MIK mengurut dahinya perlahan kerana kepalanya terasa berdenyut-denyut sedari tadi. 2 biji pandol sudah di telan. Namun denyutan di kepalanya masih belum beransur pergi. Apa mimpi mamanya menelefon mencarinya. Mik tidak dibesarkan oleh mamanya kerana mama dan papanya mengambil keputusan untuk berpisah ketika dia berusia 5 tahun lagi. Mamanya pula mendirikan rumahtangga dengan Dato Mansur. Dan dia dibesarkan oleh papa dan ibu tirinya Salena. Mik tidak pernah membenci mamanya. Dia hanya terkilan kerana mamanya langsung tidak meluangkan masa bersama dengannya sejak dia berpisah dengan papanya. Seolah-olah mamanya terlupa langsung tentang kewujudan dirinya. Hanya papa dan ibu Salena sahaja tempat dia bergantung kasih. Mama hanya memberi kasih sayang kepada anak Dato Mansur, anak hasil perkahwinan mereka. Walaupun itu cerita lama dan dia tidak perlu lagi mengungkit kisah silam kerana dia bukan lagi anak kecil yang perlukan kasih sayang dan belaian seorang ibu, kerana dia sudah dewasa. Hanya dia tidak mengerti mengapa baru sekarang dia mempertikainya sedangkan dia tidak pernah peduli dan terasa hati dengan mamanya kerana dia dibesarkan oleh papa dan ibu Salena. Ibu tirinya Salena, sayangkan dirinya seperti anak kandungnya sendiri.
“Sir, your mum kept on calling you since morning,” masih terngiang-ngiang di cuping telinganya akan pesanan setiausaha barunya Alia.
Dia tahu “Mum” yang di maksudkan Alia bukanlah ibu Salena kerana ibu tidak pernah menghubunginya di pejabat. Dia akan menghubunginya di handphone.
Mik meletak pen yang di pegangnya tadi di atas meja. Dia mencapai gagang telefon lalu mendial nombor mamanya.
“Hello ma,” ujar Mik sambil lewa sebaik sahaja taliannya di jawab.
“Mik apa khabar?,”
“I’m good ma, you?,”
“I’m good too son, thanks for returning my call,”
Talian sepi. Tiada siapa yang mahu menyambung perbualan dahulu.
“Mik, I need to see you, I really miss you Mik, when can we meet?,” ujar Datin Zai menahan sebak bila dia berkata demikian.
Dia sayangkan Mik. Hanya Mik yang tidak tahu. Dia sedar dia bukanlah seorang mama yang baik. Dia tidak memberikan Mik kasih sayang bila anaknya itu memerlukannya. Apa kan daya. Dia tidak dapat mencurahkan kasih sayangnya kepada Mik kerana sebaik sahaja dia bernikah dengan Dato Mansur. Mereka berpindah ke Germany. Dan Mik pula di besarkan oleh papa dan ibu tirinya Salena. Mik tidak tahu betapa rindunya dia pada Mik kerana dia hanya ada anak lelaki seorang sahaja, iaitu Mik. Dia tiada anak lelaki lagi. Hasil perkahwinanya dengan Dato Mansur mereka hanya dikurniakan seorang anak perempuan sahaja.
Mik mengeluh perlahan. Kenapa baru sekarang mama mencarinya, sedangkan selama ini mama tidak pernah ingat bahawa dia mempunyai seorang anak dari hasil perkahwinannya yang pertama. Mik terasa janggal bila berdepan dengan mamanya.
“Mik are you there son?,” ujar Datin Zai bila Mik tidak berkata apa bila dia mengatakan bahawa dia rindu padanya.
“Yes I’m here ma, my schedule is tight this week, how about next week Wednesday?” ujar Mik lalu menaip sesuatu di calendarnya. Lunch appointment with Datin Zai.
“Wednesday for dinner?,”
“I’m afraid I can’t ma, I have to fly off to Dubai on Wednesday night, we do lunch?,” jawab Mik sambil tangannya ligat menanda tangani document yang di beri Alia.
“Ok son, see you on Wednesday, take care,” ujar Datin Zai mengakhiri perbualan mereka. Dia tahu Mik sedang sibuk bekerja.
“See you too Mum,” jawab Mik lalu meletak gagang telefon ketempat asal.
Mik menyandarkan badannya di kerusi. Memikirkan apa tujuan mama hendak bertemunya kali ini? Kali pertama mama meminta dia menemaninya ke rumah kakaknya kelmarin. Katanya hendak memperkenalkannya kepada ahli keluarga kerana mereka terputus hubungan lama dan mak longnya tidak mengenal siapa anak lelaki mama. Dan kali pertama juga dia mengenali adik perempuannya walaupun tidak diperkenalkan dan di pertemukan mama, kerana dia hanya berada di rumah mak longnya sebentar sahaja untuk menghadiri kenduri. Selepas kenduri dia terpaksa bergegas pergi kerana punya temujanji di luar. Dia hanya dapat melihat wajah dan kelibat adiknya sahaja.
Hubungan dia dengan mamanya masih lagi janggal inikan pula hubungan dia dengan adik perempuannya yang baru dikenali setelah adiknya kini berusia 26 tahun. Sudah tentu susah hendak menyesuaikan diri kerana selama ini dia menganggap dia hanya anak tunggal tidak punya adik atau abang. Having a sister is something new.