Home Novel Cinta Ingat-ingat Lupa
Ingat-ingat Lupa
Zulfati Hanis
1/11/2012 11:02:07
116,920
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

“Assalamualaikum.” Haji Daim memberi salam sambil meniti anak tangga rumahnya.

“Waalaikumussalam. Lambat balik bang?” Hajah Anida menyambut suaminya dimuka pintu.

“Haah. Lepas solat tadi ada buat tahlil sikit,” kata haji Daim seraya melepaskan lelahnya sambil bersandar dikerusi rotannya.

“Abang sihat ke?” Hajah Anida menghampiri suaminya. Dilihat wajah suaminya yang sedikit layu. Bimbang jugak kalau-kalau tekanan darah tingginya meningkat.

“Hummm……Ida tahu tahlil siapa malam ni?” tanya haji Daim lembut. Hajah Anida hanya mengeleng tak tahu.

“Ez buat tahlil untuk arwah angah malam ni.” Perlahan suara Haji Daim menyebutnya.

“Apa bang?” hajah Anida terkejut.

“Ez buat tahlil untuk arwah angah. Dia masih ingat hari ni hari jadi arwah,” sayu kedengaran suara Haji Daim.

Hajah Anida terdiam. Dia sangkakan Eziwan sudah melupakan arwah.

“Dia kirim salam kat awak Ida,” kata haji Daim lagi.

“Waalaikumussalam. Tak sangka ya bang, Ez masih ingat tentang angah. Ida ingat lepas dia tunang dengan Linda, dia dah tak ingat dengan angah lagi,” balas hajah Anida dengan senyuman nipis. Dilabuhkan punggung pada kerusi yang berhampiran dengan kerusi rotan yang diduduki oleh suaminya.

“Bertuah angah dapat suami yang baik macam Ez. Cuma sayang jodoh mereka tak panjang aje.”

Hajah Anida mengangguk sambil mengusap lengan suaminya. Dia tahu suaminya merindui arwah. Siapa yang tak merinduinya. Semua yang mengenali Khyrulhydza pasti akan merindui akan keletahnya yang ceria dan sering menghiburkan.


“Mak oh Mak!....” dari jauh Khyrulhydza menjerit keriangan.

“Ya ALLAH, anak dara sorang ni!. Apa hal terjerit-jerit ni?. Malulah sikit. Awak tu anak dara. Jatuh saham orang tengok terjerit macam tu.” Marah hajah Anida sambil menepuk lengan Khyrulhydza yang memeluknya dari belakang.

Tanpa mempedulikan amarah hajah Anida, Khyrulhydza mencium pipi hajah Anida beberapa kali.

“Laaa……apa hal ni happy semacam aje ni?” ujar Hajah Anida yang mula rimas dengan kelakuan Khyrulhydza yang agak pelik hari ini.

“Mak cuba mak teka apa kat tangan angah ni?” kata Khyrulhydza ceria sambil melambai-lambai sekeping kertas ditangannya di depan mata hajah Anida.

“Surat masuk ‘U’ ?” teka hajah Anida.

“Betul!. Pandai mak.” Sekali lagi Khyrulhydza mencium pipi hajah Anida.

“Betul ke angah?. Dapat kat mana?” Hajah Anida turut teruja. Dia menoleh kebelakang untuk memandang Khyrulhydza yang masih tersenyum gembira.

“UKM, mak. Angah dapat ikuti Ijazah Sarjana Muda Perubatan, mak.” Teruja sangat Khyrulhydza memberitahu. Cita-citanya sedari kecil bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Hajah Anida mengalirkan air mata gembira dengan kejayaan Khyrulhydza. Selama ini dia melihat bagaimana Khyrulhydza tekun belajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam setiap mata pelajaran yang diambil. Semuanya hanya kerana cita-cita Khyrulhydza untuk menjadi seorang doktor. Alhamdulillah. Syukur pada yang Maha Esa atas segalanya. Hajah Anida memanjatkan rasa syukurnya.

“Angah tak sabar nak beritahu pada abah. Mesti abah happy kan mak?.”

“Ia. Semua orang bangga dengan kejayaan angah ni. Mak amat-amat bersyukur dengan semua anak-anak Mak. Along tak lama lagi jadi cikgu. Angah pulak bakal jadi doktor. Alhamdulillah.” Hajah Anida menadah tangan mengucap syukur.

Khyrulhydza turut mengaminkan doa hajah Anida. Seraya itu dia memeluk kembali hajah Anida.


Hajah Anida memejamkan matanya saat teringatkan semula kenangan bersama Khyrulhydza. Saat ini masih terasa lagi bahang pelukkan Khyrulhydza.

“Kenapa Ida?” soal haji Daim bila melihat air mata gugur membasahi pipi isterinya.

Pantas hajah Anida mengesatnya dengan hujung jarinya.

“Tiba-tiba Ida teringatkan arwah,” sayu suara hajah Anida.

Haji Daim mengangguk. Dia faham perasaan isterinya. Sejak arwah tak ada, suasana rumah ini pun bertukar.

“Dahlah. Moh kita masuk. Hari pun dah lewat ni,” kata haji Daim sambil mengusap tapak tangan isterinya penuh kasih.


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.