Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 25


MIKHAIL meraup wajah dengan kedua belah tangannya sebaik sahaja dia selesai memanjatkan doa. Dia bangun dan melipat sejadah lalu di letakkan di tempat asal. Dia menyalakan lampu sisi lalu melabuhkan punggungnya di single sofa. Lampu bilik di matikan. Dia mencapai buku The Confession - John Grisham yang terdapat di meja sisi lalu membuka ke muka surat yang sudah di tanda. Cuba untuk tidak memikirkan tentang masalah kerja dan pertemuannya dengan Farah siang tadi. Masalah kerjanya masih belum dapat di selesaikan kerana masih di dalam penyiasatan. 


Farah? Mikhail menutup kembali buku yang dipegang, dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada buku yang dibaca bila dia memikirkan tentang Farah. Dia merasakan bahawa dia bertanggungjawab ke atas diri Farah. Dia tidak tahu kenapa dia berperasaan sedemikian. Mikhail mencapai Iphone nya lalu mendial nombor mamanya.


“SON?,” jawab Datin Zainab dengan suara cemas bila Mikhail menelefonnya pada waktu malam-malam begini kerana Mikhail tidak pernah menelefonnya pada waktu malam. Mikhail tidak sihatkah? 


"Sorry to disturb you at this hour ma, I can’t sleep thinking of something, where do Mia bought the emerald ring?," tanya Mikhail ingin tahu. 


Dia tidak dapat melupakan cincin zamrud yang dipakai Mia kerana dia seakan pernah ternampak cincin itu sebelum ini.


“Mia tidak beli cincin itu, cincin itu adalah cincin turun temurun arwah moyang,” jawab Datin Zainab mendatar. 


Dia merasa serba salah. Dia tidak tahu kenapa Mikhail tiba-tiba berminat ingin mengetahui dimana Mia membeli cincin tersebut. 


“An Heirloom!,” ujar Mikhail lalu mengeluh kecil. 


Dia kini tahu dimana dia pernah melihat cincin tersebut. Cincin itu adalah cincin pertunangan Farah. Cincin yang di cari sehingga kini tidak bertemu. Dia tidak tahu kenapa cincin itu berada di jari Mia. Adakah Farah tahu cincin itu ada pada Mia? Atau Farah masih tidak tahu di mana cincin itu pergi?


“Yes,” jawab Datin Zainab sepatah. 


“What is Mia current relationship with Shafiq? Still cousin?,” tanya Mikhail lagi. Dia dapat merasakan hubungan Mia dengan Shafiq lebih dari hubungan sepupu. 


Datin Zainab tidak menjawab pertanyaan Mikhail. Dia mengeluh kecil. Dia malu hendak memberitahu dan menceritakan kepada Mikhail tentang Mia. Tentang Mia yang tidak mahu melupakan Shafiq dan menganggap Shafiq itu adalah miliknya. Mia tidak dapat menerima bahawa Shafiq kini tunangan Farah. Datin Zainab tidak tahu bagaimana caranya lagi untuk menyedarkan Mia bahawa perbuataannya itu salah dan dia telah merosakkan hubungan Shafiq dan temannya Farah. Namun Mia tidak pernah mahu mendengar nasihatnya. Mia terlalu hostile. Tujuan dia menemukan Mia selain memperkenalkan Mia kepada abangnya. Dia juga mahu Mikhail cuba menasihati Mia dan dapat mengubah pendirian Mia. Datin Zainab tidak dapat bertahan dengan perangai Mia dari hari ke sehari. Dia benar-benar berharap Mikhail dapat membantu Mia. 


“Mia still love Shafiq,” jawab Datin Zainab lemah.


“Jika Mia cintakan Shafiq kenapa mama tidak bertemu dengan Mak ngah dan terangkan kedudukan mereka?,”


“Bukan mama tidak mahu bertemu Mak ngah Mik, mereka pernah di tunangkan dahulu, Mia yang minta pertunangan mereka di putuskan, katanya dia tidak mahu bernikah dengan Shafiq, entahlah Mik! Mama pening memikirkan apa yang di mahukan Mia. Hubungan mereka on and off. Sekejap pasangan kekasih, sekejap tidak. Mama tak tahu, sekarang lain pula ceritanya, sehingga cincin tunang Farah di ambilnya, mama suruh pulangkan dia tidak mahu katanya cincin itu adalah cincinnya, kerana semasa mereka di tunangkan dahulu cincin itu adalah cincin tunangnya,” terang Datin Zainab panjang lebar.


“Mia can’t simply ruin other people happiness Ma, that’s not right, Farah is innocent lady,” ujar Mikhail setelah mendengar keluhan hati mamanya. 


Dia tahu mamanya berdiam diri kerana mahu menjaga hati anak kesayangannya. Akan tetapi dengan cara mama membiarkan Mia berbuat begitu adalah salah. Bukan sahaja dia merosakkan hubungan Farah dan Shafiq malah hubungan mak ngah dengan mamanya akan turut terjejas sama.


“I know Mik. I’m helpless. Mik kenal Farah, maybe you can tell her about Shafiq and his relationship with Mia. Mama tak kisah kalau Farah bencikan mama dan Mia, yang penting dia tahu sebelum semuanya terlambat, Mia tidak akan lepaskan Shafiq walaupun dia sudah bernikah dengan Farah, dia akan sentiasa menganggu hidup mereka, please Mik,” rayu Datin Zainab. 


Dia tidak tahu kepada siapa lagi harus dia bergantung harap. Dia tahu Mikhail seorang anak yang bijak. Mikhail dapat mengurangkan impak masalah yang mereka hadapi. Mikhail pandai berdiplomasi.


“I see what I can do but I can’t promise you anything Ma,” jawab Mikhail perlahan. 


Dia tidak begitu mengenali Farah. Mereka hanya berhubungan melalui pesanan ringkas. Jika dia mengikut saranan mamanya dan menerangkan kedudukan Mia dan Shafiq kepada Farah. Bolehkah Farah menerimanya? Atau Farah akan menuduh dia cuba merosakkan hubungannya dengan Shafiq. Mikhail mengeluh perlahan. Diludah mati emak, ditelan pula mati bapa. Masalah di tempat kerjanya masih belum dapat di selesaikan inikan pula di tambah pula dengan masalah Mia, dia sendiri tidak pasti bagaimana hendak menghuraikan.


Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.