Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
49,428
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 23

Terangkat kening Ivan melihat Nelly yang menarik kerusi di hadapannya.

“Nell, tu tempat Hana,” katanya dengan nada tegas.

“Tak ada pun nama Hana kat kerusi ni,” balas Nelly selamba meletakkan tangannya di atas meja. Ivan menarik nafas panjang cuba menenangkan dirinya.

“I miss you,” kata Nelly dengan senyuman.

“Stop it, Nell,” balas Ivan dengan riak wajah serius. Nelly tergelak kecil.

“Kenapa? Sebab Hana?” soalnya. Ivan diam tidak membalas. Hanya pandangan tajamnya menatap wajah gadis itu.

“Saya tak perlu jawab soalan tu,” balasnya. Nelly tersenyum dengan senyuman pahit.

“Apa agaknya kata Hana kalau tahu pasal malam tu?” soalnya lagi separuh mengingatkan. Ivan terkedu. Langkah Hana terhenti. Dia mendengar dengan jelas soalan Nelly sebentar tadi. Ivan yang perasan akan kehadiran gadis itu pantas berdiri.

“Hana...,” tegurnya dengan perasaan berdebar. Nelly hanya tersenyum sinis melihat gadis itu. Ivan menghampiri Hana sambil menarik tangannya untuk berlalu.

“Kita makan kat luar,” ajaknya. Hana menurut tanpa membantah.

                                   *****

Datuk Ismail memandang Jason yang sedang berdiri di hadapannya.

“Ivan dan Hana?” soalnya. Dia tidak terkejut dengan perkhabaran daripada Jason itu. Cuma sedikit kesal kerana tidak mendengarnya daripada mulut Hana sendiri. Jason tersenyum dengan senyuman.

“Saya bukan nak masuk campur. Saya rasa bersalah juga sebab sepatutnya berita ni Hana sendiri yang kena beritahu Datuk. Tapi saya agak risau bila fikirkan yang Hana dah tiga hari tak masuk office . Karl pun tak datang photoshoot ,” beritahunya dengan kening berkerut.

“Hana dan Karl busy kot?” balas Datuk Ismail separuh meneka.

“Pihak Karl memang beritahu macam tu. Tapi...,” Jason terdiam sejenak. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang berlaku. Datuk Ismail tergelak kecil.

“Saya tahu kamu risaukan Hana. Terima kasih. Janganlah risau sangat. Hana tak mungkin akan lupa dengan tanggungjawabnya. Dia seorang yang komited,” balasnya. Jason tersenyum.

“Kamu adalah orang yang saya paling percaya setakat ni untuk jaga Hana. Tolong jaga Hana untuk saya,” kata Datuk Ismail separuh meminta. Jason mengangguk lagi.

“Datuk jangan risau. Tu memang tanggungjawab saya,” balasnya. Datuk Ismail mengangguk dengan perasaan lega. Sekurang-kurangnya ada seseorang yang dia boleh harapkan untuk jaga Hana. Ivan? Dia ingin bertemu dengan lelaki itu suatu hari nanti.

                             *****

"Saya minta maaf," ucap Ivan.

“Kenapa?” soal Hana sambil memandang lelaki itu. Seleranya sudah hilang apabila mengingatkan semula kata-kata Nelly sebentar tadi.

“Nelly selalu buat Hana salah faham. As you know, kami dah tak ada apa-apa,” balas Ivan. Hana menarik nafas panjang.

“Iv tak perlu minta maaf. Hana faham,” balasnya mula tenang. Ivan masih tidak senang duduk dengan reaksi gadis itu. Semakin tenang Hana, semakin buat dia risau.

“Nelly ada datang jumpa saya,” beritahu Hana akhirnya. Ivan perlu tahu akan hal itu. Dia tidak mahu berahsia lagi dengannya. Ivan agak terkejut mendengar kata-kata Hana.

"Bila? Kenapa?” soalnya bertalu.

“Minggu lepas. Dia beri amaran supaya tak dekat dengan awak. Dia kata saya ni perampas. Awak rasa?” balas Hana separuh menyoal. Ivan pantas.

“Hana bukan perampas. Kami dah lama putus. Cuma Nelly yang tak move on. I'm sorry, sayang. Hana pula yang jadi mangsa. Iv akan jumpa Nell semula,” balasnya dengan wajah merah padam. Hana hanya memandang wajah lelaki itu tanpa berkata apa-apa.

Nell? Betul ke dah move on?

Hana tersenyum sinis. Walaupun dia tahu bukan salah Ivan namun hatinya tidak dapat menafikan rasa cemburu pada Nelly.

Betullah kata orang. Cinta pertama tu memang susah nak dilupakan.

“Sayang,” tegur Ivan yang jelas risau melihat Hana hanya membisu.

“Jom makan. Lepas ni saya ada kelas lagi,” balas Hana sambil mencapai sudu. Ivan menjawab lambat. Dia sedar, Nelly bukan saja akan menjalinkan hubungannya dengan Hana hancur. Malah kemungkinan besar Hana akan membencinya apabila tahu akan perkara yang cuba dibuangnya dari ingatan. Jika ada ubat yang boleh menghilangkan memori tersebut. Ivan mengeluh berat. Hana memilih untuk mendiamkan diri biarpun dia dengan jelas mendengar keluhan berat lelaki itu.

                                *****

Jamiel hanya tersenyum dengan telatah gadis itu.

“Sampai bila nak berharap pada Iv? Ivan tu dah ada Hana. Ayuh, Nell. Kau tu cantik. Ramai lagi lelaki yang lebih baik , tampan dan kaya daripada Iv. Tak payahlah nak buat kerja bodoh,” katanya separuh menasihati. Nelly tergelak kecil.

“Aku tahu kau memang tak sokong aku. Tapi aku dah nekad Miel. Kau tak perlu nasihatkan aku. Aku memang tak akan dengar,” balas Nelly sambil berdiri.

“Jumpa esok. Aku tak masuk kelas petang ni. Tak nak aku tengok muka perempuan tu,” katanya sebelum berlalu. Jamiel sakitkan kepalanya. Penat dia menasihati gadis itu namun langsung tidak berkesan.

                                 *****

Hana menghampiri Jason yang sedang menunggunya. Ivan pula hanya memerhati gadis itu berlalu. Hari ini Hana kata mahu balik sendiri kerana Jason menjemputnya. Tercabar juga Ivan melihat Jason yang tinggi lampai itu. Jika Jason diberi peluang menjadi model, sudah pasti lelaki itu mendapat perhatian ramai.

“Jom,” ajak Jamiel selepas melihat Ivan yang masih terpacak berdiri memerhatikan Hana. Ivan hanya mengangguk. Dia berlalu dengan fikiran berserabut. Dia perlu menemui Nelly selepas ini. Ada hal yang belum selesai antara mereka.

Hana memandang Jason yang sedang memandu.

“Kenapa tiba-tiba nak jemput saya hari ni? Saya tak minta pun,” soalnya ingin tahu. Jason tersenyum.

“Esok Cik Hana masuk office ?” tanyanya semula tanpa menjawab soalan Hana.

“Oh, ni jemput Hana sebab nak suruh Hana masuk office ?” teka Hana dengan kening berkerut. Jason tergelak.

“Baru aje beberapa hari Hana tak masuk office . Susahnya jadi orang penting,” keluh Hana sambil memandang ke luar tingkap.

“Karl tak datang shooting lagi sejak Cik Hana tak masuk office ,” beritahu Jason.

"Apa?!" soal Hana yang jelas terkejut. Jason mengangguk.

“Apa alasannya?” soal Hana hairan. Sudah beberapa hari dia tidak terserempak dengan Karl selepas kembali bercuti hari itu.

“Ibunya kata dia agak busy dengan kolej,” jawab Jason. Hana tersenyum sinis mendengar jawapan lelaki itu.  

Iya ke sibuk?

“Tak apa nanti saya cuba hubungi Karl. Esok saya akan masuk office,” putus Hana akhirnya. Jason tersenyum. Dia lega mendengar kata-kata gadis itu.

“Baik, Cik Hana,” balasnya. Hana memandang semula ke luar tingkap. Fikirannya melayang mengingatkan Ivan. Kata-kata Nelly terngiang semula di telinganya.

Apa maksud Nelly? Malam tu? Apa yang berlaku?

Hana mengeluh perlahan.

                               *****

“Hai Karl,” sapa Kaira dengan senyuman hambar.

“Nak apa?” soal Karl dengan nada rendah. Dia sedang leka melihat jadual hariannya apabila mendapat panggilan daripada gadis itu.

“Nak awak,” balas Kaira separuh bergurau. Karl terdiam. Dia mula bersandar pada kerusinya.

“Saya tahu awak tak suka. Saya tak akan berputus asa. Saya sayangkan awak. Saya tak pernah sayangkan orang lain sama seperti saya sayangkan awak,” sambung Kaira dengan nada lirih. Sejujurnya dia sudah hilang rasa malu pada lelaki itu. Dia sudah tidak kisah dengan apa yang akan difikirkan oleh lelaki itu.

“Kaira,” balas Karl.

“Beri saya peluang Karl. Saya berhak mendapat peluang tu,” pintas Kaira. Berkerut kening Karl.

“Awak fikir dulu. Saya dah belajar sabar sekarang ni. Semuanya sebab awak. Jangan hampakan saya. Saya ikhlas sayangkan awak. Selamat malam, Karl,” ucap Kaira sebelum menutup telefonnya. Karl memandang telefonnya. Dia mengeluh berat. Kaira bukannya bodoh. Berulang kali dia menolak namun nampaknya gadis itu tidak akan berputus asa.

Apa yang perlu dia lakukan?

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.