Home Novel Komedi/Romantik Komedi OREO dan CHIPS MORE
OREO dan CHIPS MORE
Illya Abdullah
22/6/2015 19:17:22
40,422
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 9

BUNYI loceng di luar mengejutkan tidur Harraz. Siapa pula datang? Amraz agaknya? Usai solat subuh tadi dia melelapkan mata semula. Tidak seperti selalu dia akan keluar berjogging di taman berdekatan. Harraz menekapkan telapak tangan pada dahi. Panasnya sudah kebah sedikit. Dia bingkas bangun ke bilik air. Dia membasuh muka dan menggosok gigi.

Harraz mengaturkan langkah semula dan membuka pintu. Nuha yang terpacak di depan pintu kondonya itu melirik senyuman manis. Nuha sempat kerling Harraz yang berpakaain t-shirt kosong dan berseluar track suit hitam berjalur putih itu atas-bawah. Tengok gaya Harraz seperti orang baharu bangun tidur. Wajah Harraz pun sudah kelihatan segar sedikit.

“Assalamualaikum. Selamat pagi.” Ucap Nuha.

Seketika dia terkedu memandang wajah comel Nuha yang manis itu.

“Errr… Waalaikumusalam.”

“Maaf, ganggu awak pagi-pagi begini. Saya masakkan bubur ayam untuk awak.” Nuha menghulurkan beg kertas yang di bawa kepada Harraz.

“Terima kasih.”

“Saya minta diri dulu. Take care Encik Harraz. Jangan kerja kuat-kuat sangat dan jangan lupa makan ubat tau. Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.”

Nuha berlalu.

Wajah Harraz berubah merah. Berseri-seri. Pintu ditutupkan semula. Dia menuju terus ke ruang dapur meletakkan beg kertas berisi bubur ke atas dada meja. Harraz labuhkan punggung atas kerusi.

Tupperware berisi bubur ayam itu dikeluarkan. Penutupnya dibuka perlahan-lahan.

Diceduk sedikit bubur itu dengan sudu lalu disuapkan ke dalam mulut. Sedap! Pandai gadis itu memasak.

Mata Harraz melekap pada gambar yang tergantung di dinding. Gadis manis yang tersenyum girang memeluk bahunya itu menjadi tatapan.

“Ilyana…”


SATU bakul biskut Chips more terletak atas meja Nuha bersamajambangan bunga ros putih. Nuha terkebil-kebil membelek kad yang terselit di situ.

Dear: Miss Chips more

Thanks. Awak sudah lulus.

From: Harraz

Pendeknya dia tulis. Nuha mengulum senyuman. Alhamdulillah… berjaya juga dia lembutkan hati Harraz. Satu hari menjadi P.A Harraz, dia dapat menceduk serba-sedikit perihal lelaki itu.

“Amboi, dapat hadiah dari boyfriend ke?” Fiona menyapa.

Nope. Dari Harraz Aryan.”

Mata Fiona terbelalak.

What? Jangan buat lawak dengan I lah, Nuha.” Fiona tidak percaya.

“Cik Fiona tak percaya? tengoklah pada pada nama pada kad comel ni.”

Berubah air muka Fiona.

Dengan minah hijab ni boleh pulak Harraz Aryan tu cair. Dengan dia bukan main lagi liatnya nak bagi muka. Ini tidak adil! Fiona iri hati.

Apabila melihat teman-teman sekerja lain merapati meja Nuha, Fiona berlalu masuk

ke bilik pejabatnya. Wajah Fiona masam mencuka. Dia mencampak fail nipis ke atas dada meja. Berkeriut kerusi dihempasi tubuh kurusnya. Dia tidak boleh melihat orang lain berada di atasnya.

Tidak sanggup anak telinganya mendengar puji-pujian emak saudaranya pada Nuha.

Nuha boleh lembutkan hati Harraz? No way! Perempuan ala kekampungan tu calit Harraz dengan minyak pengasih agaknya?

Nuha tersenyum membaca mesej pada telefon bimbitnya. Mesej dari Amraz. Amraz mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menjaga Harraz. Amraz kata Harraz masih demam tetapi masih boleh bekerja seperti biasa.

Tidak tahu berehat langsung lelaki seorang itu. Nuha menggeleng-geleng kepala. Nuha tersentak apabila mendengar bunyi dentuman pintu yang kuat. Matanya bersegera terarah kepada Habibah di meja sebelah. Habibah memberikan isyarat mata pada bilik Fiona.

Nuha berkerut kening. Dia bingkas bangun merapati meja Habibah. Habibah menjeling-jeling ke arah bilik Puan Ramona. Bilik itu kosong. Puan Ramona masih tidak kelihatan. Barangkali ada temujanji di luar.

Habibah mencuit lengan Nuha.

Boyfriend dia datang naik minyak.”

“Eh, aku tak nampak pulak boyfriend dia masuk?”

“Kau sibuk layan sms kau.”

Nuha senyum.

“Apa kes?”

“Entah? tapi boyfriend Fiona tu memang kepala angin. Aku pernah nampak dia tampar muka cantik Fiona.”

“Kau biar betul Bee.”

“Betullah. Fiona tu bertahan sebab boyfriend dia anak orang kaya. Kalau akulah, dah lama aku tinggalkan lelaki jenis pukul perempuan ni. Tak sanggup aku lepas kahwin kena sepak teranjang.”

“Dia sanggup takpe.” Ingin bersimpati pun tidak boleh berbuat apa-apa jika Fiona sendiri yang sanggup diperlakukan begitu. Kalau ditegur akan melenting pula.

“Itulah pasal. Mungkin sebab boyfriend dia banyak duit. Mintak itu dan ini dapat.”

Nuha menyentuh bahu Habibah.

“Aku nak bancuh horlicks. Kau nak tak?”

“Boleh jugak. Mug yang paling besar.”

Nuha berlalu ke pantri.


GOOD job Nuha. I tahu you pasti berjaya. P.A Harraz Aryan sudah call I untuk sain kontrak iklan komersil tu. Hari ini I belanja you all lunch.” Berseri-seri muka Puan Ramona. Tidak lagi bermuka tegang seperti orang kena sembelit.

Nuha tersenyum. Dia bukan kaki bodek dan bukan juga jenis termakan dek pujian. Apa yang dia lakukan demi tugas serta menjaga periuk nasinya. Dia bukan dari golongan orang berada yang duit datang bergolek. Duitnya dari usaha empat kerat tulanngnya itu.

Sebaik Puan Ramona berlalu, Fiona mendekati.

“Nasib aja tu.” Fiona mengacuh. Nampak sangat masih tidak berpuas hati.

“Takde main-main nasiblah. Kalau tak berusaha toksah bermimpilah nak dapat pujuk Harraz Aryan yang hatinya bertembok besi tu.” Habibah menyampuk.

“I ni bukannya tak boleh nak pujuk Harraz tu. I justmalas aja gunakan kebijaksaaan I. Saja bagi chancekat orang lain.” Fiona tidak mahu mengalah.

Habibah mendengus mendengarnya.

“Dahlah.” Nuha tidak mahu kecoh-kecoh. Patutnya Habibah sudah sedia maklum dengan sikap Fiona.

“Dia cemburu sebab Harraz Aryan tak layan dialah tu.” Cebik Habibah.

Fiona ketawa.

“I tak pandanglah Harraz Aryan tu. Bukannya anak jutawan macam boyfriend I pun.”

“Iya ke? sekurang-kurangnya Harraz Aryan tu bukan kaki pukul macam boyfriend kau yang anak jutawan tu. Tak gentleman lelaki pukul perempuan ni.”

Fiona menjegilkan mata.

Nuha menggeleng perlahan. Habibah sudah terlepas cakap.

“Ops! Sorry Fiona. Aku bukan sengaja nak jaga tepi kain kau. Sebab dah rabak sangat. Aku ternampak okay.” Habibah senyum-senyum.

“Hm!”

Fiona merengus. Laju dia menapak masuk ke biliknya.

“Bee…”

“Mulut aku kadang-kadang memang jahat sikit.”

Aduh, Bee… makin antilah Fiona dengan aku. Kata-kata itu hanya tersangkak di kerongkong.

Previous: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.