AKU memandang wajah Lynda lama tanpa berkedip. Meminta pendapat Lynda. Aku telah menceritakan semuanya kepada Lynda. Tentang Shafiq, Mia dan Mikhail. Aku memaksa dia bertemu denganku kerana aku tidak lena tidur bila asyik memikirkan aku telah melakukan kesalahan besar terhadap diri Mikhail. Aku telah menuduhnya bersubahat dengan Mia sedangkan dia tidak.
“Kau terlalu ikutkan perasaan…,” jawab Lynda ringkas lalu mengenakan sun glassesnya. Dia menyandarkan badannya di kerusi.
“That I know, and now I regret it,” ujarku lalu mengeluh perlahan.
Semua salahku sendiri. Aku tidak memberi peluang kepada Mikhail untuk menerangkan keadaan yang sebenar kepadaku tempoh hari. Mikhail mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sebaik sahaja aku menuduhnya bersubahat dengan Mia dan cuba merosakkan hubungan aku dengan Shafiq.
“Terlajak perahu boleh di undur terlajak kata-kata buruk padahnya,” jawab Lynda lalu tersenyum sinis. Sengaja dia mahu Farah merasa lebih bersalah.
“Kau sengaja hendak menambah rasa bersalah aku kan?? Kau beritahu akulah bagaimana aku hendak perbaikikan keadaan,” ujarku geram bila Lynda sengaja berbuat demikian.
“Nothing! Tak perlu buat apa-apa,” jawab Lynda ringkas lalu mencapai jus mangga dan menyedutnya perlahan.
“Huh! Tak perlu buat apa-apa? Maksud kau biarkan ia begitu, masalahnya aku tidak senang hati selagi aku tidak minta maaf pada Mikhail, I feel guilty,” jawabku kurang senang dengan cadangan yang di berikan Lynda.
Kalau hati aku kaldu mungkin aku buat seperti yang di sarankan Lynda. Masalahnya aku tidak boleh berbuat demikian. Aku tidak senang hati.
“Ala…cakap aje kau sukakan Mikhail dan sekarang kau menyesal sebab kau sakitkan hati dia, senang..” jawab Lynda dengan wajah selamba.
“Kau ni kan cakap benda yang tak berasas tau, aku kesal sebab aku tuduh dia yang bukan-bukan,” jawabku cuba mempertahankan diri bila Lynda mengatakan aku sukakan Mikhail.
Mikhail seorang lelaki yang baik dan berhemah tinggi. Sepanjang perkenalan kami belum pernah aku merasa tidak senang dengan kehadirannya. He is matured. Selalu menimbang baik dan buruk akan semua perkara.
“Masih hendak menafikannya??? Okay…aku kenal kau sudah lama Farah. Kalau kau tidak sukakan dia, kau tak akan sibuk tanya pendapat aku bagaimana hendak meminta maaf darinya? Bukan susah hendak minta maaf pun, just go and see him and say you are sorry, simple….,” jawab Lynda lalu menjeling kearah Farah.
Apa yang sampai tak boleh tidur malam hanya hendak meminta maaf. Pergi sahaja jumpa dan minta maaf mudah. Apa hendak memeningkan kepala memikirkannya.
“Easy for you to say, aku tak tahu dia kerja kat mana?,” jawabku perlahan kerana aku sememangnya tidak tahu Mikhail bekerja di mana dan Syarikat mana dia bekerja. Yang aku tahu dia seorang consultant. Haiz!
“Jumpa saje Mia mesti dia tahu dimana abangnya bekerja,” jawab Lynda tanpa berfikir panjang.
“Jumpa Mia?? Kau hendak aku jumpa dengan Mia setelah apa yang dia buat kat aku..,” jawabku lalu menoleh kearah Lynda meminta agar dia tidak serious dengan cadangan yang di berikan.
Lynda mengeluh kecil bila Farah berkata demikian. Benar perbuataan Mia itu tidak boleh di terima sama sekali. Tapi sekarang dia hendak bertemu dengan Mikhail dan bukannya Mia. Dia tahu Farah masih marahkan Mia dan berkemungkinan dia masih belum dapat memaafkan Mia. Dia tidak menyalahkan Farah. Kalau dia, di tempat Farah dia juga akan merasa marah. Tapi ini bukan mengenai Mia tapi mengenai Mikhail. Farah boleh sahaja menolak tepi akan geram dan marahnya pada Mia buat seketika agar dia dapat bertemu dengan Mikhail dan meminta maaf darinya.
“Kau ketepikan perasaan marah kau terhadap diri Mia buat seketika Farah…, yang penting kau dapat bertemu dengan Mikhail, anyway Mia owed you big time,” terang Lynda.
*****
AKU menanti Mia di perhentian bus seperti yang telah di janjikan. Aku tidak mahu bertemu Mia di tempat lain kerana aku hanya berjumpa dengannya sekejap sahaja dan tidak ingin berbual panjang. Niat dan tujuan aku bertemu dengan Mia hanya ingin tahu akan tempat kerja Mikhail. Nombor telefon Mikhail sudah aku padam dari contact list sejak kali terakhir aku bertemu dengannya kelmarin kerana aku tidak punya sebab untuk menyimpan nombor telefonnya setelah tersalah anggap bahawa dia menyebelahi Mia dan Shafiq. Benar kata Lynda aku terlalu mengikut hati dan perasaan. Aku tidak memberi peluang Mikhail untuk menerangkan perkara yang sebenar, kerana aku terlalu marah padanya. Dan sekarang aku terpaksa bertemu dengan musuhku kerana aku mahu bertemu dengan Mikhail dan berharap dia memaafkan aku.
Kereta Mercedes hitam berhenti di hadapanku. Cermin tingkap di tempat penumpang di turunkan. Mia menjengah ke arah Farah yang sedang menantinya di bus stop.
“Farah!,” jerit Mia dari dalam kereta.
Aku mencapai handbag lalu menuju kearah cermin tingkap keretanya.
“Berapa nombor telefonnya?,” tanyaku sebaik sahaja berada di tingkapnya. Tiada “hello” atau “hi” dariku kerana aku masih lagi belum boleh memaafkan perbuatan dan kesalahan Mia. Memandang wajahnya sahaja membuatkan aku merasa sakit hati.
“Farah masuk dulu we talk,” ujar Mia perlahan lalu menanggalkan sun glassesnya.
“There’s nothing to talk Mia, we are done!,” jawabku dengan wajah serious.
“I know you are still angry with me and I don’t blame you for that, I just want to know what is your relationship with Mikhail?,” tanya Mia ingin tahu.
Mikhail tidak pernah memberitahunya bagaimana dia kenal dengan Farah. Dia hanya mendapat tahu bila mamanya mengatakan bahawa Farah adalah kenalan Mikhail. Kenalan yang bagaimana Mia tidak tahu. Dia bukan hendak menyibuk atau ingin mengetahui akan hubungan Farah dengan Mikhail, kerana dia tidak berhak ambil tahu atau mencampuri urusan mereka. Dia hanya ingin tahu berapa rapat hubungan mereka kerana jika Farah adalah kenalan rapat Mikhail. Farah harus tahu akan keadaan Mikhail.
“Kenalan biasa and because of you I did a terrible mistake by accusing him keeping your dark secrets from me,” jawabku tanpa mengulas panjang. Mia tidak berhak mengetahui akan hubungan kami.
Mia menganggukkan kepalanya perlahan mengerti akan maksud Farah. Kerana perbuataannya, Farah telah menuduh Mikhail seorang yang tidak boleh di percayai. Dia benar-benar tidak tahu bahawa Mikhail berkawan dengan Farah. Dunia ini kecil. Dia tidak menyangka hubungannya dengan Shafiq diketahui juga kerana mereka berjaya merahsiakannya dari keluarga selama ini. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
“Aku minta maaf Farah, aku tahu kau tak akan dapat memaafkan aku setelah apa yang aku lakukan terhadap diri kau, but please if you care about Mikhail, you might want to hear me out!,” ujar Mia lalu membuka pintu di tempat penumpang.
Dia mahu Farah masuk ke dalam keretanya agar dia dapat memberitahu Farah mengenai abangnya.
“Apa maksud kau??,” tanyaku kerana kurang faham dengan apa yang dimaksudkan Mia mengenai Mikhail.
“Kau ikut aku, I’m going to see him, actually I’m kind of late, kalau kau hendak bertemu dengan Mikhail ada lebih baiknya kau ikut aku Farah,” ujar Mia memandang tepat ke wajah Farah.
Dia benar-benar kesal dengan perbuataannya selama ini. Farah tidak pernah menyakitkan hatinya. Tapi dia tidak tahu mengapa dia sanggup mengecewakan hati Farah kerana terlalu cinta dan kasih kan Shafiq dan dia telah merampas kebahagiaan Farah. Dia sebenarnya merasa malu berdepan dengan Farah.
Aku mengeluh kecil. Hatiku berbelah bagi. Patutkah aku menurut kehendak Mia. Apa yang Mia hendak sampaikan padaku mengenai Mikhail? Apa yang telah berlaku ke atas diri Mikhail? Aku merasa tidak sedap hati bila memikirkannya.
“Ok,” jawabku ringkas lalu masuk ke dalam perut kereta Mia. Mia memandu keretanya laju membelah jalan raya.