Home Novel Cinta Suamiku Si Tuan Rumah!
Suamiku Si Tuan Rumah!
Nurul Izah
10/2/2014 15:53:16
581,004
Kategori: Novel
Genre: Cinta
bab 13

Sekali lagi Fahmi keluar dari rumah awal pagi. Mak Jah kata dia ada hal di Ipoh, mungkin mengambil masa beberapa hari. Nur Alia hanya merenung kosong pinggan berisi nasi goreng yang Mak Jah buat. Menyesal pula dia menghamburkan marahnya dengan Fahmi semalam.

“Apasal engkau termenung……tak nak makan ke? Nanti lambat pergi pejabat” Sasha memandang Nur Alia yang menikus di sisinya.

“Aku cuti hari ni”

“Dah tu hantar kami tak gi kerja” Lina bersuara.

“Mestilah, tapi gaji nanti kau mesti belanja aku makan…….”

Baru saja Nur Alia bangkit dari kerusi, Aina terburu-buru memasuki dapur. Sekilas jelingan tajamnya dihadiahkan kepada Nur Alia.

“Mak Jah, Fahmi mana?”

“Pergi Ipoh…….kenapa pula cari Fahmi pagi-pagi ni!” Mak Jah yang sedang mengemaskan peti ais berhenti memandang Aina dengan perasaan cuak.

“Mak Jah ni, tanya pun tak boleh. Bukannya saya tanya pasal suami orang! Saya walaupun macam ni, tapi tak kacau suami orang Mak Jah. Saya nak cuba nasib je Mak Jah. Lagipun saya ni taklah macam orang tu, dah berpunya masih nak yang lain. Saya solo Mak Jah, tak salah kalau nak mencuba.” Aina bersuara membalas kata-kata Mak Jah. Lalu dia berpaling kepada Nur Alia yang masih terpaku di muka pintu. “Lainlah kalau Fahmi tu suami Nur Alia, tapi bukan kan?” Pandangannya tajam kewajah Nur Alia. Aina tersenyum sinis.

“Mak Jah kami pergi dulu” Malas Nur Alia melayan karenah Aina. Biarlah lagipun dia bukan tahu aku isteri Fahmi. Kalau nak sangat dengan Fahmi tu, ambillah. Lagi senang!

Sepanjang memandu Nur Alia hanya diam membisu. Fikirannya hanya tertumpu pada Fahmi. Rasa sunyi bila lelaki itu tiada. Baru semalam mereka berdua duduk makan bersama. Kenapa dia tak cakap nak ke Ipoh?

“Lia…..kenapa senyap ni. Aku tengok engkau lain je semenjak kebelakangan ini. Kau tak sihat ke? Ada masalah?” Sasha memandang wajah sahabatnya. Selalunya ketawa Nur Alia yang menyerikan suasana. Ada saja cerita yang keluar dari mulutnya. Tapi sejak kebelakangan ini susah sangat gadis itu ketawa.

“Kalau ada masalah cakaplah dengan kami” Lina pula menyambung.

Nur Alia menggelengkan kepala. Secebis senyuman dihadiahkannya lalu dia kembali diam. Lina dan Sasha masing-masing membuang pandang ke luar cermin kereta. Sukar untuk mentafsir diri Nur Alia sekarang. Kereta berhenti di hadapan Bangunan Kementerian Kewangan.

Thanks sebab ambil berat pasal aku. Aku ok cuma tention sikit sebab dah dekat exam”

Nur Alia tersenyum kecil sambil melambaikan tangan kepada Lina dan Sasha. Kemudian dia terus memandu pulang ke rumah. Sampai di rumah wajah Mak Jah sudah kelihatan di ruang tamu.

“Kamu tak cakap dengan Mak Jah kamu cuti. Mak Jah tak masak lagi”

“Tak payahlah masak Mak Jah, kita keluar makan nak?”

“Boleh juga, dah lama Mak Jah teringin nak makan rojak mamak. Hari ini biar Mak Jah belanja”

Nur Alia tersenyum lalu duduk di sisi Mak Jah. Semenjak tinggal jauh dari rumah, Mak Jah dianggap seperti ibu sendiri. Apatah lagi Mak Jah tiada sesiapa hanya saudara mara yang jauh pertalian memesrakan hubungan mereka berdua.

“Lia……Mak Jah bukan nak masuk campur. Tapi semenjak Lia kahwin Mak Jah jarang dengar gelak ketawa Lia. Ada apa-apa yang Lia nak luahkan? Kalau Lia memang tak boleh terima Fahmi, Mak Jah redha. Mak Jah nak tengok Lia yang dulu. Mak Jah suka dengan Lia, itulah sebabnya Mak Jah sentiasa berdoa perkahwinan Lia dan Fahmi bahagia. Kalau Lia kahwin dengan orang lain, pasti esok susah nak tengok Mak Jah”

Nur Alia diam, suara Mak Jah tenang meresap ke dasar hatinya. Air-air jernih mengalir di pipinya. Mak Jah mengusap bahunya lembut. Antara mereka bertiga, Nur Alia yang paling rapat dengannya. Dia sayangkan Nur Alia seperti anak sendiri. Bila melihat Nur Alia dia terkenang arwah anaknya yang meninggal akibat kemalangan.

“Lia….tak pernah bercinta Mak Jah. Tak pernah jatuh cinta. Tapi tak sangka pula Lia boleh kena tangkap khalwat. Hati mak dan ayah Lia hancur. Lia tak dapat tengok muka mereka masa tu. Kalau Lia ingat pasal malam tu rasa macam nak pergi. Lia rasa nak menjerit. Tapi Lia masih di sini, tak mampu buat apa-apa. Mak dan ayah dah tak pernah telefon Lia lagi. Mereka betul-betul nak buang Lia. Lagipun… keluarga Fahmi masih tak tahu pasal ni. Apalah tanggapan mereka nanti kalau mereka tahu anak mereka kahwin sebab macam ni. Mereka orang berada Mak Jah, kalau nanti mereka tak terima Lia macam mana? Lia tak kenal lagi keluarga Fahmi tu.”

“Mungkin jodoh Lia dengan Fahmi? Hmm memang dah jodoh pun. Dah kahwin pun…….” Mak Jah berta lagi sambil merenung anak mata Nur Alia.

“Lia ada impian Lia sendiri, Lia nak berkahwin seperti mana impian Lia. Tapi tak sangka pula jadi macam ni. Macam-macam rasa yang ada”

Masing-masing diam. Tidak tahu mahu mengungkap apa-apa lagi.

“Lia, Mak Jah minta sangat Lia dapat terima Fahmi…….” Mata Nur Alia yang basah ditatap lembut.

“Lia cuba Mak Jah, bagilah Lia masa”

Mak Jah mengangguk. Dia sentiasa berdoa pintu hati Nur Alia terbuka untuk menerima Fahmi dan menyayangi lelaki itu sepenuh hati. Pada pandangan matanya hanya Nur Alia yang sesuai untuk Fahmi. Sebelum pergi pagi tadi Fahmi berpesan kepadanya untuk menolong dia meyakinkan hati Nur Alia. Fahmi benar-benar mahukan Nur Alia. Ya Allah berkatilah mereka berdua.


Previous: Bab 12
Next: bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.