Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 45

AKU berdiri terpaku di hadapan bangunan yang diminta Mikhail untuk aku bertemu dengannya di situ. Boutique Allure. Tapi kini nama kedai itu ditukar kepada Endless Love. Yes! Nama kedai yang di beri nama seperti tajuk lagu romantic yang di dendangkan oleh Diana Ross dan Lionel Richie. Boutique vintage itu adalah tempat kali pertama kami bertemu dahulu. Tapi kenapa Mikhail mahu aku bertemu dengannya di sini? Aku mengerutkan dahi merasa hairan. Aku menolak daun pintu perlahan. Kedai itu masih kelihatan sama. Reka hiasan dalamannya cantik dan vintage. Pelayan kedai tersebut menyambut kedatanganku dengan mesra.


“Hi Welcome, you are looking for wedding ring or engagement ring?,” 


“Err…actually, I’m waiting for Mr. Mikhail,” jawabku bila pelayan itu mahu membawaku ke  display cabinet yang terdapat koleksi barang kemas perhiasan mereka.


“Oh yes Mr. Mikhail, you tunggu sekejap ya,” ujar pelayan itu lalu menuju kearah pintu khas. 


Seketika kemudian dia keluar bersama pelayan yang pernah melayan aku 2 tahun yang dahulu. Dia membuahkan senyuman sebaik sahaja terpandang akan wajahku. Aku membalas senyuman kerana masih mengingati aku


“Hi Alice. How are you?,” tegurku ramah.


“I’m good. How are you? Wah you look so much better now, what’s your secret?,” usiknya lalu tersenyum.


“I’ve found my soulmate,” jawabku tersenyum meleret bila Alice mengusikku.


“Oh I see..no wonder, I bet it’s not the same man who’s with you last 2 years kan, he’s really good looking tapi kedekut,” jawab Alice perlahan. 


Dia masih ingat lagi akan lelaki kacak yang pernah kemari bersama pelanggan wanita itu. Dari segi pakaian dan jam tangan yang di pakainya. Alice tahu dia orang kaya dan berkedudukan tapi dia kecewa dengan sikap kedekut lelaki itu.


Aku tetawa kecil bila Alice memberi komen sedemikian. Baru aku teringat akan incident 2 tahun yang lalu dimana Alice menyangka Mikhail adalah tunangan aku dahulu. Padahal waktu itu aku tunangan Shafiq dan aku meminta bantuan Mikhail untuk mendapatkan cincin tiruan. 


Cincin tiruan zamrud itu, aku sudah berikan kepada Nora kerana aku tidak mahu mengingatkan lagi akan cerita di sebalik cincin zamrud itu. Namun sehingga kini aku tidak dapat melupakan kecantikan dan keindahan cincin tersebut.


“Actually-,”


“Opps, he’s here, you are still with him??” ujar Alice terperanjat bila lelaki kacak yang di umpatkan itu menolak daun pintu boutiquenya. 


Lelaki kacak yang memakai shirt berwarna coklat cair dan berjaket hitam itu menghampiri kearah mereka. 


“Yup!,” jawabku mengangguk lalu tersenyum bila Alice kelihatan terperanjat.


“I’m sorry dear,” bisik Alice kerana tidak mahu lelaki itu terdengar akan perbualan mereka. 


Wajahnya tiba-tiba berubah malu setelah menyedari bahawa lelaki yang di persendakannya tadi itu adalah pasangan pelanggannya. Dia tidak tahu pelanggan itu masih lagi bersama dengan lelaki itu. Dia menyangka wanita cantik itu sudah mendapat pasangan yang baru dan kembali ke boutique untuk memilih cincin pertunangan.


“No worries!,” jawabku lalu membuahkan senyuman kepadanya.


“Hi dear, lama menunggu, what are you smiling at?,” tegur Mikhail lalu mengucup pipi isterinya mesra. 


Dia membuahkan senyum kepada Alice yang berdiri di hadapan Farah.


“Err nothing, kenapa you suruh I datang sini?,” tanyaku sengaja tidak mahu Mikhail tahu apa yang kami bualkan tadi. Aku lebih berminat ingin tahu akan tujuannya menyuruh aku datang kemari.


Tanpa menjawab pertanyaan isterinya. Mikhail mengeluarkan sekeping kertas dari jaketnya lalu menyerahkan kertas tersebut kepada Alice. Alice menyambut lalu membuka lipatan kertas yang diterima. Alice membaca isi kandungan kertas tersebut. Dia memandang wajah Mikhail seperti tidak percaya dengan apa yang di baca. Mikhail hanya tersenyum sedari tadi tanpa berkata apa. Aku memandang wajah Alice yang kelihatan pelik. Tanpa banyak bicara dia menuju kearah bilik berdekatan.


Seketika kemudian Alice keluar bersama sebuah kotak kecil dari bilik tersebut. Dari kotak itu sahaja aku dapat mengetahui akan isi kandungan kotak tersebut. Dan kotak itu kelihatan cantik dan unik. Alice meletak kotak tersebut di atas kaunter display di hadapan kami. 


Aku menoleh kearah Mikhail dengan wajah keliru. Mikhail membeli cincin? Mikhail mencapai kotak tersebut lalu membukanya perlahan. Dia meletak kotak yang di buka itu di hadapanku. Mataku bulat melihat keindahan cincin rose gold yang bertahtakan batu permata nilam itu. Walaupun cincin pemberian Mikhail bukan cincin Heirloom. Tetapi cincin itu sungguh indah kerana ia kelihatan vintage and beautiful. I love it so much! 


“Happy 1st anniversary dear, sorry it took one year for me to get your desire ring,” bisik Mikhail perlahan. 


Dia tahu isterinya sukakan batu permata berwarna dan dia juga tahu isterinya suka akan rose gold. Semasa mereka bernikah dahulu, Mikhail hanya memberi Farah seutas rantai emas sebagai mas kahwin dan tidak pernah memberi Farah sebentuk cincin. Jadi sempena ulang tahun perkahwinan pertama mereka. Mikhail menghadiahkan cincin itu kepada isteri tersayang. Dan ianya kelihatan amat sesuai untuk jari manis isterinya. 


“Happy 1st anniversary to you too, It’s so beautiful, I love it so much, thank you dear,” ujarku terharu lalu memeluk Mikhail erat. 


Gembira tidak terkata kerana tidak menyangka Mikhail memberi aku kejutan dengan menempah cincin yang indah itu untuk aku sempena ulang tahun perkahwinan kami. Mikhail menyarung cincin tersebut ke jari manis Farah.


Alice yang berada di hadapan turut merasa terharu melihat pasangan romantis di hadapannya. Dia tidak menyangka cincin yang ditempah khas dan menjadi pujaannya itu adalah tempahan dari lelaki yang diumpatnya awal tadi. Ternyata sangkaannya terhadap lelaki itu selama ini salah sama sekali. Ternyata cita rasa lelaki itu adalah yang terbaik kerana dia membuatkan orang yang di sayanginya gembira dan merasa di hargai. 


Poket jaket Mikhail bergegar. Mikhail menyeluk poketnya lalu mencapai blackberrynya.


“I have to take this call, please excuse me,” ujarnya lalu menekan butang on. Dia bangun lalu menarik pintu boutique.


“This is what I’m talking about, he’s really taking good care of you,” ujar Alice sebaik sahaja suami pelanggannya keluar dari boutique untuk menyambut panggilan.


Aku tersenyum gembira bila Alice berkata demikian. Yes! Aku bahagia menjadi isteri Mikhail. He’s my other half. Semoga Allah memanjangkan usia perkahwinan kami sehingga ke Jannah. Aamiin! Doaku dalam hati. Lalu membelek keindahan cincin pemberian suami tersayang. 


“I know,” jawabku gembira mengiyakan kenyataan Alice. Kami berdua menghargai keindahan cincin nilam di jariku. It's priceless.


Seketika kemudian Mikhail kembali ke dalam boutique. Dia berjalan menuju kearah isterinya dan Alice yang kelihatan tidak jemu menghargai keindahan cincin tersebut. Mikhail tersenyum melihat gelagat mereka.


“Ok, thanks Alice, my wife will settle the bill,” ujar Mikhail dengan wajah selamba sebaik sahaja dia berada di sebelah isterinya. 


Alice memandang wajah pelanggan wanitanya seperti tidak percaya dengan apa yang di dengar. Aku mengerutkan dahi lalu menoleh memandang wajah Mikhail. Mikhail serious mahu aku membayar cincin yang di beri? 


“I’m just kidding,” jawab Mikhail lalu tersenyum bila kedua-duanya memandang wajahnya dengan padangan pelik. 


Kami berdua ketawa serentak bila Mikhail cuba berjenaka dengan kami. Alice mengeluh lega kerana dia turut terpedaya dengan helah Mikhail. 


Mikhail mengeluarkan card creditnya lalu menyerahkan kepada Alice. Alice menyambut card credit dari Mikhail lalu membawa ke mesin card credit. Setelah menandatangani resit tersebut. Alice menyerahkan kembali card kepadanya. Mikhail menyambut lalu mengucapkan terima kasih kepada Alice. Aku dan Mikhail keluar dari boutique tersebut dan berjalan menuju kearah keretanya. Aku memaut lengan Mikhail mesra. 


Aku mengeluarkan handphone dari bag tanganku.


Thanks dear… Luv u  . Aku menaip pantas.


Mikhail tersentak bila blackberrynya berbunyi. Dia mencapai BB dari poket jaketnya. Dia mengerutkan dahinya bila menyedari watsapp yang di terima dari isterinya sendiri walhal mereka berdua berjalan seiringan. Namun begitu dia membalas message yang di terima. Dia tahu isterinya ingin bermanja dengannya. Mikhail tersenyum sendiri.


You are most welcome my Luv. 


Aku tersenyum membaca watsapp dari Mikhail.


Sorry dear. I didn’t get you anything 


Aku sempat menjeling kearah Mikhail sewaktu dia membaca message yang di terima. Wajahnya kelihatan serious. Apa yang di fikirkan Mikhail? Marahkah dia aku tidak memberinya apa-apa? 


You don’t have too. You gave me enough already. Jarinya pantas menaip membalas message Farah.


Aku mengerutkan dahi bila membaca message Mikhail.


I have a surprise for U.. balasku lalu menoleh ke arahnya.


Ok I don’t like surprises, the last surprised I have received I almost had an heart attack. Balas Mikhail lalu tersenyum.


You are going to be a father. Balasku tersenyum lagi.


Langkah Mikhail terhenti sebaik sahaja dia membaca watsapp yang di terima. Dia menoleh kearah isterinya.


“Really?,” ujarnya lalu memeluk pinggang isterinya erat. 


Aku tidak menjawab malah menganggukkan kepalaku perlahan. Namun senyuman tidak lekang di bibirku melihat reaksi wajah Mikhail bila membaca messageku. He’s looks so happy.


“YES!!!, Alhamdullilah thanks dear,” ulangnya lagi dengan wajah gembira lalu mendukungku. 


Mikhail mencium pipiku mesra. Aku tersenyum gelihati melihat the-other-side-of-Mikhail. Lucu. Mikhail yang pernah aku kenali dahulu adalah seorang lelaki yang always cool and in control. 


Tidak kiralah dengan apa berita yang dia terima sekali pun. Sama ada yang baik atau buruk. Reaksinya tetap sama. Tapi hari ini dia seperti tidak mahu melepaskan peluang untuk menunjukkan kegembiraannya. He’s totally out of control.


Mikhail mengeluarkan Iphonenya lalu menaip sesuatu. 


My dear lovely wife, Farah. Thank you for loving me, thank you for your Endless Luv, Your luv is priceless and I will luv you and our family till my last breath. Luv your husband, Mikhail.


Aku tersentak bila mendengar notification watsapp ku. Aku menyeluk bag lalu mengeluarkan handphone. Aku berhenti melangkah bila membaca message dari Mikhail. Aku menoleh ke arahnya. Aku tidak dapat mengambarkan akan perasaan aku tatkala ini. Arimataku mengalir tanpa dapat aku tahan. Gembira dan benar-benar terharu dengan ketulusan cinta Mikhail. 


“Sweetheart,” tegur Mikhail lalu menyeka airmata isterinya perlahan. 


Itulah perasaannya terhadap isterinya. Dia cinta dan sayangkan isterinya. Tiada benda di dalam dunia ini yang dapat mengantikan cinta dan kasih sayang dari isterinya.


“I love you, I love so much dear,” ujarku lalu memeluk Mikhail erat.


“I love you more,” jawab Mikhail membalas pelukan isterinya. 




Previous: Bab 44
Next: Finale

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.