Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Dari
tadi lagi Fahmi kelihatan resah duduk diruang tamu. Puas duduk dia berdiri
menuju ke tingkap. Kelibat isterinya belum datang. Takkanlah pergi discussion
sampai lewat malam macam ni. Lebih menghairankan kereta Nur Alia terparkir di
halaman rumah. Hatinya mula bertanya sendiri. Dengan siapa Lia keluar? Argh...
dia baru belajar mengenali Nur Alia. Dia ingin kenal kawan-kawan Nur Alia. Dia
ingin tahu samada Nur Alia ada teman lelaki atau tidak. Tidak mungkin gadis
zaman sekarang tidak berteman. Apatah lagi semanis Nur Alia. Kalau betul Nur
Alia ada teman lelaki, apa yang harus dilakukan? Nur Alia!
“Kenapa
ni Fahmi, Ain tengok macam resah aje?”
Fahmi
menggelengkan kepala. Wajah Lina dan Sasha yang sedang ayik menonton tv
dipandang berkali-kali. Mahu saja bertanya tapi nanti apa pula yang mereka akan
katakan. Argh….!
“Lina,
Lia ada cakap tak nak pergi mana?”
Lina
membalas pandangan Fahmi, kenapa tiba-tiba pula lelaki itu bertanyakan Nur
Alia. Berkerut keningnya memikirkan soalan lelaki itu.
“Entahlah
Fahmi, dia kata ada discussion. Alah…..dia keluar dengan Ikbal kot.
Sebab tadi nampak Ikbal yang jemput. Kenapa pula tiba-tiba tanya pasal Lia? Ada
masalah ke?”
Fahmi
diam. Wajahnya berubah. Lina dan Sasha saling berpandangan, perubahan wajah
Fahmi yang amat ketara membuatkan mereka membuat andaian sendiri. Fahmi bangkit
dari duduknya terus menuju ke dapur. Melihat Mak Jah sibuk menyiapkan makan
malam, Fahmi kembali keruang tamu. Memandang wajah Lina dan Sasha lalu berlalu
menuju ke bilik. Nur Alia, Siapa Ikbal?
“Kenapa
dengan Fahmi, macam ayam berak kapur. Dia ada apa-apa ke dengan Lia. Masa aku
cakap pasal Ikbal, mukanya macam marah aje”
Lina
menyiku rakannya Sasha. Sasha hanya menjungkitkan bahu lalu kembali menonton
tv. Bukannya sekali ini Nur Alia keluar dengan Ikbal, kenapa pula baru kali ini
nak marah? Bisik hati Sasha. Bahkan sebelum ini Fahmi pernah terserempak dengan
Ikbal. Ah, mungkin ada hal kot.... Lina menjawab sendiri soalan yang berlegar
di fikirannya tadi.
“Lia
ada buat salahlah tu……” Aina pula menyambung.
Lina
merenung wajah Ain dengan selamba. Bertuah betul minah ni! main tuduh aje.
Salah apa pula? Kalau salah pun kenapa dengan Fahmi? Malas dia mahu melayan
Aina.
Fahmi
keluar semula dari kamarnya lalu dia menuju ke dapur. Sekilas dia memandang
wajah Mak Jah yang sibuk mengemaskan barang-barang yang dia baru bawa dari
kampung.
“Mak
Jah, Lia ada cakap tak nak ke mana?”
Mak
Jah mengeluh kecil. Dia sudah menduga soalan Fahmi. Dari tadi dia melihat Fahmi
tidak senang duduk.
“Dia
pergi dengan kawan. katanya buat research”
“Dengan
Ikbal?”
Mak
Jah terkedu. Mahu dianggukkan tak patut rasanya. Mahu ditidakkan, sukar juga.
Akhirnya Mak Jah membisu. Sekilas dia memandang Fahmi kemudian dia beredar
menuju ke kamarnya. Sebaik saja Mak Jah menghilang, Fahmi bergegas ke biliknya
sendiri. Hatinya resah.
Tidak
lama kemudian kereta Ikbal muncul di halaman rumah. Nur Alia keluar dari
kereta. Aina yang duduk di tepi tingkap cuba mengintai, orang tu dah ada pakwe
ada hati nakkan Fahmi!
Fahmi
meluru keluar dari kamarnya apabila sedar isterinya baru pulang ke rumah.
Sekilas dia memandang jam dibiliknya, lima minit lagi pukul dua belas. Memang
melampau! Wajah Nur Alia yang baru saja tiba dimuka pintu dipandangnya dengan
pandangan tajam. Nur Alia tergamam, tidak pernah orang memandangnya begitu.
Baru dia tersedar, sudah malam……dan dia baru saja keluar dengan seorang lelaki
bernama Ikbal. Dia juga baru tersedar, sudah dua hari dia menjadi isteri orang.
Bukan kehendaknya, Ikbal yang beria-ia mengajaknya minum di café sebelum
pulang. Lagipun itulah rutin yang selalu dilakukannya setiap selepas kelas atau
perbincangan kumpulan. Tapi mereka bertiga. Bukan berdua-duaan. 'Tapi itu dulu
sebelum aku jadi isteri orang'hatinya berbisik lagi…….Jantung Nur Alia berdegup laju. Takut
kalau-kalu marah Fahmi dihamburkan saat itu. Nanti pasti rahsianya akan
terbongkar, malulah dia kalau mereka tahu kini dia jadi isteri Fahmi.
Nur
Alia menundukkan wajah, berlalu pantas menuju ke kamarnya. Fahmi diam, segala
marah yang mahu dilemparkan tadi di simpan semula. Memandang wajah Nur Alia
yang sedikit kecut tadi timbul pula rasa kasihan. Tidak patut mahu menghukum
Nur Alia. Lagipun mereka masih belum dapat menerima diri masing-masing. Dia
seharusnya lebih sabar dan memberi Nur Alia ruang. Lagipun dia sendiri baru
mahu mengenali Nur Alia. Tidak patut dia marah tanpa sebab. Tapi jauh disudut
hatinya dia takut kalau Nur Alia tidak dapat menerima dia sebagai suami. Dia
takut Nur Alia meninggalkannya. Dia takut kalau Nur Alia akan kembali kepada
Ikbal. Pasti hati wanita itu pernah menjadi milik Ikbal, kalau tidak takkan
Ikbal sanggup menjemput dan menghantar Nur Alia.
Aina
yang sedari tadi memerhati gelagat Fahmi mula tidak senang melihat cara Fahmi
memandang Nur Alia. Begitu juga melihat Nur Alia, seolah ada sesuatu yang
berlaku antara mereka berdua. Ini tidak mungkin. Pasti Lia ada buat sesuatu
yang membangkitkan kemarahan Fahmi. Fahmikan tuan rumah! Memang patut Nur Alia
kena marah. Tidak manis anak gadis keluar sampai tengah malam buta. Sudahlah
balik dihantar jantan. Lagi tidak manis bila tuan rumah nampak kejadian
tersebut. Padan muka! Matanya hanya memerhati Fahmi yang meluru ke kamar utama
dan menutup rapat pintu biliknya. Siap kau Lia, Fahmi aku punya!
Lina
dan Sasha berpandangan. Aina pula meluru masuk ke dalam bilik lalu
menghempaskan pintu biliknya. Masing-masing menjungkitkan bahu. Lina dan Sasha
menutup tv lalu turut masuk ke dalam kamar. Lina mengalihkan pandangannya
beralih ke arah Nur Alia yang menikus di hadapan komputer ribanya. Kelihatan
gadis itu seperti ada masalah, dari tadi merenung komputer usik pun tidak. Lina
memandang Sasha, Sasha memberi isyarat bahawa dia tidak tahu apa-apa.
“Lia,
engkau ada masalah ke? Kenapa dari tadi Fahmi cari engkau? Lepas engkau datang
senyap pula mamat tu!”
Nur
Alia mengeluh, manalah tak marah kalau isterinya keluar dengan orang lain.
“Tadi
mamat tu macam ayam berak kapur, kejap kehulu, kejap ke hilir. Tak puas duduk
berdiri lagi. Entah berapa kali dia berdiri kat muka pintu. Aku peliklah,
tengok Ain pula mencuka aje. Agaknya sebab Fahmi tak layan kot” Sasha pula
menyambung.
“Lia!”
Lina mepnepuk bahu Nur Alia. Nur Alia terkejut, terpinga-pinga memandang Lina
dan Sasha.
“Kau
ni aku tanya tak jawab, engkau angau ke? Atau kau dah jatuh cinta ngan mamat
tu?” Giliran Sasha pula mencelah.
Nur
Alia menutup komputer ribanya. Berat mulutnya untuk meluahkan.
“Tak
ada apalah! Manalah aku tahu. Kamu tanyalah dengan Fahmi sendiri kenapa dia
cari aku”
Nur
Alia bangkit dari duduknya lalu melangkah keluar kamar. Rakannya memandangnya
dengan hairan, biarlah!. Tiba-tiba tekaknya terasa haus padahal dia baru saja
lepas minum di Old Town Cafe. Nur Alia menuju ke dapur lalu ke sinki. Dia
mengambil cawan, teringin nak minum Milo panas. Ketika dia memusingkan
badannya, Fahmi sudah ada di hadapannya.
“Fahmi!”
Jerit Nur Alia perlahan. Bila pula suaminya itu ke dapur!
Fahmi
merenung tajam wajah Nur Alia. Sengaja dia berdiri hanya beberapa inci dari
tubuh isterinya. Terpandang saja wajah Nur Alia dia teringat senyuman manis
isterinya ketika turun dari perut kereta Ikbal. Darahnya tiba-tiba menyirap.
Aku ada hak atas engkau! Fahmi menghadang Nur Alia dengan kedua tangannya kemas
menghalang Nur Alia untuk kemana-mana.
“Fahmi,
nanti diorang nampaklah………..please……”
Nafas Nur Alia tersekat. Kehangatan tubuh Fahmi boleh melemahkan jiwanya. Bau
wangian Fahmi membuat jantungnya berdegup laju. “Aku minta maaf……..aku janji
tak buat lagi…..janganlah macam ni…aku minta maaf” Terketar-ketar suara Nur
Alia. Wajah suaminya dipandang, mata Fahmi tertutup, seperti seorang lelaki
yang mahukan sesuatu. Lelaki itu semakin berani mendekatkan bibir ke leher
jinjangnya. Bibir lelakinya sengaja bermain dengan rambutnya. Jantungya
bagaikan mahu tercabut. Matanya terpejam, tidak sanggup melihat dirinya
diperlakukan begitu. Please......
hatinya merintih.
Fahmi
membuka matanya, wajah Nur Alia pucat. Dia semakin merapatkan tubuhnya,
pinggang Nur Alia dipeluk kasar. Baru kau tau kuasa aku? Wajahnya dijatuhkan ke
leher Nur Alia…Mmmm wanginya dia, kalaulah Nur Alia tahu aku mula
menyintainya........Ingin saja dia membiarkan wajahnya dibahu Nur Alia.
“Eh!……..apa
kamu berdua buat ni ha!”
Pantas
Fahmi melepaskan pelukannya. Nur Alia terkesima memandang Ain yang berdiri di
muka pintu. Fahmi meraup mukanya, hampeh punya minah! Aku tengah syok kau kacau
pula!
“Tak
ada apa…..temankan Lia ni ha!, takut nak masuk dapur” Fahmi bersahaja menjawab.
Wajah Aina dipandang sekilas sebelum berlalu menuju ke kamarnya.
Nur
Alia cuba berlagak tenang, dia meneruskan niatnya untuk membancuh Milo. Masih
terasa ciuman yang singgah dilehernya. Nasib baik Aina datang, kalau tidak
entah apa yang terjadi tadi. Tapi apa pula yang aku nak cakap dengan
Ain….Ish….minah ni masih tercegat kat dapur ke? Nur Alia seolah buat tidak
kisah dengan kehadiran Aina. Aina menghalangnya ketika dia mahu keluar dari
dapur.
“Eh….kau
tu nampak aje baik! Semua lelaki kau nak. Aku nampak apa yang Fahmi cuba buat
tadi. Kau ni tak cukup lagi ke, tadi dah keluar dengan Ikbal sekarang kau nak
menggoda Fahmi…..kau dengar sini, Fahmi tu aku punya kau jangan cuba nak pikat
dia. Aku nampak apa yang kau buat kat dapur tu” Aina beralih, pandangannya
tajam menikam wajah Nur Alia. Gadis itu seperti tidak mempedulikan
kata-katanya.
“Nampak
aje baik, tapi……” Aina tidak meneruskan kata-katanya apabila pandangan Nur Alia
tajam kearahnya. Aina mencebik, dia biarkan Nur Alia kembali kekamarnya. Awas kau
Lia! Hatinya menjerit geram. Geram melihat Nur Alia didalam pelukan lelaki
impiannya. Geram melihat wajah lelaki itu terlentok dibahu Nur Alia. Ish,
benci!