Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 23


Di sebuah bilik, terdapat seorang gadis sedang terlentang di atas sebuah katil. Gadis yang bernama Mina Arwiena masih hidup dalam keadaan berbaju sempurna. Cuma tudungnya habis terlucut daripada kepala. Mina masih tidak sedarkan diri. Dalam bilik itu tidak ada apa-apa. Hanya sebuah pintu dan sebuah bilik mandi disediakan. Kelihatan ada satu mentol lampu berwarna putih menerangi bilik. 

Di balik pintu itu, kedengaran jeritan seorang perempuan. Gadis itu nampak tertekan. Dia ialah kakak Mina, Yuri Arwiena. Yuri sedang memakai baju t-shirt putih dan seluar hitam pendek sehingga paras lutut. Rambutnya yang panjang dibiar tidak berikat.

Pintu terkuak. Badan Yuri ditolak kasar masuk ke dalam bilik. Dia terjelepuk jatuh di hadapan katil. Yuri menoleh ke arah seorang lelaki berbadan sasa. Jelingannya tajam. Kemudian, dia ludah pada lantai. 

"Bodohla kau! Tak payahlah tolak-tolak!"

Lelaki yang nampak marah akan tindak tanduk Yuri terus mendekati gadis itu. Dia menyangkung dihadapan Yuri. Apabila mata Yuri masih menjeling tajam, pipi Yuri ditampar perlahan berkali-kali. Yuri membiarkan. Pipinya sudah perit dan kemerahan. 

Kemudian, lelaki itu tarik rambut Yuri kasar dan dia ketawa besar. Yuri terikut bangun semasa lelaki itu menarik rambutnya.

"Cepat! Kejut perempuan ni!" Katanya. 

Yuri toleh pada tubuh adiknya. Dia rasa marah. Sebab kau, aku ada dekat sini. Kalau ikut hati, aku nak kau matilah!

Badan Yuri ditolak dan menghempap badan Mina. Dia rasa nak cekik adik dia.

"Woi! Mina! Bangunlah! Mina, bangun!" Dia tolak-tolak badan adiknya. Mina tidak berganjak. Yuri yang sudah bosan terus menampar pipi Mina. Mina mula sedarkan diri. 

Bau bilik busuk. Bau busuk itu ditambah dengan bau asap rokok yang dihisap beberapa orang lelaki di hadapan pintu. 

Mina mula celik matanya perlahan-lahan. Bahunya rasa sakit. Badan rasa tidak selesa. Aku dekat mana ni!

Adiknya itu pandang ke kanan. Wajah Yuri ditenung lama. Kepalanya pening. Dia ingatkan dia sedang bermimpi. "Yuri?"

"Ish! Cepatlah bangun!" Yuri paksa untuk Mina duduk. Yuri jeling lelaki yang berada di pintu. Nampak jejaka itu tersenyum. Apabila dia sudah pastikan bahawa gadis yang berada di atas katil itu masih hidup, dia terus keluar daripada bilik. Pintu dikunci dari luar. Yuri terus berlari ke arah pintu. 

Dang! Dang! Dang!

"Eh, bangsat! Bukaklah! Lepaskan aku!" Pintu diketuk berkali-kali. Tombol pintu dihentak seperti mahu dipecahkan. Namun, semuanya sia-sia. Tangan Yuri kesakitan. 

"Kak..." Mina memanggil kakaknya. Dia rindu untuk menyebut panggilan kakak. Dia rindu kakaknya.

"Kau ni, bodohkan?" Bentak Yuri. Anak matanya kemerahan. 

Mina tertunduk. Apalah yang dia mahu? Dia mahu Yuri datang peluk dan cium dia? Hubungan mereka dah tak sama macam dulu dah. Yuri tak sayang, kau!

"Kita dekat mana ni?" Tanya Mina.

"Haha! Soalan kau macam bangang. Kalau aku tahu, dah lama aku lari daripada sini."

Yuri mendengus kasar. Dia terus duduk di atas lantai. Badan bersandar pada pintu. Dia tidak mahu duduk dekat dengan adiknya. 

"Apa salah aku, Yuri? Ha, sampai kau tengking aku macam aku ni seorang perempuan yang berdosa!" Mina mula meninggi suara. Dia tarik rambutnya. Dia geram! 

Yuri terus membalas. "Kau masih tak tahu lagi? Dasar anak tak guna! Kau tahu tak lepas kau blah daripada hidup kitaorang, aku dan abah merana! Sebab kau! Kau tu, heeeish!" Yuri hentak tangan dia pada pintu.

Sambungnya lagi, "Kau ingat duit yang ibu tinggalkan cukup? Kau ingat duit kau tu duit kau je? Tergamak kau blah, lepas tu bergembira duduk dekat luar negara, dan biarkan aku dan abah merempat macam orang gila! Seronoklah kan? Ha!"

Mina tidak berapa faham. Apa yang dia tahu, ibu sudah tinggalkan wasiat pada keluarga. Duit yang ditinggalkan telah dibahagikan sama rata. Dan hak Mina mutlak. Dia boleh guna bahagian dia. Dan dia mahu guna duit itu untuk menuntut ilmu.

"Apa kau cakap ni, Yuri!" Mina meneriak. Dia naik angin sebab dia tak faham apa-apa.

"Duit aku dan duit abah, semua lesap. Abah guna duit tu untuk bayar hutang judi dia. Yang kau, anak bijak, cepat-cepat blah, ambik duit bahagian kau. Konon-konon kata nak belajar, nak tuntut ilmu. Tapi, kau memang dah tahu apa akan jadi kan? Kau tahu orang jahat ni akan ambik hak aku! Duit aku!"

Astaghfirullah, Yuri! Jangan kau hina aku macam tu sekali! Aku tak pernah berniat nak tinggalkan keluarga sebab tu. Alasan tu tak betul, Yuri!

"Kak, tergamak ke aku bertindak sedemikian? Kalau betul kau dan abah perlukan duit, kenapa tak beritahu Mina? Kenapa halau Mina! Kak ingat Mina tak sakit hati?"

"Oh, cakap pasal sakit hati. Ada benda aku nak cakap dengan kau! Abah dah mati!"

Bagai tercabut nyawa oleh malaikat, jantung Mina terus gugur ke tanah. Dia tenung kakaknya. 

"A...apa? Apa! Abah dah mati! Abbahh!" Mina mendengus kuat. Air mata mula jatuh ke pipi. Hatinya remuk. Dia tekup mulutnya. Mina menangis kuat tidak henti. Pelbagai rasa mula muncul. Dia rasa geram sebab Yuri menipu dia! Dia rasa marah sebab Yuri tak beritahu abah dah tak ada! Dan dia rasa kesal sebab dia tak dapat cium, peluk dan minta maaf pada abah! Aku anak tak guna!

Mina meraung-raung di atas katil. Dia tarik-tarik baju kurungnya itu. Gadis itu merasakan dia tidak layak untuk hidup. Yuri yang terduduk hanya melihat. Tiba-tiba, dia bangun dan tendang katil. Yuri ketawa sambil melihat Mina menangis.

"Kau menangis buat apa! Haha! Haha! Sepatutnya kau gembira, senyum dan lapang dada! Sebab apa? Sebab abah dah tak ada dekat dunia. Dah tak ada nak musnahkan hidup aku! Kau, kau tengok apa dia dah buat pada kita? Eh, Mina! Cheer up!"

Mina ikut bangun. Matanya sudah kemerahan. Dia rasa nak tumbuk kakaknya! Dia genggam tangannya erat. Tanpa berlengah, Mina terkam Yuri. Mereka menarik rambut masing-masing. 

"Lepaslah!" Yuri menjerit. Jari jemari Mina masih menarik rambut kakaknya. Yuri juga tidak mahu mengalah. Dia masih memegang rambut Mina kasar. Mereka tertunduk-tunduk dan masih bergelut.

"Kau ni anak apa, Yuri! Kau tergamak gelakkan abah! Aku rasa nak bunuh kau!"

"Biar aku bunuh kau dulu!" Yuri menolak-nolak badan Mina. Mereka menghempas pulas untuk sakitkan diri. 

Pintu segera terbuka. Dua orang lelaki muncul dihadapan mereka. Badan mereka ditarik kasar. Pergelutan itu terlerai. Mina mahu terkam Yuri lagi tetapi badannya dipeluk erat seorang lelaki. Yuri yang sedang bergelut dengan lelaki berbadan sasa itu, menjerit kuat. Dia kelihatan sudah gila! 

Ya, aku memang dah gila! Lepaslah!

Badan Yuri diseret keluar dari bilik. Mina pula ditolak kasar ke katil. Perleraian itu begitu pantas. Yuri sudah tidak kelihatan dari pandangan. Pintu bilik segera ditutup dan dikunci dari luar. 

Mina akhirnya rebah di atas katil. Dia menangis semahu-mahunya. 

Tuhan, adakah ini takdir yang telah tertulis olehMu? Aku tahu, aku insan yang hina. Tetapi mengapa kau ambil abah tanpa aku sempat mengucapkan kata maaf. Hati ini masih tidak tenteram. Dosa aku menggunung. Abah yang aku rindu, sudah tiada. Abah yang aku rindu, sudah tiada! Abah yang aku rindu, dah tak ada di muka bumi lagi.

Abah, adik minta maaf. Adik tak dapat pegang tangan abah, cium dahi abah dan peluk badan abah. Abah, adik pakai baju kurung cantik dan bau wangi untuk abah lihat dan sayang. Tapi bau wangi ni dah hilang seperti hilangnya abah untuk adik. 

Dan Yuri, maafkan aku! kenyataan ini terlampau perit. Tapi sampai bila kak, kau mahu berdendam dengan aku! Aku adik kau, kak! orang yang hidup sebantal dengan kau. Adik yang sentiasa ada dengan kau! Andai kau tahu firasat hati aku ini! Kini, jiwa aku bergolak! 

Dalam sendu sendan, Mina meratapi pemergian arwah ayahnya dan kesakitan itu. Dia menangis berterusan sehingga tertidur berbantalkan lengan.


Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.