Aku dan
Rayyan sampai di kampung dalam pukul empat petang. Rayyan ini bawa kereta
terlalu berhati-hati sangat, lagipun katanya dia tidak cekap jalan sebelah
utara ini. Kedah dan Perlis pun tak pernah sampai, habis kuat hanya sampai di
Perak saja. Itu pun sekali saja katanya.
Singapura, Australia dan Itali kerap lah pergi. Paling kerap kota Landon
lah, bukannya Kedah Darul Aman.
“Selalu
balik kampung naik apa?” soal Rayyan ketika sampai di Pekan Rabu. Aleeya ajak
singgah tetapi Rayyan menolaknya. Malam
nanti lah datang Pekan Rabu.
“Naik bas
lah, nak naik kereta, abah tak benarkan. Kenapa?”
“Jauh lah.
Kenapa tak naik kapal terbang? Cepat lagi dari naik bas?”
“Selepas
ini Encik Rayyan bayar duit tiket kapal terbang saya yer, saya boleh balik naik
kapal terbang!” jawab Aleeya geram. Rayyan hanya tersenggih saja. Harga tiket kapal terbang murah saja lah
Aleeya sayang. Dari awak penat-penat naik bas, lebih baik naik Air Asia, jimat
masa dan tenaga.
Memang abah
sedikit terkejut apabila melihat Rayyan di hadapannya. Pakaian lelaki ini kemas
tetapi sewaktu menunduk untuk bersalaman dengan tangan abah, rantai lehernya
juga turut terjuntai sama. Tetapi abah bijak mengawal perasaan, pura-pura dan
berlagak tenang. Mak pula telah memaling muka ke arah lain. Mak sudah naik
marah melihat bakal menantunya yang berbeza dengan anak-anak lelakinya yang
lain. Hmm.. sah-sah memang Rayyan tak layak jadi menantu abah dan mak. Aleeya
menahan perasaan saja lah.
“Dah lama
kenal Aleeya?” soal abah. Aleeya tak cakap apa-apa pun tentang Rayyan. Cuma
Aleeya beritahu dia sudah ada penganti Azlan dan mahu memperkenalkan Rayyan
kepada abah.
Macam mana
lah Aleeya boleh jatuh hati kepada anak muda ini. Jauh benar dengan citarasa
Aleeya. Apakah kerana hati Aleeya benar-benar terluka lalu Aleeya menenerima
sesiapa saja menjadi suaminya? Aleeya, jangan terburu-buru nak. Hidup Aleeya
masih panjang, jangan salah langkah dan salah membuat pilihan. Abah ada
bersama-sama mu untuk menghadapi setiap rintangan., jadi jangan mudah mengalah
dengan dugaan kehidupan.
“Baru
seminggu, tapi sebelum ini kami kerap bertemu cuma tak bertegur sapa saja,”
jawab Rayyan Akmal jujur. Betul lah tu, kami kan kerap berjumpa di ofis, ofis
kami kan hanya bersebelahan saja.
“Baru
kenal seminggu dah nak kahwin?” ujar
abah. Terkejut sambil anak mata memandang wajah Aleeya dengan tidak berkelip.
Sah lah, Aleeya terpaksa.
“Ya, pak
cik. Saya mahu menyunting anak pak cik menjadi isteri saya yang sah!” jawab
Rayyan tekad. Aleeya sedikit tersenggih saja. Rahsia yang lain hanya kami
berdua saja yang tahu. Aku terpaksa kerana hanya dia saja yang hadir di
saat-saat ini. Tiada orang lain yang sudi datang ketika ditimpa kesusahan.
Tetapi, dia, lelaki yang penuh dengan warna-warni kehidupan yang sudi menghulurkan
tangan memberikan bantuan.
“Kenapa
memilih Aleeya?”uji abah lagi. Awak ada
pakej lengkap, serba sempurna, tentu ramai gadis yang tergila-gilakan kau, kenapa pula memilih Aleeya untuk dijadikan
isteri?
“Aleeya
terlalu istimewa kepada saya..,” jawapan Rayyan membuatkan Aleeya tersedak. Air
teh diletakkan perlahan-lahan sambil memandang ke arah abah sama ada abah
percaya ataupun tidak kata-kata bakal suaminya ini.. Abah seperti setuju saja.
Malah senyuman abah membuatkan Aleeya kehairanan. Apakah abah seperti aku,
terpaksa menerima Rayyan dalam keadaan terpaksa. Si Rayyan pun satu, dah tak
ada jawapan lain ke nak bagi kat abah, marah Aleeya di dalam hati.
“Sebagai
seorang ayah, pak cik hanya mahu melihat anak pak cik bahagia. Itu sudah cukup
bagi pak cik. Bolehkah Rayyan bahagiakan Aleeya sehingga ke akhir hayat?” soal
abah serius. Abah takut hati anak abah terluka lagi. Cukuplah dengan perbuatan
Azlan meninggalkan Aleeya di saat-saat mereka berdua mahu disatukan. Tinggal dua minggu saja lagi tarikh
perkahwinan Aleeya dengan Azlan, tiba-tiba saja mereka mendapat khabar Azlan
berkahwin dengan orang lain. Malah Azlan dengan beraninya datang untuk
meneruskan hasratnya dengan meneruskan perkahwinan dia dan Aleeya. Azlan
mahukan Aleeya menjadi isteri keduanya. Tetapi dia telah membantah
sekeras-kerasnya. Hidup bermadu bukannya indah.
“Saya
berjanji, saya akan bahagiakan Liya sepanjang hayat saya!” ikrar Rayyan. Aik,
hari itu tak ada pun dialog seperti ini. Rayyan ini mimpi ke apa nih? Pandainya
Rayyan karang ayat.
“Okey
lah..,”
“Pak cik
setuju?”
Abah hanya
mengangguk saja tanda setuju. Rayyan memandang wajah Aleeya sambil mengenyitkan
matanya. Biar berbetul abah? Kalau abah tak setuju, Liya boleh terima lah.
Betul ke Liya? Liya boleh menerimanya kalau abah menolak? Bukan Liya akan
berkeras ke? Liya terkejut dengan abah, yang tanpa banyak soal terus setuju
saja. Tanya pun soalan yang mudah-mudah saja. Abah tak fikir panjang pun. Sama
seperti Aleeya juga. Pandangan mak dan adik beradik yang lain, abah tak minta
pun. Abah terus setuju saja hanya sekali
pandang saja. Biar berbetul abah ni? Tak perlu lah aku memujuk abah dan mak
lagi, dan tak perlu susah hati lagi lah Aleeya. Kau memang bakal berkahwin
dengan Encik Rayyan pun.
“Pak cik,
nak minta izin Aleeya temankan saya jalan-jalan di kampung ni, boleh?” mohon
Rayyan ketika selesai makan laksa air tangan mak. Amboi, indahnya bahasa Encik Rayyan yer, siap
minta izin dari abah lagi. Tak sangka pula play boy bandar ni pandai berbahasa.
Hehehe.. kau kutuk bakal suami kau, Liya!
“Pergilah!”
ucap abah membenarkan permintaan Rayyan. Aih, abah tak kan lah jatuh hati kat
mamat handsome ni jugak? Abah ni, Liya
seperti tak percaya saja lah.
Mereka
berjalan seiringan mengatur langkah di atas batas bendang yang kecil. Rayyan
menghulurkan tangan kanannya, mahu berpimpin tangan si bakal tunang. Tetapi
Aleeya menolak perlahan. Kami bukan muhrim. Dia bukannya suamiku hanya bakal
suamiku. Ada jurang antara kami. Aku kena ingat tentang itu.
“Liya, saya
nak tidur sini, boleh juga saya berkenalan dengan abah dan mak awak!” suara
Rayyan. Permintaan yang sukar bagi Aleeya. Orang lelaki yang belum ada ikatan nak tidur
di rumah? Kalau abah benarkan pun, aku tetap tak setuju yang ini. Tak manislah
lelaki yang bukan muhrim tidur di rumah kami yang hanya ada aku, abah dan mak
saja. Nanti jadi buah mulut orang lagi.
“Tidur
hotel lah, Liya tak nak orang salah faham pula nanti,”
“Liya ni
teruk lah. Saya nak kenal dengan bapa mentua pun tak boleh!”
“Encik
Rayyan tidur kat hotel, jangan mengada-ngada. Saya tak nak orang cakap yang
bukan-bukan tentang kita berdua!” tegas Aleeya.
“Kita dah
nak jadi suami isteri lah, hanya seminggu lagi kita nak kahwin!”
“Seminggu?
Tak cakap pun tadi kat abah?” Cepatnya. Seminggu aku memang tak payah siapkan
apa-apa lah nanti. Mana sempat!
“Saya dah
cakap lah sewaktu Liya ada di dapur. Pak cik pun dah setuju!” jelas Rayyan.
Ooo, mesti waktu itu aku sibuk berbual dengan mak. Mak yang turut menyoal aku
dengan berbagai pertanyaan. Mujurlah boleh menjawab dengan jayanya. Kiranya
kami memang sudah lulus lah!
“Tak
sempat nak buat persediaan nanti..,” jawab Aleeya perlahan. Aku tidak mahu
berkahwin ala kadar saja lah. Nak kena cari baju pengantin dan hantaran. Nak
panggil orang lagi. Bunga telur boleh pakai yang hari itu. Alang-alang kahwin,
aku hendak majlis ini meriah. Kahwin kan sekali seumur hidup saja, biar pun aku
berkahwin dengan play boy tetapi aku tetap mahu majlis ini meriah.
“Sempat
lah, esok kita pergi cari baju pengantin. Yang lain saya akan uruskan,”
“Liya nak
urus sendiri..,” ucap Aleeya perlahan. Rayyan mengelengkan kepalanya. Dia ni,
degil juga lah.
“Kita
sama-sama uruskan perkahwinan kita, mahu?” ujar Rayyan. Tak boleh berkeras
sangat dengan Aleeya sekarang. Kena juga jaga hati dan perasaan Aleeya.
“Encik
Rayyan cakap apa lagi dengan abah?” soal Aleeya ingin tahu. Takut juga dia
cakap yang bukan-bukan kat abah.
“Tak cakap
apa pun? Kenapa Liya takut ke?”
“Takut apa?”
“Takut
saya makan Liya.. hahaha...!”
“Encik
Rayyan ni teruk lah..,” ada ke aku takut dia makan aku? Hish...
“Bertenang
Liya. Liya tak perlu susah hati lagi, masalah Liya dah selesai. Masalah saya
pun dah selesai...,”
“Apa
maksud Encik Rayyan ni? Liya tak faham lah!”
“Tak faham
sudah..,”
Masalah
dah selesai? Maksudnya dia tahu aku ada masalah lah selama ini? Yang dia masalah apa pulak?
“Liya, nak bagi saya balik atau tak ni?” soal Rayyan
apabila Aleeya asyik memandangnya dengan penuh minat.
“Jangan
lah balik lagi..
“Apa??”
“Maksud
Liya tinggal kat hotel lah, kata nak uruskan hal perkahwinan kita?”
“Ler,
ingatkan nak suruh saya tinggal di sini!”
“Tak nak
lah. Nanti ada gosip lagi!”
“Liya kena
fikir tentang diri Liya lah, tentang hal orang, biarlah kan saja!”
“Encik
Rayyan cakap senang lah, yang nak menanggungnya saya!”
“Kita
tanggung sama-sama lah!” kata Rayyan sambil merenung tajam ke arah Aleeya. Akhirnya aku dapat kahwin dengan Aleeya juga.
Yahoo.. bulan sudah jatuh ke riba. Atau pun Aleeya memang sudah ditakdirkan
untuk aku.
Kena
cepatkan perkahwinan sebelum mama dan papa balik. Paling tidak biarlah mereka
pulang sewaktu majlis pernikahanku berlangsung. Waktu itu siapa boleh
menghalang hubungan kami lagi.
“Encik
Rayyan tidur kat hotel dulu, esok datang jemput saya kat sini, boleh?”
“Itulah
saya nak tinggalkan kat sini, tak benarkan, tidak senang, tak payah
jemput-jemput dah esok,”
“Tidurlah
kat hotel dulu, Encik Rayyan kat suka tidur kat hotel!” perli Aleeya. Hmm..
susahnya budak ni.
Rayyan
terpaksa mengalah. Hendak cari hotel di Alor Setar ini satu masalah. Aku
bukannya pernah turun kat sini. Kena
call Rina, setiausahanya supaya mencari dan menempah hotel di sini untuk dua
tiga hari bagi menyelesaikan setiap urusan yang direncanakan.
Perlukan
bantuan Rina lah jawabnya yer.