Bab 33

Dari sudut tersembunyi.

Amr tidak mampu bertenang walaupun telah mendengar suara Nika dari walkie-talkie beberapa minit yang lalu. Walkie-talkie itu disimpannya dalam kereta Asp Suresh dengan harapan Nika akan segera dapat bantuan jika berlaku apa-apa terhadapnya. Malangnya dia lalai dan lupa mengajar Nika cara menggunakan alat itu sehinggalah malam ini!

Bunyi tembakan kedengaran dari dalam rumahnya tadi begitu menyeramkan. Amr menahan dirinya dari memberontak ketika dia tidak lagi dapat menghubungi Nika di dalam safe room. Dia bimbang Nika keluar menyerah kepada Murugan. Orang kanan Samuel yang masih terlepas dan sekarang berada di dalam rumahnya bersama dua orang lagi pengikut Samuel. Lelaki itu berjaya dengan rancangannya.

“Biar saya masuk ke dalam Tuan,” mohon Amr kepada Asp Suresh, dia sudah bimbang separuh nyawa dengan keadaanya isterinya.

“Kita tak boleh serbu begitu saja Amr, itu boleh membahayakan tebusan, anggota kami dah bersedia untuk berbincang dengan penceroboh.”

“Benarkan saya yang masuk berbincang dengan Murugan, tuan tak kenal dia. Dia gila, nyawa Nika dalam bahaya!” Amr semakin geram dan mula hilang sabar.

“Murugan mahukan saya. Tuan siap sediakan anggota untuk bertindak bila tuan dengar bunyi tembakan dari dalam rumah. Saya yakin Murugan cukup bersenjata dan tahu pihak polis akan ke rumah saya. Semua salah orang-orang tuan yang lambat bertindak! Walaupun tahu keadaan Nika terancam dan sekarang dia jadi tebusan!.” Amr mengeluh ketika turun dari kereta.

“Keadaan kelam-kabut di airport tadi Amr, saya silap sebab terlupa pasal Nika.”

Amr hanya menyeringai.

Bunyi walkie-talkie segera disambut oleh Asp Suresh. “Baiklah…” ucapnya tegas lalu dia memandang kepada Amr.

“Amr sedia…”

Amr mengangguk cekal.

“Ok, hati-hati Amr, bawa Murugan berbincang, lewatkan tindakannya dan cari peluang untuk bertahan sebelum kami serbu masuk!” Asp Suresh membuat arahan jelas.

Amr menapak dan hampir berlari menuju ke pagar rumah. Murugan sedang menunggunya. Mereka tidak dapat mengagak rancangan Murugan, yang dia tahu Nika terus hidup untuk mendengar semua penjelasannya. Dia sedar silapnya mengarahkan Puan Rahimah ke rumahnya sebaik dia tidak dapat menghubungi Nika. Dan bila Murugan yang menjawab panggilannya… jantungnya bagai ditusuk belati dan membuatnya hampir tidak bernafas. 

Demi nyawa Nika dan Puan Rahimah anggota polis tidak boleh bertindak sebarangan, Asp Suresh harus mengatur strategi. Sekarang dia berdiri di depan pintu rumah dengan jantung yang dirasakan akan berhenti berdegup bila-bila masa saja. Dia tidak pasti sejauh mana dia boleh menahan rasa amukannya… dan urat-urat yang menegang pada penumbuk seakan-akan tidak sabar!

Pintu rumahnya dibuka perlahan, Amr terus masuk dengan perasaan berkecamuk yang berjaya diselindungkannya dengan tenang.  Matanya bertembung dengan wajah Nika yang penuh ketakutan dalam cengkaman Murugan. Tiba-tiba rasa marahnya membuak-buak melihat bibir Nika yang berdarah. ‘Mati jugak Murugan malam ini dia kerjakan!’ detus kepalanya.

Situasinya rumit pada waktu itu, Nika diacu pistol dan di manakah Puan Rahimah? Apa yang berlaku? Amr perlu tangkas berfikir.

“Periksa badannya!” arah Murugan kepada si pendek.

Sambil tubuhnya digeledah Amr memandang tepat wajah pucat Nika. Dapatkah dia meminta maaf kepada perempuan yang sangat dicintainya itu kerana selama ini menyembunyikan rahsia yang mengundang tragedi. Kerana kerap kali membuat Nika tertekan dan turut sama menderita. 

“No gun,” beritahu si pendek.

 Dia bukan bodoh Murugan!. Dia tahu situasinya. Kemudian si pendek menggeleng, dia tidak menemui apa-apa.

“Kamu dua pegi naik atas, jaga-jaga kalau ada polis cuba masuk dari atas,” arah Murugan seterusnya pada dua anak buahnya.

Amr memerhatikan kedua-dua anak buah Murugan segera meninggalkan mereka bertiga di bawah dan terus naik ke atas.

“Kau ingat kau pandai, aku tahu semua kerja kau. Pengikut lain yang ditangkap semua sebab sabotaj  kau. Samuel yang bodoh tak percaya cakap aku sejak awal lagi!” Murugan terus memakinya sebaik mereka berdepan.

“Jadi, kenapa kau tunggu lama sangat untuk bertindak?” tanya Amr.

“Samuel tawarkan aku 50 peratus hartanya kalau betul kau spy dan aku akan berjaya bebaskan dia dengan nyawa kau dan bini kau ni!”

Amr hampir tersengih, sesekali matanya memerhatikan sekeliling. Otaknya ligat memikir rancangan. Dia bergerak dua langkah ke hadapan. “Jadi apa kau nak buat sekarang Murugan.” 

“Dapatkan kereta untuk aku, bini kau ikut dengan kami lepas tu kau bebaskan Samuel sebelum matahari terbit! Kalau tak bini kau mati!”

Bergerak-gerak rahang Amr dengan cadangan Murugan.

“Telefon polis sekarang! Suruh polis berundur dari kawasan rumah ni!”

“Amr…” tersekat suara Nika merayu, menggeleng takut dengan kata-kata Murugan.

Murugan menendang telefon pintar ke kaki Amr yang dengan perlahan membongkok mengambil handphone dan terus mendail nombor Asp Suresh. 

Sebaik panggilannya dijawab. “Sediakan kereta di luar sekarang! Sila undurkan orang-orang Tuan, nyawa Nika dalam bahaya,” sambil dia memerhatikan Murugan.

Bila kepala Murugan sesaat saja beralih ke lain, seperti gerakan kilat pantas Amr melempar handphone itu tepat mengenai kepala Murugan dan Nika terlepas dari tangannya. Amr cuba mengelak tembakan dilepaskan ke arahnya. Dia sempat menarik Nika ketika Murugan cuba menangkap Nika dan menujah satu tendangan mengenai perut Murugan.

Lelaki itu terduduk kesakitan tapi cepat juga dia berdiri semula serentak dengan bunyi kaca pecah kedengaran  dari ruang tengah rumah itu. Suatu benda berasap dilemparkan ke dalam dan mula mengaburi pandangan semua mereka.

Dalam kelam-kabut Amr menarik Nika ke dalam dakapannya dan membawanya lari ke ruang bacaan. 

Di ruang depan bunyi tembakan bertalu-talu.

Sambil memegang tangan Nika, Amr bergerak secara meluru lalu terbaring dan dengan gerakan laju menekan bunga sakura tadi yang mendedahkan semula skrin kecil di tepi pintu safe room.

“9.1.0 raylan.”Dia menyebut kata kunci pada suatu speaker yang tersembunyi.

Pintu terbuka, Puan Rahimah tercungap dan terkejut. Amr pantas menolak Nika masuk ke dalam safe room.

“Tutup pintu!” arahnya.

“Amrr….!” panggil Nika ketika pintu safe room pantas tertutup.

Amr tidak pedulikan kebimbangan Nika, dia menahan sedikit kesakitan dia berdiri. Kakinya cedera sedikit ketika kejadian di airport tadi. Bunyi berbalas tembakan memekakkan telinga. Amr cuba mencari tempat perlindungan sebelum menemui senjata di atas lantai. Cepat-cepat dia memungut handgun itu. Senjata yang terjatuh dari tangan Nika beberapa minit lalu. 

Tiba-tiba satu ledakan menggegarkan lantai, Amr bergerak secara meniarap ke bawah piano dan berlindung pantas Amr bertiarap di tepi dinding dan menutup kepalanya dengan tangan.

Ledakan kuat menyebabkan dinding ruang santai itu runtuh dan beberapa perabot mula terbakar dan menghancurkan ruang depan rumahnya. Beberapa anggota polis yang memakai kelengkapan pelindung lengkap terbaring cedera di luar laman. Dia tidak tahu siapakah yang melontar bom berskala kecil tadi.

Sementara itu di tingkat atas masih berlaku pertempuran dahsyat. Bunyi tembakan  kedengaran bertalu-talu. Dari bawah piano yang mula senget itu dia melihat pergelutan di antara Murugan dan Asp Suresh dari ruang tengah hingga ke bahagian depan yang sudah musnah, masing-masing tidak bersenjata. Amr lantas keluar dengan kaki yang cedera, dia mahu membantu.

 Murugan sedang mencekik Asp Suresh. Dalam kepayahan… dan kesakitan kaki kanannya, swaktu saat Asp Suresh seakan hendak tewas, Amr mengacu senjata di depan Murugan yang tidak gentar. Kelihatan begitu bersedia dengan kematiannya.

Murugan terus memprovokasi dan menguatkan sikunya mencengkam kepala dan leher Asp Suresh. Badannya yang tegap dan tinggi itu memang bukan calang-calang lawan. 

Tetapi senjata ada di tangan Amr sekarang!

Kemudian… BANG!!

Darah memercik ke lantai.

Murugan jatuh tertewas dengan dua tembakan pada bahunya. Asp Suresh bergegas bangun dengan nafas tercungap-cungap, dia menggari tangan Murugan ke belakang. Bunyi tembakan dari tingkat atas juga sudah tamat. Kedengaran bunyi siren kereta polis lebih kuat dari luar.

“Good job Amr.” Asp Suresh menepuk bahunya yang tidak cedera. “Mana Nika?”

“Dalam safe room.”

Mereka dua-dua terduduk lemah, meraikan kejayaan menumpaskan musuh dengan darah dan keringat. Tidak lama kemudian bunyi siren bomba dan ambulan berkejar masuk ke dalam taman persendirian. Jiran-jiran dari kejauhan mungkin terkejut melihat rumah Amr terbakar bahagian depannya pula hancur. 

Petugas kecemasan mula memeriksa mangsa yang cedera.

“Dua orang Murugan kat atas mati ditembak, cuma Murugan yang selamat, satu penangkapan yang bagus.” Asp Suresh menyampaikan khabar ketika Amr mahu berjalan pergi menemui Nika.

Bagaimanapun niatnya terbatal, Nika sudah pun keluar dari bilik keselamatan bersama Puan Rahimah. Dia terus meluru kepada Amr yang telah berdiri menanti. Mereka berpelukan dengan Nika menangis melepaskan rasa trauma yang menghantuinya beberapa jam lalu.  Perlahan Amr mengucup tepi dahinya lembut.

“Kau tak apa-apa?” soalnya.

“Tak, tapi kau cedera…”  Nika risau melihat Amr jalan terhincut-hincut. 

“Tak apa, mungkin terseliuh,” jawab Amr.

Bagaimanapun, Nika tersentak lagi. Belum lama dia melihat Amr bahkan tidak sempat bertanya mereka berdua dipisahkan oleh petugas-petugas paramedik. Dua orang anggota polis  segera membawa Am keluar dan menaiki kereta polis. 

Nika dan Puan Rahimah dimasukkan ke dalam ambulan untuk rawatan trauma. Dia diberikan ubat penenang bagi meredakan perasaan trauma selepas kejadian itu. Sewaktu tiba di hospital, Nika semakin lemah dan akhirnya terlena tanpa mengetahui di mana keberadaan Amr.


Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.