Home Novel Cinta Ingat-ingat Lupa
Ingat-ingat Lupa
Zulfati Hanis
1/11/2012 11:02:07
116,933
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

“Jom Mizi kita duduk berbual dulu. Penat jugak bila dah lama tak pegang kayu golf ni. Nampak sangat dah tua.” Dato Nor Azizi berseloroh sambil menepuk bahu dato Tarmizi.

“You masih mudalah Azizi, mana tuanya,” bidas Dato Tarmizi bergurau. Mereka sama-sama tergelak.

“Pandai aje you ni. Tengok ni rambut pun dah beruban dah.” Dato Nor Azizi menayangkan rambutnya yang sudah dipenuhi dengan uban putih. Tika ini sepatutnya dia sudah bersara daripada dunia korporat. Sebab itu dia melatih Hasnan sedikit demi sedikit berkaitan dengan pengurusan syarikat. Nanti bila tiba masanya untuk dia berundur diri, Hasnan sudah bersedia.

“Kenapa Hasnan tak ikut sekali?. Dah lama I tak jumpa dengan dia.”

“Dia tak ada kat sini. Semalam dia dah terbang ke Labuan dengan Ez.”

“Oooo…..pasal projek Labuan tu kan?.”

“Yup. Buat permulaan ni Nan dengan Ez akan pantau projek tu. Projek tu kan baby dia. Jadi memang dia perlu ambil berat tentang projek tu. I sekadar penasihat saja,” ulas Dato Nor Azizi sambil menghirup air oren jus. Saat air oren jus menerjah masuk ke tekaknya hilang rasa hausnya.

“Bertuah you Azizi. Ada anak dan bakal menantu yang boleh diharapkan. I ni tak sebertuah macam you,” kata Dato Tarmizi merendah diri.

“Sara kan dah boleh diharapkan. Dia juga banyak menyumbang idea dalam menaikkan lagi Mutiara Holding.”

Dato Tarmizi tersenyum. Mysara adalah satu-satunya anak yang dia ada. Namun sejak pulang dari UK, Mysara tidak mahu bekerja dengan syarikatnya. Sebaliknya Mysara memilih untuk bekerja di Mutiara Holding.

“Tulah masalahnya. Dia asyik sumbangkan idea untuk company you. Tapi company yang I bina untuk dia, dibiarkan saja.” Ada nada kecewa dalam suara Dato Tarmizi.

“Jangan cakap macam tu Mizi. Sara tu I dah anggap macam anak I sendiri. Lagipun kita kan dah berjanji untuk satukan Sara dengan Nan. So tak kira dimana dia dengan Nan bekerja, tapi akhirnya 2 syarikat akan bersatu jugak nanti.”

Dato Tarmizi ketawa. Iya…memang itulah yang diharapkan selama ini. Penyatuan Hasnan dengan Mysara akan membawa anjakkan baru dalam usaha dia dengan Dato Nor Azizi untuk mengabungkan dua syarikat gergasi mereka agar menjadi satu. Pasti masa itu syarikat mereka akan berdiri kukuh dan sukar untuk disaingi.

“Mizi….I cadang nak umumkan pertunangan Nan dengan Sara pada majlis ulangtahun wife I nanti. Kita tak payah ikat mereka lama-lama. Kita buat majlis kahwin mereka serentak dengan majlis kahwin Ez dengan Lyn.” Rancak Dato Nor Azizi menyatakan perancangannya.

“Mmmm…..Lyn dengan Ez dah tetapkan tarikh ke Azizi?.”

“Belum lagi. Tapi I ingat nak langsungkan majlis mereka berdua dalam bulan 7 tahun ni jugak. Nanti boleh kita buat untuk Nan dengan Sara sekali. Macam mana?.”

On my part….I tak kisah. Memang dah lama I tunggu kata putus dari pihak you. Maklumlah I ni pihak perempuan. Tak kan I nak canangkan dulu. Betul tak?” Dato Tarmizi berseloroh.

“Alhamdulillah. Lega hati I. Nanti you beritahu dengan Ita dan Sara tentang rancangan kita ni. Bila anak-anak dah lepas nanti I nak serahkan Mutiara Holding pada Nan dan Ez untuk uruskan. Lyn dan Sara boleh bantu mereka dari belakang.”

“I harap lepas penyatuan anak-anak kita nanti, bolehlah kita buat penyatuan syarikat sama. I pun dah tak larat nak uruskan syarikat sorang-sorang,” jawab Dato Tarmizi dengan penuh pengharapan.

“Insya-ALLAH, bab tu you tak payah gaduhkan. Bisa diatur,” seloroh Dato Nor Azizi. Dato Tarmizi ketawa sambil menepuk mesra bahu rakannya itu.


Dato Nor Azizi melangkah keluar dari perut kereta. Dia mengatur langkah menuju ke laman rumah bila terpandang isterinya sedang membelek pokok bunga.

“Tak habis lagi belek bunga tu cik Za ooiii…”

“Abang!....Terkejut Za.” Datin Zawiyah meninggalkan kerjanya dan berjalan mendapatkan suami yang sudah menarik kerusi yang disediakan dilaman rumah.

“Sunyi aje rumah ni. Lyn mana?.”

“Keluar. Katanya nak beli barang. Lepas tu jumpa kawan,” jawab Datin Zawiyah seraya menuangkan minuman untuk suami tercinta.

Dato Nor Azizi mengangguk. “Za….tadi masa abang berbual dengan Mizi, kami ada bincangkan tentang Nan dengan Sara.”

“Apa yang abang bincangkan?” soal Datin Zawiyah yang turut duduk dikerusi sebelah dato Nor Azizi.

“Abang bercadang nak umumkan pertunangan Nan dengan Sara pada majlis hari jadi Za nanti. Lepas tu abang pun ingat nak langsungkan perkahwinan Nan dan Lyn dengan pasangan masing-masing serentak. Kita buat sekali harung majlis perkahwinan anak-anak kita tu.”

Datin Zakiah sedikit terkejut. “Bab Nan dengan Sara tu, Za tak kisahlah bang. Tapi bab Lyn dengan Ez tu, keluarga Ez dah tahu ke?. Lagipun kita kan tak bincang lagi dengan keluarga Ez bila kita nak langsungnya majlis mereka berdua tu.”

“Haa….sebab tulah abang cakap dengan Za ni. Abang ingat elok sangat kalau kita langsungkan perkahwinan anak-anak kita ni bulan 7 tahun ni jugak. Bulan 7 tu kan cuti sekolah. Jadi Abang rasa itulah masa yang sesuai sekali. Lagipun bukan apa Za, Lyn dengan Ez tu kan dah setahun bertunang. Nak tunggu apa lagi.”

“Hummm….Za ikut aje bang. Kalau itu yang elok untuk anak-anak kita, Za sokong. Apa-apa pun kita kena bincang dengan dia orang juga bang. Lagipun yang nak kahwinnya pun dia orang.”

Dato Nor Azizi mengangguk sambil menghirup air minumannya. Dia amat berharap agar semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Bila semua dah selesai dia ingin membawa isterinya pergi melakukan umrah. Dah lama perkara itu difikirkannya.

Dah cukuplah selama ini dia sibuk dengan dunia perniagaan. Sekarang ini adalah masa untuk memperbanyakkan amal ibadahnya.


Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.