kepada Harraz. Amraz tu lebih bertimbang rasa dari Harraz. Dia hubungi pun langsung tidak mahu menjawab. Agaknya Harraz sudah siap-siap menyimpan nombor telefonnya. Itu sebab tidak diangkat.

Terukir senyuman di bibir Nuha melihat Harraz yang sedang duduk berehat menguyah biskut di mulut. Santai saja gaya lelaki itu. Masa sedang makan pun terserlah kemacoan lelaki seorang ni.

Amraz ada memberitahunya yang Harraz sedang menjalani pengambaraan untuk sebuah drama terbaharu dalam slot berepisod. Watak hero yang sepatutnya dipegang diberikan kepada pelakon lain. Tapi mungkin lebih baik orang lain yang memengang watak hero itu. Kalau hero muka tegang dengan senyuman menakutkan macma Harraz, heroin pun lari. Nuha senyum sendiri. Dia pun lebih suka melihat Harraz melakonkan watak jahat. Nampak realistik.

Harraz nampak saja manoh (pendiam) kata orang Banjar tapi bila sudah buka mulut boleh tahan juga bahasa pedasnya.

“Cik Nuha…” Amraz menyapa.

“Assalamualaikum. Maaflah kalau menganggu.”

“Waalaikumusalam. Takde mengganggunya pun.”

Mood dia okay?” Nuha bercakap main bisik-bisik.

“Okay. Ehem… Cik Nuha saya nak bertanya sesuatu ni?”

“Tanya apa tu?”

“Apa tu cakah?”

Nuha ketawa halus.

Cakah tu maknanya sombong. Mak saya orang berketurunan banjar. Saya ni sikit-sikit bolehlah bercakap loghat banjar.”

“Ohhhh…”

Amraz ketawa.

“Encik Amraz… Encik Amraz tak takut kena cekik dengan dia nanti.”

“Jangan risaulah. Tahulah saya putar belit cerita dengan dia.”

“Terima kasih Encik Amraz sebab tolong saya.” Nuha membuka beg tangannya. Sebungkus kecil biskut chips more dihulurkan kepada Amraz.

“Biskut ni?”

“Upah untuk Encik Amraz sebab tolong saya.”

Amraz senyum dengan gelengan di kepala.

“Tak payahlah. Saya tolong ikhlas.”

“Saya pun ikhlas juga memberi.”

Amraz ambil juga biskut chips more pemberian Nuha.

“Awak tunggu sini sekejap. Saya nak berjumpa dengan Harraz.”

Nuha angguk.


“KAU jangan buat lawak dengan aku?”

“Aku tak buat lawak. Aku serius ni.”

“Kau nak budak perempuan tu jadi P.A dalam masa satu hari?”

“Bagi peluang pada dia. Jika dia lulus, kau terima kontrak iklan dia tu? Caranya mudah bukan? Dia kena tahan dengan kerenah kau dalam masa satu hari.”

Harraz tidak mengendahkan kata-kata Amraz. Malah, makin membelalakkan matanya tepat ke arah Nuha. Nuha buat derk. Tidak tergugat dengan pandangan maha tajam dari Harraz.

“Macam mana?” Amraz menepuk bahu Harraz.

Harraz membisu. Dia sedang membuat pertimbangan. Amraz senyap-senyap atur rancangan tanpa perbincangan dari dia terlebih duhulu.

Harraz menarik nafas dalam-dalam.

“Aku tak suka buli perempuan.”

“Aku tak suruh pun kau buli dia.”

“Habis, yang kau nak dia jadi P.A aku satu hari tu untuk apa?” Harraz masih mengawal suaranya. Dia tidak mahu krew-krew di situ memasang telinga perbualan antara dia dengan Amraz.

“Uji kesabaran dia. Kalau dia tak tahan sodia kena mengalah. Aku dah deal dengan dia.”

Kali ini Harraz terdiam agak lama. Akalnya berselirat dengan benang-benang kebuntuan. Dia melepaskan keluhan berat. Dia bukannya memandang pada wang ringgit yang ditawarkan tetapi ada sebab-sebab tertentu menolak untuk menjadi model dalam iklan komersil ini.

“Kau panggil budak perempuan tu ke mari.”

Lebar senyuman Amraz. Lantas dia memberikan isyarat kepada Nuha. Dengan pantas Nuha mengaturkan langkah panjangnya.

Apabila mata mereka bertaut, Harraz segera melarikan anak matanya ke arah lain. Tidak senang dengan renungan mata jernih gadis itu.

Riak muka Harraz masih sama seperti semalam. Bagai tiada perasaan pada wajahnya itu. Nuha sungguh-sungguh serba salah. Dia bagaikan memaksa orang pula. Dan dia tidak boleh kalah kekerasan hati Harraz demi menjaga periuk nasinya itu.

“Harraz dah bersetuju. Awak akan jadi P.A dalam masa satu hari. Jika awak tak mampu bertahan maka awak kena undur diri dengan rela hati.”

Yes! Nuha bersorak dalam hati.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.