Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 34

SHAFIQ memberhentikan keretanya di hadapan gate rumahnya. Kereta Mercedes hitam milik auntie Zainabnya berada di pengkarangan rumah. Dia tidak tahu siapa yang datang kerana Mia selalu memandu kereta makciknya bila bertemu dengannya. Shafiq tidak mahu ambil tahu. Farah sudah tahu tentang hubungannya dengan Mia. Dia cuba memujuk Farah namun Farah tidak mahu bertemu atau menjawab pangilan telefon darinya. Farah benar-benar marah padanya. Buntu Shafiq bila memikirkannya. Shafiq merasa benar-benar bersalah pada Farah. Dia sayangkan Farah. Dari mana Farah mendapat tahu tentang hubungan mereka. Tidak mungkin Mia memberitahunya. Shafiq mematikan enjin sebaik sahaja keretanya berada di porch. Shafiq melangkah masuk ke dalam rumah.


“Shafiq!,” tegur mamanya sebaik sahaja Shafiq masuk ke dalam rumah.


Shafiq menoleh kearah mamanya. Auntie Zainab dan Mia memandang ke arahnya. Mia dengan wajah bersahajanya manakala Auntie Zainab kelihatan serious begitu juga mamanya. Shafiq duduk disebelah dengan Mia. 


“Mama dan auntie hendak both of you communicate like an adults, because of both of your actions someone has to bear the consequences and suffered, please for once make it right and be an responsible adult,” ujar Datin Anisha tegas. 


Dia kecewa dengan kelakuan Shafiq dan Mia. Shafiq yang tidak tahu bertanggungjawab dan Mia pula tidak matang. Dahulu mereka pernah di tunangkan kerana Shafiq mengatakan dia mencintai Mia dan begitu juga Mia. Setelah 3 bulan bertunang Mia meminta pertunangan mereka di putuskan dengan alasan dia belum bersedia untuk menjadi seorang isteri. Shafiq masih mencintai Mia walaupun dia menerima keputusan Mia untuk tidak mahu hidup bersama dengannya. Sangkanya Shafiq dan Mia sudah memulakan hidup baru dan memilih pasangan masing-masing kerana Shafiq bercinta lagi dan mengambil keputusan bertunang dengan Farah. Dia tidak tahu menahu langsung bahawa Shafiq masih tidak dapat melupakan Mia begitu juga Shafiq kerana mereka pandai berlakon dan menunjukkan mereka tidak ada apa-apa hubungan selain dari sepupu. Dia kesiankan Farah. Farah sudah di anggap seperti anak sendiri. Dia sukakan Farah kerana Farah tidak seperti anaknya yang tidak berfikiran matang dan tidak bertanggungjawab. Dia kesal Farah tidak menjadi menantunya kerana Farah seorang anak yang baik menghormati orang tua dan sopan. Ikutkan hati dia mahu Shafiq menikah dengan Farah, tapi dia tidak dapat memaksa Farah sekiranya Farah sendiri meminta perkahwinan mereka di batalkan. Dia tidak menyalahkan Farah. Ada baiknya jika Farah tidak dinikahkan dengan anaknya kerana Farah layak mendapat lelaki yang baik yang ikhlas mencintainya dan menjaganya dan lelaki itu bukanlah anaknya Shafiq.


Datin Anisha dan Datin Zainab meninggalkan Mia dan Shafiq di ruang tamu. Tinggal Mia dan Shafiq sendirian.


“Farah dah tahu tentang hubungan kita…Dia jumpa mama you dan minta putus tunang,” ujar Mia memulakan bicara. 


Dia tahu Shafiq tidak akan memulakan dahulu kerana Shafiq marah padanya.


“You should celebrate, isn’t that what you want from the start, happy to see me suffer?,” jawab Shafiq tanpa memandang ke arah Mia. 


Perasaan geram pada Mia masih berbuku di hatinya. Sepertimana yang di katakan pada Mia dahulu. Dia sayangkan Farah. Dia tidak mahu Farah mendapat tahu tentang hubungannya dengan Mia dengan cara begini. Dia mengaku dia bersalah kerana masih mempunyai hubungan dengan Mia dan menduakannya. Dia berjanji akan menghentikan ini semua sebelum dia bernikah dengan Farah, dia mahu memberitahu Farah akan perkara yang sebenar. Dan sekiranya Farah membencinya dia redha kerana memang salahnya kerana berkelakuan demikian. Tapi bukan dengan cara begini. 


“I buat ini semua kerana I sayang dan cintakan you Shafiq,” ujar Mia lalu mengengam jari Shafiq. 


Dia cintakan Shafiq. Dia tidak boleh hidup tanpa Shafiq. Dia tahu dia seorang wanita yang mementingkan diri sendiri. Dia selalu menyakitkan hati Shafiq selama ini, kerana dia mahu Shafiq merasa cemburu dan kembali kepadanya. Bila dia mengetahui Shafiq sudah ada penganti dirinya Mia menjadi cemburu dan berusaha untuk mendapatkan Shafiq kembali. 


“Mia apa masalah you sebenarnya???? Dulu kita bertunang you mahu kita berpisah dengan alasan I tidak layak untuk you. Tapi sekarang you katakan pada I, you sayang dan cintakan I. Apa sebenarnya yang you hendak dari I Mia???? Seriously Mia you are making me crazy,” jawab Shafiq lalu bangun dari sofa. 


Dia berjalan menuju kearah pool kerana tidak sanggup berada di dalam rumah bersama dengan Mia. Mia seringkali mendera perasaan dan mindanya.


“Shafiq.., I’m sorry I tahu I bersalah, I takut you tinggalkan I,” ujar Mia lalu berdiri di sebelah Shafiq. 


Dia tahu dia bersalah kerana berbuat demikian. Tiada siapa yang tahu akan sebab mengapa Mia mengambil keputusan meminta pertunangan mereka di putuskan. Dia dan Shafiq pernah terlanjur dahulu. Setelah mengetahui dia mengandung 2 minggu. Mia meminta Shafiq bertanggungjawab dengan menikahinya. Shafiq bersetuju kerana dia cintakan Mia dan berjanji akan bertanggugjawab ke atas Mia dan anak yang di kandungkannya. 


Pada awal semuanya berjalan dengan lancar mereka sudah menetapkan hari persandingan mereka tiga bulan dari tarikh pertunangan mereka. Mia, seperti Mia yang dahulu suka berhibur dan enjoy bersama teman-temannya sehinggalah suatu hari dia mendapati kandungannya gugur dan tidak dapat di selamatkan lagi. Mia mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka kerana menyangka Shafiq tidak mencintainya dan Shafiq hanya bersetuju bernikah dengannya kerana anak yang di kandung. Kini anak itu sudah tiada. Maka Shafiq tiada sebab untuk berkahwin dengannya. Mia memberi alasan untuk memutuskan pertunangan mereka dengan memberitahu Shafiq bahawa dia sudah mengugurkan kandungan dan Shafiq bukanlah lelaki yang dia cinta. 


“Tinggalkan you? Bukan ke you yang minta pertunangan kita di putuskan dahulu Mia???? Bukan ke you yang gugurkan kandungan you MIA!!!!,” marah Shafiq lalu menoleh kearah Mia. 


Mia tidak tahu betapa kecewa hatinya bila mendapat tahu Mia sengaja mengugurkan kandungannya dahulu. Mia tidak tahu betapa sedihnya dia, bila Mia meminta pertunangan mereka di putuskan dahulu. Mia tidak tahu. Mia hanya tahu menyakitkan hatinya. Mia hanya tahu mengecewakannya. 


“I minta pertunangan kita di putuskan kerana I khuatir you tidak akan cintakan I bila mendapat tahu bahawa kandungan I keguguran, dan sebelum you tinggalkan I, I mengambil keputusan untuk tinggalkan you,” jawab Mia dalam tangisan. 


Hatinya merasa sebak bila memikirkan tentang kegugurannya. Dia mengalami postpartum depression kerana kegugurannya dahulu. Shafiq tidak tahu.


“I can’t tell whether you are telling the truth or you just simply a good liar Mia,” jawab Shafiq lalu meninggalkan Mia sendirian. 


Dia menuju kearah keretanya. Enjin kereta di hidupkan. Kereta Shafiq keluar dari pengkarangan rumahnya dan berderum laju kearah jalan raya. Dia ingin bersendirian.



Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.