Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 28

Kapal terbang yang dinaiki Mina mula melabuh di atas jalan. Roda tayar kapal terbang mula berdentum dengan kuat. Bunyi mesin dan bunyi bilah kipas berpusing di luar kedengaran sangat bising. Sangat membingitkan. Mina terjaga daripada lena. Dia rasa badannya penat. Lamanya perjalanan ni. Ia telah mengambil masa lebih kurang 10 jam lamanya. Dia menggeliat di atas kerusi. Adam Baihaqi yang duduk di hadapannya kelihatan sedang meneliti beberapa dokumen. Mina tegur kekasih hatinya.

"Awak buat apa tu?" Mina menjuih bibirnya ke arah kertas-kertas yang bertaburan di atas meja.

"Saya nak pastikan semua berjalan lancar. Sesi kelas awak. Rumah sewa kak Emilda. Wang perbelanjaan di sana. Dan ... beberapa jenis pekerjaan yang awak boleh buat." Kata Adam Baihaqi.

Mina tunjuk minat. Dia bertanya lagi. "Oh, contoh apa? Saya nak jadi cashier boleh ke? Nak belajar bahasa arab."

"Eh buat apa? Saya ada senarai pekerjaan ni. Cuba tengok ni." Kertas itu bertukar tangan. Mina tenung kertas tu lama. Anak mata terbeliak!

"Suri rumah sepenuh ma.. masa! Baihaqi!" Mina meneriak.

Adam Bahri disebelah Mina mengekek ketawa. Dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa cemburunya dia.

"Ala, baca la lagi. Itu baru pilihan pertama. Kalau ikutkan, saya setuju nombor satu." Baihaqi menjeling pada kertas yang dipegang Mina.

"Ok, saya sebut eh satu-satu. Tukang masak di rumah Adam... eh! Awak ni main-mainla. Saya kan cakap saya tak pandai masak." Mina letak kertas tu di paha. Kemudian dia silang tangan. Muka dah monyok.

"Lah? Kata nak baca satu-satu. Meh sini. Biar saya jelaskan yang lain."

Sambungnya bersahaja, "Yang ketiga, tukang kebun di rumah Adam Baihaqi. Ke empat, menjadi pembantu peribadi... siapa lagi? saya lah! Ehem, dan ke lima..."

"Stop stop stop!" Mina silang tangan dan tunjuk pangkah.

"Aik? Belum habis ni." Marah Baihaqi.

"Saya tak nak la yang macam tu. Saya nak bekerja sambil belajar cakap bahasa arab. Kalau jadi cashier dekat kedai, boleh la saya praktis!"

"Degil la budak ni! Adam Bahri kau cakap dengan dia ni." Sengaja dia mahu menambah sokongan dari pihak adiknya.

"Ok, saya rasalah, awak boleh cuba mengajar budak-budak tadika bahasa arab. Mungkin boleh improve lagi." kata Adam Bahri sambil tersenyum. Air kopi dałam cawan dihirup.

Mina petik jari. "Wah! Bijaklah Bahri! Saya memang lama dah tahu awak ni pandai."

"Ehem. Ehem. Mina? Saya depan awak ni. Jangan nak puji adik saya lebih-lebih. Dia kalau orang puji melambung-lambung, bontot dia akan kembang. Tengok nanti seluar di..."

Belum sempat Baihaqi habiskan ayat, Bahri terus campak bantal kecil pada Adam Baihaqi. "Oi Bai, senyap la!" kata Bahri.

"Apa? Kau yang mula dulu." Baihaqi angkat kening. Dia peluk bantal tu kuat. Empuknya!

Adam Bahri geleng kepala kemudian dia sambung membaca. Mina jeling pada Adam Bahri dan kemudian Adam Baihaqi. Baihaqi tak habis-habis menulis di atas kertas. Rambut biru Baihaqi sudah diwarnakan semula kepada warna hitam. Rambutnya pendek. Baihaqi masih leka memerah keringat bagaimana nak bantu Mina dapatkan pekerjaan. Dia menggaru kepala tak gatal. Sementara itu, Mina melemparkan pandangannya ke arah tingkap. Pemandangan di kawasan lapangan terbang nampak lapang dan tenang. Akhirnya dia berjaya juga menjejakkan kaki ke Mesir semula. Walaupun hati memberontak untuk meninggalkan tempat ini tetapi bumi ini seperti sedang mengetuk pintu hati Mina yang sedang berkecil hati.

Mina, tak semua kesenangan itu hadir dengan kegembiraan. Permulaan yang baru juga boleh mengubah hidup menjadi lebih baik. Tak kira la kisah lama itu menyakitkan atau membawa dendam. Dengan lembaran hidup baru ini, kau akan dititipkan dengan pengajaran. Belajarlah daripada kesilapanmu. Ambil segala iktibar dan simpan semua kenangan.
***
Aisyah Sadeeqa sedang melihat gambar di dalam album. Gambar Sara Sadeeqa di dalam album dibawa keluar dan diletakkan di atas meja. Anaknya Hajar baru sahaja melelapkan mata di atas katil. Aisyah sibuk menyusun gambar Sara daripada dia mula lahir sehinggalah saat-saat sebelum dia meninggal dunia.

Pen hitam itu ditekan kuat. Dia masih menatap gambar Sara Sadeeqa yang sedang tersenyum. Aisyah meleretkan senyuman. Tetapi dalam fikirannya ada sesuatu membelenggu. Teringat bagaimana suaminya memberitahu Aisyah bahawa dia pernah mencintai Sara Sadeeqa. Iya, Sara memang cantik. Dia lebih tinggi dan menawan berbanding Aisyah. Dia mula terkenang kenangan saat arwah suaminya dan dirinya berbalah.

Aku... aku benci kau Sara Sadeeqa!
Dan kenapa Tuhan telah ciptakan manusia yang serupa kau? Kenapa kau! Rupa Mina sebijik macam kau. Apabila aku tengok dia, aku rasa meluat! Tapi aku buat-buat baik sebab Adam Baihaqi ada depan aku!

Sebabkan kau, aku dan suami tak seperti dulu. Sehinggakan dia mati, kaulah punca kepada kemusnahan rumah tangga aku!

Pen yang dipegang digenggam kuat. Dia letak anak mata pen pada muka Sara. Laju dia menconteng muka itu sehingga muka itu terpadam dengan kesan dakwat.

Adam Baihaqi, kau akan jadi abah kepada Hajar. Kepada aku bakal isterimu! Haha! Haha! Jangan harap aku mahu lepaskan kau! Dan Mina, aku dah susun hidup kau. Pengakhiran hidup kau tak akan sempurna seperti Sara. Kau ingat dia mati sia-sia? Bukan sebab mulut aku? Ya, mulut aku memang bercabang dua! Aku akan dapat apa yang aku nak!

***
Mina terjatuh daripada kerusi. Dia dapat rasa seperti ada orang menolaknya. Bunyi bisikan di telinga begitu mengejutkan. Dia rasa ada orang sedang bercakap tentangnya. Mina kalih ke belakang. Tiada siapa pun di dalam biliknya.

Pintu bilik terkuak. Wajah Kak Emilda menerpa di celahan pintu.

"Hows my sister doing? Ok tak bilik? Maaf la memang short notice! Akak tahu pasal Mina pun dua hari lepas. Cepat-cepat akak kemas rumah dan bilik. Sorry. I can only give you a small house."

Mina mendekati kakaknya. Small house? Rumah ni besar gila kot!

"Kak Emilda! I miss you! Mina ok je kak! Kakak mesti penatkan baru balik kerja? Tak pe nanti Mina sambung kemas."

"Eh, no need! I already hired pembantu rumah. Mina fokus belajar. Baihaqi pun ada beritahu Mina nak cari kerja. So macam mana? Dah dapat tahu dah?"

"Belum lagi kakak. Rasa siapa je orang nak ambik Mina as worker? Dah la tak ada experience bekerja dengan orang arab."

"Eh, hello? Baihaqi kan orang arab? Haha!" Kak Emilda mencelah.

"Haha! Dia lain la kakak. Dia mana pernah cakap arab dengan Mina."

Iya tak ya! Kenapa dia tak pernah bercakap dengan Baihaqi dalam bahasa arab ya? Dah la memang kacukan arab. Ruginya tak belajar dengan Adam Baihaqi. Tapi mamat tu pun satu! Tak sabar. Kalau lah dia jadi cikgu, habis lunyai murid kena pukul!

"Eh really?" Kak Emilda angkat kening.

"Ya! Eh, kakak meh la duduk sini atas katil. Banyak nak borak ni."

Kak emilda menggeleng. "No, no! Im tired. Kakak tidur dulu. Esok Baihaqi cakap nak pergi admin kan?  About extending your course. Korang dah la terlepas banyak kelas. Tak apa. Take your time. Belajar rajin-rajin. I will see you tomorrow. Come here! I wana give u a huge hug!"

"Kakak! I miss you!" Mina memeluk Kak Emilda kuat. Terasa rindu pada kakak sendiri perlahan-lahan hilang. Dia teringin nak orang peluk dia. Belai dia. Kak Yuri, Mina rindu. Kenapa kakak cepat sangat berubah. Memanglah Kak Emilda baik, tapi kakak orang lain tak sama dengan kakak sendiri. Kalau dengan kakak sendiri boleh gosip lagi banyak! Dengan orang lain mestilah kena berlapis. Nak cakap pun kena berhati-hati takut tersinggung.

Hm, tak apa! Esok hari baru. Kena semangat Mina! Siapkan semua dokumen. Jangan lalai!

Ping!

Mesej di telefon dibuka.

Saya ambil awak pukul 7 pagi esok. - Adam Baihaqi

Mina terus berlari ke arah katil. Dia tutup lampu. Tak sampai berapa minit dia terlelap memikirkan hari esok. Rindunya nak mula belajar! Tak sabar. Bestkan belajar? Seronok nak buka buku dan hadap buku lama-lama. Nak salin nota. Dan macam-macam lagi lah!


Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.