Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 27


MIA membuka matanya perlahan. Kepalanya terasa berat dan berdenyut-denyut. Dia tidak ingat apa yang telah berlaku semalam kerana terlalu banyak minum. Dia menoleh kearah meja sisi cuba mencari handphone. Handphone tidak kelihatan di tempat biasa. Mia bangkit dari katil perlahan lalu duduk, di meja sisinya terdapat 2 biji Blackmores vitamin B dan segelas air putih yang di tutup. Mia benar-benar tidak ingat apa yang berlaku semalam kerana dia terlalu mabuk. Selepas keluar dari Butter Factory dia berjalan sendirian bertujuan untuk pulang kerumah. Dia tidak punya wang kerana bagnya berada bersama Mikhail. 


Ah! Handphonenya berada di dalam clutch bag yang dibawa ke Butter Factory semalam. Dia tidak tahu bagaimana dia di hantar pulang. Tanpa berfikir panjang Mia mencapai dan menelan 2 biji vitamin B dan air putih itu di teguk perlahan. Mia menuju kearah kamar mandi. Kepalanya masih sakit dan berdenyut-denyut. Mia berkumur kecil dan mencuci wajahnya dengan air suam. Setelah mengelap wajahnya kering dia keluar dari bilik dan menuruni anak tangga menuju ke dapur.


Dari anak tangga lagi dia sudah kedengaran suara mamanya berbual-bual dengan seseorang. Mama berbual dengan siapa? 


“Papa?,” bisik Mia perlahan. Kerana teman bual mamanya adalah seorang lelaki. 


Setahunya papa out-stationed dan hanya pulang ke rumah lusa. Dengan siapa mama berbual? Masakan mama menerima tetamu awal-awal pagi lagi. Mia mengerutkan dahinya tanda hairan. Mia berjalan menuju kearah dapur.


Mia terperanjat bila kelihatan ada seorang lelaki berada di stove sedang menyediakan sesuatu. Lelaki itu berkemeja lengan panjang berwarna maroon gelap dan berseluar hitam. 


“Ah Mia sudah bangun sayang…Come and have breakfast with us!,” ujar Datin Zainab bila menyedari Mia berdiri tercegat di muka pintu dapur memerhatikannya. 


“Morning dear sister!,” ujar Mikhail bila terdengar mamanya menegur Mia. Dia menoleh kearah Mia sekilas lalu tersenyum. 


Mikhail ada di sini? Buat apa dia di sini? Bisik Mia di dalam hati kerana dia tidak begitu menyenangi kehadiran Mikhail. 


Mikhail mencapai pinggan yang terdapat di atas rak-rak lalu meletak omelette ke atas pinggan berserta toast bread dan baked tomato. Dia meletak pinggan itu di hadapan Mia. Datin Zainab menuang orange juice ke dalam gelas Mia.


“Ma..What is he doing here?,” ujar Mia lalu mencapai toast bread dari pinggannya. 


Dia tahu Mikhail yang menyediakan sarapan pagi, kerana bibiknya tidak pernah menyediakan makanan western breakfast kerana dia tidak tahu untuk menyediakan untuk mereka.

 

“Mia don’t be rude. He’s your big brother. He’s the one who have sent you back home safely in one piece,” ujar Datin Zainab bila Mia berkata demikian. 


Dia tidak mengerti mengapa Mia masih mahu bersikap kurang sopan dan tidak menyenangi Mikhail sedangkan Mikhail melayannya dengan baik sekali. 


“Oh! How thoughtful!,” jawab Mia dengan nada menyindir lalu mencapai garfu di hadapannya. 


Dia sedikitpun tidak merasa berterima kasih di atas jasa baik Mikhail yang menghantarnya pulang dengan selamat semalam. Jadi Mikhail yang menghantarnya pulang semalam. Dan dia tidak ingat apa-apa langsung apa yang telah terjadi.


Mikhail duduk dihadapan Mia. Dia menyentuh tangan mama perlahan meminta agar mamanya bertenang. Mikhail tahu dia akan menghadapi situasi demikian dan dia tahu cara hendak menanganinya. Semalam dia menghantar Mia yang separuh sedar itu pulang ke rumah. Datin Zainab terperanjat bila mendapati Mikhail yang menghantar Mia pulang ke rumah. Dia tahu Mia selalu keluar clubbing bersama teman-temannya dan salah seorang dari mereka pula akan menghantar dia pulang ke rumah kerana Mia selalu pulang dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri bila dia keluar berhibur. Keadaan Mia semalam lebih teruk dari biasa kerana dia benar-benar mabuk dan muntah sana sini sehingga Mikhail terpaksa mengangkatnya ke bilik kerana Mia tidak larat untuk naik ke bilik sendiri. Mamanya meminta Mikhail agar bermalam di rumahnya kerana mamanya bimbang hari sudah larut malam. Mikhail hanya menurut bila mamanya meminta dia bermalam di rumahnya. 


“I don’t know what I do wrong that you turn up like this Mia,” ujar Datin Zainab dengan nada perlahan. 


Wajahnya kelihatan kesal bila dia berkata demikian. Dia tidak mengerti mengapa Mia selalu berkelakuan biadap dan tidak mendengar kata-katanya. Dia menoleh kearah Mikhail dengan memberinya pandangan mengharap benar Mikhail dapat membantu Mia menjadi seorang wanita yang baik tingkah laku dan memiliki budi pekerti yang tinggi. Tapi cara Mia yang tidak ambil peduli dan endah itu membuatkan dia fikir ianya adalah perkara mustahil kerana Mia tidak akan berubah dan terus-terusan bersikap demikian. Salah dia juga kerana selama ini dia tidak pernah menegur Mia dan hanya mendiamkan sahaja.


Mia terkedu mendengar keluhan mamanya. Walaupun dia berpura-pura tidak terkesan dengan kata-kata mamanya, namun jauh di sudut hatinya dia merasa sedih bila mamanya berkata demikian. Jahat sangatkah dia sehingga mamanya begitu kecewa dengan sikap dan perangainya? Mia mencapai garfu lalu mencucuk-cucuk omelette di pinggannya dengan perasaan memberontak marah. Tiada siapa yang faham hatinya. Mereka hanya tahu menghukum dan menghakimi dirinya. 


Datin Zainab bangkit dari kerusi lalu meninggalkan Mikhail dan Mia sendirian di dapur. Airmata Mia merembis keluar dan mengalir laju sebaik sahaja mamanya meninggalkan mereka. Sengaja di tahan semasa mamanya berada di dapur. Mia mencampak garfu yang di pegang hingga membuatkan garfu itu terpelanting jauh. Dia menolak kerusi kasar lalu keluar menuju ke arah ruang tamu. Mikhail mengeluh kecil. Dia mengambil pinggan omelette kepunyaannya dan garfu lalu menuju ke ruang tamu di mana Mia berada.


                                                                         *****



MIA menghenyakkan punggungnya di sofa, kedua belah kakinya di naikkan ke atas lalu memeluknya erat. Air matanya mengalir tidak henti-henti sedari tadi. Dia merasa sayu dan sedih mendengar perkataan yang keluar dari mulut mamanya tadi. Selama ini, mama tidak pernah memarahinya seperti hari ini. Walau sedegil dan sebiadap mana pun dia pada mamanya. Mama cuba memujuknya. Tapi hari ini, pertama kali dia melihat kekecewaan yang amat dari wajah mamanya. Dia benar-benar melukakan hati mamanya. Mama juga tidak sayangkan Mia, mama juga bencikan Mia sepertimana Shafiq bencikan dan tak sayangkan Mia. Bentakknya dalam hati.


“Mia!,” tegur Mikhail perlahan.


Mia tidak menyahut atau menoleh bila di panggil Mikhail. Dia masih berada di dalam keadaan sedemikian.


“Mia!,” ujar Mikhail sekali lagi kali ini suaranya di kuatkan sedikit.


“Kau nak apa? Kau nak rampas mama dari aku? Kau hendak rampas kebahagian aku!,” jawab Mia kasar lalu menoleh kearah Mikhail dengan wajah merah padam. 


Geram dia pada Mikhail. Kerana Mikhail mamanya tidak sayangkan dia lagi. Kerana mama lebih sayangkan Mikhail, kerana Mikhail adalah anak yang mendengar kata dan tidak sepertinya. Dia dapat melihat perubahan pada mamanya sejak dia bertemu semula dengan anak lelakinya. Mama selalu memuji Mikhail mengatakan dia seorang anak yang baik dan hormati orang tua. 


Mikhail tersentak bila Mia tiba-tiba marah padanya dan meluahkan rasa tidak puashatinya terhadap dirinya. Pinggan yang di pegangnya tadi di letakkan di atas meja. Tujuannya hendak memberi Mia sarapan terbantut, bila adiknya itu sudah tersalah anggap akan niatnya yang sebenar. Mikhail menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan Iphone. Jarinya pantas menaip sesuatu menghantar email kepada pejabat mengatakan dia tidak akan masuk ke pejabat hari ini. Sebaik sahaja pesanan di hantar dia menyimpan Iphonenya kembali. Mia have a lot of unsettled issues. 


“Tiada siapa yang hendak rampas mama dari Mia percayalah,” ujar Mikhail tenang lalu memandang wajah Mia.


“Mama sayangkan kau lebih dari aku!,” jawab Mia kasar tanpa menoleh kearah Mikhail.


Walaupun jawapan Mia kasar dan tidak begitu enak di pendengaran telinganya. Namun Mikhail merasa senang sekurang-kurangnya Mia mula mahu berbicara dengannya.


“Mia silap, mama sayangkan Mia lebih dari dirinya sendiri,” ujar Mikhail ingin tahu akan jawapan Mia seterusnya.


“Kau bohong!, Kau tipu! Kau dan Shafiq sama saja!,” jawab Mia kasar masih merasa tidak puas hati. 


“Mia, abang tak bohong pada Mia, mama sayangkan Mia, berikan segalanya pada Mia, Mia ditatang bagai minyak yang penuh oleh mama, bagaimana pula Mia katakan mama sayangkan abang lebih dari Mia, sedangkan abang tidak pernah merasa kasih sayang mama sepertimana mama limpahkan pada Mia selama ini?,” terang Mikhail. 


Dari apa yang Mia luahkan dia dapat merasakan Mia kurang diberi perhatian. Tidak bermakna memberi apa yang di minta dan memanjakannya itu sudah mencukupi. Mia perlukan seseorang yang boleh berkongsi masalah dan memahami hati dan jiwanya. 


“Sejak kau ada..Mama sudah tak sayangkan aku lagi! Semua tak sayang aku. Ssemua hendak pulaukan aku, mama, papa dan Shafiq,”


“Abang sayangkan Mia,” jawab Mikhail dengan suara tenang. 


Dia tidak tahu kenapa Mia selalu menyebut dan membabitkan Shafiq dalam kemarahannya. Shafiq seakan orang penting dalam hidupnya dan dari apa yang Mia katakan tadi, Mia seakan kecewa dengan tindak laku Shafiq sehingga dia menyamakan Mikhail dengan Shafiq. 


“Kau sayangkan aku kenapa??,” tanya Mia lalu menoleh kearah Mikhail yang duduk di sebelahnya. Dia tidak mengerti mengapa Mikhail sayangkannya sedangkan dia tidak pernah suka pada Mikhail. 


“Kerana Mia satu-satunya adik abang,” jawab Mikhail dengan suara tenang.


“Aku bukan adik betul kau! Aku tak anggap kau seperti abang aku! Kenapa kau layan aku dengan baik,” ujar Mia lalu memandang wajah Mikhail.


“We only have each other. I don’t have any other siblings beside you. I will care, protect and honor our family, as children we have our obligation to care, love and make our parents proud, that’s our duty Mia, and as your big brother I have my obligation towards you too Mia, to care and love you,” terang Mikhail. 


Mia hanya mendiamkan diri bila Mikhail berkata demikian. Benarkah Mikhail bermaksud apa yang di katakan. Benarkah dia akan menjaga dan membelanya seperti yang dijanjikan. Mikhail tidak akan meninggalkannya sepertimana Shafiq tidak pedulikanya lagi.


“You really mean what you said. You promise?,” ujar Mia lalu memandang wajah Mikhail. 


Dia merasa lega kerana dapat meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya selama ini kepada Mikhail. Mikhail seorang lelaki yang penyabar dan juga seorang pendengar yang baik. Mikhail tidak sedikitpun menyakitkan hatinya, walaupun dia berkasar dan biadap terhadapnya selama ini. Mia sukakan abang Mikhailnya. Dia benar-benar beruntung mendapat seorang abang tiri yang begitu penyayang dan begitu memahami dirinya. Dahulu Mia rapat dengan papanya. Tapi setelah papanya berkahwin lagi dan jarang pulang ke rumah Mia tiada tempat untuknya mengadu. Mia merasa kehilangan setelah papa dan Shafiq meninggalkannya.  Dia seringkali merasa tertipu dan di tinggalkan lelaki penting dalam hidupnya. Sebab itu jiwanya memberontak dan dia tidak percayakan Mikhail.


“Insha Allah, I don’t make promises that I don’t intend to keep and also provided that you eat this omelette till finish,” ujar Mikhail dalam keadaan rileks. 


Mikhail membuahkan senyuman, dia mengesat air mata Mia mengunakan jarinya perlahan. Mia tertawa kecil bila Mikhail cuba berjenaka dengannya. 


“Thanks, abang,” ujar Mia lalu memeluk Mikhail erat. Dia berterima kasih pada Mikhail kerana begitu memahaminya dan pandai melembutkan hatinya. 


“Anything for my dear sister,” jawab Mikhail lalu mengusap belakang Mia perlahan bila Mia memeluknya. 


“Thanks again,” jawab Mia tersenyum lagi lalu mencapai pinggan dari atas meja. 


Sepertimana yang di sarankan Mikhail. Dia cuba menghabiskan omellete yang di sediakan oleh Mikhail dengan senang hati.


Datin Zainab mengesat air matanya perlahan terharu mendengar perbualan Mikhail dengan Mia dan merasa bersyukur melihat mereka berdua sudah berbaik semula. Alhamdulilah! Dia memanjatkan syukur ke hadrat ilahi. Siang malam dia mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kedua-dua anaknya.





Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.