Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 16


MIA mematikan telefon. Hatinya panas membara bila memikirkan perbualannya dengan si pemanggil sebentar tadi. Dia tidak tahu kenapa dia masih tidak dapat melupakan lelaki itu. Ikutkan mudah sahaja untuk dia mencari penganti lelaki itu jika dia mahu. Akan tetapi dia terlalu sayangkan lelaki itu dan masih lagi mencintainya. Mia merasa menyesal sendiri kerana memutuskan hubungan dengannya. Nah sekarang dia juga yang tidak dapat hidup tanpa lelaki itu. 


“This can’t be happening! You can’t leave me!. You are mine…mine only!!!,” jerit Mia lalu mengetap bibirnya menahan geram. 


Dia masih geram kerana lelaki itu melayannya endah tidak endah sahaja tadi. Selalunya lelaki itu akan lakukan apa sahaja untuknya. Anything for Mia.Tapi layanan yang diharapkan dari lelaki tidak itu memuaskan hatinya sejak akhir-akhir ini, itu yang membuatkan Mia bertambah sakit hati. Lelaki itu tidak seharusnya bebuat begitu terhadap dirinya kerana lelaki itu miliknya. Lelaki itu hanya berhak untuk mencintai dirinya dan bukan wanita lain. Sungguhpun sebelum ini, Mia tidak pernah mengaku dia mencintai lelaki itu, namun hakikatnya dia terlalu sayang dan kasihkan lelaki itu lebih dari segalanya. Dia merasa menyesal sendiri kerana terlalu mengikut perasaan dan meminta hubungan mereka di putuskan. Dia juga yang membuatkan lelaki itu mengambil keputusan untuk meninggalkannya. 


“Kenapa Mia??” tegur Datin Zainab bila Mia tiba-tiba menjerit tadi. 


Dia yang berada di dalam bilik terperanjat mendengar jeritan Mia. 


“Dia ingat dia boleh hidup bahagia, aku tak akan benarkan perkara ini terjadi, aku akan pastikan kau menjadi milikku,” ujar Mia tanpa menghiraukan pertanyaan mamanya. 


“Astarfirullah Al Azim…Apa yang Mia cakapkan ni??? Istifar Mia istifar, jangan buat perkara yang tidak elok Mia,” ujar Datin Zainab risau melihat keadaan Mia. Apa yang telah berlaku? Siapa yang Mia maksudkan? 


Mia menolak tangan mamanya bila mamanya cuba memeluknya. Datin Zainab terperanjat bila Mia bersikap demikian.


“Mama jangan campur urusan Mia,” jawab Mia marah. Dia bangun lalu menuju kearah biliknya dan menghempas daun pintu dengan kuat. 


Datin Zainab terkedu bila Mia berkelakuan sedemikian. Dia tidak tahu bagaimana hendak mengubah sikap Mia.Salah dia juga kerana tidak pernah mendidik Mia dengan cara yang betul. Dia terlalu manjakan Mia. Apa yang Mia hendak semua dia adakan. Mia tidak pernah di marah apatah lagi dipukulnya. Mia ditatang seperti minyak yang penuh. Sekarang dia menyesal sendiri kerana tidak di lentur Mia untuk menjadi anak yang baik. Dia berbuat demikian kerana terlalu sayangkan Mia.



                                                                        ****



SHAFIQ duduk sambil meneguk black coffeenya perlahan. Matanya memandang kearah kaunter dimana para pekerja Bistro Starbucks sedang sibuk melayan pelanggan mengambil pesanan. Sesekali dia mengurut dahinya perlahan bila kepalanya mula berdenyut-denyut. Shafiq menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan sekotak rokok yang di belinya tadi. Dia membuka paket tersebut lalu mengeluarkan sebatang rokok lalu di kepitkan di celah bibirnya. Tangannya mencapai lighter yang terdapat di atas meja lalu menghidupkan lighter dan di acukan lighter tersebut ke arah hujung rokoknya. Seketika kemudian asap-asap kecil berkepul-kepul keluar dari mulutnya. Shafiq melirik kearah pasangan yang duduk tidak berapa jauh darinya. Pasangan itu kelihatan sedang hangat di lamun cinta dari cara mereka memandang di antara satu dengan lain. Mereka kelihatan bahagia. Mengikut anggaran hubungan pasangan tersebut tidak lebih dari 3 bulan. Dia tahu, 3 bulan pertama hubungan percintaan memang semuanya indah belaka dan tiada cacat celanya. Shafiq tersenyum sinis. Ah memang cinta itu indah. Cinta juga yang membuatkan seseorang itu buta. Fikiran Shafiq benar-benar buntu dan berkecamuk di tika dan saat ini. Dan dia tidak tahu bagaimana hendak menangani masalahnya sekarang. Sampai bila dia hendak lari dari masalah. Dia harus berdepan dengan masalahnya.


“Shafiq?” tegur seseorang.


Shafiq tersentak bila secara tiba-tiba seseorang menepuk bahunya. 


“Kau kenapa bro masalah perempuan?” 


Shafiq tidak menjawab pertanyaan temannya itu. Rokoknya yang tinggal suku itu di matikan di dalam ashtray. Dia menarik sebatang rokok lagi lalu di hidupkan.


“Apa lagi yang tak kena, bukankah kau dah ada Farah,” ujar Haiqal. Dia tahu tujuan Shafiq mahu bertemunya tentu masalah mengenai perempuan kerana dia sahaja yang tahu akan masalah Shafiq dengan kawan perempuannya.


“Dia tak hendak lepaskan aku, dia akan buat perkara yang aku tidak sukai jika aku tidak melayan kehendaknya,” ujar Shafiq setelah mendiamkan diri agak lama. 


“Siapa yang kau maksudkan? Kau ramai perempuan? Eh kau kan hendak bernikah dengan Farah tak lama lagi apa masalah yang kau dah buat?,” ujar Haiqal tidak faham akan masalah temannya. Sudah mendapat wanita yang baik untuk di jadikan isteri. Dia mencari masalah berhubungan dengan wanita lain. Dia tidak mengerti siapa Shafiq hendak sebenarnya. Farah atau teman wanita yang di layan selalu.


“Kau tahu bukan Farah yang aku maksudkan, bukan?” jawab Shafiq bila Haiqal mula hendak berlawak dengannya.


“Jadi siapa yang kau maksudkan??? Kau bukan ke ramai teman wanita?,” sindir Haiqal bila tekaannya salah.


“Kau tahu perempuan-perempuan yang aku selalu layan hanya suka-suka sahaja..maksud aku perempuan yang penyebab masalah aku sekarang ni,” ujar Shafiq lalu memandang wajah Haiqal.


“Aku dah cakap dari dulu jangan di layan, kau layan juga, perempuan tu memang tak betul, kau masih cintakan dia?,” tanya Haiqal lalu memandang wajah Shafiq bila dia faham akan perempuan yang Shafiq maksudkan.


Haiqal teman yang paling rapat juga teman sekerjanya tahu akan masalahnya dengan Mia. Sudah dia nasihatkan dari dulu. Lupakan sahaja Mia dan jalani hidup seperti biasa. Namun Shafiq tidak mahu mendengar nasihatnya. Dia tahu Mia tidak suka melihat temannya itu bahagia.


“Kau tahu hubungan aku dengan dia bagaimana, tentu kau tahu jawapannya,” jawab Shafiq. 


“Habis Farah macamana?? Kau cintakan dia ke tidak?,”


Shafiq melempar puntung rokok di atas lantai lalu memijaknya agar api tersebut mati. Dia tahu dia tidak dapat lari dari soalan Haiqal. 


“Aku sayangkan Farah, tapi aku tidak boleh lupakan dia,” jawab Shafiq meraup wajahnya perlahan dengan kedua belah tapak tangannya. 


Dia merasa serba salah. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh terlibat di dalam cinta tiga segi. Dia sayangkan Farah dalam masa yang sama dia tidak dapat melupakan Mia.


“Nikah sahaja kedua-duanya sekali jika kau tidak boleh membuat pilihan,” jawab Haiqal lalu tersenyum sinis. 


“Tidak semudah itu, sekarang sahaja kepala aku bagai hendak pecah memikirkan cara hendak membahagikan kasih sayang aku kepada kedua-dua mereka, inikan pula kau hendak aku bernikah dengan kedua-duanya sekali, kau hendak kasi aku mati, kau tahu Mia tidak suka berkongsi kasih,” jawab Shafiq tertekan dengan masalah yang di hadapinya. 


Dia juga yang mencari masalah. Sudah mendapat tunang yang baik masih lagi hendak meneruskan hubungan sulitnya dengan Mia. 


“Jadi kau hendak terus-terusan menipu Farah, kesiankan lah Farah dia tidak bersalah, kau berdua yang bermasalah,” ujar Haiqal. 


Shafiq hanya mendiamkan diri bila Haiqal berkata demikian. Hendak lepaskan Farah. Tidak mungkin kerana dia turut sayangkan Farah. Dia cuba mencari jalan penyelesaian sebelum masalah ini berlanjutan. 




Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.