MIA mengetuk meja berkali-kali mengunakan kukunya yang cantik di manicure menunjukkan dia restless dan tidak sabar menunggu. Dia memandang wajah mamanya dengan perasaan tidak senang. Mamanya memaksanya untuk makan malam bersama abang tirinya atau half brother yang tidak pernah dia tahu atau kenali sejak dia lahir sehinggalah dia berumur 26 tahun. Dia tahu mama pernah bernikah dahulu dan mempunyai seorang anak lelaki hasil dari perkahwinannya yang pertama. Dia tidak pernah ambil endah tentang perkara itu kerana dia tidak pernah mahu ambil tahu tentang anak mamanya itu. Mama pula selama ini tidak pernah kisahkan tentang anak dahulu. Kenapa sekarang mama mahu mereka bertemu? Mia tidak mahu reunion dengan abangnya. Dia sudah biasa menjadi anak tunggal. Dia tidak perlukan abang? Dan pertemuannya dengan abangnya nanti tidak akan mengubah apa-apa kerana dia tidak akan menganggap lelaki itu abangnya. Mereka hanya berkongsi mama dan berlainan papa. Jika mama sangka bahawa anak lelakinya itu dapat mengawal dirinya. Mama silap kerana Mia tidak takut dan tidak ambil peduli.
“Seriously ma how long we gonna have to wait for him..this waste of time,” ujar Mia lalu menjeling mamanya. Dia sudah ada plan malam ini untuk bertemu dengan Shafiq. Mamanya pula memaksa dia bertemu dengan anak lelakinya.
“Be patience Mia, sekejap lagi sampailah dia,” jawab Datin Zainab dia mula risau bila Mia kelihatan restless seperti cacing kepanasan.
Sudah lama dia mahu memperkenalkan Mia kepada anak lelakinya. Mia selalu mengelak dan tidak berminat untuk bertemu atau mengenali anak lelakinya. Hari ini Mia tidak dapat mengelak kerana jika Mia tidak mengikutnya makan malam hari ini bersama. Mia tidak akan mendapat kereta sport Audi yang diminta di hari lahirnya nanti seperti yang telah di janjikan.
Mia mencebik bila mamanya berkata demikian. Seriously jika tidak kerana mamanya mengugut tadi dia tidak akan ke reunion dinner mama dengan long lost son.
“Sorry I’m late,” tegur Mikhail lalu mencium pipi mamanya dan duduk di kerusi kosong dihadapan Mia adiknya.
Dia membuahkan senyuman kepada wanita muda itu. Datin merasa lega dan hanya tersenyum bila Mikhail berbuat demikian. Sejak pertemuan mereka kelmarin hubungan dia dengan Mikhail bertambah baik. Mikhail seperti sudah dapat menerima kehadirannya dalam hidupnya. Datin Zainab merasa selesa mengadu tentang Mia kepada Mikhail dan anak lelakinya itu banyak memberi pandangan dan nasihat kepadanya cara untuk menambat hati Mia. Datin Zainab kagum dengan anak lelakinya yang selalu berfikiran positif dan juga matang. Cara layanan Mikhail terhadap dirinya juga menyenangkan. Mikhail mendengar kata dan hormat padanya. Datin Zainab akui bekas suaminya itu seorang papa yang berjaya membentuk perbadi anak yang baik. Lihat sahaja perangai Mia dengan Mikhail. Perbezaan umpama langit dengan bumi.
Mia tergamam sebaik sahaja terpandang akan wajah abangnya. He’s hot. Why? Why is this happening to me? I think I’m in love with my half brother. He’s so hot and so good looking. Bisik Mia dalam hati. Gosh! What a waste? Life is cruel.
“Mia kenalkan ini Mikhail, your brother,” ujar Datin Zainab memperkenalkan Mikhail dengan Mia.
Mia tidak berkata apa. Dia hanya memandang wajah Mikhail tanpa berkedip seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa lelaki kacak yang berada di hadapannya itu adalah abangnya sendiri dan mereka adalah adik beradik. Jika Mikhail bukan abangnya. Pasti lelaki itu sudah di godanya.
“MIA???,” tegur Datin Zainab lalu menyentuh lengan anak perempuannya bila tiada reaksi yang diterima olehnya.
Mia tersentak bila mamanya berbuat demikian. Dengan wajah selamba dia menghulurkan tangannya kepada Mikhail menandakan dia tidak begitu teruja dengan perkenalan dan pertemuan mereka hari ini.
“Nice to meet you BROTHER…,” ujar Mia lalu tersenyum sinis. Sengaja dia berbuat demikian.
Mikhail menyambut huluran tangan Mia. Matanya sempat menjeling ke arah jari manis Mia tersemat dengan sebentuk cincin batu permata yang indah. Mikhail membuahkan senyum kerana dia tahu Mia tidak suka bertemu dengannya dan tidak dapat menerima berita yang dia mempunyai abang kerana dia menyangka bahawa dia anak tunggal.
“Nice to meet you too Mia..,” jawab Mikhail lalu tersenyum mesra.
Mia menjeling bila Mikhail berbuat demikian. Maknanya Mikhail tidak cocky and matured. Jika Shafiq sudah pasti dia akan membalas dengan jawapan yang sinis. Itu jika Shafiq lah.
“What’s nice here?” jawab Mia dengan wajah selamba lalu membetulkan shawl di bahunya.
Dia mencapai menu yang berada di atas meja sambil lewa. Fikirannya sarat dengan pelbagai persoalan mengenai so-call-newly-found-half-brother. Apa pekerjaannya? Sudah punya teman wanita? Mia tahu Mikhail belum berumahtangga kerana dia hadir makan malam sendirian dan tidak di temani so-call wife jika dia sudah berumahtangga. Dan Mia tahu Mikhail tidak memakai sebarang cincin di jarinya. Kenapa dia mahu tahu semua tentang Mikhail? Dia hendakkan Leverage. Dari body language mamanya. Dia dapat merasakan bahawa mama sayangkan Mikhail kerana Mikhail anak yang baik. Punya potensi mengugat kedudukan di hati mamanya. Mia tidak akan membenarkan perkara ini berlaku. Dia mahu dig some dirt mengenai Mikhail.
“Mama cadangkan Mia try their signature salad, mesti Mia suka,” ujar Datin Zainab lalu menoleh kearah Mia yang masih membelek-belek menu. Dia tahu Mia tidak makan makanan yang mengemukkan.
“Ma I come all the way here just to eat salad? Apa lah ma, Erm brother Mikhail any recommendation since you suggest that we have dinner here?,” ujar Mia dengan suara manja lalu memandang tepat ke wajah kacak Mikhail lalu tersenyum.
Wajah kacak milik Mikhail di pandang lama. Lelaki itu sedang sibuk meneliti menu di tangannya. Dia menutup menu tersebut lalu meletakkannya di atas meja bila menyedari ada sepasang mata yang asyik memerhatikannya sedari tadi. Dia tahu Mia memerhatikannya.
“No salad for Mia today, Not really sure what is nice here, I’ve been here once only, let’s check it out!,” jawab Mikhail memberi isyarat kepada pelayan yang berada tidak jauh dari mereka. Pelayan yang di panggil datang ke meja kami.
Mia tersenyum bila Mikhail berkata demikian. Smooth and Charming but not for long. Bisik Mia di dalam hati.
“This beautiful young lady would like you to give her good food recommendation,” ujar Mikhail lalu tersenyum.
Dia menoleh kearah Mia yang agak terperanjat bila dia mengatakan beautiful young lady. Wajah Mia merona merah bila di beri pujian begitu.
Datin Zainab hanya tersenyum melihat perlakuan Mia yang agak sopan dan tidak bitchy seperti selalu. That’s a good sign. Mungkin kerana kehadiran Mikhail.
Mia pula tidak mahu Mikhail tahu akan perangainya dan mahu memberi good impression kepada abangnya. Datin Zainab berdoa agar Mia berubah perangai setelah mengenali Mikhail. Dia berharap Mikhail dapat membimbing dan dapat melentur untuk Mia menjadi seorang wanita muda yang sopan dan baik. Mungkin dengan kehadiran Mikhail, Mia dapat mendengar nasihatnya.