Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 19


MIKHAIL membuka satu butang kemeja yang menjerut lehernya. Dia menarik dan melonggarkan tali lehernya sebaik sahaja meetingnya dengan para Director berakhir. Terasa sesak nafasnya bila mesyuarat kali ini para Director bertanyakan bermacam-macam soalan mengenai urusan projek mereka yang lalu. Dan board of directors meminta dia membentangkan report terperinci mengenai projek yang dikendalikan 2 tahun yang lalu. Pada ketika itu Mikhail merupakan Projek Direktor untuk projek-projek tersebut. Menurut mereka ada yang tidak kena pada kertas kerja yang difailkan. Dan mereka mahu Mikhail bertanggungjawab sekiranya syarikat mengalami kerugian.


Mikhail mencapai beberapa fail yang berada di hadapannya. Dia cuba mencari kesilapan pada kertas kerja yang mereka maksudkan. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Mikhail percaya ada dalang yang cuba melihat dia gagal sehingga membuatkan dia disoal siasat oleh peguam syarikat.


“Mik?” tegur Emilia risau melihat keadaan Mikhail sebaik sahaja mesyuarat berakhir. Semua yang terbabit di dalam mesyuarat sudah meninggalkan bilik hanya Mikhail masih lagi berada di tempatnya.


“Macamana kertas kerja ini boleh berlainan dengan apa yang I sudah sediakan,” ujar Mikhail lalu memandang wajah Emilia. 


Emilia salah satu manager untuk projek “Atalia”. Mereka sama-sama menjayakan projek tersebut. 


“Mik seriously I don’t know anything about the paper work, you better ask Farouk,” ujar Emilia merasa tidak selesa bila Mik menyoalnya tentang kertas kerja tersebut kepadanya. Memang mereka yang menguruskan project Atalia bersama tapi Farouk dan Mikhail yang mengendalikan paper work.


“Farouk?,” ujar Mikhail sepatah sebaik sahaja Emilia menyebut nama Farouk. 


Mikhail membuka fail tersebut semula. Dia menyelak kertas kerja tersebut mencari sesuatu. Setelah ketemu apa yang di cari di atas kertas kerja tersebut dia menutup fail itu kembali. Kepalanya terasa berat teramat sangat. Dia mengurut dahinya perlahan.


Melihatkan Mikhail berbuat demikian Emilia berjalan ke belakang Mikhail lalu mengurut kepalanya perlahan.


“You buat apa Emilia?,” ujar Mikhail lalu menoleh kearah Emilia. Kurang senang dengan perlakuan Emilia. 


“I miss you Mik,” ujar Emilia lalu memeluk Mikhail dari belakang.


Mikhail mengeluh bila Emilia berbuat demikian. Tangan Emilia yang melingkari lehernya di tarik perlahan menandakan dia tidak suka diperlakukan begitu. 


“Mik, why can’t we be together again macam dulu, I really miss you sayang,” ujar Emilia merengek manja berharap Mikhail akan melayannya. 


Dia masih sayangkan Mikhail. Mereka dahulu pasangan kekasih. Mikhail juga sangat menyayanginya suatu ketika dahulu begitu juga dirinya. Dia tidak tahu kenapa Mik berubah hati dan memutuskan hubungan mereka 2 tahun yang lalu. Mikhail tidak memberi alasan kenapa dia minta mereka berpisah. Yang dia tahu Mikhail terlalu membencinya sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi bersama dengannya. Sehingga kini dia masih cuba untuk memikat hati Mikhail kembali kerana dia masih sayangkan Mikhail. Namun Mikhail tidak pernah ambil endah. Seolah-olah dia tidak pernah wujud dalam hidupnya. Mikhail hanya menganggap dia teman sekerja dan tidak lebih dari itu. Cara layanan Mikhail terhadap dirinya juga berbeza dan tidak seperti dahulu. Mik melayannya sama seperti pekerja lain. Dia tidak tahu kenapa Mikhail begitu membencinya sehingga kini. Apa yang dia tahu Mikhail selalu menyatakan bahawa dia telah mengkhianati cintanya. Tapi itu dahulu. Kini dia sudah sedar akan kesilapannya yang telah menduakan Mikhail dahulu. Dia sedar dia masih cintakan Mikhail dan tidak mahu kehilangan Mikhail. Tapi lelaki itu tidak memberinya peluang kedua untuk hubungan mereka. Mikhail benar-benar benci padanya.


Mikhail menoleh kearah Emilia. “Emilia, we can’t be together again, never!,” jawab Mikhail ringkas dan tegas. Dia bangun dari kerusi lalu meninggalkan bilik mesyuarat tanpa memperdulikan Emilia. Emilia mengetap bibir menahan geram. 




Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.