Aku
diam sambil berfikir akan kebenaran pada kata-katanya itu. Aku tidak mahu untuk
memalukan Abah dan keluargaku buat kali yang kedua. Kenapalah hidup aku ini
sentiasa tersepit di dalam keadaan yang aku sendiri tidak aku rela?
“Dah
fikir? Tak sampai hati kan? Sekarang boleh kita masuk Cik Maya?” Izzaz senyum
tapi sinis. Aku menjelingnya sebelum melangkah untuk masuk ke dalam.
"Saya
tak kahwin dengan awak lah. Tolonglah faham Izzaz. Saya carikan calon lain
untuk awak." Ujarku.Izzaz
diam dan hanya matanya saja yang tidak lepas dari merenung wajahku. Aku terus
menjalankan jarumku untuk memujuknya.
“Saya
boleh carikan awak calon yang lebih cantik dan lebih bijak dari saya. Awak nak
artis, nak model atau gadis yang paling cantik kat Malaysia ni awak cakap aje,
saya akan tolong awak cari sampai dapat.” Aku beriya-iya menyakinkan lelaki itu
yang aku bukanlah calon isteri yang tepat untuknya.
“Kalau
betul cakap kau tadi banyak perempuan kat Malaysia ni nak dengan aku, tapi
kenapa kau tak nak dengan aku ya? Aku ini tak sesuai ke dengan kau?” Izzaz mula
memeluk tubuhnya.
Aku
berfikir jawapan yang tepat untuk aku berikan kepadanya. Aku tidak boleh
tersalah cakap kerana lelaki di hadapanku ini begitu bijak orangnya dan sekali
saja aku buat silap pasti akan tertangkap.
“Sebab
saya ni gadis biasa Iz. Saya tak ada apa-apa yang saya boleh berikan kepada
awak. Saya tak ada harta, rupa dan cinta untuk diberikan kepada awak. Saya ni
banyak kekurangannya Iz. Saya tak nak awak rasa tertipu dengan saya kelak.” Aku
berterus-terang kepada Izzaz tentang siapa diri aku yang sebenarnya.
“Aku baru usik sikit kau dah menggelabah macam ni, macam
manalah bila kita dah kahwin nanti ya?”IZZAZ
Izzaz menolak dahiku. “Ada saja alasan kau kan nak pujuk aku kan. Kau ingat kau bakal berjaya lah? Kalau aku nak pelakon, penyanyi atau model sekali pun aku boleh dapat lah, tapi masalahnya sekarang ni aku tak nak. Aku nak kau seorang aje.”
Aku memegang dahiku sambil memuncungkan bibirku. “Tapi kenapa saya?” Soalku.
“Sebab dalam hati aku ni hanya ada kau seorang saja. Tak ada orang lain selain kau Maya.” Izzaz merapatiku sambil matanya tajam memanah mataku. Aku sudah mula rasa lain dengan reaksinya.
“Aw...awak ni biar betul?” Aku berlagak berani menyoalnya.
“Apa kau rasa?” Soalnya pula yang sengaja mahu membuat wajahku bertambah merah menahan malu.
“Mana saya tahu.” Aku bergerak setapak ke belakang.
Tiba-tiba Izzaz ketawa yang membuatkan aku bertambah pelik. “Aku baru usik sikit kau dah menggelabah macam ni, macam manalah bila kita dah kahwin nanti ya?” Dia seakan berbisik kepadaku.
Terkebil-kebil aku memandangnya sambil menahan geram yang semakin memuncak naik. Aku rasa macam nak menjerit ketika itu dan melayangkan sebiji penumbuk ke wajahnya itu.
“Izzaz awak sengaja kan...” Aku menujuk jari telunjukku ke arah wajahnya.
Lelaki itu masih galak ketawakan aku. “Aku rasa seronok dapat usik kau macam ni. Muka kau merahnya bila kau tahan malu, tapi aku suka sebab bertambah cantik.”
Aku merengus mendengarnya. Pick up line yang hambar dan tak masuk langsung ke dalam jiwa aku. Bertambah meluat lagi adalah. Rasa nak tumbuk-tumbuk pipi dia tu. Biar gugur giginya yang tersusun rapi itu.
“Kau tak rasa beruntung ke bila aku pilih kau bukan orang lain? Dah lah aku ni hensem, kerja pilot yang duduk seat sebelah kiri, ada duit dan paling penting aku ada senyuman yang paling menawan. Kalau dapat anak dengan aku confirm comel habis. Kau tak sudi?” Izzaz memuji dirinya sendiri.
Aku menggeleng. “Saya tak berminat nak kenal siapa awak.” Ujarku lantas aku terus berpaling.
“Kau ni memang muka tak malu kan?" KAK LONG ATIRAH
Aku
segera menghulurkan tanganku untuk bersalam dengan Mama dan Mama menyambutnya
acuh tidak acuh saja. Kerana tidak dapat menahan rasa rindu tubuh Mama terus
aku dakap namun hanya sebentar sebelum menolak tubuhku menjauhinya.“Kau
jangan nak dekat-dekat dengan aku ya. Dipeluknya kita pula ni Long. Ingat kita
ingat dan rindu kat dia lah tu. Pandai kan kau berlakon.” Kata-kata Mama itu
benar-benar mengguris hatiku.
Kak
Long yang berdiri di sebelah Mama turut mencebik memandangku. “Orang nak kahwin
dengan jutawan Mama mana nak pandang kita lagi. Berpura-pura berlakon baik
depan kita ni biar bakal suami dia nampak aje.” Kak Long Atirah menjelingku.
Aku
masih cuba untuk tersenyum walaupun hatiku terasa remuk ketika itu. “Mama sihat
ma? Kak Long macam mana? Lama kita tak jumpa kan. Maya rindu pada keluarga
kita.” Ujarku.
Kak
Long menerpa ke arahku. “Kau ni memang muka tak malu kan? Boleh senyum dan siap
kata rindu-rindu kat kita pulak Ma. Sejak dari kecik hidup tu kalau tak
menyusahkan orang tak boleh. Tak sedar untung Abah kutip kau entah dari mana
bawak balik rumah tapi tak reti nak balas budi.” Kak Long menengkingku.
“Arwah mak Maya salah apa sampai Mama ungkit
nama orang yang dah tak ada?"MAYA
“Apa
salah Maya pernah buat, dari kecil sampailah sekarang Mama dan Kak Long begitu
benci pada Maya? Cakap lah supaya Maya boleh ubah diri Maya untuk jadi seperti
yang Mama dan Kak Long mahukan.