Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
78,601
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 25


Ivan menunggu Hana di muka pintu kelas. Melihat sahaja kelibat gadis itu, dia terus menarik lengan Hana untuk beredar.

“Ivan!” Hana menarik lengannya. Ivan melepaskan pegangannya sambil memandang gadis itu.

“Ya, saya salah. Saya boleh terima apa sahaja keputusan Hana. Tapi ni tak adil. Hana buat keputusan seorang diri tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Iv,” kata Ivan dengan nada lirih. Hana menarik nafas berat. Dia melihatnya ke arah lain. Tidak sanggup dia melihat wajah sayu lelaki itu.

“Hana, tolong. Berilah Iv peluang,” sambung Ivan separuh memujuk. Hana terkejut.

“Maaf, Iv. Tapi Hana tak boleh selagi Nelly wujud antara kita. Dia jenis yang tak akan menyerah macam tu aje. Dia tak akan berhenti. Jadi, lebih baik kita berpisah sebelum ada antara kita yang terluka,” balas Hana dengan nada tegas. Ivan meraup wajahnya.

“Saya memang dah terluka sekarang ni Hana,” balasnya dalam nada perlahan.

“Sebab tu kita kena berpisah secara baik. Saya tak salahkan awak. Kita semua cuma manusia biasa. Keputusan untuk serius dengan awak bukanlah satu keputusan yang betul. Saya sepatutnya tak terima awak sejak awal lagi. Tapi hati dah mula sayangkan awak. Saya sendiri tak mampu menolak masa tu. Empat bulan bersama awak adalah masa yang sangat berharga buat saya. Saya minta maaf. Saya harap awak faham,” kata Hana sebelum berlalu. Terkebil-kebil Ivan memandang langkah gadis itu.

Saya sepatutnya tak terima awak sejak awal lagi?

Ivan menahan sebak.

So, selama ni, siapa saya pada awak? Kawan? Teman lelaki?

                                    *****

Juju melihat apabila melihat Hana yang termenung sejak mereka masuk ke dalam perpustakaan.

“Ni nak belajar ke nak mengelamun?” soalnya. Hana hanya memandang sekilas ke arah gadis itu sebelum menarik buku di hadapannya.

“Puas hati?” soal Juju lagi. Berkerut kening Hana.

“Puas hati ke berpisah dengan Ivan?” soal Juju dengan selamba. Hana menggigit bibir. Dia bangun lantas berlalu keluar. Juju mengeluh perlahan.

                                   *****

Langkah Hana terhenti apabila melihat Nelly yang turut berjalan ke arahnya dengan senyuman.

“So, perlu ke aku ucapkan terima kasih?” soalnya separuh menyindir. Hana hanya memandang tajam ke arah gadis itu. Dia sekarang sedang cuba sedaya upaya menahan diri daripada melayangkan penamparnya pada Nelly.

“Kau jangan pula tiba-tiba berubah hati semula,” sambung Nelly sebelum berlalu dengan senyuman sinis. Beberapa langkah saja dia menoleh semula ke arah Hana yang masih berdiri tegak. Dia tahu gadis itu sedang menahan kesabarannya.

Aku peduli apa?

“Aku lupa nak beritahu. Aku dan Karl pernah dijodohkan tapi tak jadi. Karl tu pernah sayangkan aku seperti mana aku sayangkan Ivan,” kata Nelly dengan bangga sebelum melangkah semula. Hana terkedu. Dia berpaling memandang gadis itu.

Tiber! Kau ingat aku kisah?

Hana mendengus sebelum turut berlalu. Mengapa dia rasa kolej ini benar-benar bertoksik?

                                  *****

Datuk Ismail tersenyum memandang Karl yang sedang menarik kerusi di hadapannya.

“Pakcik apa khabar?” soal Karl dengan senyuman.

“Alhamdulillah baik. Karl?” soal Datuk Ismail pula.

“Baik pakcik,” balas Karl.

“Hana tak sihat. Tu sebab uncle turun tengok Karl,” beritahu Datuk Ismail. Karl faham. Dia juga sudah agak yang Hana tidak akan masuk pejabat hari ini. Dia pasti ia disebabkan oleh hubungannya dengan Ivan.

“Teruk ke uncle?” soalnya agak risau. Datuk Ismail marah.

“Dia cuma migrain. Boleh uncle tanya? Hana okay ke kat kolej? Uncle risau ada benda yang berlaku. Hana tu jarang nak berkongsi dengan uncle. Kalau uncle tanya pun, dia jawab okay aje,” soalnya. Karl terdiam mendengar soalan orang tua itu.

Perlu ke aku masuk campur?

“Uncle dengar Hana berkawan dengan modal Ivan tu. Ivan tu satu kelas dengan Karl ke?” soal Datuk Ismail lagi.

“Ya pakcik. Saya pun tak selalu jumpa Hana kat kolej. So, saya tak perasan sangat. Tapi mungkin Hana agak tertekan sebab fakulti mereka dengarnya nak buat pameran lagi. Mesti Hana busy,” balas Karl dengan senyuman. Datuk Ismail mengangguk.

“Tak apa. Uncle dah nak balik ni. Karl bawa kereta?” soalnya.

“Ya pakcik. Saya pun ada temujanji lepas ni. Jumpa lagi minggu depan,” kata Karl sambil bersalaman dengan Datuk Ismail.

“Hati-hati pandu tu,” pesan Datuk Ismail sambil memandang langkah lelaki itu berlalu. Dia menoleh ke arah Jason yang setia berdiri di sebelahnya.

“Kita singgah kat rumah Hana,” katanya separuh meminta. Jason hanya menjawab tanda faham.

                                  *****

Hana merenung langit yang gelap. Datuk Ismail baru sahaja balik dari melawatnya. Banyak soalan Datuk Ismail yang tidak mampu dijawab olehnya.

Bila nak kenalkan papa dengan Ivan? Cuba Hana ceritakan sedikit pasal Ivan.

Hana mengeluh perlahan. Masih terngiang-ngiang permintaan papanya itu. Dia serba salah pula memberitahu papanya mengenai hubungannya dengan Ivan. Apa reaksi Datuk Ismail jika tahu dia sakit disebabkan oleh Ivan? Ya, dia akui. Jauh di sudut hatinya, separuh dirinya tidak ingin melepaskan lelaki itu. Namun dia tidak tahan dengan kehadiran Nelly. Lagipun padanya keputusan itu adalah yang terbaik memandangkan dia dan Ivan baru sahaja mula berkawan. Lebih baik dia dan Ivan terluka sekarang. Luka ini masih boleh sembuh. Parut juga mungkin akan hilang. Hana mengeluh lagi.

Saya minta maaf, Iv. Saya tahu. Saya pentingkan diri.

                                   *****

“Dah lama tak nampak Ivan,” kata Larry sambil menarik kerusi di hadapan Karl.

“Dia agak busy,” balas Karl sambil tersenyum memandang papanya.

“Tapi biasanya hujung minggu macam ni pasti dia datang sini lepak dengan Karl,” kata Larry sambil memandang langit malam. Karl terdiam mendengar kata-kata papanya itu.

“Belajar okay? Kerja?” soal Larry pula.

“Bolehlah. Karl pun busy juga sejak akhir-akhir ni. Next week busy dengan photoshoot luar,” jawab Karl dengan senyuman hambar. Larry faham faham.

“Lambat lagi dapat teman ayah pergi memancing,” kata Karl dengan perasaan bersalah. Larry tergelak kecil.

“Tak apa. Ayah faham. Lagipun dad pun busy juga,” balasnya. Karl tersenyum.

“Ayah masuk dulu. Jangan lama sangat kat luar ni,” sambung Larry sebelum bangun dari kerusinya.

"Selamat malam, ayah," ucap Karl.

“Malam nak,” balas Larry sambil menepuk bahu lelaki itu. Selepas Larry berlalu Karl memandang semula telefonnya. Dia hendak menghubungi Ivan namun risau pula menganggu rakannya itu. Karl tahu Ivan sekarang sedang bersedih. Karl mengeluh perlahan.

Ni mesti ada kena mengena dengan Nelly.

Dia masih ingat bagaimana gadis itu begitu tegas mahukan Ivan semula. Karl bersandar pada kerusinya. Fikirannya melayang mengingatkan Hana. Tanpa sedar dia mengeluh lagi.

                               *****

Hana berjalan perlahan menuju ke kelas lukisannya. Hari ini Juju tidak datang kolej. Katanya ada hal peribadi. Dia tidak pula bertanya dengan lebih lanjut kerana Juju hanya memberitahunya melalui mesej.

“Hana,” panggil Karl yang kebetulan melihat kelibat gadis itu. Langkah Hana terhenti. Dia hanya memandang Karl yang berdiri di hadapannya.

“Dah sihat?” soal Karl. Hana hanya memandang wajah lelaki itu. Dia akui, kehadiran Karl pernah membuatnya berfikir sejenak adakah benar hatinya milik Ivan. Pada masa itu dia sangat rasa bersalah pada Ivan. Namun rasa bersalahnya itu hilang dengan kehadiran Nelly.

Ahh, Nelly lagi!

Hana mendengus perlahan. Dia kini benar-benar anti dengan nama gadis itu.

“Awak okay?” soal Karl agak risau melihat gadis itu.

“Mungkin,” balas Hana perlahan.

“I know, saya tak ada hak nak masuk campur. Tapi saya dan Ivan dah lama berkawan. Ivan sayangkan awak. Nelly tu cuma masa lalunya,” kata Karl dengan penuh hati-hati. Dia tidak mahu pula gadis itu berfikir yang dia menyokong mana-mana pihak. Hana tersenyum sinis.

“Wah, awak ni memang baik ek. Kenapa awak tak jadi kahwin dengan Nelly? Sebab Ivan? Kawan baik awak tu?” soalnya dengan kening terangkat. Karl terkedu.

“Macam mana Hana...,”

“You know what, I benci you! Saya betul Ivan! Saya benci Nelly!” pintas Hana dengan nada keras sebelum melangkah berlalu. Kelu lidah Karl untuk menahan langkah gadis itu.

 

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.