Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
78,618
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8


“Tahniah,” ucap Hana. Juju tersenyum lebar.

“Aku nervous gila tau tak. Nasib baik dah berlalu,” balas Juju sambil tergelak kecil.

“Congratulations Ju,” ucap Karl yang sudah berdiri di sisi Hana.

“Thank you, handsome,” balas Juju sambil mengenyit mata pada Hana. Hana hanya tersenyum nipis. Dia menjeling Karl yang masih setia di sisinya. Hari ini lelaki itu tidak mahu berenggang dengannya.

“Congrats Ju,” ucap Ivan yang sedang melangkah ke arah mereka bersama Nelly dan yang lain.

“Best,” puji Marqen. Jamiel hanya menunjukkan ibu jarinya. Juju tergelak kecil.

“Thank you, everyone,” ucapnya dengan senyuman lebar.

                                 *****

Hana yang berada di atas katil mencapai telefonnya di atas meja. Nama Juju terpampang pada skrin telefon.

“Why Ju?” soalnya. Kedengaran Juju tergelak kecil.

“Aku banyak soalan ni. Kau dah ready?” soal Juju.

“Kau tak tidur ke?” soal Hana dengan kening berkerut.

“Aku tak dapat tidur selagi tak dengar cerita kau,” kata Juju dengan nada serius.

“Cerita apa pula ni,” balas Hana sambil berbaring semula.

“Pasal kau, Karl and Ivan,” kata Juju sambil tergelak lagi. Hana terdiam sejenak.

“Aku tengok Karl tak boleh berpisah dengan kau hari ni. Ivan pula dengan minah lain. Aku memang kat atas pentas. Tapi mata aku ni melilau tau,” sambung Juju. Hana tergelak kecil.

“Aku terserempak dengan Karl kat library. And aku tak kisah pasal Ivan dan Nelly. Aku dan Ivan cuma kawan,” balasnya. Terangkat kening Juju mendengar kata-kata gadis itu.

“Betul ke kau terserempak dengan Karl? So, maksudnya kau dan Karl juga dah jadi kawan? Macam Ivan” soalnya bertalu. Hana mendengus perlahan.

“Banyak sangat soalan kau. Bila kau sebut pasal Karl, teringat aku dengan si Kaira. Kaira yang satu kelas dengan aku. Tapi dia ada juga dalam kelas bahasa Korea. Kau mungkin tak perasan,” balasnya.

“Gila aku tak kenal. Kau aje yang tak kenal. Kaira tu model baru nak up. Kau tak nampak ke dalam iklan kosmetik entah apa nama,” beritahu Juju. Hana menggaru kepalanya.

“Aku tak perasan. Patutlah macam pernah nampak. Tapi tak tahu kat mana,” balasnya sambil tergelak kecil. Juju menggelengkan kepalanya.

“Cubalah baca berita. Kau tu dah perlu biasakan diri dengan media sosial. Ingat, lepas ni kau nak kena ganti Datuk Ismail. Kalau kau nak buat marketing kena aktif kat media sosial,” katanya separuh menasihati. Hana memang jenis yang tidak kisah dengan media sosial. Dia lebih suka dengan dunia lukisannya. Hana tersengih mendengar kata-kata sahabatnya itu.

Betul juga kata Juju. Mungkin dah tiba masanya aku buka satu kot akaun kat media sosial.

“Aku dah mengantuk. Jumpa esok Hana,” kata Juju.

“Good night,” ucap Hana sebelum menutup telefonnya. Dia menarik nafas panjang. Hari ini Ivan lebih banyak mendiamkan diri. Semasa berada di kolej, lelaki itu hanya tersenyum padanya.

Mungkin sebab Nelly ada kot. Tapi Ivan kata dia dan Nelly tak ada apa-apa. Ish! Seriously Hana!

Hana mendengus sebelum menarik selimut.

                                  *****

Puan Haryati tersenyum memandang Hana yang baru turun dari tingkat atas.

“Morning mama,” sapa Hana sambil menarik kerusi.

“Morning. Nak ke mana?” soal Puan Haryati apabila melihat gadis itu berpakaian kemas.

“Hana ada kerja sikit kat kolej,” balas Hana dengan senyuman.

“Setiap sabtu Hana mesti ke kolej. Banyak sangat ke kerja tak siap?” soal Puan Haryati separuh merungut. Hana tergelak kecil.

“Sorry ma. Ada beberapa tugasan lagi tak siap. Hana nak sertai pameran bulan depan,” balasnya. Puan Haryati mengangguk faham.

“Esok jangan pergi mana-mana. Rehat kat rumah. Anak mama ni busy mengalahkan mama,” nasihatnya. Hana mengangguk tersenyum.

                                  *****

Langkah Hana terhenti saat melihat Ivan dan Karl yang sedang berjalan di hadapannya.

“Hi,” sapa Ivan apabila sampai di hadapan gadis itu. Hana hanya tersenyum. Dia memandang Karl yang berdiri di sisi Ivan. Karl tersenyum.

“Aku masuk dulu,” kata Karl sambil menepuk bahu Ivan sebelum berlalu. Hana hanya memandang langkah lelaki itu.

“Awak pun ada kelas ke?” soal Ivan.

“Tak. Saya nak siapkan tugasan. Awak pula?” soal Hana semula.

“Saya dan Karl tengah siapkan tugasan untuk pertandingan bulan depan,” jawab Ivan dengan senyuman.

“Oh, peragaan tu ke?” soal Hana. Ivan mengangguk.

“Hana, esok awak buat apa?” soalnya dengan perasaan berdebar. Hana terdiam sejenak.

“Saya nak ajak awak keluar,” sambung Ivan. Hana terkedu.

“Tu pun kalau awak sudi,” kata Ivan lagi dengan senyuman.

“Boleh,” jawab Hana pendek. Ivan tersenyum lebar.

“See you tomorrow,” katanya sebelum berlalu. Hana menarik nafas panjang.

Biar betul aku setuju?

                                 *****

Hana memandang jam tangannya. Bulat matanya melihat jarum pendek sudah menunjukkan lima petang.

Cepatnya masa berlalu.

Hana mengemas alatan melukisnya lantas berlalu keluar dari kelas.

“Tak balik lagi?” tegur Karl yang kebetulan sedang berjalan di hadapannya. Langkah Hana terhenti.

“Saya nak bersihkan ni,” jawabnya. Karl mengangguk. Hana berlalu semula.

                                *****

Selepas mengemas peralatannya, Hana mencapai begnya lantas berlalu. Keluar sahaja dari bangunan fakulti seni, Hana terserempak semula dengan Karl yang sedang berdiri memandangnya.

“Tak balik lagi?” soal Hana hairan. Karl tersenyum.

“Saya tunggu awak,” balasnya.

“Why? Saya tak minta pun,” kata Hana dengan kening berkerut.

“Ivan pesan supaya jaga awak,” balas Karl selamba.

“Jangan nak mengarutlah,” balas Hana sambil melangkah menuju ke arah perhentian bas. Karl hanya tersenyum mengikut langkah gadis itu.

“Tak bawa kereta ke?” soal Hana sambil menjeling lelaki itu yang sudah berdiri di sisinya.

“Awak nak saya hantar?” soal Karl dengan senyuman.

“No, thanks,” balas Hana dengan nada tegas. Karl mengangguk. Bas berhenti di hadapan mereka.

“Take care,” pesan Karl. Hana yang sudah naik berpaling semula memandang lelaki itu.

“Tak naik?” soalnya hairan. Karl hanya melambai dengan senyuman. Hana mendengus sambil mengambil tempat di bahagian belakang. Bas sudah bergerak namun kelihatan lelaki itu masih berdiri di tempatnya. Hana bersandar pada kerusinya.

Dah kenapa dengan mamat tu?

Karl menuju ke keretanya selepas bas yang dinaiki oleh Hana berlalu.

                                *****

“Esok?” soal Hana agak terkejut dengan kata-kata Jason.

“Minggu depan saya akan ke China. Saya tak dapat teman cik Hana masa meeting tu. Esok saya cuma ambil masa sejam aje untuk terangkan apa yang patut,” kata Jason. Hana menggigit bibir. Teringat janjinya pada Ivan.

“Cik Hana,” panggil Jason apabila gadis itu hanya membisu.

“Baik. Awak jemput saya kat rumah,” balas Hana akhirnya. Jason tersenyum.

“Baik cik Hana,” katanya.

“Maaf sebab dah ganggu hari cuti Cik Hana,” sambungnya lagi dengan perasaan bersalah.

“It’s okay,” balas Hana dengan perasaan kecewa.

Takkan aku nak batalkan temujanji esok? Sejam? Boleh percaya ke sejam?

Hana mendengus geram.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.