Home Novel Cinta Suamiku Si Tuan Rumah!
Suamiku Si Tuan Rumah!
Nurul Izah
10/2/2014 15:53:16
578,384
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

Nur Alia merebahkan badannya. Bilik ini agak besar, mereka bertiga memilih bilik ini dan bilik sebelah hanya Aina seorang saja. Itupun atas permintaan Aina. Hari ini, satu hari suntuk mengemaskan laman rumah. Walaupun tidak besar mana tapi penat juga membersihkannya. Maklumlah sebulan sekali baru berkesempatan. Teringat peristiwa petang tadi ketika membersihkan laman, Fahmi asyik berdiri di sisinya. Di mana dia bekerja, di situ jugalah Fahmi duduk bertinggung. Buatnya tak banyak, menyuruh aje yang lebih.

“Fahmi tu syok kat engkaulah Lia”

Lia membuntangkan wajahnya memandang Lina, pandailah minah ni!

“Eh, ko orang ni. kalau sehari tak usik aku tak boleh ke?”

Lina dan Sasha ketawa kecil. Suka melihat wajah masam Nur Alia. Gadis itu terlalu baik, tidak pernah menghampakan kawan. Sudah menjadi kebiasaannya menolong sesama mereka. Di pejabat ramai yang berkenan dengan Nur Alia, tapi pelik! Dia buat tak tau. Apa yang mereka berdua tahu, Nur Alia rapat dengan Ikbal. Lelaki satu kuliah dengannya. Tapi bila di tanya, tidak pula mengaku bercinta. Kata hanya kawan.

“Kalau menjadi, fuh! jadi menantu Datuk engkau Lia”

“Lelaki kaya memang macam tu, hari ni dia nakkan kita. Esok dah habis manis di sepah-sepahkan. Nampak aje baik, tapi hati kita tak tau!”

“Tapi selama ini, aku tengok ok aje Fahmi tu. Sembahyang tak tinggal, tak pernah melalut pergi mana-mana” Sasha pula bersuara menyokong kata-kata Lina.

“Eh macamlah engkau dah kenal lama ngan budak tu, mana engkau orang tau kata jumpa kawan rupanya berkepit ngan minah-minah. Duduk kat kelab malam. Macamlah tak tahu dia tu balik pukul berapa. Dekat pagi baru muncul, elok sangatlah perangai macam tu” Nur Alia membuntangkan matanya, menunjukkan dia tidak suka dengan Fahmi “Lecehlah ada lelaki kat rumah ni, nasib baiklah dia tuan rumah kalau tak dah lama aku halau. Aku tak selesalah!”

Nur Alia bangkit dari duduknya. Lalu dia keluar menuju ke dapur. Haus tekak rasanya. Sampai di muka pintu dia menekup mulutnya. Matanya memandang ke arah Aina yang duduk di sisi Fahmi. Fahmi kelihatan tidak selesa dengan cara Aina yang duduk rapat disisinya. Nur Alia masuk seolah-olah tidak melihat keletah mereka berdua.

Sorry” Nur Alia berpaling sambil menekup mulutnya. Sekilas dia memandang wajah Fahmi. Pantas Fahmi berdiri dan menolak Aina jauh sedikit darinya.

“Kenapa keluar dari bilik malam-malam macam ni?” Aina memandang wajah Nur Alia dengan pandangan geram.

“Aku hauslah, tak sangka pula terserempak dengan kamu berdua. Sorrylah sebab kacau daun” Nur Alia meneguk air di gelasnya sebelum berlalu. Padan muka! Agaknya kalau aku tak masuk tadi, entah apa yang dibuatnya dengan Aina. Aina ni pun satu dah ada Ikram masih nak menggatal lagi! Pantang tengok jantan kaya, ada rupa, semua dia nak sapu.

Nur Alia masuk semula ke kamar. Tidak berniat untuk bercerita kejadian tadi. Lagipun dia lihat rakan sebiliknya sudah terlelap. Tidak lama kemudian kedengaran pintu dibuka kemudian ditutup kembali. Agaknya mereka sudah masuk ke bilik kot. Ish! Susahlah ada lelaki di sini. Tambah pula ada minah gedik tak bertempat... kalau ya pun nak buat hal, janganlah kat umah... silap hari bulan semua satu rumah kena tempias!

baru saja dia mahu menutup mata, senyuman Fahmi terlintas di fikiran. Hmmm handsome juga mamat tu ye, sekali pandang macam nak pandang lagi. hidung mancung gile! kulit ala-ala mamat macho....memang patutlah Aina tersangkut. pantang tengok lelaki. Untung kalau dapat, tak payah banyar sewa rumah...

Ish, apalah yang aku merepek malam-malam ni! Tidurlah mata... janganlah ingat kat lelaki buaya macam tu.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.