BAB 04
SEDAR
tidak sedar, sudah hampir dua bulan mereka berada di UiTM Jengka ini. Kini
mereka semakin sibuk. Assignment
semakin banyak, lab reportjuga
semakin bertimbun. Mana tidaknya, dalam masa seminggu, tiga kali mereka masuk
ke makmal untuk melakukan eksperimen. Satu hari untuk makmal Biologi, satu hari
untuk makmal Fizik dan satu lagi untuk
makmal Kimia. |
“Assalammualaikum semua.” Miss Liza berjalan masuk ke ruangan
makmal Fizik dan menuju ke meja pensyarah di hadapan.
“Waalaikummussalam miss,” semua pelajar ASD1SH menjawab.
“Okey, ada yang tak pakai lab coat
hari ini?” soal pensyarah muda itu. Matanya meliar memandang setiap pelajar
yang ada di dalam makmal itu. Matanya melekat pada Farhan. Biji matanya hampir
terkeluar melihat Farhan yang masih bersahaja menulis sesuatu di lab manualnya tanpa mengenakan lab coat.
Faizah yang sedar wajah pensyarah
muda itu berubah pantas menyepak kaki Farhan. ‘Haila budak ni. Boleh pulakdia
buat bodoh je. Suka betul carik fasal,’ getusnya dalam hati.
Setakat ini, kumpulannya memang bermasalah setiap kali waktu makmal kerana
manusia bernama Farhan ini.
Farhan hanya mengangkat mukanya
sedikit memandang Faiz. “Ya sayang, kenapa
tendang-tendang ni? Nak abang kiss
ke?” ujarnya dengan mata yang menggoda.
“Kiss
apanya Farhan oii. Cuba kau tengok missdekat…” kata-kata Faizah
mati di situ apabila MissLiza sudah
menghampiri meja kumpulan mereka dan berdiri di sebelah Farhan.
“Awak nak kiss siapa Farhan?” soal Miss
Liza sambil mencubit lengan kiri Farhan sekuat hatinya.
“Adoiiiiiiiiii, sakitlah miss. Miss ni sama je macam
Faiz. Ganas betul.” Farhan sudah mula menggosok-gosok lengannya yang dicubit Miss Liza tadi. “Cubalah datang dekat
saya ni belai-belai tangan saya ni ke, ada juga maknanya,” tambah Farhan lagi.
“Oh, nak belai-belai ya. Meh saya belai awak Farhan.” Satu lagi
cubitan MissLiza hinggap di lengan
kanan Farhan pula.
Faizah membuat muka mengejek Farhan.
‘Padan muka. Tak habis-habis menggatal. Amik kau,’ hati kecilnya berbisik.
Namun kasihan juga apabila dia melihat Farhan dicubit oleh MissLiza. Faizah juga pernah merasa cubitan Miss Liza itu. Memang sedap, macam spaghetti cili api. Pedas dan berapi.
“Mana lab coat awak Farhan?” Miss
Liza mula menyoal siasat.
“Miss
tanya Faiz tu mana lab coatsaya.
Isteri saya tu pemalas sikit miss.
Dia tak cuci lagi lab coat saya,”
selamba sahaja Farhan menjawab sambil mulutnya dimuncungkan ke arah Faizah. Miss Liza mencerunkan pandangannya
kepada Faizah pula.
‘Eh, aku pulak yang kena. Sejak bila pulak
aku jadi isteri kau. Nak kena budak ni,’ Faizah sudah menyumpah dalam hati. Faizah
geram dengan perangai Farhan yang tak habis-habis nak menariknya sekali dalam
semua masalahnya.
“Sejak bila pulak aku jadi isteri kau ha!
Gatal betul budak seekor ni,” Ujar Faizah
seraya mula membongkar beg Farhan yang diletakkan di sebelah kerusinya.
“Nah! Ni isteri kau bagi lab coat yang kau tak basuh seminggu.”
Faizah melempar lab coat itu ke paha
Farhan. Afiq, Deli dan Mira terkekeh-kekeh ketawa melihat gelagat Faiz yang
sememangnya ganas itu.
“Terima kasih isteri sebab tolong
ambilkan lab coat I. Meh I kiss isteri Isekejap,” Farhan masih mahu
mempermain-mainkan Miss Liza dan
Faizah.
Sebelum sempat dia merapatkan
bibirnya ke pipi Faizah, kali ini kedua-duanya baik Farhan mahupun Faizah
meraung kesakitan.
“Aaaaaaaaaaaaa Miss, lepaskan. Adeh, sakitnya... Miss lepaskan saya.” Sama kuat raungan Farhan dan Faizah di makmal
itu.
“Ha, taupun sakit. Sempat pula kamu
berdua nak buat drama depan saya ya,” Miss
Liza menuturkan dengan nada geram. Miss
Liza, seorang pensyarah muda yang hampir sebaya dengan mereka. Orangnya kecil
molek, namun sangat garang. Namun, entah kenapa Farhan dan Faizah tidak takut
kepadanya seperti pelajar-pelajar lain.
“Miss,
lepaslah. Miss tengok sekarang dah
pukul berapa. Kalau tak sempat nak buat eksperimen nanti macam mana?” Faizah
cuba mengalihkan tumpuan Miss Liza
agar cubitan yang masih melekat di tangannya dan Farhan dilepaskan.
‘Mak aii.. Hot and spicy. Macam ayam goreng KFC.’ Farhan bertutur dalam hati.
Rasa kasihan terbit di hatinya apabila melihat muka Faizah menahan kesakitan.
Miss
Liza memandang sekilas jam yang tergantung kemas di dinding depan. ‘Ya tak ya
juga. Melayan budak berdua ni nanti sampai bila pun lab tak mula,’ fikirnya
dalam hati. Cubitan dilepaskan. MissLiza
berlalu pergi mengambil tempatnya di meja pensyarah di hadapan makmal. Farhan
dan Faiz masing-masing menggosok-gosok bekas cubitan Miss Liza tadi yang masih terasa pedih.
“Farhan, pakai lab coat awak tu. Awak jangan main-main dengan saya. Saya tolak carry mark awak nanti,” tegas Miss Liza menuturkan ayat itu.
“Miss
ni main ugut-ugut pulak eh. Yelah,
saya pakailah ni. Kalau miss tolak carry
marksaya, siap Miss,” kali ini
Farhan pula yang mengugut Miss Liza.
Satu kelas di dalam makmal itu ketawa mendengar ugutan Farhan terhadap Miss Liza. Miss Liza malas mahu melayan Farhan yang tidak pernah makan saman.
Cakaplah apa pun, tidak pernah Farhan tidak melawan. Pasti ada sahaja jawabnya
nanti.
“Diam semua. Hari ini kita akan buat
eksperimen ketiga. Ambil semua bahan-bahan dan awak boleh mulakan eksperimen.
Kalau tidak faham, boleh tanya saya,” Miss
Liza sudah memberikan arahan. Semua pelajar mula bangun mengambil barang-barang
untuk melakukan eksperimen ketiga ini melainkan kumpulan Farhan.
Faizah membuka lab manual dan mula membaca alat-alat yang bakal digunakan dan cara
kerja untuk melakukan eksperimen ini.
EXPERIMENT
3
NEWTON’S
SECOND LAW
The second
law states that the net force on a
particle is equal to the time rate of change of its linerar momentum p in
an inertial reference frame :
F = dp/dt = d (mv) /dt ,
where,
since the law is valid only for constant-mass systems, the mass can be taken
outside the differentiation operator by the constant factor rule in differentiation. Thus,
F = m (dv/dt)= ma ,
where F is
the net force applied, m is
the mass of the body, and a is the body's acceleration. Thus,
the net force applied to a body produces a proportional acceleration.
Any mass that is gained or lost by the system will cause a change
in momentum that is not the result of an external force. A different equation
is necessary for variable-mass systems
Equipment:
1.
Strings
of several lengths, ranging from 20 inches up to 60 inches.
2.
One
or more lead sinker weights of about an inch in dimension.
3.
A
stopwatch for timing the swinging of the weights.
4.
A
container (tub size) for water and oil
5.
A
means of securing the top of the string so that the pendulum can be hung
securely.
Experiment
1
1.
Attach
weight to the shortest string, then attach the other end of the string to a
support, such as shown in Figure 2.
2.
Measure
the length of the string.
3.
Lift
the bob (keeping the string taut) so that the stringangle from the vertical is
about 15 degrees
4.
Let
go of the bob without pushing it. Note the time when it is released, and count
the bob’s return for 10 cycles.
5.
Note
the time when the 10th cycle is completed. The period is this time is divided
by ten.
6.
Repeat
the measurement several times and take the average result.
7.
Then
repeat the experiment for several lengths ranging from 20-60 inches.
8.
If
you do this and plot your data on a graph of period (time) as a function of
pendulum string length, your data should fall on a curve as shown in Figure 3.
9.
Finally,
calculate the periods from equation 1 and compare the results to your
experimental graph. You should also try different weights on the strings to see
if the period changes (for a given length). See Figure 2, where two different
weights are shown on strings of the same length.
Experiment
2
1.
Have
a friend swing on a swing set through a small amplitude (again say 15 degrees).
2.
Measure
the time for 10 complete swings.
3.
Divide
the time that you measured by 10 to get the period in seconds.
4.
Now,
by reading values off the following graph in Figure 4, you can determine length
of the swing.
Experiment
3
1.
A
final elementary test we can try is to swing the pendulum through different
amplitudes and measure the period.
2.
The
results of this experiment will show that the period does not change as we
change the amplitude of oscillation, for small angles.
“Banyaknya eksperimen. Satu eksperimen siap ada tiga
anak lagi. Nasib baik tak ada cucu cicit dia sekali,” Faiz mengeluh sebaik
sahaja habis membaca eksperimen yang harus dilakukan oleh mereka.
“Macam nilah, aku tahu kau orang tak suka buat
eksperimen. So, biar aku, Afiq dengan
Deli yang buat eksperimen, Mira jaga stop
watch, kau Faiz, jadi secretary je.
Setuju?” Farhan sudah membahagikan tugas mereka untuk eksperimen kali ini.
“Ok on,”
kelima-lima mereka berkata serentak dan mula bekerjasama untuk menyiapkan
eksperimen kali ini.
MissLiza
yang hanya memerhati gelagat lima orang pelajarnya ini sejak tadi hanya
tersenyum. Dia akui, sungguhpun mereka berlima ini agak nakal dan suka
mengusiknya di dalam kelas mahupun di dalam lab, namun apabila melakukan
sesuatu, mereka sangat teliti. Mereka merancang dan membahagikan tugas
masing-masing dahulu sebelum melakukan apa-apa eksperimen. Walaupun mereka
memulakan eksperimen agak lewat, nanti di penghujungnya, kumpulan mereka yang
akan siap lebih awal daripada yang lain.
Faizah sudah mula mengambil barang-barang yang diperlukan yang disimpan di rak mahupun
di dalam almari. Mira pula sudah mula memotong benang-benang mengikut ukuran
yang ditetapkan. Farhan,Deli dan Afiq masing-masing membaca kembali cara kerja
agar mereka lebih faham.
Setelah semuanya lengkap, eksperimen dimulakan.
Ladung yang sudah diikatkan dengan tali diikat pula di kaki retort. Sebaik
sahaja Afiq melepaskan ladung, Mira menekan jam randik, Farhan menghitung ayunan
ladung dan Faizah bersedia mencatat hasil eksperimen. Selesai mengulang
eksperimen ini sebanyak tiga kali, mereka beralih ke eksperimen kedua.
Kini eksperimen kedua. Afiq mula mengayunkan ladung dalam
posisi 15 darjah. Namun, ayunan ladung tadi tersasar dan mengenai muka Farhan.
“Kau nak mati eh
Afiq?” spontan Farhan memberi amaran kepada Afiq.
“Sorrylah
Farhan. Bukan aku sengaja nak attack
bagi kena muka kau,” Afiq menjawab tenang. Memang bukan sengaja dia mahu
membiarkan ladung besi itu menghentam muka Farhan walaupun mahu juga dia
melakukan sebegitu jika diberi peluang.
“Dahlah tu. Cepat buat, cepat habis, cepat balik. Kau
orang nak gaduh nanti lepas dah siap eksperimenlah,” Faiz mula campur tangan.
‘Ish, sentap pulak si Farhan ni. Kena
sikit je pun,’ Deli pula mengomel
dalam hati.
“Betul tu cakap Faiz. Saya tak nak lama-lama dalam
makmal ni. Sekejap lagi kita ada lab
Biologi pula,” Mira menambah.
“Yelah, start
balik Afiq.” Farhan mula serius kembali.
Kini, Afiq lebih berhati-hati mengayun ladung. Dan
kali ini eksperimen berjaya dilakukan. Setelah mencatat hasil eksperimen,
mereka meneruskan eksperimen ketiga. Hampir satu jam setengah juga masa yang
mereka ambil untuk menyiapkan eksperimen hari ini. Setelah menghantar data
hasil eksperimen sementara kepada Miss
Liza, mereka berlima meninggalkan Makmal Fizik dan berehat sebentar di Taman
Tenet yang terletak di hadapan Perpustakaan Al-Bukhari.
“FAIZ,kau
nak makan or minum apa-apa tak? Aku
nak pergi koperasi ni,” Farhan bertanya kepada Faizah.
“Kau nak pergi koperasi mana?
Koperasi atas ke koperasi sini je?”
Persoalan dijawab oleh persoalan. Begitulah sifat Faizah. Dia tidak suka
menjawab soalan tetapi sangat suka menanyakan soalan.
“Hai, takkan tanya Faiz seorang je. Aku ni kau tak nak tanya ke Farhan?”
Kata-kata Deli berbaur cemburu.
“Kau tu ada kaki boleh pergi
sendiri. Faiz ni cacat sikit Deli. Kau tak tahu ke?” Farhan menuturkan dengan
deraian tawa. Afiq dan Mira juga sudah terkekeh-kekeh ketawa. Deli sudah
menarik muka. Faizah seperti biasa hanya memamirkan muka tiada perasaannya.
“Cepatla Faiz, kau nak apa-apa tak?
Kau tu dahlah ada gastrik. Nanti kalau kau pengsan dalam lab siapa nak bagi CPR? Aku juga yang kena bagi CPR sebab kau
isteri aku.” Senyuman di bibir Farhan semakin melebar apabila dilihat muka Faizah
sudah memerah.
“Sejak bila pulak orang pengsan kena bagi CPR Farhan Faizuddin? Komander Kesatria
Negara ajar kau macam tu ke masa kokurikulum?” Sengaja Faizah mahu mengenakan
Farhan. Geram juga kerana sering kali dia dijadikan bahan ketawa oleh Farhan.
“Sejak kau dah jadi isteri akulah.
Sejak tulah keluar fatwa kalau kau pengsan je
aku kena bagi CPR.”
“Malas betul melayan kau ni Farhan.
Sejak bila pulaklah aku jadi isteri
kau,” Faiz mengomel sambil tangannya melipat lab coatdan dimasukkan ke dalam beg.
“Sayang duduk sini jelah ye. Abang belikan sayang sandwich
dengan air soya nanti. Tunggu abang balik tau,” Farhan berseloroh lalu
berlari-lari anak meninggalkan meja itu. Faizah yang bengang dengan kata-kata
Farhan terus membaling botol air mineral yang kosong tepat mengenai belakang
badannya.
“Isteri abang ni memang ganaslah.
Lipatkan sekali lab coat abang tu
sayang,” Farhan menjerit dari kejauhan. Kelihatan dia dan Afiq masih menahan
tawa di tangga yang menuju ke koperasi di Blok Pensyarah itu.
Faizah mendengus kesekian kalinya
kerana geram dengan perangai gila-gila Farhan. Mira yang ada di situ hanya
ketawa melihat Faizah. Melihat Mira ketawa, Faizah mula bertanya. “Awak kenapa
ketawa Mira? Gelakkan saya ya?”
“Kelakarlah saya tengok awak dengan
Farhan ni. Dua-dua pun suka menyakat,” Mira menjawab jujur.
“Dia tu tak betul sikit. Sakit otak
agaknya. Suka suki dia jecakap saya ni isteri dia. Geram
betul,” Faizah menuturkan sambil tangannya membuka beg Farhan. Lab coat Farhan dikeluarkan dan dilipat
kemas.
“Memang betul pun awak tu dah macam
isteri dia. Tengok tu, lab coat dia
pun awak tolong lipatkan,” Mira menuturkan bersahaja.
“Mira, awak jangan nak mula. Nanti
saya tak bagi awak masuk bilik bila dah balik Kompleks,” Faizah berkata
seolah-olah mengugut Mira. Lab coat
Farhan yang sudah siap dilipat dimasukkan kembali ke dalam begnya.
“Faiz, lipatkan sekali lab coat aku ni,” Deli mengarahkan.
“Ingat aku kuli kau ke? Lipat
sendirilah,” tutur Faizah kasar. Pantas tangannya membelek-belek lab manual Biologi yang sudah
dikeluarkan tadi. Dia mahu membaca sepintas eksperimen Biologi yang akan
dilakukan sebentar nanti.
“Amboi, dengan aku tak boleh, dengan
Farhan semua pun boleh,” Deli menuturkan dalam nada menyindir.
“Shut
up your mouthlah Deli. Yang kau nak sensitif tiba-tiba ni kenapa? Kan kau
ada tangan, lipatlah sendiri.” Faizah juga tidak tahu kenapa sekarang ini Deli
sering berkelakuan aneh. Terlalu sensitif dalam segala-galanya.
Farhan yang melihat Faizah
seolah-olah marah berlari-lari anak ke tempat duduk mereka di Taman Tenet itu
setelah membeli sandwich, air soya
dan aiskrim. Afiq hanya membiarkan Farhan. Dia tahu pasti ada sesuatu yang
disembunyikan oleh Farhan daripadanya mengenai Faizah. Mungkin Farhan menaruh
hati kepada Faizah.
“Nah Faiz. Ni air soya kesukaan kau
dengan sandwich. Yang ni pula
aiskrim.” Farhan menuturkan sambil meletakkan satu persatu makanan dan minuman
itu di meja depan Faizah.
“Thanks.”
Faizah menuturkan perlahan. Tangannya mencapai aiskrim dan terus digigit
aiskrim itu. ‘Duhai hati, sejuklah engkau,’ hatinya berbisik. Entah kenapa dia
berasa marah apabila Deli berkata begitu tadi.
Melihat Faizah yang diam tidak
berbicara, Farhan tidak mengusiknya. Di hulurkan aiskrim dan air kepada Mira
dan juga Deli. Dipandang wajah Faizah. Merah. Sungguh Faizah sememangnya sedang
marah. Dia tahu itu. Faizah tidak banyak bicara jika marah. Dia hanya
memendamnya seorang. Mulut Faizah sedikit comot apabila aiskrim yang digigitnya
mulai cair. Farhan yang melihat terus mengeluarkan sapu tangannya dan mengesat
mulut Faizah. Faizah yang terperanjat dengan tindakan Farhan itu terus kaku
seperti patung.
“Aku tolong kesatkan mulut kau tu.
Comot.” Farhan menerangkan dan meletakkan sapu tangannya di atas meja. Faizah
hanya mengangguk tanda faham. Mira dan Afiq hanya tersenyum melihat kemesraan
mereka.
“Kau beli apa tadi?” Faizah bertanya
kepada Farhan apabila dilihat Farhan tidak menjamah apa-apa sejak tadi.
“Aku tak beli apa-apa pun. Kau tu
cepat makan sandwich tu. Nanti
gastrik,” Farhan memberikan arahan diktator kepada Faizah. Hati Faizah sedikit
terusik. ‘Sayang juga Farhan ni dekat aku,’ bisik hatinya.
Faizah membuka pembalut sandwichitu. “Nah,” tuturnya sambil
menghulurkan sekeping sandwich kepada
Farhan.
“Tak payah, kau tu makan,” Farhan menolak.
Faizah terus menyuapkan sandwich tadi ke dalam mulut Farhan. Mahu tidak mahu, Farhan harus
mengunyah juga sandwich yang telah
disumbatkan oleh Faizah ke dalam mulutnya. Wajah gadis disebelahnya ini masih
seperti tadi. Belum reda lagi marahnya.
Selesai menikmati sandwich, Faizah bangun mendahului yang lain dan membuang sampah ke
dalam tong yang disediakan di situ. Setelah itu mereka sama-sama menuju ke
Makmal Biologi yang terletak di tingkat dua bangunan makmal pula.
FAIZAH,
Farhan, Mira, Shafik dan Deli masing-masing duduk sebaris di meja paling
hadapan di dalam makmal biologi itu.
“Assalammualikum semua,” Puan Ainun memberi salam.
Begnya diletakkan di atas meja.
“Waalaikummussalam,” serentak mereka menjawab.
Kepantangan Puan Ainun apabila salamnya tidak berjawab. Teringat kali pertama
Puan Ainun masuk ke kelas dan salamnya tidak berjawab, satu jam mereka harus
menadah telinga mendengar wanita separuh umur itu memberikan ceramah.
“Kamu bertiga dekat depan ni perempuan ke?” soal
Puan Ainun dengan nada serius. Puan Ainun memang terkenal dengan perwatakan
yang garang dan serius. Jika diadakan undian SMS untuk mengetahui siapakah pensyarah
yang paling garang dalam Fakulti Sains Gunaan, pasti Puan Ainun bakal
mengumpulkan undian SMS yang terbanyak.
“Puan nampak kami macam perempuan ke?” Farhan sudah
memulakan loyar buruknya.
Faizah sudah menendang kaki Farhan. ‘Budak ni mulut
memang tak makan saman betul,’ kutuknya dalam hati.
“Kalau bukan perempuan pindah ke belakang. Jangan
nak gatal-gatal duduk bercampur lelaki perempuan,” tegas Puan Ainun menuturkan.
“Bukan nak buat apa pun Puan. Nak buat eksperimen je kot,” Farhan masih belum mengalah.
Mahu ditundukkan singa buas dihadapannya kini.
“Farhan, kalau awak tak nak pindah, awak boleh
keluar daripada makmal,” suara Puan Ainun sudah meninggi.
“Puan ni tak bestlah.
Cuba sporting sikit. Puan, orang
tua-tua cakap kalau marah-marah nanti kita cepat tua. Haaa, Puan nak cepat tua
ke?” sempat lagi Farhan mengusik pensyarah yang sudah separuh umur itu.
Puan Ainun mengurut dadanya. Nafasnya ditarik
dalam-dalam. Sungguh, Muhammad Farhan Faizuddin ini seorang sahaja yang
langsung tidak takut kepadanya.
“Farhan, sakit jantung saya ni melayan kamu,”
akhirnya Puan Ainun berbicara. “Faizah, awak jelah
yang boleh nasihatkan Farhan ni nampaknya,” Puan Ainun sudah mengalah.
Faizah yang kasihan melihat Puan Ainun disakat oleh
Farhan menjegilkan matanya kepada Farhan.
“Pergilah pindah. Kesian Puan tu. Nak jugak menang
dengan orang tua,” Faizah menuturkan sambil mengetap giginya. Farhan yang sejak
awal tadi sudah tahu angin Faizah tidak baik pantas bangun dan duduk di barisan
lelaki. Begitu juga dengan Afiq dan Deli. Kini, barisan hadapan dipenuhi oleh
pelajar perempuan.
“Okey, sekaranng kita akan melakukan eksperimen
empat. Baca dahulu langkah kerja dan awak boleh mulakan sekarang,” Puan Ainun
berkata.
Semua pelajar mengambil mikroskop satu untuk setiap
kumpulan dan selebihnya menyediakan alat dan bahan untuk eksperimen melihat sel
kulit bawang ini. Eksperimen di Makmal Biologi merupakan satu-satunya
eksperimen yang menyebabkan lima sekawan itu terpisah.
Setelah satu jam eksperimen berjalan, dalam diam, Faizah
sudah di meja Puan Ainun.
“Puan,” tuturnya perlahan.
Puan Ainun mengangkat muka. “Ya Faizah, kenapa?”
soal Puan Ainun penuh tanda tanya.
“Dada Puan sakit lagi?” soal Faizah berhati-hati.
“Awak risaukan saya ya Faizah,” Puan Ainun
menuturkan sambil memegang tangan Faizah. Di usap-usap tangan anak gadis itu.
“Saya minta maaf bagi pihak Farhan. Puan janganlah
ambil hati ya dengan perangai Farhan. Dia memang suka mengusik,” terang Faizah
panjang lebar.
“Ya, saya tahu. Kamu janganlah risau ya. Ni eksperimen
kamu sudah siap?” Puan Ainun memandang pelajar yang lain sedang tekun membuat
eksperimen masing-masing.
“Sedikit lagi Puan,” ujar Faizah. Rasa bersalahnya
atas tindakan Farhan tadi masih belum hilang. Dia sudah menganggap Puan Ainun
seperti mamanya sendiri.
“Sekarang siapkan eksperimen kamu dulu ya. Saya okey,”
Puan Ainun mengarahkan.
“Terima Kasih Puan,” ujarnya lagi dalam nada
bersalah.
Puan Ainun hanya menganggukkan kepalanya. Dari
mejanya, dia melihat Faizah kembali ke tempatnya dan meneruskan eksperimen.
Faizah,anak yang baik. Walaupun daripada luar kelihatan kasar, namun hatinya
sungguh lembut. Dia senang dengan Faizah. Sudah dianggap seperti anaknya
sendiri. Terusik hatinya sebagai seorang ibu. Pasti sejuk perut ibu yang
mengandungkan anak gadis itu.