Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,076,238
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 15 - I am sorry

Aku tersenyum sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Mindaku mula memutar kembali adegan di mana Firqin menghantarku ke kereta sebentar tadi.

“Nanti,nanti biar saya bukakan pintu.” Dia menghalangku dari membuka pintu kereta.

“Tak apalah. Biar saya buka sendiri. “ Kataku.

“Tak boleh. You drop my water face tau. I kenalah tunjukkan my gentlemen side. Barulah awak akan nampak saya lebih memikat.” Jenakanya itu benar-benar membuatkan aku ketawa geli hati. Aku tak tahulah kalau-kalau ketika itu senyumanku sudah lebar hingga ke telinga. Kalaulah aku boleh lihat wajahku sendiri ketika itu.

“Saya bergurau aje tau. Jangan ambil hati apa yang saya cakap sepanjang kita berbual tadi ya.” Ucapnya.

Aku mengangguk. “Tak lah.”

Dia berdiri di sisi pintu tempat pemandu. Lebih tepat lagi dia rapat di sebelahku. “Bawak kereta elok-elok. Kalau boleh kurangkan naik motor tu. Bahaya perempuan naik motor sorang-sorang.” Dia mengingatkanku. ‘Caring jugak dia ni.’ Desisku.

“Saya call awak nanti ya.” Ujarnya lagi. Aku hanya mengangguk.

Aku memberhentikan keretaku di hadapan rumah. Sekilas aku memandang ke arah jam di tanganku yang menunjukkan angka 11.30 malam. Agak lama juga rupanya aku berbual dengan Firqin.

“Maya!” Aku terdengar namaku di panggil. Aku menoleh. Aku lihat Abang Bukhary keluar dari keretanya.

“Abang.” Sahutku.

“Abang tunggu Maya ke? Dah lewat ni.” Aku menepuk dahi apabila aku kembali teringat pada janjiku yang aku akan bertemu Abang Bukhary pada malam ini!

“Abang....sorry Maya betul-betul tak ingat. Sorry   Abang.”

“As usual you forgot your promises. Abang dah biasa.” Nada suara Abang Bukhary itu tidak seperti selalu.

“Ala Maya betul-betul lupa, bukan sengaja pun.” Aku bernada manja. Cuba memujuknya.

Abang Bukhary hanya diam sambil dia bersandar di sisi keretanya. Aku menghampirinya lalu memeluk lengannya. Aku senyum sambil memandang wajahnya, berharap Abang Bukhary terpujuk dengan senyumanku. Tapi hampa. Dia masih bermasam muka.

“Hei! Kacak luar kacak dalam, kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali.” Selamba aku menyanyikan sebaris lagu itu di hadapannya.

Aku perasan yang Abang Bukhary cuba menahan ketawanya dari terhambur keluar ketika itu. “Ketawa aje lah Abang. Buruk benar rupa Abang bila tahan gelak macam tu.” Aku ketawa.

Pecah juga ketawanya. Sempat dia menyekeh kepalaku. “Aduh! Sakitlah.” Aku mengaduh manja.

“Awak ni kalau bab pujuk-memujuk Abang memang pandai kan. Ada saja ideanya.” Kata Abang Bukhary sambil dia memeluk bahuku.

“Sebab Maya dah boleh kenal isi hati Abang. Jadi senang aje lah nak pujuk abang Maya ni.” Aku masih lagi ketawa. Namun ketawa Abang mati di situ. Dia memandang wajahku. Matanya tidak lepas dari merenung setiap inci wajahku.

Aku terkesan perubahan pada wajahnya. Abang Bukhary nampak sedih. “Kenapa ni Abang?” Soalku.

Aku dengar satu keluhan kecil dilepaskannya. Kemudian Abang Bukhary tersenyum, namun nampak hambar di mataku. “Abang mesti akan rindu saat-saat macam ni nanti.” Keluhnya.

“Abang....” Panggilku.

Aku terkejut apabila Abang Bukhary tiba-tiba memegang tanganku. “Abang tolong jangan buat macam ni. Jiran-jiran Maya nampak nanti apa pulak kata mereka.” Aku cuba menarik tanganku.

“Sekejap aje. Abang mohon sekejap aje please... I really, really miss you.” Pintanya. Wajahnya dipalingkan dari memandangku.

Aku hanya membiarkan tanganku di dalam genggaman tangannya. Aku terkesan ada air mata bertakung di matanya. “Kalau dua tahun lalu Maya setuju untuk jadi isteri abang, pasti abang akan rasa bahagia macam yang sedang Abang  rasakan sekarang ni.” Abang Bukhary mengesat pipinya.

Aku juga tidak dapat menahan emosi. “Abang tolong jangan macam ni, Abang dah nak berumah tangga tak lama lagi. Tolong jangan ungkit kisah lama tu lagi.”

But I love you! Abang sayangkan Maya. Abang tak boleh buang perasaan tu sampai sekarang sekali pun.” Aku terkedu mendengar pengakuannya itu.

“Abang masih tak faham sampai sekarang kenapa Maya tolak cinta Abang? Padahal Maya sendiri tahu macam mana perasaan abang pada Maya bukan? Kita membesar sama-sama. Kita kenal satu sama lain dengan baik. Tapi kenapa Maya...”

Aku teresak-esak menangis ketika mendengar kata-katanya itu. “I am sorry....” Itu saja yang mampu aku ucapkan kepadanya.

“Don’t say that words.”

“Abang jangan sukarkan lagi perjalanan Maya boleh tak? Abang jangan berharap lagi pada Maya. Maya tak boleh beri apa yang abang mahukan. Maya tak boleh janjikan kebahagiaan untuk Abang. Maya hanya boleh sayangkan abang sebagai seorang adik kepada seorang abang. Itu sahaja yang Maya mampu beri.” Jelasku. Aku mengharapkan Abang Bukhary dapat memahami isi hati aku.

“Abang hanya dapat satu jawapan kenapa Maya menolak untuk jadi isteri abang. Sebab Mama kan.” Abang Bukhary memandangku. Aku tidak menjawab. Hanya diam menunduk.

“I know it. Itu adalah sebab utamanya.” Abang Bukhary melepaskan tanganku.

“Maya tak nak mama kecewa dengan Maya. Maya tak nak buat mama sedih sebab Maya tahu mama bencikan Maya. Kalau mama tak boleh terima Maya sebagai sesiapa di dalam hidupnya, apatah lagi untuk Maya jadi menantunya, pasti mama akan lebih kecewa. Jadi keputusan tu Maya buat kerana Maya tak nak pentingkan diri sendiri Abang.” Aku meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati setelah sekian lama.

“Maya nak jaga hati mama dan tak nak buat mama sedih tapi dalam masa yang sama Maya lukakan Abang.”

Abang Bukhary satu melepaskan keluhan berat sebelum dia tiba-tiba ketawa. Dia memegang kedua-dua belah bahuku untuk menghadapnya.

“Ini mungkin kali terakhir abang dapat jumpa Maya berdua-duan macam ni. Lepas ni abang ada kehidupan yang baru. Maya kena pandai jaga diri sendiri. Tak boleh asyik sikit-sikit mengadu pada abang.”

Aku memandang wajahnya. Aku jadi resah mendengar kata-kata Abang Bukhary itu. “Habis tu Maya tak boleh jumpa abang lagi ke?”

Abang Bukhary ketawa. “Boleh. Tapi tak boleh selalu. Abang kena jaga jugak hati isteri abang nanti.”

Aku mengangguk faham. Aku juga tidak mahu menimbulkan masalah kepada rumah tangganya nanti. Aku perlu menjauhkan diri dari Abang Bukhary dan tidak boleh terlalu kerap berjumpa dengannya. Apatah lagi dia sendiri mengaku yang dia masih mempunyai perasaan terhadapku. Tiba-tiba aku rasa bersalah terhadap bakal isterinya walaupun aku tidak pernah berjumpa atau mengenali siapa gerangan orangnya. Aku berdoa semoga Abang Bukhary dapat melupakan aku apabila dia menjadi suami kepada Karmila kelak. Aku yakin yang wanita itu pasti boleh membahagiakannya.

“Lelaki siang tadi tu nampak baik. Seseorang yang istimewa pada Maya ke?” Aku sekadar tersenyum mendengar soalan itu.

“Maya dah tak boleh jadi budak manja abang lagi tau. Jaga diri baik-baik.” Abang Bukhary mencuit hidungku. Aku mengangguk faham.

“Esok abang akan ke Melbourne. Majlis sebelah pihak perempuan akan diadakan di sana minggu depan. Kami sekeluarga akan ke sana. Abang minta maaf sebab tak dapat ajak Maya sekali sebab mama...” Abang Bukhary tidak meneruskan kata-katanya.

“Tak apa abang Maya faham. Maya doakan segalanya baik dan berjalan lancar kat sana. Selamat Pengantin Baru, Abang. Maya jadi orang pertama ucap tau.” Kataku. Aku mencapai tangan kanannya lalu aku salami dan cium.

Abang Bukhary mengusap kepalaku. “Jaga diri baik-baik.” Ucapnya sebelum dia masuk ke dalam keretanya. Aku mengangguk. “Abang pun jaga diri.” Pesanku sebelum kereta yang dipandunya berlalu pergi.

“Maafkan Maya, Abang. Bagi Maya abang adalah orang yang paling baik dalam dunia ni. Maya pasti abang akan bahagia sebab abang berhak mendapatkannya. Maya akan sentiasa doakan yang terbaik untuk abang.” Aku berkata sendirian sambil memandang kereta yang dipandu Abang Bukhary berlalu pergi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.