Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 14

Wajah ceria Adam Baihaqi, Mina tenung dalam. Dia tidak pernah nampak jejaka itu sebegini. Kelihatan gembira apabila mendukung tubuh seorang budak anggaran 5 tahun itu. Siapa budak ni?

Gigi jejaka itu tersusun rapi. Rahangnya menajam. Hidungnya nampak sangat mancung. Apabila dia menyakat budak itu dengan memusingkan badannya di awangan, rambut di dahi sedikit terbang menampakan dahinya yang luas. Adam Baihaqi memang sangat kacak. 

Hati Mina terusik. Dia cemburu.

Air mata yang mula bergenang diseka segera. Dia tidak mahu berfikiran negatif. Ada sebab kenapa Adam Baihaqi bawa aku ke sini. Jangan cepat melatah!

Jejaka itu yang baru selesai bermain dengan budak itu memandang seorang perempuan dihadapannya. Wanita itu tersenyum manis. Dia nampak sangat cantik berpakaian serba hitam. Jubahnya yang sedikit labuh tidak menampakan tubuh wanita itu. Langkahnya ayu. Mina makin cemburu. 

Mereka merapati.

"Mina, kenalkan ini Aisyah Sadeeqa. Aisyah, this is Mina. The woman i told you about."

"Aha! I see. Assalamualaikum, Mina." Sapa wanita arab itu mesra. 

Adam Baihaqi sudah mengagak reaksi muka Mina. Pastinya Mina sedang terkejut. Wajahnya berubah pelik. Ha, ini pasti kakak Sara Sadeeqa! Kenapa Adam Baihaqi bawa aku ke sini? Siapa keluarga Sadeeqa ni!

"Wa..waalaikummussalam. Hai, im Mina."

"Baihaqi had told me about you. He told me a lot of things."

Kenapa? Apa yang Adam Baihaqi beritahu? Kenapa jejaka depan aku ni nak beritahu semua benda pada dia! 

"Can we talk inside, Aisyah?" Jejaka itu mencelah.

"Tab' an! Tafaddhal! Hajar, Tigi hina dilwakti, ya habibi!( iyalah! Jemput masuk! Hajar, mari sini sekarang, sayangku!)" Pekik Aisyah lalu mendapatkan anaknya.

****
Mina melangkah masuk ke dalam rumah. Kasutnya ditanggalkan dan ditinggalkan di depan pintu. Masuknya perlahan-lahan. Dia memerhati. 

Di sekeliling rumahnya terdapat banyak perabot. Ia nampak sangat asli. Tenunan pada langsir juga nampak cantik dan kemas. Kerusi kayu dan meja kayu itu nampak sangat besar. Sudah tentu diukur mengikut saiz badan orang arab. 

Karpet di atas lantai nampak begitu menyerlah. Warna karpet yang berwarna merah menangkap perhatiannya. Mina berhati-hati melalui ruang tamu yang penuh dengan pasu-pasu bunga. 

"Awak, dudukla sini." Baihaqi memanggil Mina yang sedang berjalan perlahan. Gadis itu berlari keanak-anakkan. 

"Inti ayza tishrab shai? ( awak nak minum air teh?)" pelawa Aisyah. 

Mina segera mendapatkan cawan yang dihulur. "Syukran(terima kasih)."

Aisyah tersenyum. "Afwan, Mina. Kullu kuwaiyyis? (Sama-sama, Mina. Semuanya ok?)" 

"Shai laziz (teh sedap)" Mina menjawab sepatah-sepatah. Dia tidak berapa tahu tentang penggunaan tatabahasa bahasa arab. Aisyah terus ketawa melihat Mina tersipu malu membalas bahasa arab. 

"Ah, Ana nasit!istanna! (Ah, yalah saya lupa! tunggu sekejap, ya!) " Aisyah terus bangun lalu dia mendapatkan sebuah album yang sangat tebal. Mina memandang Baihaqi. Jejaka itu masih bersahaja tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Takutnya! Kau nak tunjuk gambar kawin kau ke, hah! Aku tak nak tengok! Tak nak! Tak nak! Kau dah berkahwin dengan Baihaqi kan! 

Mina bermonolog sendirian. Dia rasa tertekan. Dia tak nak tengok album tu. Perasaannya ketika itu sangat berat. Dia rasa nak tarik tangan Baihaqi dan lari. dia tidak mahu ambil tahu lagi. Tak nak tahu tentang kebenaran. 

Gadis itu mengelamun. 

"Mina? Awak?" 

"Huh! Oh, sorry!"

"Mina, this is my family photo. I will show you the picture. Here, as you can see, this is Sara Sadeeqa. Shes my sister. My only sister. But she had passed away few months ago. We found her died near a river."

Ya Allah, muka aku nampak sama! Gila la!

"Im so sorry. May God bless her. How did she died?" 

"They said because of drowning. It was a suicide. No evidence that she died because of someone threatening her or what. But as for your information, Sara Sadeeqa is very introvert. She liked to be alone."

Adam Baihaqi memandang Mina. "Saya dan Aisyah dulu memang berkawan baik. Kami jiran sebelum saya pindah Alex. Dia telah kematian suami. Jadi, anak dia saya jadikan anak angkat. Sebab tu dia panggil saya Abi."

"That explained the whole thing."

"Yup." Baihaqi mencelah. "Awak marah lagi? Sekarang ni apa lagi awak nak tahu?"

Mina angkat kening. Dia sedang berfikir. "Apa hubungan Syed dengan awak?" 

"Dia bekas kekasih Sara. Tapi, dia psycho awak. Dia ikut je mana Sara pergi. Masih intip dia. Dulu, saya nakal awak. Saya jahat. Sekarang, saya cuba nak berubah. Sebab tu awak nampak saya bergaduh. Awak pun tahu saya baran macam mana, kan?"

Mina mengangguk. Memang pun!

"Jadi, saya belasah dia. Bagi amaran pada dia. Tapi dia tak boleh terima. Lagi-lagi bila dia dapat tahu Sara meninggal dunia. Bunuh diri. Dia stress."

"Oh, sebab tu bila nampak saya, dia triggered la."

"Yes!" Baihaqi memetik jari. Aisyah masih tersenyum melihat perbualan dalam bahasa asing. Dia suka melihat perubahan Adam Baihaqi.

"Adam brothers are like my family. Baihaqi, he is very kind. And i think he change the most when hes with you."

Hek leh! Sweet pula kakak ni! Kalau manis macam ni, aku nak balas apa!

Mina menyengih. Tidak tahu nak buat reaksi apa. Adam Baihaqi pula tersenyum melihat Mina yang nampak lebih tenang. Dia tahu Mina sedang berfikiran bukan-bukan apabila melihat adik Hajar.

"Mina, can i hug you?" Aisyah tiba-tiba rasa sebak. Dia merapati Mina. Mereka berpelukan. Ketika itu, rindu Mina pada kakaknya terubat begitu juga Aisyah. Dia merindui Sara, adiknya. Dia harap dia boleh tukar balik masa!

****
Di hadapan rumah Mina, berdirinya seorang gadis berpakaian purdah. Dia mengetuk pintu perlahan. Loceng dibunyikan.

"Assalamualaikum!" suaranya ayu.

Pintu terkuak.

"Ya, cari siapa?" Puteri menegur. Dia memandang gadis itu atas bawah. 

"Mina Arwiena ada?"

Keluh berat kedengaran. Puteri menjeling gadis itu. Dia rasa bosan bila semua orang terhegeh-hegeh mahu mencari Mina. Jampi apa yang perempuan ni dah bagi, huh! Meluat betul. 

"Masuklah! Nanti dia balik!"

Dan seterusnya pintu terus tertutup rapat.


Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.