Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 10

AKU menyedut fresh oren lalu melemparkan pandangan kearah luar. Pinggan berisi nasi campur hanya terluak sedikit. Hatiku merasa tidak senang selagi tidak bertemu dengan cincin pertunangan aku. Semalam aku bernasib baik kerana Datin Zainab tidak dapat mengenal pasti bahawa cincin di jariku bukannya cincin yang asli. Walaupun Shafiq dan mama tidak tahu cincin di jariku itu adalah cincin tiruan, ini tidak bererti aku terlepas dari masalah kerana masih belum bertemu dengan cincin yang asli. Aku tidak mahu terus menerus menipu mama dan Shafiq. Mana perginya cincin zamrud aku? Orang curi? Ah tidak mungkin kerana aku hanya menanggalkan cincin tersebut bila berada di rumah. Kenapalah aku cuai sangat. Bagaimana jika aku tidak dapat bertemu langsung akan cincin itu. Aku harus memberitahu mama dan berterus terang pada Shafiq. Bagaimana reaksi mereka bila mengetahui cincin moyang  Shafiq telah hilang. Adakah mereka dapat menerima alasan aku. Pening kepala aku bila memikirkannya.


Aku mencapai handphone bila ianya berbunyi.


Hi there? How?? Do you manage to find the ring?


Aku tersenyum sebaik sahaja membaca message yang aku terima. Siapa lagi yang tahu aku kehilangan cincin jika tidak Mikhail. 


Belum lagi.   


Mikhail menaip sesuatu.


Oh dear! I’m sure you will be able to find it, if you can trace back when the last time you have seen the ring.


Aku tidak menyangka Mikhail turut mengambil berat dan merasa khuatir akan kehilangan cincin aku. Jika dia tidak mengambil berat, dia tidak akan bertanya. Aww you so sweet lah Mikhail. How I wish my fiancée also sweet like you. But he is not. Dia lebih sweet dengan orang lain. Dengan aku dia sour plum. Aku tidak mahu memikirkan tentang Shafiq kerana aku tidak punya ruang untuk memikirkan tentang maslaah Shafiq yang suka melayan perempuan. Fikiranku lebih rungsing tentang cincin yang hilang.


Sure, will do. BTW thanks for your concern. 


No worries! Take care. 


Aku tersenyum lagi bila membaca pesanan watsapp Mikhail. Mikhail sudah pandai meletak emoticon di whatsappnya.


“Hi dear, message siapa tu?,” tegur Shafiq bila dilihat tunangnya itu tersenyum memandang kearah handphonenya.


Aku tersentak bila Shafiq tiba-tiba menegurku. Pantas jariku menekan delete message dari Mikhail. Lalu menyimpan handphone ke dalam bag. Shafiq duduk dihadapanku. 


“Mia..,” bohongku. Mana mungkin aku akan membertitahunya bahawa aku berbalas message dengan Mikhail. Nak mati. One thing about perangai lelaki yang aku tahu. Mereka boleh buat tapi wanita tidak boleh, walaupun berkawan biasa sahaja. pfft. Biased!


“Mia???? You dah bestfriend balik dengan Mia ke?” tanya Shafiq lagi sambil membelek-belek menu di hadapannya. 


“BFF, forever and ever,” jawabku acuh tak acuh lalu menyedut fresh orenku. 


Betul ke aku BFF dengan Mia. Semakin hari, semakin aku benci dengan Mia bila dia sengaja menganggu Shafiq dengan alasan dia sepupu Shafiq dan mereka rapat sejak dari kecil lagi. Orang lain pun ada sepupu juga. Tak adalah lorat semacam mereka berdua ni. Jika mereka bersama lagaknya sudah seperti pasangan kekasih. Tak agak-agak. Tahulah mereka rapat dah namanya sepupu kan. Tapi rapat mereka over.


“Apa yang sedap kat sini?,” tanya Shafiq lalu menyentuh tangan Farah. 


Dia tahu Farah tidak suka jika nama Mia disebut-sebut selalu. Dia tahu Farah merasa cemburu dengan Mia. 


“Semua sedap,” jawabku sambil lewa malas hendak menyarankan makanan mana yang sedap terdapat di restaurant tempat kami makan. 


“Hmm….betul semuanya sedap?? Ok,” ujar Shafiq dia memandang kearah kaunter lalu melambaikan tangannya kepada salah seorang pelayan restoren untuk membuat pesanan.


“Ya abang nak order apa?


“Saya nak nasi ayam penyet..mee goreng basah..sup kambing..fish & chips..air belimbing dan pulut hitam,” ujar Shafiq lalu tersenyum.


Aku mengerutkan dahi bila Shafiq membuat pesanan demikian. Dia gila ke nak order semua yang terdapat di menu tersebut.


“Untuk berapa orang bang?,” tanya pelayan itu sekadar ingin tahu.


“Untuk saya seorang, kakak ni cakap semua sedap kat sini,” jawab Shafiq dengan wajah tak bersalah. 


Dia menyerahkan kembali menu tersebut kepada pelayan itu.


“Dik cancel semua yang abang tak berapa betul ni order, yang dia nak hanya air belimbing dengan nasi ayam penyet itu sahaja, terima kasih,” ujarku sebelum pelayan itu berlalu membuat pesanan di dapur. Shafiq hanya tersenyum bila aku berbuat demikian.


“Kenapa ni? Macam tak de mood saja jumpa I,” pujuk Shafiq bila dilihatnya Farah kelihatan tensed sejak dia datang tadi. 


Selalunya Farah gembira bila bertemu dengannya kerana sejak kebelakangan ini mereka jarang bertemu. Dia sibuk out-station manakala Farah pula jarang mahu keluar pada hujung minggu. 


“I tak berapa sihat tu saja,” jawabku lalu menyedut baki fresh oren ku sehingga habis.


“Hendak I hantar you ke klinik,” ujar Shafiq lalu menyentuh tangan Farah lagi.


“It’s ok, tak serius mana pun, selsema biasa,” jawabku perlahan. 


Entah kenapa tetiba sahaja aku minta cuti setengah hari dan tujuan aku sebenarnya hendak berehat di rumah, tidak tahu kenapa pula aku boleh meminta Shafiq bertemu dengan aku hari ini. Shafiq pula tidak banyak tanya bila aku minta dia berjumpa. Selalunya banyak sahaja alasan yang di berikan kepadaku bila aku mahu makan tengahari bersama dengannya.


“You tak sibuk hari ni?,” 


“Untuk you sayang I akan tinggalkan segalanya and come run to you,” jawab Shafiq lalu tersengih.


Hendak tergolek mendengar Shafiq berkata demikian. Aku sakit atau Shafiq yang sakit? Belum pernah dia tutur ayat sedemikian padaku. 


Nasi ayam penyet Shafiq dan air belimbing terhidang di meja. 


“Serius ok,” ujarku sebaik sahaja pelayan yang menghantar makanan Shafiq meninggalkan meja kami. 


“I pun off hari ini lepas balik out-station dari Jakarta itu hari, so bila you call I terus jumpa you,” jawab Shafiq lalu tersenyum. 


Dia mencapai sudu dan garfu yang tersedia. Dia menyudu sedikit nasi penyet lalu di suakan ke mulut Farah.


“No thanks,” jawabku perlahan. Aku hanya memerhatikan Shafiq menyantap makanan dengan begitu selera sekali. Memang tidak di nafikan nasi ayam penyet di restoren ini terkenal dengan kelazatannya. Tapi hari ini seleraku benar-benar hilang.


Aku tidak tahu kenapa pertemuan aku dengan Shafiq hari ini aku merasa tidak begitu teruja. Kenapa? Apakah perasaan aku terhadap Shafiq sudah mula pudar. Mustahil kerana aku sayangkan Shafiq. Ah mungkin kerana aku terlalu memikirkan cincin tunang yang hilang itu maka aku tidak punya mood untuk meluangkan masa bersama Shafiq. Mana perginya cincin itu? Adakah ini petanda tidak baik. Kerana aku seorang yang berhati-hati. Mana mungkin cincin sepenting itu boleh aku hilangkan.


“Kenapa dear, apa yang you fikirkan, menung jauh nampak,” teguran Shafiq membuatkan aku tersentak. Aku mengeleng kepala perlahan bila Shafiq bertanya.


“Lepas makan ni you hantarkan I balik ok dear, I hendak berehat di rumah,” ujarku perlahan. 


Tidak sabar rasanya aku hendak pulang ke rumah. Otakku berserabut memikirkan tentang cincin yang hilang.


“Ok I temankan you kat rumah,” jawab Shafiq lalu tersenyum bila tunangnya mahu terus pulang ke rumah walaupun pada awalnya dia bercadang hendak mengajak tunangnya itu pergi menonton wayang.


“It’s ok, anyway it’s not nice if you hang around my house, kita keluar lain hari ok dear,” pujukku kerana aku tahu Shafiq pasti  merasa tidak puas hati bila aku tidak dapat menemaninya menonton wayang. 


Fikiranku benar-benar berserabut sekarang. Jika aku keluar pun aku tidak punya mood langsung.


“Sayang, you ginilah…., bila I ajak you keluar you jarang hendak ikut, you tunang I, jika I keluar dengan perempuan lain you marah pulak,” sindir Shafiq tanpa memandang wajah tunangnya.


“Excuse me! Sedap mulut cakap begitu, you suka jika I keluar dengan lelaki lain??,” jawabku geram kerana Shafiq tidak mengerti akan maksudku bahawa aku tidak berapa sihat dan hendak berehat. 


Kenapa Shafiq tidak boleh memahami keadaan aku. 


“You ada lelaki lain ke sayang?” tanya Shafiq selamba lalu memandang wajah Farah tepat.


Aku tersentak bila Shafiq berkata demikian. Lelaki lain? Mana ada lelaki lain. Aku hanya ada dia seorang. Bukankah dia tunang aku. Kenapa Shafiq bertanya soalan demikian.


“Apa maksud you lelaki lain?,” tanyaku cuba mengawal intonasi suaraku agar tidak mencetuskan kemarahan Shafiq. 


“Yelah you tak pernah menjawab balik pada I dengan jawapan sedemikian, you tak pernah mengugut I dengan ayat begitu,” jawab Shafiq dengan wajah selamba. 


Nasi ayam penyet yang di santapnya kelihatan tinggal sedikit. 


“You jangan nak macam-macam,” jawabku sambil lewa. 


Aku menjeling kearah Shafiq yang sedang leka bermain dengan telefonnya. Aku tidak pula bertanya dengan siapa yang dia berbalas message sedari tadi.


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.