Adam Baihaqi sudah makan diri. Hatinya remuk. Dia tidak pernah merasakan sebegini. Dia tak lalu makan. Jejaka itu hanya mengunci bilik tidak mahu keluar. Biarlah dia merajuk seorang diri tanpa kekasih di sisi. Tiada siapa yang mampu memujuk hatinya yang sudah terluka.
Awak, adakah ini takdir kita? Saya tak mampu. Hidup saya kosong tanpa awak. Saya rasa kecewa awak tinggalkan saya macam ni. Kenapa awak langsung tak nak mencuba atau beri peluang pada saya? Sebab saya sayang awak, saya sanggup hadap semua ni.
Awak, saya tunggu ya. Perasaan kehilangan ni telah buatkan saya jadi gila, awak. Jangan pergi lama-lama, ya. Bila hati awak dah tenang, awak balik semula pada saya, ya?
Mina, saya rindu awak. Hati ni pilu, awak. jangan awak biar saya pendam rindu ni. saya menyesal lepaskan awak. air mata yang mengalir ni, perit sangat.
Mina, awak janji nak kawin dengan saya. Awak kata awak cinta saya. Saya tak kisah hidup awak tak sempurna. Jiwa saya merawan awak. Bunyi jantung saya kuat macam nak pecah! Sakitnya...
"Bai... Buka pintu ni. Dah tiga hari kau tak makan apa-apa. Bai, jangan la senyap macam ni. Kalau kau tak bukak, aku pecah pintu ni." Adam Bahri masih memujuk. Dia tak suka melihat abangnya sebegini.
Kedengaran bunyi tapak kaki menghampiri pintu. Tompol dipulas dan pintu terbuka sedikit. Kelihatan Adam Baihaqi tidak terurus dari dalam.
Bahri masuk dengan pinggan di tangan. Mata Bahri meliar melihat keadaan bilik. Busuknya! Tingkap tak terbuka. Baju dan seluar dicampak merata. Terdapat bekas kaca yang sudah pecah dihempas pada lantai. Ia tidak berkemas lagi. Rambut Baihaqi serabai.
Bahri menghampiri meja kecil disebelah katil. Macam budak-budak kau ni!
"Bai, makanlah. Kau ni. Kata nak cari Mina. Jom, kita pergi cari dia. Kau ingat kau sorang rindu dia?" Kata Bahri.
Adam Baihaqi yang sedang berselimut separuh badan terus duduk di atas katil. Dia tenung adiknya. Siapa lagi yang rindu dia? Aku seorang sahaja yang boleh rindu dia!
"Apehal kau pandang aku macam tu? Oh, maksud aku, Kak Emilda pun rindukan dia. Aku rindu sebagai kawan la." Bahri mengetuk kepala abangnya.
"Nak cari macam mana? Aku tak tahu nak cari macam mana ni." Baihaqi mengeluh.
"Busukla kau ni. Pergi mandi. Aku ada benda nak cerita dengan kau. Aku rasa aku tahu Mina dekat mana."
Begitula Adam Bahri. Seorang yang sangat bijak dan lebih matang. Dia selalu berfikir dan merancang sebelum bertindak terburu-buru. Benda boleh selesai, Bai. Kita jenguk Mina dulu, tengok keadaaan dia. Kalau masalah tu memang tak boleh dibawa bincang, kita bagi dia masa lagi. Bukannya macam ni! Kau merajuk dan berkurung macam ni tak beri faedah. Baik kau siap sekarang dan fikir macam mana nak pujuk Mina semula.
***
Pintu bilik hotel itu dia tutup perlahan. Usai tiba di Malaysia tempoh hari, Mina bergegas ke rumahnya. Alangkah terkejutnya dia melihat rumah itu telah diletakkan dalam senarai jual. Ini pasti hutang abah sudah menimbun. Tapi, dimanakah abah dan Yuri tinggal? Sihatkah dia? Sudah makan ke abah? Ah, rindunya! Dia mahu memeluk dan cium abah. Dia nak salam abah. Dia nak beritahu semua benda tentang hal yang berlaku di Mesir pada abah!
Waktu itu tengahari. Matahari mula terik. Dengan kepercayaan pada kakaknya, Mina cepat-cepat menaiki teksi dan menuju ke alamat yang diberi Yuri. Pada mulanya pemandu itu enggan kerana tempatnya jauh dan tidak ramai penumpang. Mina berkata dia sanggup bayar duit tambang sedikit mahal. Barulah, pemandu itu membenarkan Mina masuk.
Mina sedang memakai baju kurung berwarna hijau cair dan kasut coklat. Tudungnya dililit pada kepala. Bedak dipakai nipis. Bibir tercalit gincu merah. Dia berbau wangi. Nanti nak peluk abah, kena wangi.
Ah, laparnya! Mina tak sempat makan lagi. Iyalah, dia sedang berjimat. Duitnya sudah banyak dilabur pada tambang teksi hari ini.
Apabila tiba di sebuah tempat terpencil, Mina terus turun kereta. Dia lihat kawasan sekeliling. Tiada orang. Tempat ini sunyi.
Dibelakangnya terdapat sawah padi dan dihadapannya ada sebuah rumah kedai yang nampak sedikit usang. Dia menghampiri. Dia memandang tulisan bahasa cina yang tidak difahami di pintu rumah.
"Assalamualaikum! Hello! Yuri! Yuri!" Mina memekik dari luar pagar.
Peliknya. Kenapa sunyi sepi sahaja. Betul ke tempat ni?
Kakinya perlahan-lahan menghampiri pagar rumah yang berkunci.
Mina segera menelefon Yuri. Talian diangkat.
"Aku dah sampai. Tapi, tak pasti betul ke tempat ni? Abah ada? Abah..."Mina tidak berjaya menghabiskan ayatnya
Teet teet teet.
Yuri terus meletakkan telefon. Ah, memang sudah dijangkakan bahawa Yuri akan bertindak sedemikian! Apa yang aku harap? Harap Yuri berlari peluk aku? Dia pasti benci mahu melihat adiknya.
Kau dapat bebas dan hidup serba mewah diluar negara! sekarang kau rasa, Mina! Detik hati Yuri.
"Fine la kalau kau tak nak jawab telefon aku. Tapi aku nak jumpa abah je. Nak minta maaf dengan abah." Mina menggumam seorang diri. Pasir-pasir kecil di atas tanah dia tendang perlahan. Dia juga geram.
Dalam dia sibuk memikirkan bagaimana harus dia selesaikan masalah ini, dia ditegur oleh seseorang yang sedang membuka pintu. Seorang lelaki cina berbadan sasa, berbaju lengan putih pendek menghampirinya. Kelihatan beberapa lakaran tatu yang diukir cantik pada tangan. Ia berbentuk naga yang sedang mengeluarkan api.
Mina menghampiri pagar yang berkunci. Lelaki itu tidak senyum. Mukanya bengis.
"Yuri ada?" Tanya Mina.
"Hmm." Hanya dengusan berat kedengaran. Tetapi Mina nampak dia angguk kepala.
Oh, dekat sini ke tempat kerja kau, Yuri?
"Hello? Yuri Arwiena ada?" Mina cuba bertanya lagi. Jejaka itu langsung tidak endah. Dia segera membuka kunci pagar lalu membuka pagar itu luas. Dia toleh pada pintu hadapan. Mempelawa Mina untuk masuk.
Ish, tempat apa ni!
Mina rasa tak sedap hati. Dia perlahan-lahan masuk ke dalam rumah. Entah kenapa dia rasa ada yang tidak kena!
"Hello! Saya tunggu luar je la! Ya? Ok, saya tunggu..." Mina berseloroh. Dia melambai pada jejaka itu.
Mina laju mengundur. Kemudian dia menghampiri pagar semula. Tetapi lelaki berbadan tatu itu terus menutup pagar. Pintu dikunci semula dengan kasar.
"Masukla. Kau nak jumpa Yuri kan?" Katanya tiba-tiba.
Mina kalih pada lelaki itu. Oh, dia kenal Yuri? Ya, Yuri mesti ada dekat dalam!
Semasa Mina berjalan menuju pintu hadapan. Dia lihat kawasan yang tidak terurus. Banyak tong-tong biru disusun di kiri dan kanan. Sampah makanan tidak dibuang dengan rapi. Habuk rokok bersepah di atas lantai.
Mina langkah masuk ke dalam. Gelap. Dia tak nampak apa-apa. Belum sempat Mina pusing badan, dia rasa ada sesesorang menerpanya lalu menutup mulutnya dengan kain. Dia rasa lemas. Dia meronta-ronta untuk dilepaskan! Dia tak boleh bernafas! Mata mula rasa berat. Dia rasa nak tidur! Badan rasa hangat!
Tolong! Tolong!
Menyesalnya aku datang ke sini!
Baihaqi? Adam Baihaqi! Tolong saya awak! Ah, apa semua ni! Sudahla aku memilih untuk datang ke sini. Adam Baihaqi pula beribu batu jauhnya. Apa yang harus aku buat? Seksanya hidup sebegini...
Mina menangis teresak-esak. Badan masih meronta-ronta. Dia sempat juga menghentak tangan pada badan lelaki itu tetapi lelaki itu lebih kuat! Tudungnya habis tertarik ke belakang. Dalam turun naik nafasnya, akhirnya dia terus pengsan dipangkuan seseorang.
Dalam kesamaran ruang itu, kelihatan seorang lelaki cina sedang menghisap rokok. Dia sedut putung rokok kemudian dia hembus pada muka Mina. Dia menutur kata-kata dengan tenang. "Bawa dia masuk. Pastikan tiada siapa nampak."
———(^_^')——-
#hai semua! Seronok ke baca cerita ni? Saya nak minta jasa baik untuk tolong share pada mana-mana laman sesawang! Kalau nak tahu selanjutnya, komen la sedikit di bawah ni! >.<*! Terima kasih!