Cuaca terik matahari pagi membuatkan persengketaan dan kemelut jiwa makin hangat. Mina terasa tertekan. Gadis yang berpakaian t-shirt dan seluar biasa sedang dipeluk erat oleh jejaka bernama Baihaqi. Hati Mina yang sudah remuk cuba dipujuk jejaka itu. Pelukan yang kuat itu tidak mahu dilepaskan. Mina masih menangis teresak-esak. Dia berasa sangat takut. Dia terkejut!
Iyalah, dia baru sahaja berjaya melarikan diri daripada penculikan dan penjualan gadis-gadis di gudang tersebut. Selepas berjaya keluar, fikiran dia buntu terus! Mana dia nak pergi? Abah dan ibu sudah meninggal dunia dan kakaknya entah hilang ke mana. Baihaqi pula beribu-ribu batu jauhnya.
Maka, kehadiran Adam Baihaqi pada saat ini telah memberi makna dalam hidup Mina Arwiena.
"Awak, dah, dah. Shh.. shh.. saya ada. Saya ada ni. Saya datang nak ambil awak. Dah. Dah."
"Huuu...huuu... isk... isk..." Mina tidak berhenti menangis.
"Sayang, dah. Cukup. Pandang saya. Awak, pandang saya boleh?" Baihaqi berkata-kata. Dia bersahaja hanya memakai t-shirt gelap berwarna biru dan selur jeans hitam.
Mina yang masih memeluk Baihaqi perlahan-lahan meleraikan pelukan. Dia memandang wajah Baihaqi. Hati lelaki itu terdetik kasihan. Mina tidak pernah melepaskan rambutnya atau membuka tudung. Kali ini, walaupun gadis itu nampak sedikit tidak terurus, dia masih nampak cantik. Rambutnya lurus tetapi sedikit serabai. Anak rambut Mina yang terjuntai di hadapan mata, segera Baihaqi selak ke belakang telinga.
"Saya kena pergi gudang tu sekejap. Awak balik dengan Bahri ya?" Baihaqi masih merenung anak mata Mina yang berkaca.
"A..awak nak buat apa?"
Baihaqi tersenyum lalu dia menutur kata-kata itu. "Saya nak kerjakan semua jantan yang cuba nak musnahkan bakal isteri saya ni."
Mina merenung anak mata Baihaqi. Dia nampak jujur dalam berkata-kata. Kahwin?
Kemudian Mina geleng kepala perlahan-lahan. Dia masih memegang baju Baihaqi kuat. Tidak mahu lepas. "Saya tak nak awak pergi mana-mana. Kalau ada apa-apa berlaku pada awak macam mana? Awak jangan tinggalkan saya."
"Sayang, ingat Qi kan? Dia kawan baik saya. Saya kena selamatkan dia. Sekarang, awak pergi ikut Bahri eh. Nanti saya balik. Ok?" Adam Baihaqi menjeling ke arah adiknya yang baru tiba. Edin dan Zack sudah berada di kawasan gudang tersebut. Pertempuran dan pergaduhan sudah pun bermula.
Mina mengangguk apabila dia nampak Adam Bahri. Perasaan serba salah mula muncul. Qi telah pun menggadaikan nyawanya untuk selamatkan Mina. Jadi, tak kanlah dia mahu menghalang Baihaqi.
"Ok..."
"Bahri, kau bawa Mina balik elok-elok tau. Sekeh kepala ha... Takyah nak melencong tempat lain."
"Bai, agak-agakla." Bahri tepuk belakang Baihaqi.
Mina tergelak kecil dalam tangisannya. Air mata mula berhenti. Dia perlahan-lahan membiarkan Baihaqi berlari ke arah motosikal di tepi tiang.
"Hi, awak! awak ikut kereta saya ya? Kita balik jom." Bahri berkata lembut. Dia tahu gadis itu bersedih dan kepenatan.
"Kita nak pergi mana?" Mina bertanya. Anak matanya hanya melihat kekasih hati menaiki sebuah motor hitam. Rambutnya yang berwarna biru telah berjaya menangkap perhatian ramai orang. Mereka memandang Mina pelik. Apa yang telah berlaku? Bisikan demi bisikan kedengaran dari mulut orang.
"Saya bawa awak pergi hotel eh... Saya dah minta pembantu siapkan bilik. Nanti Mina rehat ya?" Bahri membawa Mina ke kereta. Kedengaran motor yang ditunggang Adam Baihaqi mula memecut ke hadapan.
"Thank you Bahri. Mina banyak susahkan korang."Anak mata Mina berkaca. Bahri melihat kaki Mina yang berkaki ayam. Jari kaki berdarah dan terluka. Tidak tahu sama ada tapak kakinya itu macam mana. Mesti sakitkan?
Hati Adam Bahri juga sakit. Dia sakit kerana tidak mampu mengucap perkataan sayang, rindu dan cinta pada gadis ini. Biarlah, asalkan kau bahagia dengan abang aku. Aku sanggup!
*
Mina menutup paip air di bilik air. Hati Mina makin tenang. Kegusarannya siang tadi akhirnya hilang sikit demi sedikit. Adam Baihaqi masih belum pulang. Mina berjalan ke arah katil di bilik hotel lima bintang. Keadaan perabot dan tilam nampak mewah. Makan malam juga telah siap disediakan di atas meja. Tuala muka di atas katil terus dicapai. Kain mengelap muka menjadi kering.
Kemudian, Mina capai telekung. Terasa kotor. Jiwa dan fizikalnya tidak bersih. Hati rasa berdosa. Apalah nasib kau ni, Mina? Dah la anak yatim piatu, lepas tu kena culik pula. Tak boleh ke kau jaga diri kau ni betul-betul? Menyusahkan je! Mina cubit pipi dia kuat. Marah pada diri sendiri.
Usai solat, Mina melipat sejadah dan diletakkan sejadah itu di atas kerusi. Kedengaran dari luar bilik gelak tawa beberapa orang lelaki. Mina melihat di balik pintu menggunakan lubang pengintip. Dia nampak Adam Baihaqi, Zack, Edin dan Qi berjalan ke arah bilik berhadapan bilik Mina. Mereka sedang menggayakan semula lagak dan aksi mereka semasa di gudang tadi. Baju mereka habis serabai dan terkoyak. Tetapi jelas di riak wajah mereka, orang jahat tu habis dikerjakan. Mereka membuka pintu bilik mereka. Zack, Qi, Edin berjalan masuk ke dalam. Baihaqi masih tidak berganjak. Dia capai fon dalam poket dan lekas menelefon nombor Mina.
Mina berlari ke arah bunyi telefon di atas meja. Laju dia mengangkat panggilan. Tercungap-cungap dia bernafas. Semasa lari dia hampir tersadung kaki dengan kain telekung yang masih belum dibuka.
"Hai!" Mina menjawab sedikit teruja.
"Aik? Lajunya awak angkat fon. Memang tunggu saya call?" Tanya Baihaqi.
"Hah! Oh, tak adalah saya memang pegang telefon pun. Tak tunggu pun." Mina tipu sunat. Malulah kalau beritahu sebaliknya. Nanti Baihaqi mesti sakat.
"Awak dah makan?" Tanya Baihaqi.
"Belum. Saya baru lepas solat."
"Ok, makanlah kenyang-kenyang ya? Rehat puas-puas malam ni. Esok kita balik Mesir. Saya tak nak dengar alasan. Awak kena ikut saya esok."
"Oh, tapi..."
"Saya dah agak awak nak cakap macam tu. Jadi, saya dah call Kak Emilda. Awak akan duduk rumah sewa kakak. Dia desak juga awak balik sana."
Tinggal Mesir? Dah gila ke apa Baihaqi ni?
"Saya tak ada duit nak sambung pengajian."
Kedengaran keluhan berat di talian. Baihaqi mula berbicara. "Mina, ya saya tahu keputusan yang saya buat ni nampak tergesa-gesa. Tapi saya nekad nak biarkan awak habis belajar. Tak kira la macam mana cara sekali pun. Awak kena terima hakikat ni awak. Siapa nak jaga awak dekat sini? Awak nak tinggalkan saya ke?"
Mina terdiam. Dia buntu. Tak tahu macam mana nak jawab soalan tu.
"Saya tak nak berpisah dengan awak lagi, Baihaqi. Saya just rasa betul ke apa keputusan yang saya nak buat ni. Macam mana saya nak kumpul duit?"
"Itu awak tak perlu fikir. Kita balik sana, sambung pengajian. Kena repeat sem ni sebab banyak kelas dah tertinggal. Duit kita cari sana sam-sama. Saya tolong awak cari duit. Kalau ikut hati saya nak je bagi awak duit. tapi mesti awak pun ada ego juga kan? jadi, Kalau awak terkapai-kapai, atleast dekat sana, sana ada dengan awak. Awak tak perlu riasu sangat ya?" Kata Baihaqi. Dia jelas dengan rancangannya.
Mina, kekasihku yang aku sayang. Tatkala, kau memerlukan aku, aku sepatutnya ada. Tak akan aku mungkiri janji ini lagi. Aku mahu jaga kau sampai mati, Mina. sampai tua. Sampai bila-bila menyayangimu. Aku berjanji akan pegang tangan kau dan tak akan lepaskan lagi.
"Hmm. walaupun hati saya berat, saya rasa itu saja jalan yang saya ada. Tapi boleh tak awak bawa jumpa ibu saya sebelum pergi? saya tak nak rindu saya menggunung nanti dekat sana."
"baik, sayang. Saya tahu awak tak akan boleh berhenti rindu ibu dan ayah awak. Tapi sekurang-kurangnya saya ada."
"Janji? sampai saya tua?"
"awak nak saya terjun bangunan ni sekarang? nak bukti yang saya cinta awak?"
"ish! ape la awak ni. merepek je. tak payah terjun lah. saya tahu perasaan awak. Saya pun sayang awak." Mina menguis-nguis tangannya pada atas meja.
"sayang je?"
"cinta lah."
kedengaran Baihaqi mengekek ketawa. Dia rasa bahagia sangat. Tak sabar untuk membuka lembaran baru bersama-sama Mina Arwiena. Moga dipermudahkan segala urusan kita, ya? Harap awak dapat bersabar dengan perangai saya. Saya ni memang sedikit panas baran. tapi saya cuba berubah.
Mereka berborak beberapa ketika. Mina masih tidak tahu apa nasibnya nanti. Yang pasti, kisah silam Baihaqi dań Bahri bakal membuka lembaran hidup Mina. Dendam lama yang disimpan tersemat dałam jiwa seorang musuh akhirnya akan dilempar pada mereka.