"Maya pandang aku." IZZAZ
“Maya?
Maya tolong jangan macam ni.” Suara Izzaz yang memanggilku
membuatkan aku tersedar dari terus melayan perasaan sedih.
Aku
segera membasuh tanganku dan mengelap sisa airmata di pipi sebelum keluar dari
bilik air itu. Sebaik saja aku keluar Izzaz sudah menantiku. Wajahku direnungnya
lama. Aku pula cuba mengelak dari bertentang mata dengannya kerana perasaan
malu masih menyelubungi diriku tatkala itu.
Aku
hanya memandang wajah lelaki itu apabila sehelai sapu tangan dihulurkannya
kepadaku. “Tak salah untuk menangis Maya. Akan rasa lebih lega apabila dapat
lepaskan kesakitan dalam hati tu. Tapi tak berbaloi rasanya untuk kita
menangisi orang yang langsung tidak menghargai kasih sayang yang kita berikan
kepada orang tu.” Lembut Izzaz memujukku sambil sapu tangan itu diletakkan
di atas tapak tanganku.
“Saya...saya
malu Izzaz. Saya malu dengan awak, awak dah dengar kan semuanya tadi? Dah
ternyata saya ni bukan calon isteri yang baik untuk awak. Maafkan saya kerana
libatkan awak dengan masalah keluarga saya.” Ujarku hiba.
Izzaz
membawaku ke satu sudut yang agak tersembunyi di lobi hotel itu. Dia
kemudiannya berdiri di hadapanku. “Maya pandang aku.” Pintanya. Dalam keadaan
yang teragak-agak aku mendongak mencari matanya.
“Apa
yang nak dimalukan Maya? Kau tak buat salah apa-apa pun. Sepatutnya Mama dan
Kak Long kau yang patut rasa macam tu. Aku tak cakap apa-apa pun pasal hal yang
aku dengar tadi tu. Kita masing-masing ada sejarah dan kisah hidup masa lalu,
yang baik, manis ataupun pedih. Begitu
juga dengan aku dan semua manusia atas muka bumi ni. Apa yang aku dah dengar
dan nampak tadi tu aku anggap aje sekurang-kurangnya aku dah tahu sedikit
sebanyak tentang latar belakang keluarga kau.” Izzaz cuba menyedapkan hatiku
dengan berkata seperti itu.
“Izzaz...”
Aku tidak tahu untuk berkata apa ketika itu. Hanya namanya saja yang terbit di
bibirku.
“Mesti cantik gambar perkahwinan kita nanti kan?" IZZAZ
“Mana
ada comot. Awak ni saja mengusik saya kan.” Aku menilik wajahku di dalam sebuah cermin yang terdapat di belakangku. Aku
terkesima apabila Izzaz mendekati dan berdiri di belakangku. Kami saling
berpandangan melalui cermin tersebut. Agak lama kami berdua saling berpandangan
tanpa bicara. Mungkin hanya hati kami saja yang berbicara
ketika itu.
“Mesti
cantik gambar perkahwinan kita nanti kan? Macam yang kita tengok dalam cermin
inilah. Hanya ada kau dan aku.” Izzaz seakan berbisik kepadaku.
“Awak
serius ke Izzaz untuk teruskan semua ni?” Kali ini aku benar-benar bertanya
dari hati ke hati.
Izzaz
mengangguk. “Kau boleh simpan kontrak setahun tu dan aku akan tambah
syarat-syarat tambahan yang aku katakan hari tu untuk bantu anak-anak Norzie.
Tapi Maya jujur aku akui, sebenarnya apa yang aku sedang buat ni bukan
semata-mata hanya kerana kontrak tu saja, tetapi juga kerana aku sebenarnya dah
mula sukakan kau.” Pengakuan Izzaz itu terus membuatkan aku terpaku.
“Izzaz,
boleh awak jawab beberapa soalan saya dengan jujur?” Soalku pula.
Izzaz
mengangguk.
“Kalau
kita batalkan kontrak tu dan tidak menjadikan syarat-syarat di dalam perjanjian
itu sebagai sebab untuk kita berkahwin macam mana?” Soalku.
Izzaz
nampak bingung. “Maksud kau?”
Aku
menarik nafas sebelum menyambung kata-kataku. “Maksud saya adalah awak batalkan
syarat-syarat yang awak tulis dalam kontrak tu kecuali syarat baru yang awak
katakan tadi iaitu akan bantu Adib dan Dania. Kita batalkan terus kontrak tu.
Saya akan kahwin dengan awak tanpa sebarang syarat, kontrak mahu pun
perjanjian. Kita kahwin macam pasangan yang lain. Saya tak nak terikat dengan
mana-mana kontrak untuk membina sebuah perkahwinan. Bagi saya perkahwinan
tu satu hubungan yang suci dan perlu dihormati. Niat untuk memulakan hubungan
tu haruslah baik.” Kataku lebar tentang pendirianku tentang perkahwinan dan
sebab mengapa aku tidak bersetuju dengan rancangannya sejak dari awal.
Izzaz
tersenyum lebar dan wajahnya nampak begitu berseri-seri. “Baguslah akhirnya kau
fikir jugak apa yang aku fikirkan. Itulah maksud sebenar aku bila aku melamar kau
tempoh hari bila aku katakan yang aku ikhlas untuk memperisterikan kau Maya.”
Aku
menoleh menghadapnya. “Habis kontrak tu? Bukan ke awak kata nak pinda kontrak
tu dan jadikan ianya sebab untuk paksa saya kahwin dengan awak?” Soalku.
Izzaz
ketawa. “Yang itu sebenarnya back up plan
aku. Bila kau asyik kata tak nak kahwin dengan aku, aku terpaksalah guna
kontrak tu sebagai syarat untuk kau bersetuju.” Akuinya.
“Izzaz.”
Aku mengetap bibirku geram.
“Sekurang-kurangnya
aku jujur dengan kau sekarang ni. Tapi betul apa yang kau cakap tadi tu Maya
yang ikatan perkahwinan tu kan tak sepatutnya bersyarat sebab hubungan itu kan
suci dan memerlukan niat yang baik untuk memulakannya. Jadi sebagai langkah
yang baik ke arah niat kita tu, apa kata sekarang ni kita jumpa Abah dan Abang
kau yang mungkin dah lama tunggu kat dalam tu.” Izzaz mengangkat kedua belah
keningnya sambil bibirnya masih terukir senyuman.
"Maya minta maaf Abah." MAYA
“Saya
Izzaz Rayqal, Datuk.” Izzaz memperkenalkan dirinya.“Saya
kenal kamu. Kita pernah jumpa masa meeting
di Putrajaya bulan lepas. Lagipun saya kenal arwah ayah kamu, sangat
berdedikasi orangnya.” Balas Abah. Izzaz mengangguk tanda hormat.
Aku memandang
Abang Bukhary lalu sebuah senyuman aku berikan untuknya. Abang Bukhary
memandangku dan Izzaz silih berganti. “Sejak bila korang berdua berkenalan ni? Kenapa
Abang tak tahu pun Maya? Kau pulak Izzaz macam mana boleh kenal dan tackle adik aku ni?” Bahu Izzaz
ditepuknya.
“Accident. Kami kenal ketika kami berdua
terlibat dalam kemalangan jalan raya.” Ujar Izzaz yang terus membuatkan Abah dan
Abang Bukhary memandangku.
“Kemalangan?
Maya okay tak masa tu? Macam mana boleh jadi?” Soal Abah bertubi-tubi. Riak risau
terpancar di wajahnya. Aku senyum melihatnya kerana aku sedar yang Abah
sebenarnya masih mengambil tahu tentang diriku.
“Maya
yang salah sebab langgar Izzaz. Maya tak apa-apa Abah cuma kepala luka sikit
aje. Izzaz terus bawa Maya ke hospital terus lepas kejadian tu. Abah tak perlu
risau ya, Abang pun sama.” Jawabku bersama senyuman yang tidak lekang dari
mulutku.
“Baguslah
kalau macam tu. Maya tu berahsia sangat orangnya sampai kadang-kadang sanggup tanggung masalah sorang-sorang.” Tambah Abang Bukhary.
Aku mencapai
tangan Abah di atas meja dan aku genggam lama. “Maya rindu pada Abah. Maya minta
maaf sebab dah lama tak jenguk Abah.” Bergenang airmata di peluput mataku. Abah
mengangguk perlahan.
Izzaz
berdehem. “Datuk, maaflah kalau kejadian tu buat Datuk risau. Tapi syukur Maya
tak ada apa-apa dan kerana itu juga saya dapat kenal Maya. Dia istimewa bagi
saya, Datuk.” Izzaz memujiku di depan Abah.
Abah
tersenyum mendengarnya. “Maya betul ke nak kahwin dengan Izzaz ni?” Abah
bertanya kepadaku.
Aku memandang
wajah Izzaz yang nampak pucat ketika itu. Wajahnya berpeluh-peluh nampak sangat
dia juga panik sebenarnya untuk berdepan dengan Abah dan Abangku. Aku mengangguk.
“Betul Abah.” Aku tidak pasti jawapanku itu sebenarnya datang dari hatiku atau
hanya meniti di bibirku saja.
Izzaz
memandang wajahku bersama sebuah senyuman yang sukar untuk aku mengertikan. Senyuman
itu tidak nampak seperti selalu kerana kali ini senyumannya itu nampak begitu
ikhlas dan menyakinkan.
“Izzaz
pula macam mana? Apa janji Izzaz boleh bahagiakan anak Uncle?” Soalan serius Abah itu membuatkan Izzaz nampak tidak senang
duduk.
Aku menahan
ketawa yang ingin meledak tatkala melihat wajah kalutnya ketika itu. ‘Selalu
kau buat muka serius kan bila menyoal aku, sekarang baru kau rasa bila Abah
soal kau soalan serius macam tu.’ Aku ketawa di dalam hati.
“Abah ni saja nak kutuk Maya depan Iz kan?" MAYA
Abah
menggeleng sambil tersenyum. “Maaflah Izzaz, anak Uncle ni memang nakal sikit. Mulut tu kalau tak menjawab tak sah. Memang
dari kecil macam ni. Nanti bila dia dah jadi milik kamu, Uncle minta kamu jagalah dia elok-elok ya. Kadang-kadang perangai
dia yang suka menjawab dan melawan tu memang menyakitkan hati sikit tapi dia tak
maksud betul-betul pun. Maya ni hatinya baik dan mudah lembut. Percayalah Iz, selepas
dia buat perangai tu kita akan rasa terubat dengan sifat manja dan ambil
beratnya yang penuh kasih sayang terhadap kita. Kamu rasalah sendiri perasaan
tu nanti ya. Betul tak Bukh?”
Abang
Bukhary mengangguk. Aku memandang wajah abangku yang nampak sedikit berubah
ketika itu. Di dalam hati aku berdoa semoga Abang Bukhary tidak lagi menyimpan
perasaan terhadapku dan mudah-mudahan hatinya sudah terbuka dan diserahkan
kepada isterinya yang lebih berhak untuk menerima cinta dan kasih sayangnya.
“Abah
ni saja nak kutuk Maya depan Iz kan? Mana ada Maya suka menjawab.” Aku
memuncungkan bibirku.
“Yang
aksi muncung bibir ni salah satu perangai manja dia lah ni.” Abah menyakatku
lagi.
“Abah...sudahlah
tu.” Aku memang kedua-dua belah pipiku yang terasa bahang.
Wajah
Izzaz aku pandang. Lelaki itu sedang tersenyum lebar sambil matanya yang
kelihatan bersinar-sinar itu sedang menghantar satu pesanan kepadaku. Pesanan cinta
mungkin!
“Saya
dah ada point untuk sakat dia nanti Uncle, terima kasih sebab kongsi rahsia
tu.” Izzaz ketawa sambil dia membuat muka mengejek di hadapanku.
“Bukan
menyakat Abah, tapi point untuk buli
Maya nanti adalah.” Aku mengetap gigiku di depannya.
“Kamu
berdua ni dah nak kahwin selalu bergaduh macam ni lagi ke?” Abah menyoal.
“Mana
ada Uncle. Saya ni aje yang selalu
suka usik Maya. Saya suka tengok muka
dia bila saya buat dia macam tu. Lepas tu Maya pulak suka buat muka depan saya,
makin nampak comel lah. Itu yang buat rasa hati saya rasa terhibur dan makin
menjadi menyakatnya.”
Aku mencebik
mendengarnya. ‘Iyalah tu. Depan Abah aku bukan main manis lagi mulut kau ya,
padahal suka membuli aku tu adalah hobi masa lapang kau kan?” Aku mengata di
dalam hati.
"Ya, saya sudi." MAYA
“Malam
ni bersaksikan Uncle dan Bukhary,
saya dengan hati yang ikhlas meminta izin untuk jadikan Maya sebagai suri hidup
saya yang saya akan jaga, lindungi dan beri kasih sayang kepadanya setulus hati
saya sehingga ke hembusan nafas terakhir saya.” Izzaz bagaikan sedang
melafazkan ikrar di hadapan Abah dan Abang Bukhary.Aku terpana
tatkala Izzaz mencapai tanganku dan perlahan-lahan sebentuk cincin bermata satu
berbatu berlian disarungkannya ke jari manisku. “Maya Ariana, sudikah awak
terima saya Izzaz Rayqal lelaki yang tak berapa sempurna ini sebagai suami
awak? Dan juga adakah awak rela untuk jadi isteri, peneman dan kawan baik saya
sampai akhir hayat?”
Izzaz
sedang melamar aku ke ni? Iyalah Maya! Aku bagaikan tidak percaya yang Izzaz
sedang melamar aku untuk menjadi isterinya di hadapan Abah dan Abang Bukhary. Ini
kali pertama di dalam hidupku seorang lelaki betul-betul melamar diriku untuk dijadikan isteri. Dengan perasaan yang terkejut, terharu, gembira dan hiba, tanpa
berfikir panjang lagi aku terus mengangguk bersetuju. Aku sendiri tidak tahu
kenapa hatiku begitu kuat bersuara menyuruh aku menerima lamaran itu.
“Ya,
saya sudi.” Jawabku.