HATIKU berdebar-debar tidak menentu sedari tadi. Hatiku mula merasa tidak sedap seolah-olah akan menerima berita buruk. Kenapa aku berperasaan demikian. Aku beristifar di dalam hati cuba untuk mendamaikan hatiku. Aku melirik kearah jam tangan. Jarum jam menunjukkan pukul 7.45malam. Aku merasa resah gelisah sedari tadi. Ya Allah! Kenapa hatiku resah tidak menentu.
Aku mencapai handphone sebaik sahaja ia berdering.
“Iqah!,” bisikku perlahan. Shafiqah adik Shafiq. Lama benar aku tidak bertemu dengan Iqah. Kali terakhir aku bertemunya, semasa kenduri dahulu. Lepas itu Iqah terus ke Singapura melanjutkan pelajarannya di sana. Dan baru hari ini aku menerima pangilan telefon darinya.
“Asalamualaikum, Iqah,” jawab aku sebaik sahaja menyambut panggilannya.
“Walaikumsalam Kak Farah. How are you? Rindu dah lama tak dengar suara kak Farah,” ujar Iqah ceria.
Dia dengan bakal kakak iparnya sememangnya rapat. Mereka selalu keluar bersama bila dia pulang ke Kuala Lumpur.
“I’m good, Iqah bagaimana sihat?,” ujarku tersenyum mendengar suara Iqah.
Aku turut rindu pada Shafiqah. Jika dia di KL kami selalu keluar bersama. Aku dan Iqah sememangnya rapat.
“I’m fantastic. Can’t wait to come home next month so that we can go for your pre-wedding shopping,” ujar Iqah excited.
Mamanya sudah menelefonnya beberapa kali bertanya bila dia akan pulang ke KL untuk membantunya menyediakan persiapan perkahwinan abangnya.
“Can’t wait, I’m excited too,” jawabku merasa lega bila Iqah menelefon ku.
Hatiku tidak resah seperti tadi. Aku merasa rileks sekarang.
“Finally I’m going to have a nice sister-in-law not like the last one,” jawab Iqah ceria. Akhirnya abang Shafiqnya akan berkahwin dan memberinya kakak ipar yang baik.
“Not like the last one?,” tanyaku bila Iqah berkata demikian tidak faham akan maksudnya dengan not-like-the-last-one.
“OMG!!! You didn’t know? Abang Shafiq tak beritahu kak Farah? Damn…I thought he would tell you about his…- I tell you what, why don’t you just forget about what I said earlier on, I’m sure abang Shafiq tak mention pada kak Farah because it is not relevant anymore,” terang Iqah dia merasa serba salah kerana terlepas kata. Dia tidak menyangka abang Shafiqnya tidak memberitahu bakal kakak iparnya tentang bekas tunangnya dahulu.
Dia tidak faham mengapa abang Shafiqnya tidak pernah menceritakan tentang hubungannya dengan Kak Mia. Jika abang Shafiq dan Kak Mia tidak punya hubungan apa-apa. Apa yang hendak mereka khuatirkan. Dia percaya kak Farah dapat menerimanya kerana Abang Shafiq dan Kak Mia tiada jodoh.
Jantungku bagaikan hendak terlucut bila Iqah tidak tersengaja memberitahu aku tentang Shafiq. Siapa wanita yang disebut Iqah itu? Kenapa Shafiq tidak pernah memberitahu aku mengenai wanita itu. Jika Shafiq jujur, dia akan memberitahuku. Apa yang Shafiq cuba rahsiakan dari aku. Jika Shafiq memberitahu aku sendiri, aku tidak akan merasa curiga kerana Shafiq jujur dan tidak menyembunyikan apa-apa dariku. Bertunang, putus tunang adalah perkara biasa. Berkahwin dan bercerai juga perkara biasa. Jadi kenapa Shafiq tidak memberitahu aku akan hubungannya yang lalu.
“Siapa bekas tunang abang Shafiq, Iqah?,” tanyaku ingin tahu.
Siapa wanita itu kenapa Shafiq cuba rahsiakan dari pengetahuanku.
“It’s nothing kak Farah, she’s not relevant anymore seriously?,” ujar Iqah cuba tidak mahu menjawab pertanyaan Farah.
Aku cuba membuahkan senyum kepada Mikhail bila lelaki itu datang menuju ke arahku sedang aku masih lagi berada di talian bersama Iqah.
Mikhail mengenakan kemeja lengan panjang berwarna kelabu gelap berserta jaket dan seluar tailored hitam. Tiada tie. Dapper as always. Mikhail sentiasa mahu kelihatan kemas dan bergaya.
“Boleh kak Farah call Iqah balik. I’m in a middle of something, we continue our chat later, take care, Asalammualaikum,” ujarku lalu mematikan talian.
Mikhail sudahpun duduk di hadapanku. Aku mendiamkan diri buat seketika cuba meneka siapa wanita yang pernah bertahta di hati Shafiq dahulu. Aku seakan tahu siapa wanita yang di maksudkan oleh Iqah tadi, tapi aku tidak dapat mensahihkannya kerana aku tidak yakin dan pasti dengan tekaanku.
“Is everything ok?,” tegur Mikhail bila Farah seakan mengelamun jauh sebaik sahaja dia mematikan telefon. Seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
“Ok..for now,” jawabku mendatar lalu tersenyum cuba tidak mahu memikirkan tentang wanita misteri Shafiq dan cuba menumpukan perhatianku kepada jejaka kacak yang berada di hadapanku iaitu Mikhail.
From the surface Mikhail’s nice man, well mannered with perfect chiselled look, high cheekbones, so damn good looking and humble too. Adakah Mikhail sama seperti Shafiq? Lelaki yang punya seribu rahsia disebalik wajah kacak mereka.
“I’m pretty sure there’s something in your mind from the way you are looking at me right now,” ujar Mikhail lalu tersenyum bila Farah memandang wajahnya tanda berkedip sedari tadi.
Apa yang menganggu fikiran Farah.
“I’m so sorry, I don’t mean to stare at you,” ujarku lalu tersenyum bila menyedari kesilapanku.
“I’m not. By all means. Please stare all you want!,” jawab Mikhail lalu tersenyum menampakkan lagi lesung pipit di pipi kanannya.
Aku tertawa kecil dan menjadi segan bila Mikhail berkata demikian. He’s charming and have good sense of dry humor too. Kerana bila Mikhail berjenaka expresi wajahnya kelihatan serious.
Wajahku merona merah bila Mikhail mengusiku. Kenapa bila aku bersama dengan Mikhail aku menjadi senang seolah-olah dia dapat menyelesaikan segala masalah aku, bebanan yang aku tanggung akan menjadi ringan bila aku ada bersamanya.
“Must be hard for a lady to be only friend with you I might say,” jawabku lalu tersenyum.
Berkawan dengan lelaki kacak seperti Mikhail. Seriously how can a lady be friend with him without falling in love with him. Semua quality yang wanita idamkan pada lelaki pilihan mereka, ada pada lelaki itu.
“Actually I don’t have many lady friend, you are the only lady friend I have,” jawab Mikhail lalu memanggil salah seorang pelayan Starbucks.
“Probably they want more than just a friend,” jawabku tersenyum lagi.
Orang kacak seperti Mikhail sudah tentu wanita mahu dia menjadi lebih dari teman biasa. Masakan Mikhail tidak tahu. Atau Mikhail terlalu memilih.
“Probably,” jawab Mikhail ringkas lalu tersenyum.
Pelayan Starbucks menyerah menu kepada mereka. Sebaik sahaja mereka memesan minuman pelayan itu berlalu pergi.
Mikhail memandang tepat ke wajah Farah. Farah seorang wanita yang cantik dan baik budi pekerti. Wanita baik seperti Farah seharusnya mendapat suami yang baik, menyayangi, mencintainya dan akan menjaganya dengan baik. Dia tidak tahu bagaimana Farah boleh bertahan dengan lelaki seperti Shafiq yang tidak menghargai wanita sepertinya. Walaupun dia tidak begitu mengenali Farah, tapi dari messages yang di terima mengenai masalah Farah dengan Shafiq. Mikhail dapat mengagak hubungan Farah dengan Shafiq bagaimana. Dia tahu Shafiq tidak begitu bersungguh-sungguh dengan Farah dengan cara layanan yang diberikan dan dia juga tahu Shafiq masih mencintai adiknya Mia. Kenapa Farah tidak nampak semua ini? Adalah perkara mustahil jika Farah tidak tahu sebab mengapa Shafiq berbuat begitu terhadap dirinya. Atau Farah seorang wanita yang hanya meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada Shafiq.
“Mikhail you make me feel uneasy,” ujarku lalu menyedut java chips yang aku pesan awal tadi.
Kenapa Mikhail memandang aku begitu? Aku menjadi tidak senang sendiri bila giliran Mikhail pula merenung aku sebegitu.
“Sorry my bad, I can’t help it, you are beautiful woman,” ujar Mikhail lalu tersenyum.
Dia ikhlas memuji kecantikan Farah. Farah bukan sahaja cantik dia juga seorang wanita yang berhati baik.
Sekali lagi wajahku merona merah bila Mikhail memujiku. Oh gosh! Mikhail please stop whatever you are doing right now. Aku tidak mahu terjatuh cinta pada Mikhail. Tidak mahu merumitkan masalah yang sedia ada. Tapi cara layanan dan perilaku lelaki itu terhadap diriku, amat aku senangi. I really like his company.
“Ok thanks, semalam masa I kata hendak beritahu Shafiq tentang cincin itu, you kata jangan beritahu dia, kenapa?,” soalku ingin tahu kenapa Mikhail tidak membenarkan aku memberitahu Shafiq tentang cincin yang hilang itu.
Aku tahu Mikhail masih belum bersedia untuk menerangkan kepadaku mengenai sebab kenapa dia tidak membenarkan aku memberitahu Shafiq, kerana dari body language yang ditunjukkan, dia seperti mahu mengenali aku lebih lanjut. Aku pula yang sengaja tidak mengizinkan dia berbuat demikian kerana aku merasa tidak selesa, aku khuatir perasaan suka pada Mikhail akan bertukar kepada perasaan cinta pula jika aku mengenalinya dengan lebih rapat. Aku akui aku sebenarnya mula tertarik pada Mikhail.
Mikhail mencapai café lattenya lalu meneguknya perlahan. Sebaik sahaja dia meletak cawan itu kembali di meja. Dia menyandarkan badannya di sofa dan mendiamkan diri buat seketika seolah-olah berfikir bagaimana hendak memulakannya bicara.
“You are going to hate me for this,” jawab Mikhail lalu tersenyum paksa.
Dia masih belum bersedia untuk berbicara mengenainya, namun Farah seakan tidak sabar dan benar-benar ingin tahu kenapa dia ingin bertemu dengannya.
“I don’t really understand what you meant, just tell me,” ujarku tidak sabar ingin tahu bila Mikhail mengatakan bahawa aku akan membencinya.
Apa sebenarnya yang Mikhail ingin memberitahuku? Mengapa dia mengatakan aku akan membencinya sebaik sahaja dia memberitahu aku? Apa yang Mikhail tahu? Pelbagai soalan menerpa di benak fikiranku. Jantungku berdegup dengan kencang. Aku mula merasa tidak sedap hati seperti awal tadi.
“Can you tell me when is the last time you wore that ring?,” tanya Mikhail lagak seperti detective menyoal suspek.
“I tak berapa ingat mungkin selepas balik dari rumah Shafiq semasa kenduri atau berjumpa dengan my girlfriends, I can’t really remembered it clearly sebab ramai yang mencuba dan admiring the ring,” ujarku cuba mengingati kali terkahir aku memakai cincin tersebut.
“Meeting your girlfriends?,” ujar Mikhail ingin tahu siapa teman Farah yang di temuinya kali terakhir sebelum cincinnya hilang.
“Ya…my close friends Tasha..Liza..Shah dan MIA…!!,” jawabku tiba-tiba terhenti bila aku menyebut nama Mia. Jantungku berdegup pantas bila aku menyebut namanya.
“Why what’s wrong?,” ujar Mikhail bila Farah berhenti menyebut nama teman yang di temuinya sebelum cincin itu hilang.
“Show me, show me the ring!,”
“Gorgeous ring, tak sangka jari kau dengan aku lebih kurang eh Farah,”
“Betul ke si Shafiq ni nak kahwin dengan kau, kau tahu kan perangai Shafiq macamana, playboy tak sudah,”
“Finally I’m going to have a nice sister-in-law not like the last one,”
“It’s all start coming back to me, why am I so blind and so naive,” ujarku dengan perasaan sebak.
Air mataku mengalir tanpa dapat aku tahan. Sedih bila menyedari orang yang selama ini aku anggap teman baik dan orang yang aku sayang telah menyakitkan hati ku. Sampai hati kau Mia! Sampai hati kau Shafiq!
“Farah, I’m sure that’s a better explanation for all this,” ujar Mikhail.
Dia tidak tahu apa yang di fikirkan Farah. Dia hanya membantu Farah mendapat clue kehilangan cincin pertunangannya. Dia tidak faham akan maksud Farah tentang “she’s naïve”.
Mikhail tidak mahu merosakkan perhubungan Shafiq dengan Farah. Dia tahu Farah sayangkan Shafiq. Dia juga tahu Mia adiknya itu masih mencintai Shafiq. Tentang Mia, dia tahu bagaimana hendak menguruskannya kerana ia sudah menjadi tanggungjawabnya terhadap diri Mia. He’s trying to minimize the damage here.
“You knew all along, who are you? Apa hubungan you dengan Mia, is this some kind of sick joke,” tanyaku bertubi-tubi bila Mikhail berkata demikian.
Aku dapat merasakan suhu diwajahku panas menahan geram. Mikhail ku pandang geram seperti mahu menelannya.
“Rileks Farah! Calm down! What do you want to know I will tell you,” ujar Mikhail dengan suara tenang. Dia tahu Farah sedang marah. Dia tidak pernah melihat Farah seberang ini.
“Selama ini Shafiq ada hubungan dengan Mia? Shafiq masih cintakan Mia! Tell me Mikhail why they do this to me?? Why?? I ni bodoh terlalu percayakan mereka. Kenapa Shafiq sanggup buat begitu pada I Mikhail?? Apa dosa I terhadap diri mereka. And you Mikhail the only person I have trust hide this dark secret from me, you dan Shafiq sama sahaja,” ujarku dengan linangan air mata. Sedih bila menyedari diri ini di permainkan oleh insan-insan yang aku sayangi.
“Farah don’t get me wrong, I tidak berniat hendak menyembunyi apa-apa dari pengetahuan you, I don’t want you to hear it from the third party, I hendak you bertanya sendiri pada Shafiq dan Mia,” terang Mikhail.
Dia merasa serba salah bila Farah sudah tersalah anggap akan niatnya yang sebenar. Dia mahu Farah bersemuka dan bertanya sendiri pada Shafiq. Jika dia memberitahu Farah tentang hubungan Shafiq dengan Mia. Farah tidak akan mempercayainya. Farah akan menuduh dan menyangka dia cuba merosakkan hubungan mereka.
“You tahu hubungan mereka and yet you tidak beritahu I, you trying to be the noble person don’t want me to hear from the third party, does our friendship meant anything to you Mikhail? Or there’s no friendship at all. Oh I forgot you are noble person, here’s the news flash friends help friends not the other way round, Mikhail,” jawabku dengan nada geram.
Aku sangkakan Mikhail teman yang baik. Yang akan membantu aku dan menyedarkan aku sebelum semuanya terlambat. Ternyata Mikhail tidak sebaik yang aku sangkakan. Aku benar-benar kecewa dengan sikap Mikhail.
Mikhail hanya mendiamkan diri bila Farah berkata demikian bertujuan untuk tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Farah sedang bersedih dan kecewa. Segala tuduhan Farah terhadap dirinya, dia terima dengan hati yang tenang. Dia tidak dapat berbuat apa-apa jika itu persepsi Farah terhadap dirinya. Mungkin ada baiknya Farah mengakhiri hubungan “accidental friend” dengannya. Dia tidak mahu menambah penderitaan Farah. Apa yang membuatkan dia terkilan dia tidak dapat membuktikan pada Farah bahawa segala sangkaan terhadap dirinya adalah tidak benar sama sekali. Dia cuba membantu Farah agar Farah tidak kecewa di kemudian hari. Shafiq bukan lelaki untuknya.
“I’m sorry Farah,” jawab Mikhail perlahan dengan hati yang berat.
Dia tidak tahu kenapa dia merasa helpless bila Farah bersedih. Mungkin kerana dia kasihkan Farah. Dan baru kini sedar bahawa dia sayangkan Farah. Selama ini dia tidak pernah melayan atau mendengar bisikan hati dan perasaannya. Bila setiap kali dia menerima message dari Farah dia merasa gembira dan dia tidak pernah merasa jemu melayannya. Adakah kerana dia cintakan Farah maka dia merasa perasaan sedemikian. Mikhail menjadi tidak senang bila memikirkannya.
“Sorry it’s that all you can say, no defense for yourself..you are right I’m going to hate you for this, for not being a good friend of mine, I’ll guess this is goodbye,” jawabku lalu bangun dari sofa.
Hatiku merasa benar-benar sebak. Airmataku mengalir laju. Aku tidak tahu kemana arah hendak ku tuju.