Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 13

ISSK bosan. Cemuh ku dalam hati. Majalah Pengantin aku campak ke atas meja. Hilang mood aku untuk melihat koleksi pakaian pengantin. Selalunya aku suka melihat keindahan koleksi pengantin dan gubahan hantaran di majalah pengantin. Ruang tamu mewah rumah mama ku pandang dengan rasa bosan. Boleh dikatakan hampir setiap minggu aku kemari menemani mama. Tidak kira samada Shafiq ada di rumah atau out-station aku akan kemari menemani mama di rumah. Aku dan mama Shafiq memang rapat. Kekadang itu aku menemani mama pergi shopping dan keluar makan bersama. Papa Shafiq pula jarang berada di rumah kerana urusan pekerjaan begitu juga Shafiq, bertugas sebagai pilot penerbangan komersial kami jarang bertemu. Aku bersyukur kerana mendapat bakal mama mertua yang begitu baik denganku. 


Aku tersentak bila tertiba sepasang tangan menutup mataku dari belakang.


“Shafiq, I know it’s you,” ujarku kerana tiada siapa yang akan berbuat demikian kepadaku. Shafiq anak lelaki tunggal tidak mungkin papa Shafiq yang berbuat begitu kan.


“Lucky guess,” jawab Shafiq meleraikan tangannya lalu duduk di sofa di hadapan Farah. “Awal balik, kata out-station sampai esok?,” ujarku memandang tepat ke wajah Shafiq yang tersandar keletihan di sofa. 


Yelah menurut Shafiq flightnya sampai esok kenapa dia pulang hari ini? Kalau aku tahu hari ni dia sudah balik, tak payah aku datang kemari menemani mama. Aku banyak kerja di rumah masih belum dapat di buat lagi.


“You macam tak suka tengok I balik cepat je sayang, you ada boyfriend lain ke?,” sindir Shafiq lalu menjeling kearah tunangnya Farah bila wanita itu bertanya kenapa dia pulang awal sehari.


“Eii you ni kan…boleh cakap perkara yang berasas sahaja tak, asyik-asyik cakap I ada boyfriend, kalau ada betul-betul you suka ke?,” ujarku geram. 


Yelah orang tanya elok-elok di sindirnya kita pula. Sikit-sikit ada boyfriend, dia tu yang girlfriend keliling pinggang takde pun aku asyik selitkan ada girlfriend di setiap perbualan kami.


Shafiq bangkit dari sofa bila Farah berkata demikian. Dia menghampiri tunangnya.


“Berani lelaki itu nak curi tunang I, langkah mayat I dahulu,” ujar Shafiq dengan wajah serius. Dia mencapai jaket dan luggage bagnya lalu mendaki anak tangga menuju ke biliknya tanpa menghiraukan Farah.


Aku terkebil-kebil memandang kearah Shafiq bila dia berkata demikian. Serius benar bunyinya! Belum pernah aku lihat Shafiq seserius hari ini. Gila! Manalah aku ada boyfriend. Kan ke dia tunang aku? Apa masalah si Shafiq ni? Angin tiba-tiba.


Aku membuka bag lalu mencapai handphoneku tengok kalau-kalau ada message atau miss call.


“Eh tadi mama dengar suara Shafiq, dia dah balik ke?,” tegur Puan Hasnah lalu duduk di sebelah Farah.


“Dah baru sahaja tadi, tengah bad mood, tu yang dia terus masuk bilik,” jawabku lalu tersenyum. 


“Oh kalau begitu..kita ajak Shafiq pergi butik sekali, dah terlanjur dia ada,” saran Puan Hasnah. Tadi dia bercadang hendak membawa Farah pergi ke Boutique Cantique untuk mendapat khidmat Andaman dan package pengantin mereka tanpa Shafiq kerana Shafiq boleh pergi bila-bila dia tidak bekerja.


“Tak rasa dia hendak pergi..ma,” jawabku ringkas. Aku sebenarnya pun malas hendak pergi ke butik. Tak tahu lagi konsep apa yang kami hendak pilih. Aku dan Shafiq masih belum berbincang tentang itu. Masih terlalu awal bagi kami. 


“Farah pergilah pujuk Shafiq,” jawab Puan Hasnah lalu tersenyum.


Ah sudah. Ni yang aku malas hendak pujuk bagai ni mengalah budak kecik pulak nak kena pujuk-pujuk dah tua bangka pun. Issh menyusahkan betul lah mamat satu ni. Merajuk mengalahkan perempuan. 


“Ok ma,” jawab ku ringkas lalu melangkah malas menuju ke anak tangga menuju ke bilik Shafiq.


Aku mengetuk pintu bilik Shafiq berkali-kali. Shafiq membuka pintu dengan wajah masam. Kan aku sudah kata Shafiq merajuk mengalahkan orang perempuan.


“Mama ajak you pergi butik tengok baju pengantin,” ujarku selamba sebaik sahaja Shafiq membuka pintu untukku.


Shafiq tidak menjawab dia kembali ke katil lalu merebahkan badannya. Aku mengeluh kecil lalu mengoyang-goyangkan badan Shafiq bila dia mula hendak membuat perangai kebudak-budakan. 


“Bangunlah…., bangun mama suruh pergi tu, kalau you tak nak I balik aje lah, malas hendak duduk sini lama-lama, bukannya I tak ada rumah,” ngomelku geram. 


Shafiq memusingkan badannya kearah aku yang sedang duduk di katilnya. Namun hendak bangun tidak juga matanya sengaja di pejamkan rapat. 


Eii geram pulak bila dia buat tak tahu aje. Jotos karang!


“Dah lah malas nak pujuk, balik lagi bagus,” ujarku bila misi memujuk Shafiq tidak berhasil. Aku ingin bangkit dari katil Shafiq. Bila Shafiq tiba-tiba menarik tanganku. Aku terduduk kembali.


“I serius tadi, jika ada lelaki lain cuba rampas you dari I nahas dia I kerjakan,” ujar Shafiq dengan wajah serius.


“Issk lelaki, lelaki manalah you dah buang terbiat eh?” ujarku marah. 


Yelah dari tadi cakap lelaki-lelaki geram pulak aku di buatnya. Aku cuba melepaskan tanganku dari terus di gengam Shafiq. 


“Nak pergi mana?” tanya Shafiq.


“Lepaskan tangan I lah…sakit tahu tak? Nak balik lah malas nak layan kepala gila you,” ujarku cuba menarik tanganku kembali. Semakin aku cuba, semakin kuat gengaman Shafiq.


“You lepas lah I gigit you nanti,” ugutku. 


Nak bergurau dengan aku. Aku bergurau kasar. Menangis nanti dia.


Shafiq menarik lenganku kuat membuatkan aku terjatuh di atas badannya. Shafiq memalingkan badannya. Dia meromos pipiku. Sebelum sempat bibirnya menyentuh bibirku. Aku segera menolak Shafiq kuat.


“Jangan merepek boleh!!,” jeritku marah tidak suka dia berbuat begitu padaku. 


“Sayang heh, I gurau ajelah nak romance sikit pun tak boleh,” jawab Shafiq tersenyum memandang kearah tunangnya Farah yang berdiri tidak jauh darinya. 


“Banyaklah romance you!,” ujarku lalu mencampak bantal kemuka Shafiq. 


Aku keluar dari biliknya lalu menuju ke ruang tamu. Mama masih setia menanti di ruang tamu.


“Huh dia nak ikut tak?,” soal mama sebaik sahaja terpandang Farah.


“Ntah malas hendak pujuk, perangai mengalahkan budak-budak,” jawabku tidak senang dengan perangai Shafiq. 


Shafiq tidak pernah hendak bergurau begitu dengan aku dahulu. Dia tahu aku tidak suka. Tapi kenapa sekarang dia berani berbuat demikian. Adakah kerana aku sudah menjadi tunangnya maka dia fikir aku akan membenarkan dia berbuat begitu pada aku.


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.