Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
78,610
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

“Susah sangat ke exam tadi?” soal Jamiel sambil memandang sahabatnya itu yang hanya membisu sedari tadi. Ivan hanya tersenyum sambil bersandar pada kerusinya. Dia memandang sekeliling.

“Aku lihat Karl dan Kaira tadi. Marqen dan Nelly pula ada hal. Sekejap lagi datanglah tu. Kau tak lunch dengan Hana hari ni?” beritahu Jamiel separuh bertanya. Ivan tergelak kecil.

“Macam kau tahu aje apa yang aku fikirkan,” katanya. Jamiel ikut tergelak

“Aku dah kenal kau lama Ivan. Ni termenung ni bukan sebab paper tadi kan?” soalnya separuh meneka. Ivan mengangguk lambat.

“Kau rasa Karl dan Kaira tu serius ke?” soalnya. Jamiel terdiam. Dia kurang faham dengan maksud soalan lelaki itu.

“Aku pun tak pasti,” balasnya. Ivan mengangguk lagi.

“Aku curious aje,” katanya.

“Hari ni Hana lunch dengan Juju. Aku pula nak lunch dengan korang,” sambung Ivan. Jamiel hanya mengangguk.

“Kenapa tiba-tiba tanya pasal Karl dan Kaira?” soalnya ingin tahu.

“Tak boleh ke?” tanya Ivan semula sambil tergelak. Jamiel ikut tergelak.

“Aku cuma hairan,” balasnya.

“Kaira cantik. Sesuailah dengan Karl,” kata Ivan dengan senyuman. Jamiel mengangguk setuju.

                                   *****

Kaira merenung Karl yang sedang memandang laptopnya.

“Karl,” panggilnya.

“Hmm,” balas Karl tanpa membalas pandangan gadis itu.

“Kenapa tak beritahu yang awak pergi Milan hari tu dengan Hana?” soalnya dengan riak wajah serius. Karl membalas pandangan gadis itu.

“Marqen yang beritahu,” sambung Kaira dengan kening berkerut.

“Awak tak tanya pun dengan siapa saya ke sana,” balas Karl tenang. Kaira menarik nafas berat.

“Saya masih menunggu jawapan awak,” katanya. Karl mula bersandar pada kerusinya. Dia turut menatap wajah gadis itu.

“I’m sorry,” ucapnya.

“Maksud awak...,” balas Kaira dengan perasaan berdebar. Karl menarik nafas panjang.

“Saya tak dapat balas perasaan awak. I’m sorry,” katanya dengan perasaan bersalah. Kaira tersenyum sinis.

“Don’t tell me sebab Hana,” balasnya. Karl menggeleng.

“Ni tak ada kaitan dengan Hana. Jangan libatkan dia,” balasnya dengan nada tegas.

“Awak ingat saya buta? I can see it Karl!” marah Kaira. Dia memang kecewa dengan lelaki itu. Tiga bulan dia menunggu jawapan Karl. Dalam tempoh tersebut lelaki itu melayannya dengan baik. Karl sudah memberinya harapan. Dia tidak akan mengalah begitu sahaja.

“Please jangan libatkan sesiapa. Hal ni antara kita berdua aje. Tak ada sesiapa yang terlibat,” balas Karl separuh memujuk. Kaira berdiri.

“Ingat Karl! Saya tak akan putus asa selagi awak tak jadi milik saya!” katanya sebelum berlalu. Karl terkedu.

                                  *****

Nelly menahan langkah Hana.

“Kau nak apa?” soal Juju yang berdiri di sisi Hana.

“Ju,” tegur Hana.

“Saya nak cakap dengan Hana bukan awak,” balas Nelly dengan kening berkerut. Hana mengangguk sambil mengikut langkah gadis itu. Juju mendengus geram.

                                   *****

“Awak tipu saya. Awak kata hari tu tak ada apa-apa dengan Ivan,” kata Nelly dengan riak wajah serius.

“Sorry,” ucap Hana tenang. Dia cuba sedaya upaya menenangkan dirinya. Peperiksaan masih lagi berjalan. Dia tidak boleh terlalu tertekan. Nelly tersenyum sinis.

“Saya rasa awak dah tahu pasal saya dan Ivan. Saya akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan Ivan semula. Awak kena bersedia Hana!” balasnya separuh mengugut. Hana tergelak.

“I see. Go on. Kita tengok siapa yang akan menang. Kau lupa? Kau tu bekas Ivan aje,” balasnya geram. Nelly terkedu. Dia agak terkejut melihat perubahan gadis itu.

“Good luck,” ucap Hana sebelum berlalu. Dia risau tidak dapat menahan diri jika terlalu lama dengan gadis itu. Nelly mendengus geram.

                                 *****

Langkah Karl terhenti saat melihat Ivan dan Hana yang sedang berbual berhampiran dengan keretanya.

“Lama aku tunggu. Hari ni aku tumpang kau,” kata Ivan dengan senyuman. Hana turut memandang Karl. Lidahnya tiba-tiba kelu.

“Boleh aje. Sekali dengan Hana?” soal Karl sambil memandang Hana.

“No,” balas Hana. Karl merenung lama wajah gadis itu.

“Hana balik dulu,” kata Hana sambil tersenyum memandang Ivan. Sebenarnya dia agak rimas dengan pandangan Karl. Ivan hanya mengangguk sambil tersenyum.

“Hati-hati,” pesannya. Hana mengangguk sebelum berlalu. Karl masuk ke dalam kereta diikuti oleh Ivan.

                                *****

Ivan memandang Karl yang sedang memandu. Sejak mereka beredar dari kolej, lelaki itu hanya membisu.

“Kau dan Kaira jadi ke?” soalnya. Karl memandang sekilas ke arah sahabatnya itu.

“No,” balasnya ringkas.

“Why?” soal Ivan hairan. Karl mengangkat bahu.

“Hati aku yang tak nak terima,” balasnya. Ivan menarik nafas panjang.

“Atau masih tak boleh lupakan Nelly?” soalnya tanpa memandang Karl. Terkedu Karl mendengar soalan lelaki itu.

“Aku tahu Karl. Sejak awal lagi aku dah tahu. Cuma aku diam aje. Sebab aku tahu kau tak akan sampai hati nak rampas dia daripada aku,” sambung Ivan. Karl mengeluh perlahan.

“Kau marah?” soalnya. Ivan tersenyum.

“Aku tak marah. Aku tak ada hak nak halang perasaan kau. Lagipun masa tu kau tak rampas Nelly daripada aku. Buat apa aku nak marah. Betul tak?” soalnya separuh menyindir. Karl tersenyum. Dia lega namun masih rasa bersalah.

“Jujur masa tu aku risau juga. Yelah, saingan aku ni bukan calang-calang,” sambung Ivan sambil tergelak. Karl ikut tergelak. Ivan memandang lelaki itu semula. Masih teringat renungan Karl pada Hana sebentar tadi.

Please Karl. Aku tak nak bergaduh dengan kau.

Ivan mengeluh perlahan. Dia memandang semula ke luar cermin kereta.

                                *****

Puan Haryati tersenyum sambil menghampiri Hana yang sedang duduk di atas sofa. Dia menghidangkan jus oren dan kek perisa coklat kegemaran gadis itu.

“Thanks mama,” ucap Hana dengan senyuman lebar.

“Exam okay?” soal Puan Haryati yang kini duduk berdepan dengan Hana.

“Okay. Nak cakap senang tak juga. Tapi Hana boleh jawab,” balas Hana dengan senyuman.

“Baguslah tu. Hujung minggu ni turun kerja lagi?” soal Puan Haryati semula. Hana mengangguk. Hujung minggu ni dia akan menemani Jason ke photoshoot Karl. Tanpa sedar dia mengeluh perlahan.

“Mama boleh beritahu papa kalau Hana tak larat,” kata Puan Haryati yang risau mendengar keluhan gadis itu. Hana pantas menggeleng.

“I’m okay,” balasnya.

“Dah tu kenapa mengeluh? Ada masalah lain? Dengan Ivan?” soal Puan Haryati separuh meneka. Hana menggeleng lagi. Terangkat kening Puan Haryati memandang gadis itu.

“Mama, macam mana nak faham perangai orang? Kadangkala Hana rasa kenal orang tu. But another day, dia dah jadi orang lain. Orang tu seperti langsung tak kenal Hana,” soal Hana dengan kening berkerut. Puan Haryati terdiam.

“Ivan ke?” soalnya ingin tahu. Hana menggeleng lagi.

“Kalau bukan Ivan, siapa lelaki tu?” tanya Puan Haryati hairan.

“Macam mana mama tahu orang tu lelaki?” soal Hana agak terkejut. Puan Haryati tergelak.

“Siapa lagi yang buat anak mama tak tentu arah kalau bukan lelaki? Atau perempuan?” soalnya separuh mengusik. Hana ikut tergelak.

“Siapa orang tu Hana?” soal Puan Haryati lagi. Hana menggeleng semula.

“Hana nak naik. Nak ulang kaji. Ni saya bawa,” katanya sambil mengangkat dulang yang berisi makanan. Belum sempat Puan Haryati berkata, Hana sudah melarikan diri. Puan Haryati hanya menggeleng. Dia masih tertanya-tanya akan gerangan orang yang dimaksudkan oleh Hana. Kalau bukan Ivan, siapa?

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.