BAB 05
PAGI itu
sangat tenang. Bayu berpuput lembut menyapa pipi gebu milik Faizah. Daun-daun
pokok di luar kelas bergesel-gesel sesama sendiri menghasilkan bunyi yang
sangat merdu untuk di dengar. |
Faizah rindukan keluarganya. Lama sekali
dia tidak pulang ke rumah. Pagi ini baru terasa kerinduannya menggunung seperti
gunung Everest yang direkodkan sebagai gunung tertinggi di dunia.
“Faiz, awak kenapa?” Mira menyoal setelah dilihat
Faizah hanya berdiam diri sejak tadi.
Faizah memandang sekilas Mira yang duduk di sebelahnya.
“Tak ada apa-apa,” jawabnya ringkas. Pandangannya kembali dibuang ke luar
tingkap kelas. Syahdu sungguh dirasakan hari ini. Inilah yang dikatakan
kelebihan hari jumaat sebagai penghulu segala hari. Mungkin ramai yang tidak
tahu apakah kelebihan hari jumaat selain daripada penghulu segala hari.
Ingatan Faizah kembali kepada zaman sekolahnya.
Teringat kata-kata ustazahnya yang membicarakan tentang kelebihan hari jumaat.
“Baiklah, ustazah nak tanya, siapa yang tahu apakah
kelebihan hari jumaat?” pandangan Ustazah Salwa ditebarkan ke seluruh isi
kelas.
Nazmi mengangkat tangan lalu berdiri. “Boleh saya
cuba ustazah?” tenang sekali suara anak muda yang mewakili sekolah dalam
pertandingan hafazan Al-Quran itu.
“Ya Nazmi, silakan,” Ustazah Salwa memberikan
kebenaran.
“Menurut apa yang saya baca, dalam suatu
hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’
iaitu penghulu segala hari iaitu hari yang sebaik hari.” Maka daripada
hadith ini, dinyatakan bahawa hari jumaat merupakan penghulu segala hari.”
Ustazah Salwa menganggukkan kepalanya tanda
setuju dengan apa yang Nazmi bicarakan. “Ada apa-apa lagi yang kamu mahu
tambahkan Nazmi?” soal Ustazah Salwa inginkan kepastian.
“Ya ustazah. Selalunya, hari jumaat
dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat.
Kenyataan ini didukung oleh suatu hadis riwayat Muslim yang menyatakan, Nabi SAW ada
menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga
kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta
sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Setelah memberikan
sedikit penjelasan, Nazmi kembali duduk. Kini, giliran Ustazah Salwa memberikan
sedikit penerangan.
“Baiklah
murid-murid, apa yang dikatakan oleh Nazmi tadi memang benar. Itu antara
kelebihan hari jumaat yang telah disebut dalam hadith. Ada sesiapa lagi yang
mahu menyatakan kelebihan hari jumaat selain daripada yang telah disebutkan
oleh Nazmi?” Ustazah Salwa menuturkan.
“Ustazah, boleh saya
cuba?” Faizah mengangkat tangan dan berdiri.
“Ya Faizah,
silakan,” Ustazah Salwa memandang pelajar kesayangan hampir semua guru di
sekolah agama ini. Faizah merupakan pelajar terbaik di sekolah agama ini
memandangkan setiap peperiksaan akhir tahun dia mendapat tempat pertama di
dalam kelasnya.
“ Hari Jumaat
memang istimewa kerana menurut pembacaaan saya, pada hari ini nabi Adam
diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada
Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah,
Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Malah dikatakan juga dalam hadith yang lain.
Barang siapa yang meninggal pada hari jumaat, mereka akan terselamat dari
fitnah kubur.” Jelas Faizah panjang lebar.
“Betul ya apa yang
dikatakan oleh Faizah tadi. Hari jumaat memang hari Nabi Adam diciptakan
dan baginda diturunkan daripada syurga dan sesiapa yang meninggal pada hari
jumaat akan selamat daripada fitnah kubur. Menurut Nabi SAW, Tidak seorang muslim yang mati pada hari
Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada
fitnah kubur. Jadi, sama-samalah
kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan
kelebihan oleh Allah ini.” Ustazah Salwa memberikan sedikit penerangan.
Apabila melihat
semua pelajarnya sudah mula menundukkan muka masing-masing, tahulah Ustazah
Salwa bahawa tiada sesiapa lagi yang mahu menambahkan kelebihan hari jumaat.
Kini, tiba gilirannya untuk berkongsi sedikit ilmunya kepada murid-muridnya.
“Baiklah, Ustazah
akan tambahkan dua lagi kelebihan hari jumaat. Pada hari jumaat, disunatkan
kita memotong kuku. Ibnu Masud berkata, Sesiapa
yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada
penyakit dan memberikannya keselamatan. Dan pada hari jumaat juga doa mudah
dimakbulkan di antara dua khutbah. Itulah antara kelebihan hari jumaat yang
patut kita ketahui.”
Lamunan Faizah
terhenti apabila mendengarkan suara Farhan yang menggetarkan tulang-tulang
osikel di telinga dalamnya yang menghasilkan bunyi yang sangat bingit. Mana
tidaknya, Farhan menjerit sekuat hati ditelinganya,
“Hoi makcik!!
Berangan pagi-pagi!! Ingat pakweke
makcik!!” sergah Farhan. Pantas Faizah menekup telinga kanannya dengan tangan.
“Kau nak makan
pelempang ke Farhan?” Faizah menyoal Farhan dengan muka tidak puas hatinya.
Matanya memandang Farhan daripada atas hingga ke bawah. Farhan segak dengan
baju melayu berwarna hijau lembut sedondon pula dengan baju kurung yang
dipakainya hari ini. Siap bersamping dan bersongkok pula. Macam suasana di pagi
Hari Raya Aidilfitri.
Matanya masih memandang Farhan. Sekuntum
senyuman mekar dibibirnya. ‘Handsome
jugak mamat ni bila pakai baju melayu,’ bisik hati kecilnya.
Melihat Faizah yang
seolah-olah terpesona memandangnya, Farhan sudah mula merencanakan idea untuk
mengenakan Faizah. Dia mula bangun dan berdiri di hadapan meja Faizah.
“Adik pandang-pandang, pandang pada
siapa? Kalau pada
abang, hai gembira rasanya, Adik
senyum-senyum, senyuman yang menggoda, Adik jangan bingung, abang belum berpunya,”
spontan Farhan menyanyi sambil mengenyitkan matanya kepada Faizah.
‘Mula dah budak ni,’ Faizah mengomel
dalam hati seraya menarik nafas panjang. Satu kelas sudah bergema dengan tawa
melihatkan lawak spontan yang di persembahkan oleh Farhan. Lagu Zapin Usik
Mengusik dendangan kumpulan Senario memang kena dengan situasi antara dia dan
Faizah tadi.
“Abang lirik-lirik, melirik pada
siapa? Kalau pada
adik bolayanlah jawabnya. Abang
kenyit-kenyit, kenyit mata buaya. Abang
baik sikit, nanti ku pulas telinga.” Faizah menyambung lagu tadi. Dia tidak
mahu menyerah kalah. Sekali lagi kelas mereka dipenuhi dengan gelak tawa.
Mereka tidak menyangka Faizah akan membalas nyanyian Farhan tadi.
Farhan yang tidak
menyangka Faizah memberi respon terhadap usikannya terus mengusik. “Hai cik adik,”
tuturnya sambil mengambil tempat di sebelah Faizah.
“Ya cik abang,”
Faizah menjawab dengan selamba dan memandang muka Farhan. Seisi kelas masih
memerhatikan mereka. Malu juga apabila difikir-fikirkan. Namun dia tidak mahu
kalah dengan Farhan hari ini.
“Manis jelita,”
Farhan menuturkan sambil mengangkat keningnya kepada Faizah. Afiq dan Mira
masing-masing menekup mulut menahan tawa. Deli yang baru tiba ternganga melihat
drama spontan Farhan dan Faizah.
“Biasa saja,”
Faizah menuturkan sambil berpura-pura malu sambil menutupkan mukanya dengan
tudung yang dipakainya. Lakonannya boleh membuat siapa sahaja yang melihat pada
waktu itu ketawa sehingga pecah perut.
“Siapa nama?” Farhan masih meneruskan rancangannya mahu
mengusik Faizah.
“Namaku Joyah. Kasut nak?” pantas
Faizah menjawab. Farhan Faizuddin ini memang tidak boleh dilayan. Makin dilayan
makin melampau-lampau pula diusiknya.
Farhan
ketawa berdekah-dekah. Kemenangan berpihak kepadanya. Sorakan dan tepukan
gemuruh diberikan kepadanya sebagai pelakon lelaki terbaik di kelas mereka pada pagi jumaat ini.
“Kau
ni slack betullah Faiz. Cuba lembut
sikit. Aku kena ajar kau jadi lembutlah Faiz macam ni,” Farhan menuturkan dalam
tawa yang masih bersisa.
Faizah
hanya buat-buat tidak faham. Deli yang melihat keadaan itu memahami Faizah
bengang apabila isu dia tidak seperti perempuan lain dibangkitkan. Lalu, Deli
menghampiri Farhan dan Faizah.
“Faiz
dengan Mira, jom join kitorang pergi shoppingesok,” Deli mengusulkan. Faizah
mengangkat sedikit kepalanya memandang Deli. ‘Nasib baik ada si Deli ni cover-up aku,’ bisik hati kecilnya.
“Shopping mana? Turun KL ke?” Faizah
bertanya inginkan kepastian.
“Tak
adalah sampai KL. Mega Mall je kat
Kuantan nuh,” Deli menjelaskan.
Memang mereka tidak bercadang untuk turun ke KL minggu ini.
“Kau
orang bukan tak tahu aku tak suka pergi shopping
ni. Nanti aku…” belum sempat kata-katanya habis dituturkan, Farhan sudah
mencelah.
“Tak
ada nanti-nanti. Kau kena ikut jugak.” Farhan sudah mengeluarkan mandat yang
harus diikuti. Panas sahaja hati Faizah apabila mendengar kata-kata Farhan itu.
Faizah
memandang Mira yang duduk di sebelahnya. Mira sudah mengangguk-anggukan
kepalanya tanda ingin turut serta. ‘Nasib baiklah ada si Mira ni, kalau tidak
jangan haraplah aku nak ikut kau pergi shopping
Farhan oii,’ bisik hatinya.
“Yelah, aku
ikut.” Akhirnya Faizah membuat keputusan. Mira, Afiq, Farhan dan Deli
masing-masing berpandangan antara satu sama lain sambil tersenyum lebar. Jika
dilihat sepintas, bibir mereka hampir terkoyak dek senyuman yang mahu mencecah
hingga ke telinga. Mereka berempat punya rencana hebat untuk Faizah esok.
JAM loceng berbunyi apabila jarum menunjukkan jam enam pagi. Pantas
Faizah bangun untuk menunaikan solat subuh. Dia bangun dan menuju ke bilik air
untuk mengambil wudhu’. Walaupun sudah dibasahi air, namun matanya masih layu.
Ini semua gara-gara menonton drama bersiri korea sehingga jam empat pagi tadi.
Drama Full Houseini memang berhantu.
Jika sudah melihat satu episod, pasti mahu melihat episod seterusnya.
Sebelum
menunaikan solat, Faizah mengejut Mira di katil atas dan Ekin serta Hajar di
katil sebelah. Kalau tidak dikejut, pasti subuh gajah mereka nanti. Lebih teruk
lagi, tertinggal subuh.
Sah matanya
seperti dilekatkan dengan gam gajah. Sepanjang solat tadi, matanya cuma dibuka
sedikit, khuatir jika dia tertidur sewaktu mengerjakan solat. Setelah berdoa,
kain telekung dan sejadah dilipat kemas dan digantungkan di hanger lalu digantung pula di hujung
kepala katilnya.
Faizah kembali
berbaring dikatil. Suhu yang dingin membuatkan Faizah membantutkan niatnya
untuk mandi. Comforter ditarik
menutupi badannya. Hangat sedikit tubuhnya. Akhirnya Faizah kembali ke alam
mimpi. Mira juga kembali ke alam mimpi di katil atas setelah menunaikan solat.
SUDAH hampir sepuluh minit mereka menunggu di perhentian bas di dalam
kampus ini namun wajah Faizah dan Mira masih tidak kelihatan. Farhan, Deli dan
Afiq masing-masing berjalan mundar-mandir. Masing-masing memikirkan
berbagai-bagai andaian. ‘Mira demam agaknya,’ kata hati Afiq. ‘Faizah tak nak
pergi agaknya,’ hati Farhan pula berkata. ‘Entah-entah tak bangun lagi,’ hati
Deli berbisik.
“Cuba kau call si Faiz tu Farhan,” Deli memberikan
cadangan. Farhan mengeluarkan handphoneSony
Ericsson miliknya daripada saku seluar. Ditekan butang call dan terpampang nama Faizah di skrin di bahagian dialled number. Ditekan pada nama Faizah
dan talian sudah bersambung.
Getaran yang datang
daripada handphone yang diletakkan di
sebelah bantal kepalanya membuatkan Faizah terjaga daripada tidur. Diambil
telefon tanpa membuka mata. Ditekan butang answer
tanpa melihat siapakah gerangan yang menelefonnya pagi-pagi ini.
Panggilan Farhan
bersambut. “Hello.” Lembut sekali
suara dihujung talian. Pantas Farhan melihat kembali skrin handphonnya. Benar. Memang nombor Faizah. Senyuman nakal menghiasi
bibir Farhan. Idea mengusiknya datang serta-merta.
“Hello.” Suara itu menuturkan lagi. Jika
tidak ada tulang rusuk yang melekat dibadannya ini, Farhan pasti jantungnya
sudah meloncat keluar. Bergetar naluri lelakinya mendengar suara itu. Bukan
setakat cair, malah suara itu bisa meleburkan mana-mana jiwa lelaki yang
mendengarnya.
“Hye sexy. Pukul berapa you nak bangun ni. Cuba tengok jam you pukul berapa sekarang ni,” Farhan
menuturkan dengan lemah-lembut. Afiq dan Deli yang mendengar perbualan antara
dia dan Faizah sudah mula menggelengkan kepala. Farhan ini memang tidak boleh
jika tidak mengusik Faizah sehari.
Faizah yang
mendengar suara Farhan dihujung talian bingkas bangun. Dilihat jam yang
tersangkut di dinding bilik I2-06 itu. ‘Mak aiii, pukul sepuluh lima belas
minit dah. Macam mana boleh terlupa. Tak sedar pulak tu. Ni semua salah Full House,’ Faizah memarahi dirinya
sendiri. Dahinya ditepuk berulang kali. Kepalanya disembamkan ke bantal
busuknya. Malunya dia kepada Farhan.
Farhan yang
mendengar berbagai-bagai bunyi di hujung talian hanya ketawa. Pasti muka Faizah
sudah merah padam menahan malu. “So sexy, pukul berapa nak sampai dekat
depan ni? Penat dah kami menunggu,” Farhan memulakan bicara kembali.
“Orang tahulah.
Setengah jam lagi orang sampai,” Faizah menuturkan lantas mematikan talian.
Mira yang mendengar
perbualan Faizah tadi pantas bangun dari tidurnya dan terjun daripada katil
atas. Tuala dicapai dan mereka pantas menuju ke bilik air.
Setelah mandi,
masing-masing sibuk bersiap-siap. Mujur mereka berdua telah menyeterika pakaian
malam tadi. Faizah tampil ringkas mengenakan jeans dan kemeja-T berwarna biru
lembut. Tudung biru warna senada hanya diselak ke belakang. Beg sandang
berwarna putih dipakai menyilang di badan. Kasut sukan berwarna putih di
sarungkan ke kaki. Mira pula ayu dengan blouse
pink dipadankan dengan slackputih.
Tudung berwarna putih dipin kemas di bahu. Beg duit pinknya hanya dibimbit di tangan.
Sandal berwarna putih dicapai daripada rak dan disarungkan ke kaki.
Kini mereka berlari
keluar daripada Kompleks Kediaman Siswi menuju ke pintu masuk UiTM di mana
perhentian bas kampus terletak di situ. Setelah hampir lima belas minit mereka
berlari, akhirnya mereka sampai di perhentian bas dalam keadaan
tecungap-cungap. Masing-masing berpeluh-peluh. Mana tidaknya, mereka seolah-olah
peserta yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut di dalam Sukan Sea.
“Nah, minum dulu,”
Deli menghulurkan sebotol air mineral kepada Faizah. Farhan hanya memerhati.
Tanpa banyak bicara, Faizah membuka penutup botol lalu meneguk air beberapa
kali. Begitu juga dengan Mira. Air mineral yang dihulurkan oleh Afiq diteguk
sehingga separuh botol. Setelah nafas mereka reda, Faizah memulakan bicara.
“Jom,” ujarnya
sepatah dan kakinya pantas melangkah keluar daripada kampus menuju ke
perhentian bas yang terletak di luar kampus. Memandangkan pagi-pagi begini,
tiada bas UiTM yang keluar ke Bandar Jengka, mereka mengambil keputusan untuk
menanti Bas Seri Jengka yang menuju ke Kuantan berhenti di perhentian bas di hadapan
kampus ini.
Setelah lima belas
minit menanti, akhirnya Bas Seri Jengka kelihatan. Mereka menaiki bas tersebut.
Namun nasib mereka agak malang apabila semua tempat duduk telah penuh dengan
penumpang. Mereka berlima harus berdiri selama dua jam perjalanan untuk ke
Kuantan.
Mereka mula terhuyung-hayang
apabila bas melalui lebuhraya yang berliku-liku
bagai ular dipalu. Faizah yang mengantuk hampir terhumban ke hadapan
apabila secara tiba-tiba bas menekan brek kecemasan. Pantas Farhan memeluk erat
pinggangnya. Deli pula memegang tangannya. Afiq pula menahan Mira menggunakan
dadanya yang bidang.
Sah Faizah dan Mira ini benar-benar
mengantuk. Entah apa jua yang mereka buat malam tadi. Faizah yang biasanya
melenting apabila dia disentuh oleh mana-mana lelaki kini tidak menunjukkan
apa-apa reaksi. Tangan Farhan dan Deli masih lagi melekat dipinggang dan
tangannya. Bagi Farhan dan Deli, mereka tidak mempunyai apa-apa maksud terhadap
Faizah. Hanya sekadar melindungi perempuan yang mereka sayangi ini.
Afiq juga berniat begitu.
SETELAH dua jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di Benteng, stesyen bas
kecil di Bandar Kuantan ini. Sungai Kuantan terbentang luas di hadapan mata
mereka. Hospital Tengku Ampuan Afzan kelihatan di seberang jalan. Farhan
menahan sebuah teksi untuk mereka ke Mega Mall yang terletak agak jauh daripada
stesyen bas ini.
Setelah membayar
tambang teksi, mereka berlima melangkah masuk ke dalam Mega Mall, pusat membeli
belah yang terkenal di Kuantan ini.
“Nak pergi mana
dulu ni?” Faizah bertanya.
“Kita pergi makan
dulu. Kau tu ada gastrik. Pagi tadi tak makan apa-apa kan?” Deli menyoal.
Faizah sekadar mengangguk bagi menjawab pertanyaan
Deli. “Makan mana?” Faizah bertanya lagi.
“Kau nak makan
mana? KFC, McD, Kenny Rogers, Pizza, semua ada dekat sini,” Afiq sudah menyenaraikan
nama restoran makanan yang ada di situ.
“Makan KFC boleh?
Saya teragak nak makan KFC,” Mira mencelah.
“Faiz okey je. Yang lain macam mana?” Faizah
meminta pendapat yang lain.
“On je.” Farhan menjawab apabila sudah
melihat Deli dan Afiq menganggukkan kepala mereka.
“Okey, kau orangcari tempat dulu. Aku dengan Mira nak
pergi ladies. Kau orang order jelah apa-apa, aku telan semua,”
sempat Faizah meninggalkan pesan sebelum dia dan Mira menuju ke tandas.
“Okey madam,” Farhan menuturkan sambil
mengenyit mata. Faizah dan Mira pantas meninggalkan mereka bertiga.
Setelah mengemaskan
kembali letak tudung, Faizah dan Mira keluar daripada bilik air. Mereka masuk
ke dalam KFC dan mencari sinki untuk membasuh tangan. Sambil itu mata mereka
meninjau-ninjau tempat duduk yang dipilih oleh jejeka bertiga itu. Tiada di
bahagian bawah, mereka menaiki tangga untuk meninjau di tingkat atas pula. Di
lihat tiga jejaka sedang berbual-bual di meja tengah dengan enam kerusi itu.
Mereka berjalan menuju ke meja itu dan mengambil tempat duduk. Faizah seperti
biasa duduk di sebelah Farhan manakala Mira duduk di sebelah Afiq.
Deli membaca doa
makan sebelum mereka mula makan. Setelah mengaminkan bacaan doa makan tadi,
mereka mula menjamah paket Snack Plate
yang telah di beli oleh Farhan. Tidak lupa Cheesy
Wedges yang menjadi kegemaran Faizah. Pasangan suami isteri bersama seorang
anak kecil dalam lingkungan usia satu tahun yang mengambil tempat duduk di
belakang Faizah sedikit sebanyak menggangu konsentrasi Faizah dan Farhan untuk
makan. Mereka berdua memang sangat sukakan budak-budak.
Setelah geram
melihat anak kecil yang sudah pandai duduk dan makan sendiri itu sejak tadi,
Faizah akhirnya mencubit pipi anak tersebut. Geram sungguh dia melihat pipi
anak tersebut yang gebu. Farhan pula memberi satu Cheesy Wedges kepada anak itu. Anak itu tunduk malu-malu, namun Chessy Wedges yang diberi oleh Farhan
tadi diambil dan dikunyah perlahan-lahan.
Faizah yang masih
geram dengan anak itu terus mencium pipinya berulang-ulang kali. Ibu muda itu
hanya tersenyum melihat gelagat Faizah. Farhan yang duduk di sebelah sudah
tersenyum melihat keayuan sebenar Faizah. Begitu juga dengan Mira, Deli dan
Afiq. Masing-masing ternganga apabila melihat Faizah dalam versi perempuan
melayu terakhir.
Sedar dirinya
diperhatikan, Faizah lantas menundukkan muka dan menikmati semula ayam
gorengnya. Yang lain hanya ketawa. Setelah semuanya menghabiskan makanan
masing-masing, mereka mula masuk ke bahagian pakaian yang terletak di tingkat
empat pusat beli-belah tersebut.
“Kau nak shopping apa Farhan? Kemeja ke tie?” soal Faizah sambil tangannya
membelek-belek tieyang digantungkan
di hanger-hanger kecil.
“Jom ikut aku,”
ringkas Farhan menuturkan.
Faizah dan yang
lain hanya mengikuti langkah kaki Farhan. ‘Eh, ni tempat baju perempuan. Takkan
si Farhan ni nak beli baju perempuan kot,’ bisik Faizah dalam hati apabila
Farhan membawa mereka ke bahagian perempuan. Yang lain hanya tersenyum.
Setelah berhenti di satu deretan pakaian perempuan yang
dirasakan sesuai untuk Faizah, Farhan memulakan bicara.
“Hari ni kita orang
nak makeover kau jadi perempuan wahai
Nur Faizah,” tutur Farhan selamba. Faizah menjegilkan matanya. ‘Makeover apa pulak ni,’ otaknya masih
belum dapat mencerna.
Pantas Farhan memilih
tiga pasang blouse dan skirtlabuh, lalu di serahkan kepada
Faizah yang masih blur.
“Pakai ni. Aku nak
tengok,” Farhan menolak Faizah hingga ke dalam ruang persalinan. Faizah hanya
menurut perintah.
Sementara itu, Deli
sibuk memilih tudung untuk dipadankan dengan blouse yang dipilih oleh Farhan tadi. Afiq pula memilih brooch yang sesuai untuk digayakan
dengan tudung yang dipilih oleh Deli. Mira pula kembali dengan sepasang high hills empat inci.
Mewakili yang lain, Mira mengetuk pintu bilik persalinan
yang dimasuki oleh Faizah tadi dan menyerahkan tudung, brooch dan high hills
yang telah mereka pilih sebentar tadi. Faizah dengan muka terkejut hanya
menerima semua barang yang diberikan oleh Mira. “Kami cakap, pakai semua ni,”
Mira membisikkan ke telinga Faizah dan terus menghilangkan dirinya di sebalik
daun pintu bilik persalinan.
Di dalam bilik persalinan, Faizah mencuba blousedan skirt labuh yang diberikan oleh Farhan tadi. Diambil tudung yang
dipilih oleh Deli tadi dan disarungkan ke kepala. Brooch yang dipilih oleh Afiq dipinkan di bahu. Akhir sekali, high hills
empat inci yang dipilih oleh Mira tadi disarungkan ke kaki. Faizah memandang
sekali lagi dirinya di hadapan cermin. Tidak pernah dia memakai pakaian begini.
Farhan, Mira, Afiq dan Deli, masing-masing menanti
dengan penuh sabar di luar bilik persalinan. Bagaimanakah penampilan Faizah
setelah di‘makeover’ oleh mereka.
Kedengaran selak pintu dibuka. Empat pasang mata menoleh ke belakang menunggu
Faizah keluar daripada bilik persalinan itu. Dan akhirnya high hills empat inci tadi telah menapak keluar.
Faizah berjalan perlahan-lahan keluar daripada bilik
persalinan itu kerana takut dirinya terpelecok. Tidak pernah dia memakai high hills atau sandal yang sewaktu
dengannya. Menggigil kepala lututnya. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana
artis-artis Korea boleh menari menggunakan high
hills.
Empat pasang mata tadi terpegun memandang gadis yang
berdiri di hadapan mereka kini.
“Subhanallah,” ayat pertama yang dituturkan oleh
Farhan. Senyuman terukir dibibirnya.
“Wow!!” Afiq menuturkan sepatah.
“Ayu,” Deli mengucapkan sambil memandang Faizah
daripada atas hingga ke bawah.
“Cantik,” komen Mira.
Muka Faizah sudah merah padam. Malu
sungguh. Tidak pernah dia berpakaian begitu. Mendengarkan komen mereka berempat
membuatkan dia semakin malu. Setelah mereka berempat berpuas hati, Faizah
menukar semula kepada pakaian asalnya. Farhan pula membuat bayaran di cashier berdekatan.
Hari ini mereka berjaya membuat makeoveruntuk Faizah. Semasa jalan
pulang ke Kompleks Kediaman Siswi, Farhan sekali lagi mengingatkan kepada
Faizah, dia mahu melihat Faizah memakai pakaian itu pada hari isnin nanti.
Faizah sekadar mengangguk mengiakan kata-kata Farhan. Namun dalam hatinya hanya
tuhan yang tahu.