AKU mencapai handphone bila menerima pesanan watsapp. Ingin tahu dari siapa? Aku mengerutkan dahi bila pesanan watsapp yang aku terima bukan dari buah hatiku. Tapi dari Shafiq??
Hi Farah? How r u?
I’m good.
Taipku ringkas. Tidak tahu akan tujuan apa Shafiq memberi aku message.
I’m glad to hear that. Sorry to disturb you.
Maaf, Shafiq apa sebenarnya you nak??
Taipku straight-to-the-point. Aku malas hendak melayan karenah Shafiq. Kami tidak ada apa-apa ikatan lagi. Dan setahu aku. Aku masih belum boleh memaafkannya. Jadi aku tidak perlu berbuat baik dengannya. Sorry.
I’ve heard you dengan Mikhail sekarang.
Aku menjeling bila Shafiq mahu mencampuri urusan aku. Siapa dia?
MYOB.
Balasku ringkas.
I’m happy for U, Farah.
Aku mengeluh perlahan bila Shafiq masih mahu menyakitkan hati aku. Aku tidak perlu minta izin darinya dengan siapa aku bercinta sekarang. Aku senang dan bahagia. Walaupun aku terpaksa berpisah dengan Mikhail bertahun-tahun lamanya sekiranya dia dipenjarakan. Aku setia menantinya. Sekurang-kurangnya Mikhail tidak lari dari masalah. Dia berani menghadapinya walaupun kesalahan itu bukan dia yang lakukan.
Seriously Shafiq? What do you want from me??
Mia and I are getting married, kami bernikah minggu depan. It’s a small ceremony, permintaan Mikhail sebelum dia ke mahkamah next month? We really hope you can come.
Aku membaca message yang aku terima dari Shafiq. Perasaan aku ketika membacanya biasa sahaja. Tiada rasa sakit hati atau perasaan geram.
Congratulations. I can’t promise.
Balasku lalu meletak handphoneku di atas meja. Aku menyelak surat khabar di bahagian iklan.
Mikhail menuju kearah Farah yang sedang menantinya di Starbucks. Farah kelihatan tekun membaca sesuatu di akhbar. Di meletak Java chips di atas meja.
Aku tersentak bila seseorang meletak minuman di atas mejaku. Aku menoleh. Aku tersenyum tatkala terpandang akan wajah Mikhail. Lelaki kacak yang kini menjadi igauan aku siang dan malam. Lebih-lebih lagi aku tidak dapat meluangkan banyak masa bersamanya kerana Mikhail terpaksa berulang alik ke pejabat peguamnya untuk menyediakan dokumen yang perlu di sediakan untuk perbicaraannya nanti. I’m really going to miss him a lot. And I still can’t believe that he is mine. Senyumku sendiri.
“Aww!! You so sweet lah dear, mana you tahu my favourite drink,” jawabku lalu tersenyum nakal kerana aku tidak memesan minuman tadi. Aku sengaja mahu menunggunya.
“I just know,” jawab Mikhail membalas senyuman Farah.
Dia berada di pejabat peguamnya tadi bila dia menerima pesanan dari Farah untuk bertemunya di Starbucks. It’s kind of relieve kerana Mikhail sudah penat berada di pejabat peguamnya kerana suasana di sana membuatkan dia stress. Bertemu dengan Farah sekurang-kurangnya dia dapat melepaskan rindu. Sejak bertemu dengan Farah di rumah mamanya kelmarin mereka tidak bertemu lagi kerana dia sibuk dengan peguamnya manakala Farah pula sibuk bekerja. Mereka hanya berhubungan melalui watsapp dan kadang kala di telefon.
“I miss you dear,” jawabku tanpa rasa malu lagi pada Mikhail. Heck care! He’s my guy friend now. Aku tidak perlu merasa malu untuk bermanja dengannya.
Mikhail tersenyum bila Farah berkata demikian.
“I miss you too dear, I kind of worried now, if I’m not here with you, how are you gonna cope?,” ujar Mikhail lalu memandang tepat ke anak mata Farah.
Dia menyentuh tangan Farah yang berada di meja lalu mengusapnya perlahan. Dia bimbang jika Farah tidak dapat mengawal perasaannya.
“Then don’t go,” jawabku dengan wajah sedih lalu mengengam tangannya erat.
“We have talked about this dear,” ujar Mikhail dengan nada risau.
Aku hanya tersenyum bila Mikhail menunjukkan wajah bimbang. Ini membuktikan bahawa Mikhail benar-benar risau dan sayangkan aku. Dan sayang sekali aku hanya dapat bersama dengannya sekejap waktu. Haizzz!!. Faith is too cruel to me.
“I’ve heard Mia is getting married?,” ujarku cuba untuk tidak memikirkan tentang perpisahan kami.
Aku tidak mahu membuatkan Mikhail risau. Dia sudah cukup banyak perkara yang perlu dirisaukan aku tidak mahu menambah bebannya.
“Mia beritahu you?,” soal Mikhail ingin tahu.
Dia belum memberitahu Farah kerana dia mahu memberitahunya sendiri dan bukan dari telefon atau menghantar mengunakan pesanan ringkas.
“Shafiq,” jawabku ringkas.
“How do you feel?,” tanya Mikhail.
“Surprisingly ok, just kind of weird seeing him with Mia dan I dengan you, it will be more awkward jika I bernikah dengan you dan Shafiq menjadi adik ipar I,” ujarku lalu tetawa kecil bila memikirkannya. Sudah jadi seperti cerita keluarga 69.
“You feel awkward, you don’t feel jealous Mia is with Shafiq?,” tanya Mikhail lagi.
“Kenapa I hendak cemburu? I dapat best deal, and he is right in front of me, I should thank Shafiq for that, kalau I tidak putus tunang dengan dia, I tidak akan bersama dengan you,” ujarku lalu tersenyum. Faith is not cruel. I’ve found Mikhail. And I’m really thankful to Allah for giving me, Mikhail.
“It’s good to hear, actually I’m kind of worry you will go ballistic, but you are not, I’m so want to marry you right now,” jawab Mikhail merasa lega.
Dia khuatir Farah masih tidak dapat melupakan Shafiq dan berita penikahan Mia dengan Shafiq akan menganggu fikirannya. Ternyata Farah tiada perasaan apa-apa lagi terhadap diri Shafiq. She have move on.
Jantungku seakan berhenti berdegup bila Mikhail berkata demikian. Aku memandang wajah Mikhail ingin kepastian darinya.
Mikhail berhenti tersenyum bila Farah memandangnya begitu.
“Dear, Is there something wrong of what I have say?,” ujar Mikhail bila Farah tiba-tiba kelihatan serious.
“You worry too much,” jawabku dengan wajah serious.
“That’s my duty when it comes to people I love,” jawab Mikhail. Mikhail is very protective kind of person.
“Ok…,” aku mengeluh lega.
Ini bermakna dia tidak bermaksud dengan apa yang di katakan tadi. It’s just an expression. Phew! Panik aku sekejap.
“But I’m serious of what I said earlier, I’m so want to marry you right now,” ujar Mikhail dengan wajah serious. Dia tahu Farah dengar apa yang di ungkapkan tadi hanya Farah tidak pasti samada dia benar-benar bermaksud apa yang di katakan.