Cerpen
14 : Andai Kau Pergi
Oleh : Isha Idiaz
*****
NAMA
aku Isha. Ini bukan kisah cinta aku. Tetapi ini kisah hidup aku. Kisah aku
bersama seorang yang aku gelar sahabat baik. Sehingga aku menulis cerita ini,
aku telah kehilangan seorang sahabat baikku selama tiga tahun. Entah hidup,
entah tidak, aku sendiri tidak pasti. Satu yang pasti adalah aku sangat
rindukan dia saat ini. Aku berharap dia membaca nota kecilku ini jika dia masih
hidup. Hanya itu harapanku.
*****
“WEI mana kad pelajar aku?” aku menjerit
kepada rakan sekelasku di pusat tuisyen
itu setelah aku lihat sepintas kad kehadiranku di papan itu sudah tiada.
Marina menoleh memandangku sambil
menjungkit bahu. Rambutnya yang sepanjang punggungnya itu dikuak ke belakang.
“Tak ada pun dekat sini,” aku
mendengus perlahan. Bengang. Entah siapa yang nak mendajal aku pula hari ini.
Minggu lepas begitu juga. Puas aku mencari kad kedatangan aku tu.
“Cuba tanya abang dekat kaunter tu,”
usul Marina. Bibirnya dimuncungkan ke arah kerani di pusat tuisyen ini yang
sedang sibuk menaip sesuatu di komputernya. Sibuk benar nampaknya dia menaip.
Tanpa berlengah, aku menghayun
langkah kakiku selaju yang mungkin
mengarah ke kaunter yang dimaksudkan oleh Marina tadi. Kenapalah aku boleh tak
terfikir nak tanya abang ni. Lagipun memang dia yang tukang letak kad tu dekat
papan.
Mendengar aku berdehem beberapa
kali, kerani yang mesra dipanggil Abang Lan itu menoleh memandangku. Senyuman
di bibirnya tidak ubah seperti kerang busuk. Nak bermanja-manja pula dengan aku
dalam masa-masa kritikal begini.
“Ye Cik Isha?” soal Abang Lan dengan
suara paling romantik yang pernah aku dengar. Meremang juga bulu tengkukku
mendengar dia berkata begitu. Senyuman di bibirnya semakin lebar apabila
melihat aku mengusap-usap tengkukku yang di lapisi oleh tudung bewarna biru
cair.
“Kad saya mana?” soalku tegas.
Mataku melingas mencari-cari kadku di atas meja di kaunter itu. Tiada. Hampa.
“Yang ini ke Cik Isha?” soal Abang
Lan seraya menggoyang-goyangkan kad itu di tangannya. Mataku sudah bulat
memandangnya. Ni namanya saja nak buat aku marah.
“Ish. Saja menyusahkan oranglah
abang ni. Ingatkan siapalah yang ambil kad orang tadi,” ujarku dalam nada suara yang agak tinggi.
Melihat jam yang sudah menghampiri pukul tiga,
pantas aku merampas kad itu daripada tangan Abang Lan. Kalau nak tunggu Abang
Lan memulangkan kad itu kepada aku memang kena ceramahlah aku dengan mama
sekejap lagi.
“Mesti mama marah ni aku lambat turun. Ish,” ujarku
sambil berlari-lari anak menuruni anak tangga di pusat tuisyen itu.
Dan tatkala itu aku terlanggar seseorang di tangga.
Hampir terjatuh aku dibuatnya. Mujur aku memegang besi di tepi tangga itu.
“Maaf,” ujarku sepatah tanpa memandang wajah insan
yang baru aku langgar sebentar tadi. Kepala ku tundukkan. Gerun rasanya mahu
memandang wajah insan itu. Hanya kasut Converse
bewarna hitam yang aku lihat sekarang. Ukurannya agak besar. Ukuran lapan
atau sembilan.
“Tak apa,” ujar pemilik kasut Converse hitam itu. Dia tidak berganjak daripada tangga itu. Aku
pun kaku.
Kerana masing-masing mendiamkan diri, akhirnya aku
mengangkat wajahku perlahan-lahan. Memandang pemilik suara itu yang pastinya
seorang lelaki.
‘MasyaAllah,’ bisik hati kecilku. Makluk ciptaan
Allah ini sungguh indah.
Di hadapanku kini berdiri seorang lelaki yang
tingginya mencapai seratus lapan puluh lima sentimeter. Badan yang agak sasa.
Rambutnya kemas separas bahu. Sekilas melihat wajahnya ada iras-iras Aaron
Aziz.
“Awak okey?” soalnya prihatin. Keningnya diangkat.
Risau barangkali melihat aku yang hanya kaku memandangnya.
Aku hanya mampu mengangguk tanpa berkata apa-apa
sebelum satu suara lain memasuki gegendang telingaku.
“Jangan kacau budak tu Fahmi. Budak GS tu,” salah
seorang daripada lelaki yang ada di tangga itu menjerit seolah-olah memberi amaran
kepada rakannya yang sedang berdiri di hadapan aku kini. Rakan-rakannya yang
lain hanya tertawa memandang kami.
Lelaki yang bernama Fahmi memandang sekilas
rakan-rakannya di tangga bawah sebelum berpaling memandangku semula. Sebuah
senyuman terukir di bibirnya.
‘Ahh. Jangan senyum. Mati keras aku dekat sini nanti,’
hati aku menjerit lagi.
“Fahmi,” ujarnya. Senyuman masih tidak lekang
daripada bibir.
“Hmm. Okey,” ujarku. Mataku memandang jam tangan
sekilas. Sudahlah lambat makin lambat dibuatnya apabila tersangkut di sini
dengan lelaki muka macam Aaron Aziz ni.
“Ipergi
dulu,” ujarku perlahan. Memandang wajah lelaki bernama Fahmi ini. Tidak tahu
kenapa aku harus memberitahunya yang aku mahu pergi. Kedengaran tidak logik
tetapi itulah yang aku lakukan.
Fahmi hanya menganggukkan kepalanya. Dan setelah itu
aku pun memecut laju menuruni anak-anak tangga itu. Tidak sekalipun menoleh ke
arahnya lagi mahupun rakan-rakannya yang sudah mentertawakan aku.
Itulah cara aku berkenalan dengannya. Mudah bukan?
Bukan kerana Tragedi Oktober seperti judul lagu nyanyian Awie tetapi perkenalan
aku dengannya kerana Tragedi Di Tangga.
P/S : You masih ingat
ini? I masih ingat sampai sekarang.J
*****
SECRET
ADMIRE.
Hanya itu yang dapat aku gambarkan mengenai hubungan aku dengan Fahmi. Entah
sejak bila aku mula meminati insan yang bernama Fahmi dalam diam. Sejak
peristiwa di tangga itu, hari-hari makin berarti buatku. Semua yang berkaitan
dengan Fahmi aku cari tahu.
‘Putus fius agaknya otak aku ni.’
Setiap kali terfikir tentang Fahmi, itulah ayat yang
akan keluar daripada mulutku. Dan setiap pagi juga aku berharap agar aku dapat
melihat Fahmi dari kejauhan seawal 6:50 pagi sewaktu bas sekolahku berhenti di
hadapan sekolah Fahmi. Dan hari-hariku akan bermakna jika aku dapat melihat
wajah tenang milik Fahmi.
P/S : You pun tunggu I
tiap-tiap pagikan? Sebab setiap hari pun I nampak you tunggu dekat tepi
perhentian bas tu selagi bas I tak sampai.
*****
“SIAPA
yang dapat jawab soalan ni?” soal En. Zamri, guru yang mengajar subjek fizik
tingkatan empat di pusat tuisyen itu.
Aku dan Fahmi masih lagi bertungkus-lumus mengira
untuk mendapatkan jawapan.
“Ok, done.
Saya dapat,” serentak aku dan Fahmi menuturkan setelah mengambil masa yang agak
lama untuk menyelesaikan soalan tersebut. Serentak itu, kami menoleh memandang
muka masing-masing. Bukan sekali terjadi perkara sebegini.
“Fahmi, tulis jawapan awak dekat depan. Isha, semak
balik jawapan Fahmi,” En. Zamri memberi arahan.
Fahmi bangun dan menulis jawapannya di white board. “Sama,” tuturku perlahan
seraya memandang wajah En. Zamri.
‘Tak menyesal jadi secret admire budak ni. Pandai,’ hati kecilku berkata-kata tatkala
mata aku melihat tangan Fahmi laju menulis di white board itu.
“Ha Isha,
apa senyum seorang-seorang pandang Fahmi tu?” sergah Encik Zamri. “Awak buat
soalan seterusnya,” arahnya kepadaku.
Fahmi menoleh memandangku. Terasa merah mukaku
apabila mata kami bertentang. Serta-merta aku menundukkan kepala. Pandangan
mata ku larikan daripada terus memandang Fahmi.
Sumpah, aku memang tidak minat subjek Fizik.
Seolah-olah menjadi sumpahan buat aku untuk tidak meminati subjek itu. Tetapi
kerana Fahmi, aku sedaya upanya cuba memahami subjek itu. Kerana Fahmi bukan
sahaja secret admireku, tetapi Fahmi
adalah sainganku.
P/S
: Terima kasih kerana telah membuat I
meminati subjek Fizik.J
*****
DIAM
tidak diam, kami semakin rapat. Walaupun kini kami berlainan universiti, namun hubungan
kami masih seperti dahulu. Fahmi menjadi tempat untuk aku meluahkan rasa.
Hubungan kami yang sangat akrab membuat kekasih hatinya salah sangka.
Teringat satu ketika kekasih hatinya cemburukan
hubungan kami. Waktu itu aku sedang mengulangkaji pelajaran di bilik. Tiba-tiba
aku menerima sebuah panggilan daripada nombor yang tidak ku kenali.
“Hello. Assalammualikum,” ujarku dalam nada
teragak-agak.
“Tak payah nak berpura-pura baik beri salam dekat
aku!” Suara di hujung talian membentak marah.
Ku bawa telefon bimbit jauh daripada telinga. Siapa
pula tengah-tengah malam ni tiba-tiba marah aku. Melihat sekali lagi nombor
yang tertera di skrin telefon. Memang tidak kenal.
“Maaf, boleh saya tahu awak siapa?” soalku ingin
tahu. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku menjarakkan sedikit telefon bimbitku
daripada telinga. Dan langkahku itu memang bijak apabila gadis di hujung talian
itu menjerit sekuat hatinya.
“Kau tak tahu aku siapa? Ni aku nak beritahu kau.
Aku ni kekasih hati Fahmi!” bentak gadis itu. Sedang marah barangkali.
Belum sempat aku berbicara, gadis
itu bicara lagi. “Kau ni siapa ha? Perempuan tak sedar diri. Nak rampas kekasih
orang!”
‘Aaa. Kekasih Fahmi rupanya,’ otakku
mencerna dengan cepat kata-kata yang dituturkan oleh gadis itu.
“Aku tak nak kau ada hubungan
apa-apa lagi dengan Fahmi! Kau faham?” ujar gadis itu lagi. Tanpa mendengar
penjelasan dan jawapan daripada aku, gadis itu pantas mematikan talian.
Aku terdiam seketika. Siti Hanum
Juhana. Aku tahu nama gadis itu. Aku juga tahu sejarah percintaanya dengan
Fahmi. Kan aku sudah katakan, hubungan kami memang rapat. Apa saja yang
berkaitan dengan dirinya, dia akan ceritakan kepada aku. Begitu juga
sebaliknya.
Sebentar kemudian, telefon bimbitku
bergetar lagi. Kali ini aku tidak melihat nama di skrin. Aku sangat pasti Hanum
yang menelefonku lagi. Mungkin belum puas memarahi aku. Aku terima panggilan
itu.
“Assalammualaikum dear,” suara di hujung talian menyapa
aku dengan lembut dengan salam yang diberinya.
“Waalaikummussalam,” ujarku perlahan.
Menjawab salamkan hukumnya wajib. Aku hanya tersenyum. Sudah tahu kata-kata
yang akan diucapkan oleh pemilik suara itu.
“I
minta maaf. Dia tak tahu kita rapat,” ujarku selamba apabila suara di hujung
talian sepi beberapa ketika.
Dan dapat aku dengar suara itu
mengeluh setelah tawanya reda.
“Macam mana you tahu I nak cakap
benda tu?” suara Fahmi kedengaran lemah. Rasa bersalah menyerbu hatinya
barangkali.
“Macam you tahu I sakit walaupun
I tak beritahu you I sakit,” ujarku selamba. Memang itu kenyataannya. Hubungan
semacam apa antara aku dan dia pun aku tidak tahu. Macam telepati pun ada. Apa
sahaja yang aku lakukan, dia akan tahu walaupun aku tidak memberitahunya.
Begitu juga sebaliknya.
“Dia cakap apa dengan you tadi?” soal Fahmi seraya mematikan
lamunanku.
Otakku ligat memutarkan kembali
adegan tadi. Ya, yang itu yang itu. Aku masih ingat satu persatu ayat yang
dituturkan oleh Hanum tadi.
“Dia tak nak I ada apa-apa hubungan dengan you,”
jawabku tenang.
Fahmi menarik nafas dalam. Hanum
memang cemburu buta!
“Nanti Isuruh dia minta maaf dekat you
okey. Dia cemburu tak tentu pasal pula bila tengok message nama you banyak
sangat dalam telefon Ini,” Fahmi
menerangkan duduk perkara yang sebenarnya.
Rasa nak tergelak juga mendengar
penerangan Fahmi itu. Kalau kekasih hati aku juga buat perkara yang sama macam
Hanum, pasti Fahmi akan menerima nasib yang sama sepertiku. Mana tidaknya,
dalam peti simpanan pesanan ringkasku juga penuh dengan namanya. Mujur Faris
tidak bersikap begitu.
“Siapa suruh tak buang?” soalku
pula. Ringkas tapi aku juga mahu tahu kenapa dia tidak membuang pesanan
ringkasku yang sudah berkurun lamanya.
“Sayang,” ujarnya sepatah. “Macam dia buang pula messageyang Ibagi,”
tambah Fahmi lagi. Kedengaran tawanya pecah di hujung talian.
“Senget! Stalker!” ujarku separa menjerit dan aku juga tertawa. Sudah aku
katakan, walaupun aku tidak memberitahunya, dia sudah tahu aku juga tidak
pernah membuang messageyang diberi
olehnya.
“Mana ada stalkerlah dear. Kalau
dekat bolehlah I nak stalk you. Ni jauh,” ujar Fahmi membela
dirinya.
“Jauh di mata dekat di hati, bak
kata Melly,” ujarku pula.
“Dekat di hati, masuk dalam mimpi,”
Fahmi pula menambah perisa. Macam pantun
dua kerat pula bunyinya.
“Dah Mie. Pergi pujuk Hanum tu
dulu,” aku sekadar mengingatkannya.
“I
tak nak pujuk dia. I nak pujuk you je,” Fahmi menuturkan dengan suara
romantisnya.
“Ceh, sweet talker!”
“Bukan sweet talker tapi sweet dream!
Pergi tidur sana. Tak tahu ke dah pukul berapa,” ujar Fahmi serius. Dia memang
risau jika aku tidur lambat. Takut aku sakit katanya.
“Baiklah. You pun sama.”
“Dear,
I minta maaf bagi pihak Hanum,” ujar Fahmi dalam nada bersalah.
“It’s
okey. Unpredictable things always happen.”
“Nak Inyanyikan lullaby ke?”
soal Fahmi seperti malam-malam sebelumnya.
“Tak nak. Nightmare!” Kami berdua sama-sama ketawa.
“Assalammualaikum dear,” ujar Fahmi
menamatkan perbualan kami hari itu.
“Waalaikummussalam.”
*****
TERAKHIR kali
aku mendengar suara Fahmi adalah di saat aku memberitahunya aku akan berhenti
daripada UiTM dan menerima tawaran melanjutkan pelajaran di negara jiran.
“Bila pergi?” soalnya ringkas.
Serius.
Aku meneliti kalendar yang berada di
atas meja. Mencapai kalendar itu dan melihat tarikh yang telah aku bulatkan
dengan dakwat merah.
“Dua puluh satu hari bulan ni,”
jawabku perlahan. Menanti reaksi daripada Fahmi di hujung talian sana.
“Kenapa nak pergi sana?” soal Fahmi
lagi.
“Terpaksa,” ujarku sepatah. Sebuah
keluhan aku lepaskan.
“Tak payahlah pergi macam tu,” ujar
Fahmi cuba memujuk aku supaya tidak pergi ke negara jiran ini.
“Duit dah banyak keluar you,” aku menuturkan perlahan.
“Habis nanti I dekat sini macam mana?” soal Fahmi lagi.
“You
kan ada Hanum,” ujarku separa memujuk.
“Mana sama you dengan Hanum,” lirih Fahmi menuturkan.
“Nanti Itelefonlah bila dekat sana. Message
ke, YM ke, FB ke,” pujukku lagi.
“Nanti jumpa orang lain, mesti lupa I dekat sini,” sekali lagi tutur Fahmi
seolah-olah sedang merajuk.
“InsyaAllah tak lupa. Takut orang
yang dekat Malaysia je tak ingat
dekat I nanti,” ujarku pula.
Itulah kata-kata terakhir daripada
dia yang tidak akan aku lupa sampai bila-bila. Aku pegang kata-kata itu hingga
kini.
*****
ESOK aku
akan berangkat. Sebuah pesanan ringkas lewat telefon aku kirimkan kepada Fahmi.
Untuk memberitahunya aku baru sahaja siap berkemas jam satu, pagi itu. Aku
menunggu dia membalas pesananku tetapi hampa. Hampir sejam aku menanti. Mata
juga sudah berat. Aku sangat letih sebenarnya. Seharian aku ke sana ke mari mengemas
barang-barang dan dokumen yang perlu aku bawa ke sini.
Baru sahaja aku hendak melelapkan
mata, telefon bimbit yang telah aku letakkan di sebelah bantal bergetar. Mata
yang kuyu terasa segar. Mungkin Fahmi yang mengirim pesanan ringkas. Pantas aku
mencapai telefon bimbitku dan aku buka pesanan ringkas itu lalu membacanya.
Boleh tak you call I? Ada benda
penting Inak cakap.
Sebuah pesanan yang dikirim oleh
Hanum. Sedikit hampa kerana aku sangat berharap Fahmi membalas pesananku. Aku
membalas pesanan Hanum tadi.
Hal apa ya? I nak tidur dah.
Langsung aku tekan butang hantar dan
menanti Hanum membalas pertanyaan aku sebentar tadi. Manalah tahu memang
penting hal itu yang melibatkan Fahmi.
Kalau Icakap Fahmi cintakan you,
you akan terima dia tak?
Membuntang mata aku tatkala membaca
ayat yang tertera di skrin telefon bimbitku. Segala macam perasaan
bercampur-baur. Suka. Sedih. Marah. Geram.
You
cakap apa ni Hanum?
Hanya itu yang aku tulis menjawab
pertanyaannya. Fahmi ni memang nak kena bebel dengan aku.
I
cakap benda yang betul. You tak
perasan ke dia suka dekat you? Dia
jarang messagedengan I, tapi dia message you hari-hari. Dia jarang telefon I, tapi tiap-tiap hari dia telefon you. Dia tak pernah petik gitar dan nyanyi untuk I, tapi dia nyanyi untuk you tiap-tiap hari. Takkan you tak perasan Isha? Dia selalu cakap
dia sayang you kan? Takkan tu pun you tak tahu?
Sebentar aku termangu. Membaca
kembali ayat yang dikirimkan oleh Hanum kepadaku. Mencerna ayat-ayat itu
mengikut logika. Keliru. Aku keliru dengan perasaan aku sendiri. Telefon aku
kini bergetar lagi. Kali ini lebih lama menandakan ianya sebuah panggilan.
Tertera nama Hanum di skrin. Aku menjawab panggilan itu.
“You
didn’t answer my question,” ayat itu keluar daripada mulut Hanum sebaik
sahaja aku menerima panggilan itu. Suaranya kedengaran serius.
“Why
should I? You girlfriend dia Hanum. How could
you ask me about this?” ujarku lemah. Sungguh aku tidak faham apa yang
berlaku sebenarnya.
“Look
here Isha, he love you. Did you love him?” soal Hanum lagi.
Memang di luar fikiran akal yang
normal pertanyaan yang diajukan oleh Hanum itu. Apa yang cuba dibuktikan oleh
Hanum saat ini.
“I
did love him but as my bestfriend. Tak lebih daripada tu Hanum,” aku
menerangkan rasa hatiku.
“Takkan tak ada sikit pun Isha rasa
cinta youdekat dia? Takkan you nak tinggalkan Fahmi macam tu je. Please don’t go,” suara Hanum sudah
terketar-ketar dan seolah-olah merayu kepadaku.
“If
I say yes, I do love him, what will happen to you?” soalku pula cuba
menyedarkan Hanum yang seolah-olah tidak sedar kata-kata yang diucapkan
olehnya.
“I
will step back sebab I tahu dia
lebih cintakan you daripada I eventhough he never said that to you. I
kenal dia macam mana Isha,” ujar Hanum lagi.
“I
dah ada Faris and I’ll always be by his
side,” ujarku tegas.
Tidak mahu mendengar lagi kenyataan
yang menyakitkan dan menjawab lagi soalan yang mungkin membuat aku meragui
ketulusan cintaku pada Faris selama ini, pantas aku memutuskan talian.
*****
ITULAH pengakhiran
hubungan kami. Aku hanya tahu melalui Hanum tentang isi hatinya kepadaku selama
ini setelah tujuh tahun perkenalan kami.
Aku akui, sejak pertama kali aku bertemu dengannya
aku sebenarnya sudah jatuh cinta dengannya. Namun waktu itu, kami tidak pernah
berbicara soal hati dan perasan. Hubungan kami cuma atas dasar teman.
Malah setelah tamat SPM, kami terputus hubungan.
Waktu itu, aku menyesal kerana aku tidak berterus terang dengan Fahmi aku
sangat mencintainya. Kami rapat kembali apabila aku mendapat nombor telefonnya
daripada seorang teman di pusat tuisyen yang sama dulu.
Aku menghubunginya kembali setelah dua tahun kami
terputus hubungan. Waktu itu, aku meluahkan rasa hatiku. Namun hatinya sudah
dimiliki oleh Hanum. Aku tidak sedih kerana aku faham situasinya. Aku masih
ingat kata-katanya, jika aku meluahkan perasaanku dahulu, pasti aku sudah
bahagia dengannya waktu itu kerana dia juga mencintai aku. Tetapi kini, hatinya
milik Hanum.
Sejak itu aku membuang jauh-jauh rasa cinta itu
daripada hatiku untuk insan bernama Fahmi. Aku menyayanginya atas nama
persahabatan. Tidak lebih daripada itu. Aku fikir dia juga berbuat perkara yang
sama kerana dia juga tidak pernah membicarakan hal itu lagi. Nyata malam itu,
aku baru mendapat tahu, dia mencintaiku.
Sejak malam itu, aku kehilangan seorang sahabat
baik. Seorang yang sangat baik terhadap aku. Seorang yang sangat memahamiku.
Kerana itu juga, pemergian aku ke negara jiran ini membawa hatiku yang sangat
parah waktu itu apabila mengetahui perkara sebenar.
*****
KINI hampir tiga tahun Fahmi telah pergi daripada
hidup aku. Aku sangat rindukan dia setiap kali aku teringat masa yang telah
kami habiskan bersama. Kerana rindu itu aku menulis cerita ini. Aku tak akan
pernah melupakannya sampai bila-bila. Fahmi, jika youmembaca cerita ini, hanya ini yang I ingin katakan kepada you.
This
is just for you my dear Fahmi,
Assalammualikum. Yousihat? Lama tak tanya khabar. Hope you sihat selalu. I dengar cerita you merokok sejak I pergi
sini. Kurangkanlah merokok tu. Buat apa nak rosakkan diri sendiri. Ijauh nak datang melawat you kalau you sakit. So, do take care
of yourself there.
Hurm.. Pasal malam tu. Kita tak
pernah clarifyapa yang terjadi
sebenarnya. Is that true apa yang
Hanum beritahu dekat Imalam tu?
Sejak bila you rasa macam tu? Kenapa you tak pernah beritahu I?
Dear
Mie, it’s not that I pergi sini
sebab nak tinggalkan you
seorang-seorang dekat sana. I have to
untuk masa depan I. And I tak pernah lupakan you sikit pun. When I remember someone, it’s always your face that I saw first.
Sebenarnya, Itulis benda ni sebab I rindu yousangat-sangat. Rindu nak membebel dekat you. Rindu nak lepas geram dekat you. Rindu nak marah you.
Rindu nak dengar suara you. Miss you damn much here. It’s been a long
time since wehave our last talk.
I tak pernah menyesal
kenal dengan you Mie, dan I tak pernah menyesal suka you. Satu jeyang I kesal sampai
sekarang, only if you don’t tell Hanum
about your feelings towards me, mesti kita tetap kawan macam dulu.
Kalaulah bukan Hanum yang beritahu I, maybe my answer would be YES. Kenapa
bukan you yang beritahu I sendiri Mie? What did you expect from me? Cakap ya pada Hanum iaitu your girl? Mesti dia sakit nanti Mie. Didn’t you care about her feelings?
Actually,
banyak benda Inak mengadu dekat you since tiga tahun I tak mengadu apa-apa dekat you. Banyak benda Inak bebel dekat you.
Banyak benda Inak marah you. Ingat tak youpernah nyanyi lagu ni untuk
I? I’ve heard this songsepanjang Itulis
cerita ni.
Dikau
pernah berkata,
Akulah segalanya,
Tanpaku tak mungkin kau bahagia.
P/S
: Youcakap nanti I yang lupakan you, tapi you yang
lupakan I.
Namun di sebaliknya,
Setelah ku percaya,
Kau bersikap dinginku terpinga.
P/S
: How dare you make me go through all the
hardness alone?
Andai kau pergi
Hilanglah arahku
Jangan kau pergi
Usah kau pergi
Andai kau pergi hampir pasti
Berteman pilu sepanjang hayatku
P/S
: I’ve try to be strong enough this three
years without you but I need your shoulder to cry on like last time I did cause
my life is so hard here. Really.
Dengan sepenuh cinta,
Daku tanam di dada,
Dengan harapan terbina istana.
P/S
: I will back in Januari 11, hope will
see you in JB
Apakah di mindamu
Mengapa kau membisu
Hanya katakan kau masih menyinta
P/S : Let’s clarify everything so I
tak hidup dalam tanda tanya.
Ku tak mengerti
Mengapa kau bersikap sebegitu
Andainya
Kau tahu hatiku
Betapa penuh di dada menyintamu
P/S
: Love you from the first we met until now. Coz you are my best frend.
Sayang
Ku masih tidak mengerti
Ke manakah hilangnya cintamu
Jiwaku resah dan sepi
Andainya kau pergi
P/S
: Don’t go away from my life cause I
won’t let you go.
Andai
kau pergi, hampir pasti, berteman pilu sepanjang hayatku…
*****
©Hak
Cipta Terpelihara : Isha Idiaz