"Betul
Liya setuju ni?" soal Ryan. Nama sebenar Rayyan, tetapi lebih suka orang
panggil Ryan saja. Rayyan itu sudah sedap di dengar tetapi mengapa perlu di
ubah. Tak sukalah. Aleeya memandang wajah bakal suaminya. Baru kenal tak sampai
dua hari sudah mahu berkahwin. Nampak sangat terdesak. Memang terdesak pun
kerana saat ini dia hanya fikirkan abah dan mak saja. Kasihan mak dan abah yang terpaksa menanggung malu di
kampung. Terbayang wajah mak membuatkan Aleeya tersedu. Kasihan mak. Perasaan
kasihan ini lah yang membuatkan Aleeya sudah nekah. Sudah tidak peduli soal
hati sendiri.
Abah lain lah kerana jiwa lelaki tak akan sama dengan jiwa orang perempuan.
Mesti abah bersedih hati dengan apa yang menimpa diri anak bongsunya. Cuma abah
tak tunjuk saja. Tetapi apa pun abah tentu pedih hati dengan kejadian yang
tidak disangka-sangka ini.
"Encik Rayyan kena jumpa mak dan abah saya di
kampung dulu. Kalau dia orang setuju, kita kahwin!" jawab Aleeya cukup
mudah. Tengok Rayyan pun sudah tahu mesti abah menolak. Huhuhu. Bakal menantu
abah pakai rantai emas di tengkuknya. Bab ini paling abah tak suka. Abah
sudahlah orang kuat masjid, alih-alih bakal menantu abah pakai rantai emas
pula. Lelaki memakai perhiasan emas hukumnya haram, Aleeya. Andainya abah dan
mak tidak setuju, macam mana Aleeya? Hendak berkeras juga ke? Hish, Rayyan ini
bukannya sebarangan orang. Awak pun kenal siapa Rayyan, kan? Macam mana ni?
“Boleh, bila nak pergi?” soal Rayyan beria benar. Aleeya memandang ke arah lain. Betul ke
tindakan aku nih? Nak kahwin dengan Rayyan semata-mata hendak menutup malu
keluarga? Perasaan aku bagaimana? Itu
satu hal. Hal kedua Rayyan ni sudah lah jenis perempuan keliling pinggang.
Macam aku sengaja cari penyakit pulak. Siapa yang tak kenal Rayyan? Kaki
perempuan, kaki minum lagi. Sebelum ini dia memang pernah terserempak Rayyan
bersama kawan-kawan perempuannya beberapa kali tetapi tidak sangka pula Rayyan
memilihnya untuk dijadikan teman hati. Rayyan ni betul ke nak kahwin dengan
aku? Atau dia hanya nak mainkan perasaan aku?
“Jumaat ni..,” jawab Aleeya. Jumaat kan hari cuti di
Kedah. Lagi pun abah tak sibuk kalau hari jumaat.
“Beres. Jumaat ni saya datang jemput awak!”
“Okey!” Mudah sangat Aleeya membuat keputusan.
Hari ini baru selasa kan, boleh lah aku berfikir, atau
paling tidak boleh lah buat solat istikharah, mohon petunjuk dari ALLAH yang
satu. Bagaimana kalau dia memang ditakdirkan menjadi jodohku? Aduhai, apakah
aku redha untuk menerima dia yang serba kemewahan tetapi kekurangan cahaya
iman. Aleeya, bukan senang hendak mendidik seorang lelaki ke arahan kehidupan
islamiah. Rayyan awak tu bukannya calang-calang orang lah. Dia belajar di luar
negara. Ayahnya kacukan melayu-inggeris. Emaknya pula memang anak melayu tetapi
ada kacukan cina pula. Jadi, pegangan agama keluarga mereka dari awal lagi
memang longgar. Dan awak tu??? Semalam kata nekad hari ini lain pula bila
berhadapan dengan Rayyan. Aleeya, Aleeya, awak ni tak ada pendirian lah.
Abah awak memang lah tidak memilih dalam hal begini
tetapi cara kehidupan awak dengan Rayyan terlalu jauh berbeza? Kena fikir juga
tu.
Rayyan sudah hilang dari pandangan anak matanya. Nampak
Rayyan berjalan masuk ke dalam pejabat kepunyaannya. Pejabat kami hanya
bersebelahan saja. Rayyan bos di tempat kerjanya. Aku ni kuli saja lah. Mesti
gempak hari ini kalau orang tahu apa yang aku dan Rayyan rancangkan. Bukan
kecil rancangan kami, rancangan besar pula tu. Apa kata Puteri Shima dan Akma
bila tahu aku mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Rayyan?
Tentu mereka tidak setuju. Abah dan mak di kampung pun
belum tentu setuju, jadi usah fikir sampai sakit kepala kerana perkara ini
belum tentu akan menjadi.
“Liya jumpa Rayyan?” soal Zuraida waktu Aleeya baru
hendak duduk di kerusi. Kalau Zuraida nampak aku dan Rayyan tadi, tentu orang
lain melihat juga.
“Yup!” akui Aleeya.
“Dia tu buaya, Liya. Akak kurang suka lah Liya jumpa
dia!” beritahu Zuraida. Dah agak pun, mesti Zuraida tidak suka pertemuan antara
Aleeya dan Rayyan tadi.
“Tahu!” sepatah saja yang muncul. Semua orang tahu siapa
Rayyan, jadi tidak perlu menafikannya lagi.
“Dah dua kali Liya jumpa dengan dia selepas Liya putus
tunang, akak rasa macam ada sesuatu saja, betul tak?” pancing Zuraida lagi membuatkan
Aleeya sudah tidak senang duduk di atas kerusinya. Panas!
“Tak ada apa-apa, kak!” kata Aleeya. Belum tentu aku jadi
bertunang dengan dia sebab apa pun perlukan persetujuan dari abah dan mak di
kampung. Jadi, jangan cakap apa-apa lagi kerana semuanya belum pasti.
“Liya, akak kenal kamu lah. Kamu bukannya jenis keluar
dengan lelaki ikut suka hati kamu saja, kecuali lelaki yang ada ikatan atau pun
pertalian dengan kamu saja,” suara
Zuraida sudah agak meninggi. Marah ke?
Aleeya tersenyum, cuba menenangkan hati sendiri dan juga
cuba menenangkan perasaan Zuraida, kawan satu pejabatnya ini.
Betul, Liya tak akan keluar dengan lelaki yang tidak ada
hubungan dengan Liya. Dulu, Liya hanya keluar dengan Azlan saja, kerana Azlan
adalah kekasih hati merangkap bakal suami Liya, tetapi sekarang Liya sudah dua
kali keluar dengan Rayyan, lelaki buaya darat itu. Wal hal sudah banyak kali Rayyan ingin
berjumpa dengannya sewaktu dia menjadi tunang Azlan, tetapi Aleeya tidak
berminat pun.
Hmm.. sesuatu yang berlaku bukan atas rancangan kita. Itu
yang betul. Semuanya terasa segar di dalam kepala otak Aleeya bagaimana
siri-siri pertemuan antara dia dan Rayyan, arkitek terkenal itu.
“Liya, Encik Rayyan nak berkenalan dengan awak!” beritahu
Atun, kerani di sini. Sudah tiga kali Atun beritahu kepada Aleeya tentang ini.
“Tak nak lah!” jawab Aleeya. Waktu itu dia masih menjadi
tunang Azlan. Buat apa berkenalan dengan Rayyan, sedangkan dia bakal menjadi
isteri orang. Tidak pasal bergaduh dengan Azlan pula kerana hal kecil ini.
Aleeya mahu menjaga statusnya sebagai tunang orang. Lagipun tak baik lah ada
lelaki lain selain Azlan.
“Kawan biasa saja lah. Bukannya ada apa-apa pun!” pujuk
Atun.
“Tak mahu lah!” tolak Aleeya. Dengan Rayyan lagi lah nak
mahu berkawan. Rayyan tu tak layak untuk dibuat kawan pun. Memang lah Rayyan segak dan kaya tetapi
perangai buruk, kata Aleeya di dalam hati.
“Kenapa? Sebab Liya orang alim, Rayyan tu orang hina,
begitu?” uji Atun pula. Sengaja mahu tahu apa alasan Aleeya di dalam hal ini.
Aleeya menolak Rayyan kerana Aleeya orang yang ada pegangan agama, tidak
seperti Rayyan yang kaki kelab malam dan suka minum wain yang memabukkan itu?
“Mana ada, siapa lah Liya untuk membezakan sesama
manusia. Liya pun manusia biasa saja, yang ada banyak kelemahan!” tepis Aleeya.
Kata abah, jangan terlalu bencikan seseorang, tapi benci berubah menjadi sayang
pula. Tengok, sekarang apa sudah jadi? Dia dan Rayyan?? Tak beraninya nak fikir
semua itu sekarang. Takut pun ada jugak lah!
Atun tak pernah mengalah menjadi orang tengah Rayyan, dan
yang pastinya Rayyan itu tidak berhenti dari mengharap. Mungkin kerana Rayyan ingat ikatan tunang itu
tidak bermaksud apa-apa kepadanya sebab itu dia mahu berkenalan dan berkawan
dengan Aleeya. Cuma dua bulan sebelum tarikh perkahwinan Aleeya, Rayyan menyepi
diri dan sekarang mula memberanikan diri apa bila tahu Aleeya tidak jadi kahwin
dengan Azlan kerana Azlan sudah berkahwin dengan perempuan lain. Semua ini seolah memberi peluang kepada
Rayyan? Betul tak Aleeya?
“Liya!” panggil Zuraida mengejutkan Aleeya dari
terkenangkan Atun. Wajah Atun segera hilang dalam fikirannya.
“Apa kak?”
“Jauhnya awak mengelamun. Ingat siapa? Azlan?”
“Azlan dah jadi suami orang. Kalau saya ingat pun dah tak
ada maknanya, kak!” suara Aleeya geram dan sakit hati tiba-tiba. Untuk apa lah
aku kenangkan orang yang sudah mencalitkan arang di muka aku. Kerana Azlan,
keluarga aku mendapat malu.
“Habis tu?”
“Liya ok kak, janganlah akak susah hati!” putus Aleeya
sambil bangun dari tempat duduknya. Hendak pergi solat lah kat surau.
Sebenarnya nak larikan diri dari Zuraida yang mengundang banyak pertanyaan.
Banyak sangat soal jawabnya, sedangkan semua ini masih di peringkat awal. Masih
rahsia.
“Azlan!”Sebut nama Azlan lagilah saya perlukan Rayyan.
Saya nak kahwin dengan Rayyan juga kerana Rayyan saja yang sudi ajak saya
kahwin saat ini. Rayyan yang datang ketika saya keluh kesah ditinggalkan oleh
Azlan. Saya nak tebus maruah keluarga saya yang dihina dan dicaci oleh orang
kampung kerana perbuatan Azlan, putus
Aleeya.
Tiba-tiba Aleeya jadi berani dan nekad pula untuk
berkahwin dengan Rayyan, lelaki banyak perempuan itu.
Liya akan pujuk mak dan abah supaya terima Rayyan juga.