Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
78,601
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

"Bagaimana dengan pameran?” soal Datuk Ismail.

“Okay. Esok hari terakhir pameran. Nak datang ke?” jawab Hana separuh menyoal. Datuk Ismail tersenyum lebar. Dia sebenarnya tertunggu-tunggu soalan tersebut.

“Boleh ke papa datang?” soalnya semula untuk mendapatkan kepastian.

“Boleh. Nanti dah sampai call Hana aje,” balas Hana dengan senyuman.

“Baik. Esok papa datang dengan Jason,” beritahu Datuk Ismail. Hana mengangguk sebelum menutup telefonnya.

“Papa kau ke?” soal Juju yang duduk di sebelahnya.

“Ya. Esok dia nak datang,” balas Hana dengan senyuman.

“Sekarang kau study sambil kerja. Tak penat?” soal Juju lagi. Hana menarik nafas berat.

“Memanglah penat. Aku selalu turun kerja hujung minggu.  Banyak yang perlu aku belajar pasal bidang ni,” balasnya dengan nada perlahan. Juju menepuk bahu gadis itu.

“Good luck. Kalau kau perlukan pertolongan, aku boleh aje tolong kalau tak sibuk,” katanya. Hana tersenyum.

“Thanks,” ucapnya. Juju hanya tersenyum.

                                *****

Jamiel menghampiri Karl yang sedang mengemas bukunya.

“Yang lain mana?” soalnya sambil menarik kerusi di hadapan lelaki itu.

“Ivan dan Nelly ke cafe. Marqen kata ada hal. Aku ingat kau dah pergi tadi,” balas Karl sambil memandang rakannya itu.

“Aku nak jumpa Lily tapi dia ada hal pula dengan kawan-kawannya,” kata Jamiel. Karl mengangguk.

“Aku nak pergi galeri ni. Kau nak ikut?” soalnya. Jamiel terdiam sejenak. Dia sedang berfikir adakah ini masa yang sesuai untuk bertanya pada lelaki itu atau tidak.

“Kenapa?” soal Karl yang hairan melihat telatah rakannya itu.

“Boleh tak aku tanya?” soal Jamiel semula yang agak serba salah. Karl tergelak kecil.

“Kau nak tanya apa? Ni first time kau minta izin,” balasnya separuh mengusik. Jamiel ikut tergelak.

“Aku tak perasan pula,” balasnya.

“Aku baru tahu daripada Nell. Rupanya kau dan dia pernah nak dijodohkan,” sambungnya semula. Karl agak terkejut mendengar kata-kata lelaki itu.

“Ivan tahu?” soal Jamiel lagi. Karl menggeleng.

“Dia tak perlu tahu. Lagipun tu rancangan keluarga yang tak kesampaian,” balas Karl tenang. Jamiel mengangguk faham.

“Aku pun tak berniat nak beritahu Ivan. Lagipun mereka dah tak ada apa-apa. Kalau Ivan tahu pun, hubungan mereka tetap sama,” katanya. Karl turut mengangguk.

“Sebab tu ke kau merantau setahun yang lalu?” soal Jamiel lagi ingin tahu. Karl tersenyum.

“Aku dah lewat ni. Jumpa nanti,” katanya sebelum berdiri lantas menarik beg galasnya. Jamiel hanya memandang langkah lelaki itu.

Why?

                                  *****

Datuk Ismail tersenyum sambil memandang lukisan tersebut. Hana hanya memandang telatah orang tua itu.

“Uncle,” tegur seseorang. Datuk Ismail dan Hana serentak menoleh. Karl sedang tersenyum berjalan menghampiri mereka. Berkerut kening Hana memandang lelaki itu.

“Karl? It’s that you?” soal Datuk Ismail dengan riak wajah terkejut. Karl tergelak sambil menghulurkan tangan. Datuk Ismail ikut tergelak sambil menyambut huluran lelaki itu.

“Uncle apa khabar?” soal Karl.

“Uncle sihat. This is Hana. Anak tunggal uncle,” beritahu Datuk Ismail. Karl terkedu. Dia memandang Hana.

“Hana, this is Karl. Karl anak emas syarikat kita,” beritahu Datuk Ismail dengan senyuman lebar. Hana membalas pandangan Karl dengan kening berkerut. Karl berdehem perlahan.

“Saya Karl,” katanya sambil menghulurkan tangan ke arah Hana. Hana hanya memandang huluran lelaki itu.

Tak lawak!

Karl cuba menyembunyikan senyumannya apabila melihat telatah gadis itu. Gadis itu pasti akan mencuci telinganya selepas ini.

“Hana,” balas Hana sambil menyambut huluran lelaki itu. Dia cuba mengikut rentak Karl. Datuk Ismail tersenyum memandang kedua-duanya.

“So, hari ni uncle datang sebab nak tengok lukisan?” soal Karl sambil memandang wajah Datuk Ismail semula.

“Ya. Dah lama uncle simpan impian nak tengok lukisan Hana. Hari ni baru tercapai. Sebelum ni...,”

“Papa,” pintas Hana. Dia tidak mahu Datuk Ismail melanjutkan kata-katanya. Karl tidak perlu tahu apa yang berlaku. Datuk Ismail tersenyum faham akan maksud gadis itu.

“Karl ada kelas lagi lepas ni. Karl gembira jumpa uncle kat sini. Kalau uncle nak selalu jumpa Karl, uncle boleh hantar someone with paper,” kata Karl sambil mengenyitkan matanya. Datuk Ismail tergelak sambil mengangguk.

“I will,” balasnya.

“Bye uncle,” ucap Karl sambil menepuk lembut bahu Datuk Ismail sebelum berlalu. Hana menarik nafas lega.

“Dah tiga tahun papa kenal Karl. Tak silap papa, kontrak Karl dulu dengan Honey selama 6 bulan. Dah dua kali Karl bekerjasama dengan kita. Tahun ni Karl busy sangat. Jadualnya padat,” beritahu Datuk Ismail. Hana hanya mengangguk. Bibirnya terkunci untuk membalas.

Aku nampaknya dah tertinggal bas.

                                 *****

“Karl, tadi Datuk Ismail ada call mommy. Dia beritahu terserempak dengan Karl kat kolej,” beritahu Karen sambil memandang Karl yang sedang duduk santai di atas sofa. Karl mengangguk.

“Datuk tanya pasal jadual Karl,” sambung Karen. Karl tersenyum.

“Mommy, Karl maybe akan terima job daripada uncle. Please help me with the schedule,” balasnya. Larry yang sedang membaca buku mula memandang lelaki itu.

“Karl, dad tak nak Karl tak ada masa nak rehat,” tegurnya. Karen mengangguk setuju. Dia juga risau kerana jadual lelaki itu memang sudah padat.

“Don’t worry. Karl boleh,” balas Karl sambil tersenyum. Karen dan Larry saling berpandangan.

“Mommy cuba,” balas Karen akhirnya. Dia tahu yang anaknya itu memang suka bekerja dengan Datuk Ismail.

                                 *****

“Aku baru tahu. Sekarang ni pun aku tengah google,” kata Juju dengan senyuman.

“Aku risaulah,” balas Hana dengan nada perlahan.

“Lah kenapa pula? Baguslah Karl kerja dengan kau nanti. Senang hati aku,” kata Juju separuh bergurau. Hana mendengus.

“Apa yang kau senang hati sangat?” Aku ni risaukan Kaira,” balasnya geram. Juju tergelak besar.

“Tak payahlah kau risau dengan Kaira. Dia tak tahu kau tu anak Datuk Ismail,” balasnya. Berkerut kening Hana.

Betul juga.

“Aku mengantuk. Lusa dah start cuti. Kau jadi ke nak pergi Milan?” soal Juju sambil menguap.

“Jadi kot. Aku tak confirm lagi dengan Jason,” balas Hana.

“Okay. Good night,” ucap Juju. Hana menutup telefonnya. Dia mengeluh perlahan.

Kenapa aku risau sangat kalau Karl kerja dengan Honey?

                                 *****

Jason tersenyum memandang gadis itu. Hana bersandar pada kerusinya.

“Karl sangat komited dengan kerja. Lagipun dia dah bawa banyak jenama terkenal. Sebab tu Datuk tak nak lepaskan Karl. Tahun ni, Datuk nak Cik Hana sendiri berbincang dengan Karl tentang kontrak,” kata Jason. Hana hanya memandang satu persatu gambar-gambar Karl yang berada di atas meja.

Semalam aku risau gila. Hari ni dah jadi kenyataan.

Tanpa sedar Hana mengeluh.

“Ada masalah ke Cik Hana?” soal Jason yang agak risau dengan telatah gadis itu.

“Tak ada orang lain ke?” soal Hana semula. Jason menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Bila nak jumpa dia ni?” soal Hana akhirnya.

“Selepas kita kembali dari Milan. Rabu ni kita berangkat. Saya dah tempah tiket dan hotel,” jawab Jason dengan senyuman. Hana mengangguk.

“Baiklah,” balasnya perlahan. Jason turut mengangguk. Melihat daripada tingkah laku Hana, dia pasti ada sesuatu yang mengganggu gadis itu.

“Cik Hana tak setuju ke nak ikut saya ke Milan?” soalnya.

“Tak. Saya memang nak ikut. Cuma saya tak setuju sangat pasal Karl tu,” jawab Hana jujur. Dia memang jenis yang suka berterus terang apatah lagi hal yang tidak disukainya. Jason terdiam sejenak.

“Boleh tahu tak apa sebab Cik Hana tak suka Karl? Saya fikir lebih mudah untuk Cik Hana berbincang dengan Karl sebab satu kolej dengannya,” balasnya ingin tahu. Hana mengeluh lagi.

“Tak apalah. Lepas balik dari Milan, kita bincang hal ni semula. Cik Hana masih ada banyak masa nak fikir,” cadang Jason. Akhirnya Hana mengangguk setuju.

                                *****

“Kau ni tak habis-habis lagi ke fikir pasal Karl?” soal Juju separuh mengusik. Berkerut kening Hana memandang gadis itu.

“Dah tu asyik mengeluh sejak tadi,” kata Juju dengan senyuman.

“Mana ada,” nafi Hana.

“Hai,” sapa Ivan sambil tersenyum memandang kedua-duanya.

“Hi Ivan. Nak duduk sini ke hari ni?” soal Juju sambil tersengih. Hana menjeling gadis itu.

“Boleh ke?” soal Ivan kembali. Juju tergelak sambil berdiri.

“Boleh aje. Saya memang nak duduk dengan Karl hari ni,” balasnya sebelum berlalu. Ivan tersenyum lantas duduk di sebelah Hana. Nelly yang melihat adegan tersebut hanya mendengus geram.

“Esok dah start cuti,” kata Ivan sambil menatap wajah gadis itu. Hana tersenyum mengangguk.

“So, ada rancangan ke masa cuti?” soal Ivan semula.

“Saya akan ke Milan rabu ni. Ada hal sikit,” beritahu Hana.

“What?” soal Ivan dengan riak terkejut.

“Why?’ soal Hana pula hairan.

“Saya dan Karl pun nak pergi. Prada ke?” soal Ivan semula. Hana mengangguk lambat. Ivan tergelak kecil.

“Nampaknya saya tak rindukan awak sangat masa cuti ni. Saya akan pastikan kita jumpa kat sana nanti,” katanya. Hana tersenyum. Dia sebenarnya masih terkejut.

Ivan dan Karl pun nak pergi? Seriously?

“So, before pergi. Nak keluar tak dengan saya?” soal Ivan semula. Hana tergelak.

“Nak pergi mana pula kali ni?” soalnya.

“Sebenarnya hujung minggu ni ada birthday party kat rumah saya. My mom birthday,” beritahu Ivan. Hana terdiam sejenak.

Ni nak bawa aku keluar berdua ke beramai-ramai?

“So?” soal Ivan yang masih menunggu jawapan gadis itu.

“Boleh,” jawab Hana dengan senyuman. Ivan menarik nafas lega. Dia sebenarnya risau jika gadis itu menolaknya.

“Sir dah masuk,” kata Hana apabila melihat pensyarah mereka sedang berjalan melangkah masuk. Ivan mengangguk sambil mula membuka bukunya.

                                *****

“Aku nak Ivan semula,” kata Nelly. Jamiel terdiam mendengar kata-kata gadis itu. Dia menoleh ke arah Marqen. Lelaki itu turut membisu.

“Korang tak nampak ke Ivan semakin rapat dengan Hana? Ivan siap bagi amaran kat aku supaya tak masuk campur dengan urusannya,” sambung Nelly dengan kening berkerut. Jamiel menarik nafas berat. Dia mencapai jus mangga yang dipesannya.

“Hana kata tak ada apa-apa dengan Ivan. Tapi kenapa asyik nak berkepit dengan Ivan?” soal Nelly yang jelas tidak puas hati.

“Aku tengok bukan Hana yang nak rapat. Tapi Ivan tu memang suka kat Hana,” balas Jamiel perlahan. Marqen berdehem.

“Aku nak pergi library cari Karl. Jumpa petang nanti,” katanya sebelum bangun lantas berlalu. Berkerut kening Nelly memandang langkah lelaki itu.

“Nell, tak boleh ke move on aje?” soal Jamiel. Nelly tergelak kecil.

“Sejak bila kau tak nak sokong keputusan aku?” soalnya dengan perasaan kecewa. Jamiel mengeluh.

“Bukan tak sokong. Cuma tak setuju,” balasnya. Nelly mendengus geram. Dia bangun dari kerusinya.

“Tak apa. Kalau kau tak nak tolong, aku akan guna cara aku untuk kembali pada Ivan,” katanya dengan nada tegas sebelum berlalu. Jamiel hanya menggeleng melihat telatah gadis itu.

Degil betul!

                                   *****

“Hai Karl,” sapa Kaira apabila melihat lelaki itu sedang tekun membaca buku. Karl agak terkejut dengan kehadiran gadis itu.

“Hai,” balasnya perlahan. Kaira menarik kerusi lantas duduk di sebelah Karl.

“Esok dah start cuti. Nak pergi mana masa cuti?” soal Kaira dengan senyuman.

“Saya nak ke Milan. Ada hal,” balas Karl tanpa memandang wajah gadis itu. Dia masih membelek buku di tangannya.

“Milan? Lama ke?” soal Kaira dengan kening berkerut. Dia baru sahaja bercadang untuk menghabiskan masa cutinya dengan lelaki itu. Karl mengangguk sambil tersenyum. Kaira mengeluh.

“Awak tak kisah kan kalau saya call awak setiap hari?” soalnya semula. Karl mula memandang gadis itu sebelum tersenyum.

“Kenapa? Rindu?” soalnya separuh mengusik. Kaira tersenyum sambil memeluk lengan lelaki itu.

“Gila tak rindu,” balasnya. Langkah Hana terhenti saat melihat kedua-duanya. Dia pantas melencong ke arah lain. Hana  berhenti semula di sebalik rak sambil bersandar pada dinding.

Wait, kenapa aku lari sembunyikan diri ni?

Marqen yang kebetulan berjalan di belakang Hana sebentar tadi agak terkejut apabila melihat gadis itu bergegas untuk berlalu hingga tidak sedar akan kehadirannya. Dia memandang Karl dan Kaira semula.

“Kau macam nampak hantu,” tegur Karl separuh bergurau. Marqen tersenyum. Dia memandang sekeliling. Kelibat Hana sudah tidak kelihatan.

“Cari siapa?” soal Kaira yang hairan dengan telatah lelaki itu. Marqen pantas menggeleng.

“Karl, petang ni aku tumpang kereta kau. Aku tak bawa kereta hari ni,” katanya. Karl mengangguk setuju.

“Nak tumpang juga,” celah Kaira dengan senyuman. Karl terdiam mendengar permintaan gadis itu. Dia menoleh ke arah Marqen. Lelaki itu hanya mengangkat bahu tanda tidak kisah.

“Boleh,” balasnya. Kaira tersenyum lebar walaupun agak kecewa dengan reaksi lelaki itu sebentar tadi.

Kenapa nak kena minta pendapat Marqen pula? Tu kereta siapa?

Dalam diam Kaira mengeluh lagi.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.