Perasaan yang paling menyakitkan dalam dunia ini adalah perasaan rindu yang tiada penghakhiran. Rindu ibu yang sudah kematian. Rindu suami yang kejauhan. Rindu anak yang kehilangan. Rindunya tidak bersentuhan. Hati mereka juga semestinya mahukan pelukan yang berpanjangan, sentuhan jari bermain di pipi ataupun genggaman jari jemari diikuti gelak tawa. Tetapi semuanya itu dan kehangatan saat bersama kini tiada lagi. Sedihnya, yang tinggal hanya air mata dan perasaan rindu. Mengapa hati seseorang itu boleh berubah menjadi hati batu? Bukan kerana dia inginkan tetapi lebih kepada keterpaksaan untuk meneruskan hidup untuk berhenti menyayangi seseorang. Memang benar apa yang dilafazkan penyanyi Andmesh tentang lagunya 'Hanya rindu'. Dia bukannya tidak boleh terima kenyataan, tetapi hatinya hanya merindui. Rindu yang tiada penghujungnya. Hanya kata rindu tertitip di bibir sentiasa dan hanya kata doa tersemat di hati.
Dan bagi Mina Arwiena, cukuplah kali ini dia merasakan rindu. Rindu kepada ibunya dan ayahnya yang kematian. Rindu kakaknya yang sudah berjauhan kerana berjauh hati. Namun, apa yang lebih memedihkan adalah rindu saat mata memandang tetapi tidak boleh memiliki. Mina tertekan. Begitulah keadaannya sekarang.
Susuk tubuh tinggi lampai itu dilihatnya dari jauh. Hanya jelingan demi jelingan untuk memastikan perasaan yang tidak tenteram. Daripada sayang kepada benci. Dan bencinya itu mula terbuku satu persatu. Mengapa ini semua terjadi? Apa silapnya? Silap Mina kah? Atau baihaqi kah? Atau takdir pertemuan mereka pada awalnya hanyalah persinggahan dua jiwa?
Gadis itu membatu di kerusi. Mukanya monyok. Sudah tidak bersemangat untuk menghadiri majlis ini. Persembahan yang ditontonkan terasa bosan. Dia mahu balik.
Majlis hari jadi yang diadakan di dalam sebuah cruise nampak begitu meriah. Perjalanan cruise itu sedang menghala ke tempat bernama Aswan. Cruise peribadi yang dimiliki keluarga Adam Baihaqi dinamakan Cruise Pincess Farah. Ianya megah dan mewah. Saiznya besar dan luas.
Kedengaran bunyi lagu nyanyian lagu 'Yalla, yalla' bergema diikuti dengan nayanyian para penumpang. Mereka nampak gembira dan bersemangat. Beberapa orang perempuan sedang menari di atas pentas kecil. Pakaiannya menjolok mata. lenggokkannya menghiburkan. Kelihatan orang ramai leka menjamu selera sementara persembahan masih berlangsung. Bunyi ketukan sudu dan garpu di pinggan juga kedengaran. Tetamu masih rancak berborak.
Mira Arwiena menghembuskan nafas beratnya. Dia lapar. Makanan yang disajikan di bilik sebentar tadi lupa untuk dijamah. hatinya tidak tenteram. Dia risau.
Kini, perut yang berkeroncong sahaja menemani Mina. Adam Bahri dan Baihaqi sudah hilang dari radar. Dia menggumam sendirian memarahi diri sendiri kerana bersetuju untuk membantu kak Emilda. Seketika kemudian, Mina dipanggil untuk sesi menyarung cincin di bilik khas.
Pintu terbuka luas. Adam Baihaqi memasuki pintu bilik khas itu dengan bersahaja. Tangannya memakai sarung tangan putih. Di sisinya kelihatan kotak cincin yang berharga ratusan ribu. Mina terus berdiri. Risaunya akan permainan yang dimainkan Adam Baihaqi sebentar tadi langsung termati. Permintaan untuk Adam Baihaqi menjauhinya serta merta dia terlupa.
Jejaka itu mendekati Mina. "Kak Emilda... she can't come. Jadi, awak ada saya dan Bahri sekarang. Cincin ni perlu disarungkan. Awak nak saya sarung pada jari awak atau... Bahri?"
Mina sekali lagi mengeluh.Walaupun dia faham tanggungjawab yang digalas Kak Emilda, Mina sedikit kecewa. Apa yang dia harapkan sekarang ni adalah untuk kakaknya itu menjadi penyelamat dia hari ini. Macam sekarang ni. Sepatutnya Kak Emilda yang menyarungkannya tetapi Adam Baihaqi pula mahu diturut perintah.
"Mina Faham."
"Then choose. Cepatlah."
"Lah, Mina ambik sendirilah. Biar saya sarung sendiri. Tak payah susah-susah."
"Bad idea. Awak tahu tak akibat tak pakai sarung tangan ni? It will stain with your fingerprints. Kalau cincin ni hilang, cap jari awak yang ada. So now please for Godsake, choose me or him?"
"Awak ni memang sengaja kan?"
"Not again Mina!" Baihaqi menjeling ke pintu.
Sambungnya lagi,"Mina, please. Saya tak nak gaduh sekarang. Saya tahu awak marah saya. Tapi not now. Habis majlis awak nak pukul saya ke nak bantai saya ke suka hati, but not now."
Bahri memerhati. Bahri dan Baihaqi sebenarnya sudah berkelahi untuk menentukan siapa yang akan mengambil cincin ini. bahri tahu Mina tidak mahu mendekati Baihaqi dan sudah tentu gadis itu juga tidak mahukan dirinya. Tetapi atas kekerasan Adam Baihaqi, Bahri hanya menurut.
"Ok! Ok! Cuma Mina... err sekejap! Sekejap! Fuh!" Mina menghulurkan tangannya yang sedang menggeletar. Penat difikirkannya. Beratkah ia? Ringankah ia? Atau apa perasaannya memakai cincin mahal ini? Lebih-lebih lagi cincin ini akan disarungkan oleh Adam Baihaqi.
Jejaka itu tergelak kecil. Geli hati. "Boleh tak jangan nak menggigil sangat?"
"Ish! Bukannya Mina yang nak. I cannot..."
"Cepatlah. Saya sarung cepat-cepat."
"Boleh tak jangan paksa? Awak tak tahu apa saya rasa. Nervous. Lainlah awakkan? Every day you get to wear expensive stuff."
"And?" Baihaqi membiarkan Mina berceloteh. Sengaja mengalihkan perhatian gadis itu. Apabila Mina mula bersuara, dia lupa perasaannya. Alah, perempuan kan? Tetapi kadang kala kaum lelaki ni tak faham. Apabila kita meluahkan bukannya kita nak kan masalah itu diselesaikan segera. Hanya mahu mendapatkan perhatian.
Cincin itu beralih tuan. Pemakainya kini ialah Mina Arwiena.
"Saya tak nak tengok." Mata Mina terpejam rapat.
"It looks so beautiful on you. That azure colour looks perfect."
Mina membuka matanya perlahan-lahan. kepercayaan pada diri mula terbina. Perasaan takut hilang. Yang timbul pula rasa tanggungjawab yang berat.
"Mina? Dah bersedia? Kita nak keluar dah ni." Adam Bahri menyampuk. Mina terleka seketika. Dia cepat-cepat berlari ke arah pintu mendapatkan Bahri. Baihaqi yang terpinga-pinga dibiarkan saja. Padan muka. Awak ingat saya nak maafkan awak sekarang? Tak mungkin! Duduk 1 meter jauh ya!
***
"Good evening Ladies and Gentlemen! Ana ismi Kapten Loka. Im your kapten for today. I would like to say my gratitude to Emilda and all of you for attending our private birthday party! without further a due we will start our auction now."
Mina nampak sudah bersedia. Cincin di jari digenggam erat. Kilauannya mempersonakan.
"Now... its the final touch! The best among the rest! introducing our beloved diamond ring, The Sunshine Ravillion Collection! Do we have a buyer? Starting with 50 thousand dollar!"
Mina melangkah keluar dari balik pintu. Cincin itu ditayangkan dengan bersemangat. Gadis itu melambai-lambai ke udara dengan anggunnya. orang ramai berbisik dan memulakan sesi meletakkan harga pada pembelian cincin ini. Kedengaran cincin ini telah berjaya dijual dengan harga 150 ribu us dollar. Hampir tergamam Mina mendengarnya. Mujur dia sempat beringat bahawa orang ramai masih memerhati dirinya.
"Congratulations, Mina!" Satu suara menyapa. Mina mengalih perhatiannya.
"Qi? wah, memang awak lah! Oh, thank you."
"Yup, thats me. So, Mina, macam mana Mesir? Rindu Qi tak?"
Mina ketawa kecil. Sesekali dia melihat Adam Baihaqi sedang merenung ke arah mereka. Ha, duk jauh lagi. Tetapkan dua tiga meter pula!
"Korang ni gaduh ke? So saya ada peluang la ni. Janganlah asyik gaduh. Korangkan still lovebirds."
"Ha! More to angrybirds, Qi. Mina tak tahan perangai dia. Dia nak ke tak nak Mina ni. Tak faham lah. Macam sekarang ni, ha tengok. Tak duduk diam kan. kita gelak lagi Qi. Ha ha! Ha ha!"
"Comel betul Mina ni ya. By the way, may i look at the ring?"
"Ehhh... tengok je tau. Tak boleh pegang."
"Why?" Kening Qi bercantum. Rasa pelik.
"Mahal ni. Pembeli ni letak harga berjumlah 150 ribu. Habisla Mina nanti kalau hilang."
Qi tersengih sambil merapati. "Eventhough i am the buyer?"
Mina tersedak air liur. Matanya terbeliak. Qi is the buyer? impossible!
"Eh, yeke? Janganlah main-main Qi. Prove yourself! " Tegas Mina.
"Ask your boyfriend lah."
"Mana? Mana ada boyfriend dah."
"Aik, korang break up ke apa? Like, seriously?"
"Entahla. Mina tak tahu nak cakap. Adam Baihaqi being him. Susahlah."
"Bai!" Qi tiba-tiba memanggil Adam Baihaqi. Jejaka itu merapati.
"Can i get the ring from her?"
Baihaqi mencelah. "Mina, bagi cincin ni pada Qi. Hes the buyer."
"Or... what if i just give it to Mina? She can have it but i should have her instead kan?"Sengaja Qi mencurah minyak pada api. Jarinya menujah dada Baihaqi lembut.
"Stop it, Qi. Aku tak nak main-main sekarang ni. Penatlah." Baihaqi mengeluh kasar.
"Ha ha! Ha ha! Yerr... tak kan la Mina nak simpan cincin ni. Its yours anyway. Nah! Nah! Baihaqi please la awak... orang tengok!" Mina tergesa-gesa cuba menanggalkan cincin lalu mencelah di tengah-tengah dua orang lelaki tinggi lampai.
"Im not kidding, Bai." Kata Qi.
"Qi! Please jangan cucuk Baihaqi lagi. You will make it worse!" Mina berdiri di hadapan Baihaqi sambil tangan mendepa menghadap Qi. Matanya tertancap pada Qi sambil dahi mengerut. Adam Baihaqi menurut berdiri di belakang Mina.Gadis itu tak suka melihat Adam Baihaqi marah. Dia benci. Memang susah nak reda kan.
"So, you guys still in love with each other. Sayangnya. But it was fun. Aha ha! Anyway... thank you Mina dear. Saya sengaja nak tengok how strong your relationship with Baihaqi. In fact, he still wants you. Thats good. Alright! saya pergi dulu. Ada few things saya nak kena pick up. Bai, chill lah."
Baihaqi menahan geram.
"Hey, its our code remember? We dont get to love the same girl. Friends? Bro, come on!" Qi menepuk lengan Baihaqi kasar.
"Friends." Perlahan sahaja Baihaqi menyahut.
"Great! Bye Mina. Saya tinggalkan awak dengan dia ya? See you guys later!"
Mina berdehem perlahan saat melihat rakannya itu berjalan laju meninggalkan mereka berdua.
"Kenapa awak pertahankan saya selepas apa yang saya dah lakukan? why do you even bother, Mina Arwiena?" kata Baihaqi senada.
"Awak jangan salah faham eh. Im still mad! And awak langsung tak ada perasaan serba salah. Salah saya ke sebab berusaha nak pertahankan hubungan kita ni? What exactly did i do wrong, Baihaqi? Huh! Cukuplah. saya sakit kepala fikirkan. Lebih baik saya cakap dengan dinding daripada tunggu penjelasan daripada awak ni. Dah. Jangan cari saya. Saya nak keluar." Mina menghentak kaki lalu berlalu pergi mendapatkan segelas air.
Tak! Lampu di dewan tiba-tiba terpadam diikuti bunyi tembakan di dalam dewan. Bunyi pekikan orang ramai mula kedengaran. Gelas kaca yang tersusun di atas meja mula pecah satu persatu saat ditolak oleh orang yang lari berkejaran.
Pada waktu itu, muncul perasaan kesal dalam hati Adam Baihaqi. Dia masih belum melafazkan kata maaf dan kata penyesalan. Mina kini tiada di sisinya.
"Minaaaa! Mina!"
Tiada sahutan.